Selasa, 11 Julai 2023

MAHKAMAH PEGUAM & HAKIM


Kebocoran draf penghakiman cubaan jahat perkecilkan badan kehakiman


Kebocoran draf penghakiman dua kes berprofil tinggi yang didengar di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi tidak lebih daripada cubaan jahat memperkecilkan badan kehakiman, dengan perkiraan untuk mengganggu pentadbiran berkaitan keadilan dan operasi kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Kebocoran draf penghakiman yang dikatakan itu merujuk kepada kes SRC International Sdn Bhd bekas perdana menteri Najib Razak dan kes rasuah projek hibrid solar isterinya Rosmah Mansor.

Tengku Maimun berkata ini adalah satu daripada cabaran dihadapi badan kehakiman dalam melakukan perubahan bilik mahkamah daripada fizikal kepada maya, dengan keselamatan siber menjadi satu persoalan utama. 

“Data perundangan yang sensitif, daripada testimoni kepada butiran kes, perlu dilindungi. Jika bilik mahkamah dikunci secara fizikal dan dijaga pengawal, bilik mahkamah digital juga perlukan tembok api dan penyulitan tahan lasak untuk melindungi integriti prosiding.

Dalam tahun-tahun sebelum ini, badan kehakiman menjadi sasaran anggota masyarakat tertentu dengan matlamat yang tidak baik,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia (IMLC) 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam hal ini, Tengku Maimin berkata badan kehakiman akan terus meningkatkan langkah keselamatan sibernya dengan terus memelihara kerahsiaan dan integriti proses kehakiman. 

“Penghakiman kami menjadi perbincangan umum. Kami sendiri diteliti dan untuk bercakap  secara terus terang,  malah kehidupan peribadi kami juga tidak lepas daripada diteliti,” kata beliau sambil menambah badan kehakiman sejujurnya berharap orang ramai yang mungkin tidak  memahami isu berkenaan supaya menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan kefahaman berkenaan keputusan penghakiman.”

Sementara itu Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah menggesa kerajaan supaya melakukan pindaan terhadap undang-undang negara dalam sidang Parlimen pada Oktober.

Beliau berkata antara pindaan pada Perlembagaan Persekutuan yang harus dilakukan, khususnya kepada Jadual Kedua Bahagian II Seksyen 1(b) dan (c) yang mana perkataan “bapa” dalam seksyen ini digantikan dengan perkataan “ibu bapa” berhubung dengan isu kerakyatan yang dihadapi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita rakyat Malaysia yang bernikah dengan lelaki warga asing.

“Perlembagaan Persekutuan kita perlu bergerak mengikut masa dan mengiktiraf kesamaan jantina. Pindaan itu harus dilakukan tanpa syarat dan kelayakan.

“Semua pindaan bermasalah yang dicadangkan oleh Kementerian Dalam Negeri patut dikeluarkan untuk dibincangkan kemudian pada satu tarikh lain. Ini adalah satu pindaan yang ringkas dan mudah serta ia tidak harus dipercepatkan dengan tergesa-gesa atau ditangguhkan kerana isu lain yang baharu diperkenalkan mengakibatkan kerumitan yang tidak wajar,” kata beliau dalam ucapan aluan-aluan di IMLC semalam.  

Cheah seterusnya berkata pindaan lain melibatkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mempromosi ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pelantikan hakim serta perubahan struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan kebebasan dan autonomi sepenuhnya.

Mengenai Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Cheah berkata peguam yayasan itu mengendalikan dua juta kes sejak April 2012 sehingga Jun tahun ini.

“Satu daripada kebanggaan kami di  Badan Peguam Malaysia  ialah kemajuan program bantuan guaman di Malaysia - dan kami melakukannya kerana kami percaya setiap orang perlu ada akses kepada keadilan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada YBGK untuk membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.

Anwar juga berkata beliau akan mempersembahkan cadangan pindaan itu kepada Majlis Raja-Raja bagi membolehkan ibu-ibu warga Malaysia mendapatkan hak yang sama di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

“Kami akan membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam Bahagain I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan sekurang-kurangnya daripada ‘seorang  ibu atau bapa’, “katanya.


TANPA

UNDANG UNDANG

NEGARA KACAU

AMIN

NEGARA PERLU

UNDANG UNDANG

YANG ADIL

AMIN

BUKAN ISA

BUKAN SOSMA

AMIN

MAHKAMAH

PEGUAM & HAKIM

TERAS NEGARA 

AMIN

 TANPA MEREKA 

NEGARA HANCUR


KHALAS

Tiada ulasan: