Sabtu, 19 Ogos 2023

BERITA BAIK UNTUK PN




UMNO PJ kekal sokong Ahmad Zahid – Abdul Mutalif

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO disaran supaya tidak asyik menuding jari dan mendesak kepimpinan parti untuk meletakkan jawatan.

Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya, Mutalif Abdul Rahim yang mengakui prestasi parti yang teruk pada pilihan raya di enam buah negeri baru-baru ini memohon agar ahli UMNO dapat bermuhasabah dan mencari pendekatan yang dapat mengembalikan kegemilangan parti itu.

Jelasnya, UMNO Petaling Jaya akan terus istiqomah dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Persiden,  Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui parti.

“Alhamdulilah, telah selesai pengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bahagian Petaling Jaya malam semalam. Antara yang kita bincang termasuklah isu berbangkit dan sesi post mortem PRN baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Mutalif Abdul Rahim
“Banyak perkara menjadi asas kepada kemerosotan dan kekalahan BN sebenarnya, yang penting sekali saya mohon semua hentilah tuding jari dan buat desakan letak jawatan. Ini tidak akan beri parti kita kekuataan sebaliknya terus lemahkan kita di mata pihak lawan.

“UMNO Petaling Jaya akan terus memberikan sokongan kepada Presiden kita,  Zahid Hamidi  serta zahirkan solidariti pada setiap masa kerana kita yakin dengan cuba menyalahkan seorang sahaja tidak akan berikan kita kekuatan mahupun penyelesaian,” katanya.



WOIT

HADI & MALIKUL

SENYUM GUMBIRA

BACA BERITA INI

KAH KAH KAH

UNTUK PN LAGI

LAGI LMA ZAHID

BERKUASAA LAGI

BAIK UNTUK PN

KAH KAH KAH

PINTU TERBUKA

UNTUK MASUK

KE KEDAI PUTRAJYA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: