PAGI INI
PAGI INI
RABU 1 APRIL 2026
RAYA HARI KE 12
PERANG HARI KE 33
AMARAN TRUMP TAMAT LAGI 4 HARI
AMARAN TRUMP KOYAK – BUKAN APRIL FOOL – BETUL BETUL KOYAK - kah kah kah
Mula amaran 48 jam – tangguh 6 hari kini lagi 4 hari Trump akan bom loji jana kuasa leterik Iran. KAH KAH KAH
TAPI TAK JADI – kah kah kah
KAH KAH KAH – seperti biasa TRUMP CHICKEN OUT kah kah kah. TAK JADI – dalam masa 3 minggu Trump akan arahkan tentera Amerika tinggalkan Iran kah kah kah
TRUMP MERAJUK TAK NAK MAHU BERPERANG LAGI – merajuk kerana sekutu macam UK, Jepun, Jerman, Peranchis tak nak bantu Amerika bebaskan Selat Hormuz.
Kini Trump berkata : LU NAK MINYAK LU PERGI SENDIRI BUKA SELAT HORMUZ. – kah kah kah
Jelas kuasa Amerika dah luntur. KINI SELAT HORMUZ jadi milik Iran – Negara Arab Barua Amerika dah tak dapat buat apa kah kah kah PADAN MUKA.
Trump juga sedang minta DINAR DAN DOLAR dari negara Arab yang jadi barua Amerika. Trump mahu mereka juga bayar kos perang kah kah kah kerana BIL PERANG DAH MASUK BERBILION DOLAR – ekonomi Amerika dah bengkok kah kah kah.
PADAN MUKA – jelas Iran telah mencapai kejayaan. BETUL banyak kota dan bandar Iran musnah tapi Iran tetap teguh berdiri.
LEPAS INI IRAN akan membuat senjata nuklear – sama seperti yang di lakukan oleh Korea Utara – DENGAN ADA SENJATA NUKLEAR – IRAN TIDAK AKAN DI GANGGU GUGGAT LAGI – Amin.
DEMO MINYAK NAIK
Ahad ini jam 3 petang ada DEMO LAWAN HARGA MINYAK - BERHIMPUN DI SOGO – Turun Turun Turun -
Banyakkan lagi demo – kalau boleh tiap minggu – TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA !!! amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Matahari belum keluar. Kemarin hujan petang. Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus berjerebu.
Ha ha – pagi ini gua dengar suara How Wow tapi tak lama. Pagi ini tak ramai kereta. Tak ramai keluarga sembahyang . Tak ada bunyi mercun.
Hujan lebat - angin kuat tiga hari dulu membawa bala - Pokok tua tumbang - himpap pokok muda - Halang jalan. Gua nak masuk dan nak keluar wajib membongkok. Ini tanah bukan milik Hokkien - kalau milik Hokkien pasti kayu akan di potong - Ini kawasan tanah milik kerajaan - simpanan untuk jalan.
Satu kumpulan Warga Hokkien menyalak bila mereka nampak Tak Tak. Ini menyusahkan gua kerana Tak Tak bukan berundur tapi pergi hadapi mereka.
Gua terpaksa tarik Tak Tak – Jantan Putih ikut sama – Ini Jantan baik suka berkawan dengan Tak Tak.
Pesta Sembahyang Kubur belum selesai – Hujung minggu ini pasti akan sibuk kembali.
Di luar cuaca mendung – matahari masih belum bercahaya. Apakah redup hingga ke petang ? Gua harap tengah hari akan panas. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
APRIL FOOL
BRO
Dalam hidup ini lu di tentukan oleh sikap. Hanya sikap lu yang dapat bertahan dalam badai hidup.
BRO
Jika lu nampak Minah cun – lu tertarik – lu rapati dan minta no talipon. Talipon dia segera dan ajak bertemu. Tak buat tak jadi.
BRO
Jangan malas mencuba. Lu tak mencuba lu gagal. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:
Catat Ulasan