Selasa, 11 Julai 2023

TALIBAN DAN USTAD YOU TUBE


Pengundi muda tolak isu agama, kaum

PENGUNDI muda mahu pilihan raya negeri (PRN) akan datang bebas daripada semua sentimen perkauman dan agama.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight lebih suka ahli politik bercakap mengenai isu sosial dan ekonomi, serta mengadakan kempen pilihan raya yang sihat.

Sebelum ini, penganalisis berkata parti yang bertanding dalam PRN bergantung pada sokongan pengundi muda untuk menang besar, tetapi menambah kumpulan ini dari segi politik “rapuh” dan “sukar diramal”.

Mereka menambah pengundi muda mempunyai kuasa yang besar dan boleh menjadi pengubah permainan dalam pilihan raya 12 Ogos di enam negeri.

Nur Nazirah Abdullah dari Universiti Malaya berkata lebih baik parti politik mengelak daripada mencetuskan ketegangan agama kerana ia boleh menjadi “barah” kepada masyarakat suatu hari nanti.

Presiden Angkatan Mahasiswa berusia 23 tahun itu juga berharap parti akan memperkenalkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya.

“Masa depan enam negeri itu bergantung kepada pengundi muda dan sebagai pengundi, kami ingin parti politik menyentuh isu politik, ekonomi dan sosial.

“Kami ingin melihat bagaimana calon dan parti mampu menyediakan kestabilan dalam menguruskan kawasan masing-masing dan bagaimana bantuan serta maklumat antara peringkat persekutuan dan negeri boleh sampai kepada rakyat,” katanya.

Nur Nazirah menambah pengundi muda mahu hidup dalam persekitaran komuniti yang sihat dengan kurang ketegangan sosial.

“Contohnya di kawasan luar bandar, anak-anak muda diasak dengan gejala sosial, isu pendidikan serta kemiskinan. Belia pasti mahukan seorang pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

“Kami juga menolak sebarang bentuk provokasi sama ada agama atau politik kerana ini boleh menjadi barah yang memberi kesan kepada kita semua,” katanya.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Syed Zuliqbal Syed Abdul Halim bersetuju dengan Nazirah, berkata isu kaum dan agama tidak seharusnya menjadi topik utama kerana ia sudah lapuk.

“Kita semua harus bergerak ke hadapan, masa menggunakan agama dan kaum untuk mencetuskan ketakutan dan kebencian tidak lagi relevan di Malaysia.

“Pengundi muda mahu parti yang boleh membangunkan negeri, mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup mereka, bukannya parti yang cuba memecahbelahkan kita,” katanya.

Selangor mempunyai bilangan pengundi tertinggi berumur antara 18 hingga 20 tahun, iaitu 274,194, diikuti Kedah (104,284), Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).

Hari penamaan calon bagi pilihan raya di enam negeri ini ialah 29 Julai.

Ia melibatkan 9,773,571 pengundi dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 3,747,057, diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Peluang pekerjaan

Anas Akmal Arman Alim, 21, yang akan mengundi di Semenyih, Selangor berharap kerajaan negeri dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia.

Beliau juga tidak mahu kerajaan negeri terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan.

“Sebagai pengundi di Selangor, saya berharap kerajaan negeri dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kami dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan.

“Kita mempunyai Cyberjaya yang tidak terlalu jauh dan Kuala Lumpur berdekatan. Justeru, jika Selangor boleh mencari jalan untuk memberi pekerjaan kepada belia, itu bagus.”

Fatin Atirah Zulkifli, 20, anak jati Kelantan, dalam pada itu berharap kerajaan negeri akan datang dapat menambah pekerjaan bagi mengelak mereka berhijrah.

“Saya lihat dalam keluarga sendiri, saudara mara dan rakan-rakan terpaksa meninggalkan orang tersayang untuk berhijrah mencari kerja.

“Di sini bukan sahaja gaji rendah (yang ditawarkan) tetapi juga tiada peluang,” katanya.

Seorang lagi pengundi wanita muda berusia 20 tahun dari Kelantan yang enggan dikenali turut berkongsi sentimen seperti Fatin.

Beliau berkata pentadbiran PAS sekarang tidak dapat menyelesaikan isu asas seperti air dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata Kelantan mempunyai kekuatan untuk menambah baik tetapi pentadbiran yang lemah menyebabkan negeri itu tidak maju.

“Walaupun usaha mereka untuk membendung gejala sosial dengan tidak membenarkan pawagam beroperasi, mengarah semua menutup aurat, Kelantan mempunyai antara jumlah gejala sosial paling tinggi, daripada penagihan dadah hinggalah jenayah seksual.

“Isu pemotongan air yang tidak berkesudahan. Selain itu, ramai di antara kami terutamanya golongan belia, mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, atau Selangor dan ada di Johor.

“Jadi saya harap kali ini akan ada sedikit perubahan, jika bukan penambahbaikan,” tambahnya. – 11 Julai, 2023.

WOIT

YANG BAKAR

SENTIMEN BANGSA

AGAMA ADALAH

POLITIKUS CARI

UNDI

AMIN

TERMASUK PARA

USTAD YOUTUBE

DGN KESAH KARUT

AMIN

JUGA TALIBAN

YANG NAK PAKSA

RAKYAT MINUM

TEH TARIK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu pun samaa la tt.. lu lupa sebut guan eng .. kah kah kah