APAKAH
JAMES CHAI
DIBERI
DUA MINGGU
KERANA DIA
TIM RAFIZI
AMIN
KENAPA TAK
BERI VICTOR CHIN
DUA MINGGU
UNTUK PULANG
AMIN
APAKAH KERANA
DIA TIM ANWAR
BIN IBRAHIM
KAH KAH KAH
KHALAS
SPRM beri tempoh dua minggu untuk James Chai pulang
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada individu dikenali sebagai James Chai untuk tampil membantu siasatan berhubung kes ARM ARM Holdings Plc yang sedang giat dijalankan.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setakat ini seramai 17 saksi telah dirakam percakapan melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Selain itu, pelbagai dokumen penting termasuk perjanjian dan dokumen sokongan turut telah diperoleh, manakala lapan lagi saksi dijangka akan dipanggil, termasuk individu yang berada di luar negara.
Dalam perkembangan sama, SPRM memaklumkan James Chai atau nama sebenarnya Chai Jin Shern dikenal pasti sebagai individu penting bagi membantu siasatan.
Pada 4 Mac lalu, SPRM telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan beliau.
“SPRM juga bersedia untuk menanggung kos penerbangan beliau pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.
Menurut SPRM, pihaknya sebelum ini menerima surat daripada peguam James Chai bertarikh 9 Mac yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan atas alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.
Bagaimanapun, SPRM telah memberi lanjutan masa melalui surat balas bertarikh 13 Mac untuk beliau hadir pada 31 Mac, namun tiada maklum balas diterima.
Sehubungan itu, SPRM menegaskan kegagalan untuk hadir selepas dua kali lanjutan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil.
“Suruhanjaya ini akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama saluran antarabangsa termasuk Interpol atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi mengesan dan memastikan kehadiran beliau,” katanya dalam kenyataan.
SPRM turut menegaskan, semua individu yang dipanggil wajib memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Sekiranya beliau berpendirian tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan sewajarnya adalah tampil memberi keterangan kepada SPRM, bukannya mengemukakan penjelasan di ruang awam tanpa menghadirkan diri,” menurut kenyataan itu.
SPRM menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berasaskan bukti serta tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan