Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan semula pasport
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri.
Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata permohonan Zahid ditolak kerana undang-undang adalah sama sahaja kepada mana-mana tertuduh yang sedang berhadapan prosiding mahkamah atas pertuduhan sama tanpa mengira status mereka.
Sequerah bagaimanapun membenarkan pasport antarabangsa Zahid dipulangkan untuk sementara waktu bagi membolehkan beliau membuat pasport diplomatik bagi tujuan tugasan rasmi.
Hakim itu menambah, Zahid yang menghadapi 47 tuduhan rasuah mesti memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah selepas pasport diplomatik dibuat.
“Tiada mana-mana individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang. Oleh itu permohonan pemohon untuk mendapatkan pasportnya secara kekal ditolak,” kata Sequerah. – 3 Februari 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan