KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
APA JADI DENGAN
GERTAK NAK BOM
LOJI LETERIK IRAN
NAK BOM
JANA KUASA IRAN
KAH KAH KAH
AMIN
JELAS AMERIKA
DAH LENGIT
AMIN
IRAN BERJAYA
GUNA
SELAT HORMUZ
SEBAGAI SENJATA
KHALAS
AS akan tinggalkan Iran 'tidak lama lagi' - Trump
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menamatkan operasi di Iran 'tidak lama lagi', kemungkinan dalam tempoh dua hingga tiga minggu, kata Presiden AS, Donald Trump.
Beliau berkata demikian ketika pentadbirannya masih berbincang dengan Iran dan serangan udara terhadap republik Islam itu masih diteruskan.
"Apa yang saya perlu lakukan hanya keluar dari Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi, mereka akan jatuh merudum.
"Kami sedang menamatkan tugas itu dan saya fikir dalam masa mungkin dua minggu, mungkin beberapa hari lebih lama, untuk menyelesaikan tugas itu," katanya ketika ditanya pada satu acara di Rumah Putih mengenai kesan harga bahan api yang tinggi sejak permulaan perang pada 28 Februari lalu.
Trump turut berkata bahawa penamatan operasi AS itu tidak bergantung kepada sebarang perjanjian dengan Iran, yang telah menutup Selat Hormuz kepada laluan kapal tangki minyak.
"Mereka tidak perlu membuat perjanjian dengan saya. AS hanya akan berundur apabila yakin Iran tidak lagi mampu menghasilkan senjata nuklear. Sama ada kita ada perjanjian atau tidak, itu tidak relevan," katanya.
Trump mengulangi gesaannya di platform Truth Social pada Selalu lalu supaya negara lain mendapatkan bekalan minyak sendiri melalui Selat Hormuz, selepas sekutu AS enggan membantu membuka semula laluan kapal tangki itu.
"Jika Perancis atau mana-mana negara lain mahu mendapatkan minyak atau gas, mereka boleh melalui Selat Hormuz, mereka akan pergi ke sana, dan mereka mampu mempertahankan diri sendiri.
"Apa yang berlaku dengan selat itu, kami tidak akan terbabit, kerana negara-negara ini, China akan pergi dan mengisi bahan api kapal-kapal mereka yang cantik… dan mereka akan menjaga diri mereka sendiri. Tiada sebab untuk kami melakukannya.
"AS tidak akan berada di sana untuk membantu anda lagi, sama seperti anda tidak berada di sana untuk kami. Iran pada asasnya telah dilemahkan sepenuhnya. Bahagian paling sukar telah selesai. Pergi dapatkan minyak sendiri!," katanya.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, turut mengulangi mesej itu dalam satu sidang media sambil mengesahkan beberapa hari mendatang akan menjadi tempoh penting dalam konflik itu.
"Hari-hari mendatang akan menjadi penentu. Iran tahu perkara itu dan hampir tiada apa yang boleh mereka lakukan dari segi ketenteraan mengenainya," katanya.
Hegseth turut memaklumkan beliau telah melawat tentera AS yang terbabit dalam operasi di rantau berkenaan, namun lokasi tidak didedahkan atas faktor keselamatan.
"Kami berada di lapangan di Pentadbiran Pusat (CENTCOM) pada Sabtu selama kira-kira setengah hari," kata Hegseth, merujuk kepada perintah tentera AS yang bertanggungjawab bagi rantau berkenaan. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan