Rabu, 26 Ogos 2026

SEKSA SELAMA DUA MINGGU


DUA MINGGU

LAGI BARU 

JEREBU REDA

AMIN

ERTINYA DALAM

1 BULAN BARU

UDARA BERSIH

SAMPAI

AMIN


Kebakaran hutan Indonesia mula reda, mungkin selesai dalam 2 minggu - Prabowo


JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto berkata kebakaran hutan dan tanah di Indonesia mula dikawal di beberapa kawasan, sambil menzahirkan harapan situasi itu dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

Prabowo berkata sumber yang besar digerakkan bagi menangani kebakaran berkenaan, termasuk puluhan helikopter, lebih 12 pesawat, ratusan telaga air dan pam, serta ribuan anggota keselamatan dan penyelamat.

"Saya fikir ia mula dikawal dan diredakan di beberapa tempat. Saya berharap dalam tempoh satu atau dua minggu semuanya dapat diselesaikan," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran program tenaga suria 100 gigawatt Indonesia dan upacara pecah tanah bagi projek permulaannya di Jembrana, Bali, pada Selasa, yang disiarkan secara langsung.

Prabowo berkata dunia sedang mengalami fenomena El Nino yang kuat tahun ini, yang diramalkan antara yang terkuat, sekali gus menuntut Indonesia untuk kekal berwaspada terhadap risiko yang timbul akibat fenomena cuaca berkenaan.

Presiden itu berkata beliau melawat sendiri beberapa kawasan untuk meninjau situasi dan mendapati kerajaan wilayah, kementerian dan agensi, pihak tentera, polis serta pihak berkuasa pengurusan bencana bekerja dengan berkesan.

Sabtu lalu, Prabowo berlepas ke Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah untuk meninjau operasi memadamkan kebakaran hutan dan tanah serta memimpin usaha tindak balas, sebelum menuju ke Sumatera pada Isnin untuk memantau operasi pemadaman kebakaran di sana.

Beliau turut menyorot tindak balas kerajaan terhadap bencana lain baru-baru ini, termasuk gempa bumi kuat yang melanda Nusa Tenggara Timur (NTT) awal bulan ini.

"Kita menyelesaikan bencana di Aceh dalam tempoh yang tidak dapat dibayangkan oleh banyak pihak. Di NTT, tindak balas kita sangat pantas, sangat besar. Di mana-mana sahaja, kami hadir," katanya.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Wilayah Flores di NTT pada 15 Ogos, mengorbankan 103 orang dan mencederakan 1,666 yang lain, manakala 185,131 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan setakat 4 petang pada Selasa, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB Berton Panjaitan dalam satu sidang media pada Selasa berkata sebanyak 7,029 kejutan lanjur direkodkan sejak gempa bumi utama, termasuk 141 gegaran yang dirasai oleh penduduk. – BERNAMA

CERITA DARI BRICKFEILD


CERITA DARI

BRICKFEILD

AMIN

SEMUA NAK BACA TULISAN INI


SEKARANG

SATU NEGARA

 NAK CARI 

ARTIKEL INI

KAH KAH KAH

NAK BACA 

10 DALIL

KENAPA KJ 

TAK BOLEH JADI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

CARI CARI

CARI UNTUK BACA

KHALAS


KJ mahu MYNIC dedahkan identiti pemilik artikel didakwa berunsur fitnah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan tindakan sivil terhadap MYNIC Berhad, iaitu pendaftar bagi nama domain.my, bagi mengenal pasti pemilik sebuah portal berita dalam talian serta individu di sebalik artikel yang didakwa memfitnahnya.

Permohonan itu menuntut pendedahan identiti pemilik berdaftar serta butiran lain bagi domain focusmalaysia.my berikutan penerbitan artikel bertajuk '10 reasons Why KJ isn't PM material, Malaysians must carefully examine his past track record' bertarikh 10 Mac lalu.

Artikel berkenaan dikaitkan dengan individu atau entiti yang menggunakan nama samaran 'pemerhati rasuah'.

Khairy turut memohon maklumat kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat pemilik berdaftar, alamat, e-mel dan nombor telefon selain butiran mengenai sebarang hubungan pentadbiran serta teknikal yang dikaitkan dengan domain berkenaan.

Beliau turut memohon dokumen berkaitan pendaftaran domain berkenaan, termasuk tarikh asal pendaftaran dan tarikh luput, pendaftar bertauliah MYNIC yang terbabit serta rekod sebarang perubahan pemilikan.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat New Straits Times, Khairy mendakwa identiti penulis yang menggunakan nama samaran 'pemerhati rasuah' itu tidak diketahui dan dipastikan tanpa campur tangan mahkamah.

Beliau mendakwa peguamnya pada 13 Mac lalu sudah mengeluarkan surat tuntutan kepada Focus Malaysia Sdn Bhd, namun syarikat itu menafikan pemilikan terhadap laman web terbabit dengan alasan sudah melupuskan keseluruhan perniagaannya sekitar 2018.

Dalam afidavit jawapan, MYNIC mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat mengenai pemilik berdaftar domain berkenaan termasuk nama, alamat berdaftar, e-mel dan nombor telefonserta butiran hubungan pentadbiran dan teknikal.

MYNIC menyatakan pihaknya tiada halangan untuk mendedahkan maklumat terbabit sekiranya diarahkan mahkamah.

MYNIC turut mendedahkan syarikat yang berdaftar sebagai pemilik domain pada 10 Mac 2026, iaitu ketika artikel didakwa berunsur fitnah itu diterbitkan, kekal sebagai pemilik berdaftar semasa.

Ia turut memaklumkan, tiada sebarang pertukaran pemilik berdaftar domain itu dikesan antara 10 Mac hingga 18 Jun lalu, iaitu tarikh Khairy memfailkan permohonan terbabit.

Bagaimanapun, MYNIC membantah permohonan Khairy untuk mendapatkan dokumen surat-menyurat dan komunikasi antara pendaftaran domain itu, pihak yang berdaftar serta pendaftar bertauliah dengan alasan bahan terbabit tidak relevan atau tidak perlu bagi cadangan prosiding saman fitnah itu.

MYNIC turut berpendirian ia adalah pihak ketiga yang tidak bersalah dan bukan defendan yang dinamakan dalam saman fitnah Khairy.

Syarikat itu juga memohon indemniti terhadap sebarang kerugian, liabiliti, kos atau tuntutan yang timbul daripada pematuhan sebarang perintah pendedahan, selain kos permohonan dan pematuhan perintah berkenaan.

LAWAK DAN MENCARUT PENTING DALAM CERAMAH


LAWAK JENAKA

MENCARUT AMAT

PENTING DALAM

CERAMAH

KHALAS

Unknown commented on 
"DENGAR UCAPAN SANUSI INI"

Kebiasaannya orang-orang kita suka jenaka lawak komidi, sesiapa saja membawa watak komedi ini akan mendapat perhatian malah sokongan, yang penting untuk kita adakah komidi akan menjamin masa depan seluruh negara? 

Dari ceramah politik sehingga ceramah agama mesti diselitkan dengan komidi, kalau tidak orang-orang kita akan tidur kah kah kah kah, cuma nak ingatkan komidi ini tidak semestinya berkualiti fakta telus seperti Prof Kangkung sekarang kah kah kah 

setakat berhibur boleh tetapi memimpin negara mungkin belum cukup, sekadar pandangan sendiri sahaja amin kah kah kah

KENALI MAT BURUT SEBAGAI MUSUH UTAMA


KENALI MAT BURUT

SEBAGAI MUSUH

UTAMA

AMIN

MUSUH KEPADA

MUSUH KAMU 

IALAH KAWAN

KHALAS

Unknown commented on
 "SOKONG GULING MAT BURUT"

Ini kerja bodoh? Sokong buta sokong membuta akal ? Kah kah kah ingat cerdik rupanya sama otak dengan Prof Kangkung kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 26  OGOS 2026

JALA MAT BURUT SEDANG DI TEBAR


AMERIKA  & CANADA
Perang niaga sedang berjalan.  Amerika kenakan sekatan ekonomi pada Canada – Kemarin PM Canada umum : AMERIKA JUGA AKAN KENA SEKATAN EKONOMI DARI CANADA.

DOLLAR FOR DOLLAR

Mat Teram umum Tasik Ontario milik Canada kini di panggil Tasik Amerika jadi milik Teram – KAH KAH KAH 

MAT TERAM  CUBA CEKIK LEHER IRAN
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah
Sekatan ekonomi paling ketat diumum untuk Iran – sapa niaga dengan IRAN akan kena sekatan juga.

CHINA import 80% minyak dari Amerika tak ambil pot KAH KAH KAH

Hanya satu negara bersetuju – ini negara BARUA Yahudi ZIONIS AMERIKA -namanya United Arab Emirates.

AMERIKA HANTAR KEPALA CIA ke Moscow – wat is de bekos ? jeng jeng jeng – Nak balun Zelensky ? Jeng jeng jeng.

Menteri Pertahanan Ukraine yang di buang oleh Zelensky akan  melawat Amerika – tak lama lagi – JENG JENG JENG

Mamat ini mahu PRU diadakan kerana RASUAH sedang menyamun di Ukraine kah kah kah.

JALA MAT BURUT
Kini jala Mat BurUt akan masuk ke FELDA - jeng jeng jeng.
Projek JALA sednag berjalan kencing.

PRN MELAKA 
Akan menentukan nasib Mat Burut - jika BN kerjasama dengan PN maka JALA akan ditebar lagi luas - lagi ramai pemimpin UMNO akan dijala.

ZAHID HAMIDI jika lamabt akan di jala - JALA dah di pasang oleh Majlis Peguam -  tapi sapa yang akan buta keputusan ? Khalas

HOKKIEN
Pagi ini kelam sedih TAK CERIA – matahari tidak di lihat – JEREBU JEREBU – KL & KL Sentral berjerebu dan juga berkabus. Rintik rintik macam nak hujan. 

Jalan KOSONG – tak ada sapa tunggu gua – kemudian muncul Jantan Luka – Gua panggil JANTAN LUKA kerana dah dua kali luka di tengkuk – dulu sekali – ini kali ke dua – tapi dah makin kering sembuh – mungkin kerana bergaduh .

Dia ikut gua berjalan dengan Tak Tak hingga ke Wakaf Empat. Gua beri dia friskies.

Dekat Wakaf Empat Pak Cik Ah Keong sedang mencabut rumput . Umur dia 73 tahun bila gua tanya duduk di mana – dia tak jawab mungkin tak dengar.  Motosikal din Numbo WJV 416 terletak di tepi jalan .

Hokkien sunyi pagi ini – mungkin jerebu dan cuaca yang palat tapi Terkukur masih berlagu – juga gua dengar suara Pipit.

Nak masuk ke Lorong Keluar – Mummy Itam muncul – Jantan Luka mengundur diri kerana ada satu jantan lain muncul – Maka Mummy Itam dapat Friskies.

Nasi dalam beg gua bawa pulang.

Cuaca ini menakutkan – gua jalan perlahan dan TIDAK BERSENAM – gua risau tersedut jerebu. Amin

Datanglah HUJAN !!! amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU
YANG PENUH JEREBU

BRO
Lu jangan bandingkan diri lu dengan orang lain. Lu fokus kehidupan lu.

BRO
Lu terus berfikir positif – inilah kunci untuk  membuka kepercayaan diri lu.

BRO
Tiap kali lu dapat kejayaan kecil ini adalah batu loncatan  menuju kepercayaan diri yang lebih besar. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
BERHATI-HATI JEREBU