Isnin, 21 September 2026

IRAN TUNGGU AMERIKA DENGAN SENJATA BARU


IRAN TUNGGU 

AMERIKA DENGAN

SENJATA BARU

AMIN

EKONOMI MAT BURUT MERUNDUM - RIBU HILANG KERJA


MAT BURUT KLIM

EKONOMI SEDANG

MAJU JAYA

AMIN

HAKIKATNYA

RIBU RIBU HILANG

KERJA

AMIN

GRADUAN TAKDA

KERJA

AMIN

ERA MELESET

AKAN SAMPAI

BERSEDIA !!!

KHALAS



68,177 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak Januari Tahun Ini – Menteri Ekonomi

Jumlah warga Malaysia yang kehilangan kerja mereka kini semakin meningkat

Dilaporkan oleh New Straits Times, sebanyak 68,177 pekerja telah kehilangan kerja mereka sejak Januari hingga 16 September 2026.

Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengatakan jumlah ini adalah 15,196 lebih tinggi berbanding masa yang masa tahun lepas sekaligus menjadikan ia 30% lebih tinggi jumlah tahun 2025.

Akmal mengatakan statistik ini telah didapati daripada mesyuarat bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 September lepas.

Jumlah terkini ini adalah dua bulan selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkongsi data 52,607 pekerja telah mendapatkan Faedah Pengangguran pada 16 Julai.

Ini bermakna, 15,570 pekerjaan telah hilang dan dilaporkan secara rasmi diantara 17 Julai hingga 16 September.

Walau bagaimanapun, jumlah ini tidak memberikan gambaran skala sebenar kehilangan pekerjaan di Malaysia. Ia hanya menunjukkan pekerja yang di dalam Skim Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sahaja.

Akmal mengatakan perkara ini tidak lagi dianggap sebagai kejutan ekonomi yang sementara.

"Perkembangan ini menunjukkan bahawa campur tangan kerajaan bukan lagi sekadar memberikan sokongan sementara kepada pekerja yang terjejas, tetapi membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu untuk kembali bekerja," katanya.

Beliau menambah Malaysia kekal dengan pasaran pekerja yang stabil dengan kadar pengangguran sebanyak 3% sejak Julai.

PERKESO setakat ini telah meletakkan 143,653 dalam pekerjaan sejak Januari hingga 11 September di bawah SIP dan portal MYFutureJobs.

Akmal mengatakan statistik ini menunjukkan campur tangan kerajaan bukan sahaja terhad kepada bantuan kewangan sahaja tetapi untuk memastikan mereka kembali mendapat pekerjaan.

Di samping itu, pasaran pekerja Malaysia kini menghadapi tekanan apabila harga penggunaan tenaga yang kian meningkat.

Kos tenaga lebih tinggi boleh menyebabkan kos operasi dan keperluan pekerja memberi tekanan lebih kepada syarikat.

Malaysia kini sedang menjadi penyelesaian jangka masa panjang untuk memastikan Malaysia tidak terlalu terkesan dengan kejutan bekalan global.

JANGAN LUPA ABDULLAH ENG - DALAM PENJARA TAPI MERAYAU DI KL

 

JABATAN PENJARA

TAK BERANI

CAKAP BENAR

AMIN

DUNIA TAHU

DALAM PENJARA

SAPA ADA DUIT

SEMUA BOLEH

AMIN

 GANJA ADA

HANDPONE ADA

AMIN

YASIN CAKAP

BENAR

AMIN

SAPA YG DAH

MASUK JIL TAHU

KEBENARAN 

CAKAP YASIN

AMIN


Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin

KOTA BHARU: Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara sangat bergantung kepada wang dan pengaruh.

Yasin dalam sebuah podcast baru-baru ini mendakwa kewujudan sistem kasta atau hierarki dalam kalangan banduan berdasarkan faktor kewangan.

Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa, berkata sesetengah perkara negatif mungkin berlaku, namun pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang aktiviti itu.

"Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan, cuba atasi perkara-perkara yang negatif berlaku di penjara dan benda (dakwaan) itu tidak ada.

"Kita ada SOP dan peraturan untuk mengekang perkara yang negatif dan tidak baik. Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang dinyatakan," katanya.

Mohamad Rosidek tidak pasti motif penyanyi itu membuat dakwaan sedemikian, namun tidak menolak bahawa sosoknya sebagai figura yang dikenali menjadikannya sebagai fokus di platform media sosial.

Beliau berkata, fokus sepatutnya lebih diberikan kepada hal baik berlaku kepada mereka yang dibebaskan dari penjara kerana ramai bekas banduan sudah berjaya.

"Dia (Yasin) baru keluar (penjara), jadi media sosial sedang fokus kepadanya. Pada saya, kalau kita tengok ramai yang bebas dari penjara sudah berjaya. Jadi pada saya kenapa kita nak fokus perkara negatif?

"Kita fokuslah kepada apa yang pihak penjara berjaya buat, namun kadang-kala kita suka cari yang kecil-kecil.Kalau dalam podcast itu pun kita boleh tengok komen daripada netizen dan sebagainya.

"Ada yang negatif dan positif, tetapi kita boleh tengok yang positif dan kami di Jabatan Penjara berusaha untuk memastikan perkara negatif, salah laku dan sebagainya dapat kita tangani dan ambil tindakan," katanya.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada November 2023 melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah, namun memerintahkan dia ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.


JANGAN HANYA BACA AYAT KERUSI

 

JIKA PAS & UMNO

HANYA BACA

AYAT KERUSI

PENYATUAN UMMAH

AKAN GAGAL

KHALAS


Penyatuan Ummah Perlu Inklusif, UMNO-PAS Perlu Mulakan Dahulu – Khairul Azman

KUALA LUMPUR | 20 Sep 26 – Penyatuan ummah perlu bersifat inklusif dan melibatkan semua pihak, namun UMNO dan PAS perlu menjadi dua parti yang menggerakkan agenda berkenaan terlebih dahulu, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azman Azeez.

Beliau berkata, penyatuan ummah dan persefahaman politik merupakan dua perkara berbeza yang tidak wajar dicampuradukkan ketika membincangkan usaha menyatukan masyarakat Melayu Islam.

“Kita kena bezakan antara penyatuan ummah dan juga persefahaman politik. Ini dua perkara yang berbeza. Jangan kita terperangkap,” katanya ketika menjadi panel dalam Politikopi bertajuk ‘Penyatuan Ummah: Eksklusif atau Inklusif?’

Menurut Khairul Azman, agenda penyatuan ummah perlu dilaksanakan secara inklusif dengan melibatkan semua pihak supaya matlamat berkenaan dapat dicapai.

Katanya, pendirian itu turut dapat dilihat menerusi sokongan perwakilan UMNO terhadap agenda penyatuan ummah dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, termasuk cadangan supaya semua pihak digalakkan menyertai himpunan berkaitan agenda tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan terdapat sebab mengapa UMNO dan PAS perlu menggerakkan usaha itu terlebih dahulu.

“Kita nak menunjukkan di luar sana, kalau UMNO dan PAS pun, dua parti besar orang Melayu Islam, boleh meletak ke tepi ego untuk agenda penyatuan orang Melayu, apatah lagi parti-parti lain? Apatah lagi parti-parti baru?” katanya.

Menurutnya, langkah itu bukan bertujuan memberikan hak milik atau ‘ownership’ kepada UMNO dan PAS terhadap agenda penyatuan Melayu, apatah lagi untuk mendominasi usaha berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata kerjasama dua parti berkenaan perlu dilihat sebagai contoh bahawa perbezaan pandangan boleh diketepikan demi agenda yang lebih besar.

“Kita nak menunjukkan bahawa kalau dua parti terbesar ini boleh meletak tepi segala perbezaan pandangan, bekerjasama untuk agenda penyatuan orang Melayu, apa tak lagi parti-parti lain,” katanya.

Kahirul Azman turut menegaskan bahawa UMNO tidak pernah menyatakan agenda penyatuan ummah hanya terbuka kepada UMNO dan PAS.

“Tak pernah kita mengatakan soalan-soalan ini eksklusif kepada UMNO-PAS. Tak pernah keluar daripada mana-mana mulut pemimpin, malah presiden ataupun mana-mana pemimpin,” katanya.

Sebaliknya, katanya, UMNO berpandangan agenda tersebut perlu terlebih dahulu digerakkan oleh dua parti terbesar sebelum usaha berkenaan dapat diperluaskan kepada parti-parti lain.

“Kita bercakap soal agenda ini mestilah dilaksanakan dulu oleh dua parti terbesar, barulah benda ini boleh berjaya,” katanya.

PENDATANG BAWA MASAALAH

 

WOIT

INI MASALAH 

PENDATANG

AMIN

BUAT BUMIPUTERA

MARAH MENYINGA

AMIN

TAK TAHU

DIMANA BUMI

DIPIJAK

DISITU LANGIT

DIJUNJUNG

KHALAS


Itali larang burqa, niqab di sekolah - Perdana Menteri


ROM: Itali akan melarang pemakaian burqa dan niqab di sekolah serta mengehadkan jumlah pelajar asing dalam setiap kelas, kata Perdana Menteri berhaluan kanan, Giorgia Meloni.

Itali adalah antara negara barisan hadapan berdepan isu migrasi, manakala integrasi menjadi antara masalah utama kempen menjelang pilihan raya umum negara itu tahun depan.

"Langkah akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet tidak lama lagi bagi menetapkan secara undang-undang jumlah maksimum pelajar asing dalam setiap kelas.

"Ia turut mewajibkan ibu bapa pelajar asing yang berdepan kesukaran serius untuk berintegrasi dalam sistem persekolahan mempelajari bahasa Itali," katanya ketika berucap pada perhimpunan sayap pemuda parti Brothers of Italy (FdI) yang dipimpinnya.

Parti National Future (FN), yang tidak menganggotai gabungan kerajaan, pada Julai lalu menggesa tindakan lebih tegas terhadap pemakaian burqa di sekolah.

FN muncul sebagai pencabar utama dengan sokongan meningkat mendadak dalam tinjauan pendapat sejak penubuhannya pada Februari lalu.

Ketika ini, tiada undang-undang khusus di Itali yang melarang pemakaian burqa sama ada di sekolah atau tempat awam, namun undang-undang 1975 melarang penggunaan topi keledar atau pakaian yang menyukarkan pengenalan diri tanpa alasan munasabah.

Pada 2008, mahkamah pentadbiran tertinggi Itali menjelaskan pemakaian penutup muka penuh atas alasan agama atau budaya dibenarkan, dengan syarat wajah didedahkan apabila pengesahan identiti diperlukan.

Parti League yang anti-imigresen dan menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan Meloni, mengemukakan rang undang-undang (RUU) ke Dewan Senat awal tahun ini.

Ia bagi melarang pemakaian topi keledar atau pakaian sedemikian, kecuali dalam keadaan tertentu seperti ketika acara sukan atau di tempat ibadat.

Had jumlah pelajar warga asing dalam setiap kelas sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang Itali, namun Meloni tidak menjelaskan bagaimana had sedia ada itu akan diubah.

Pelajar asing membentuk hampir 12 peratus daripada keseluruhan pelajar yang berdaftar di sekolah Itali, menurut Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT).

Sejak 2010, jumlah pelajar asing dihadkan kepada 30 peratus daripada keseluruhan pelajar dalam sesuatu kelas dan sekolah.

Bagaimanapun, had itu boleh dinaikkan bagi pelajar asing yang mempunyai penguasaan bahasa Itali mencukupi, termasuk mereka yang dilahirkan di Itali, atau dikurangkan jika pelajar asing berkenaan kurang fasih dalam bahasa Itali. – AFP

TEATER DAP

 

TEATER DAP

KABURI MATA

PENGUNDI

KHALAS

ANTI CUKONG


INI RESTORAN

TUKANG MASAK

CHINA 

DI SERI 

KEMBANGAN

AMIN

BUKAN ANTI CHINA

ANTI CUKONG 

KHALAS

Unknown commented on
 "POLITIK SEX DAN
 FALSAFAH MAKAN"

Eh kenapa masuk channel cina? THought you hated chinese?

LOL

BUKAN LETAK JAWATAN


BUKAN LETAK

JAWATAN

KAH KAH KAH

HANYA TAWAR

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

KHALAS





MAT BURUT TERLIBAT BEBASKAN NAJIB


MUSTAHIL

MAT BURUT TAK

CAMPUR TANGAN

UNTUK BEBASKAN 

NAJIB

AMIN

MUSTAHIL 

MAT BURUT

TAK CAMPUR 

TANGAN

DNAA ZAHID

KHALAS


Unknown commented on
 "MAT BURUT NAK JADI
 PELAKON TAMIL"

Bapa Madani kata pengampunan Najib status penuh Agung, dia tidak terlibat langsung, semuanya mengikut prosedur proses undang-undang, kalau semua ikut undang-undang kenapa Azam Baki masih bebas? Kenapa Zahid Hamidi dapat DNAA?

Kenapa kenapa kenapa? Kalau ya pun ada skrip drama jangan lah memperbodoh-bodohkan orang kita kah kah kah kah, ramai VIP terlepas semuanya atas rundingan untuk berkuasa, engkau sanggup lupa otai bergolek-golek atas jalan memang jenama lupa jasa orang-orang lama inikan pula sekumpulan pembodek sekeliling sekarang kah kah kah kah tetapi pembodek bertahan sehingga berkuasa saja m
Amin

WARGA AMERIKA DI BERI INGATAN


WARGA AMERIKA

DIBERI INGATAN

BERHATI-HATI

AMIN

BERITA BAIK DARI IRAN


SAH IRAN 

IRAN KINI

KAWAL

 SELAT HORMUS

AMIN

HARGA  MINYAK

AKAN TERUS

NAIK

AMIN


Selat Hormuz kekal ditutup sehingga AS penuhi komitmen - Iran

ISTANBUL: Speaker Parlimen Iran, hari ini berkata Selat Hormuz akan kekal ditutup sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi komitmen yang dibuat menerusi perjanjian pada Jun lalu serta memenuhi syarat yang ditetapkan Tehran, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika berucap di Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf, berkata Iran sudah "menyampaikan dengan jelas syaratnya kepada pihak lawan menerusi pengantara", menurut penyiar kerajaan IRIB.

"Musuh sedar bahawa ruang untuk melakukan penipuan dan mengenakan kehendak secara unilateral sudah tertutup; selagi syarat ini belum dipenuhi, hak sah rakyat Iran belum diiktiraf dan komitmen Amerika belum ditunaikan, tiada ruang untuk kembali kepada keadaan rundingan sebelum ini atau membuka semula Selat Hormuz," katanya.

Ketegangan di Asia Barat meningkat selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, menyebabkan Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap negara di rantau itu yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Iran turut menutup Selat Hormuz, satu daripada laluan perkapalan terpenting dunia bagi penghantaran minyak dan gas.

Washington dan Tehran mencapai perjanjian pada Jun lalu yang memperuntukkan pemberhentian operasi ketenteraan serta pengaturan untuk membuka semula Selat Hormuz kepada pelayaran.

Perjanjian itu kemudian gagal dilaksanakan susulan perselisihan antara kedua-dua pihak mengenai pengaturan pelayaran dan keselamatan di laluan perairan strategik itu.


MAT BURUT NAK JADI PELAKON TAMIL


ORANG RAMAI

PERLU MENILAI

LAKONAN

MAT BURUT

AMIN

Unknown commented on

 "POLITIK SEX DAN FALSAFAH MAKAN"

Ramai pelakon menjadi ahli politik sekarang, sejak zaman filem hitam putih sehingga berwarna digital kah kah kah, kerana layak berpolitik atau layak berlakon, sekarang semua ketahui bahawa dunia politik sebenarnya berlakon, 

dulu depan kamera sekarang depan penonton mungkin rakyat, jadi memang kita mengundur ke belakang, kah kah kah kah lembu ketawa kah kah kah kah

BIAL NAIK TARIF SILA UMUM


TNB AIR INDAH

BILA NAIK TARIF

SILA UMUM

AMIN

Unknown commented on 
"KES 1MDB NAJIB 
MASUK KE KAJANG SEKALI LAGI ?"

Kalau kepala paip Indah Water bertukar adakah isi kandungan Indah Water akan berubah? Dari dulu kini selamanya tetap isi kandungan Indah Water sama kualiti tak ada beza, cuma terbaharu kualiti lebih baik, ada make up ulama, ada pakai bedak berlakon, tidak berpeluh semua hidup percuma atas sumbangan orang papa kedana kah kah kah kah lembu faham manusia sengaja buat tak faham lol kah kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI




PAGI INI

AHAD 20 SEPTEMBER 2026

PERANG EROPAH

PERANG TIMUR TENGAH

MAKIN MEREBAK


RUSIA
PRU sedang berjalan di Rusia. Warga sedang mengundi.  DRONE – beribu – dafri Ukraine  masuk menyerang MOSCOW.

APA JAWAPAN RUSIA?
Pasti Rusia akan balas.

YAMAN
Ansarallah menyerang Riyadh – Laluan minyak masih terbakar. Minyak eksport dari Saudi 3 juta tong sehari terhenti, Harga minyak naik.

AMERIKA dan ISRAEL
Buat persediaan. SERANG YAMAN ? atau SERANG IRAN ?

IRAN
Pasukan Pengawal Republik Islam beri ISYARAT 100 – ini tanda paling bahaya – untuk semua bala tentera. Ini tanda  BERSEDIA !!!

TEATER DAP
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Buat buat letak jawatan – nanti Mat Burut kata jangan – kah kah kah.

Skrip ini  rakyat dah tahu dah hafal . KINI KITA  – hanya tunggu masa nak humbankan Mat Burut

HOKKIEN
Pagi ini basah BERJEREBU – matahari tidak kelihatan. Langit arah Sungai besi ada kelihatan sedikit awan. KL & KL Sentral di kepung jerebu dan. Kabus. Kemarin hujan agak lebat.

Ha ha – Tim Mak Tetek Lanjut awalnya tak kelihatan – kemudian muncul – ramai datang makan.

Berjalan ke Wakaf Tiga depan Pokok Ara Geng Putih berkejar – kini dah jadi kawan. Gua beri nasi – Tak Tak masih marah pada satu Taiko – Tak Tak kejar.

Ha ha Jantan Putih Baik ikut ke Wakaf Tiga dapat hati dan keropok.  

Kemudian ikut berjalan pulang di tengah jalan – Dia BERGOLEK TERLENTANG . DALAM BAHASA ANJING ini ialah tanda Dia amat Yakin pada Gua – terlentang adalah perbuatan paling bahaya – ketika liar  jika terlentang beri musuh peluang menyerang.

Depan gua Jantan Putih  Baik terlentang  ini tanda DIA SELAMAT dan Yakin akan selamat, 

Nak sampai ke Pintu Keluar muncul Siti Solo – dia kelihatan sehat – lama tak muncul - gua beri hati dan keropok.

Jap lagi gua nak ke klinik – nak periksa badan – nak rakam – laporan doktor -  jika perlu nak saman PEMILIK LADANG SAWIT YANG DI BAKAR. Amin.

Hujan sila datang lagi.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

Daun dedap  dalam kuali 
Di atas para di tepi almari
DAP buat teater tipu pengundi
Pura-pura letak jawatan menteri 

Limau purut  di kaki lima
Letak sebiji tepi jambatan
Mat Burut  buat drama
Tolak Loke letak jawatan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN. HARI INI
SELAMAT BERKERJA