Rabu, 23 September 2026

SYARIKAT MANA TERLIBAT MEMBAKAR ?

 

ADA KAH SYARIKAT

MALAYSIA TERLIBAT

MEMBAKAR?

AMIN

PENJELASAN YANG JELAS DAN BENAR

 

PENJELASAN

PECAT YAM TUN

JELAS & BENAR

AMIN

UNDUR MUKRIZ KRISIS SELESAI

 

SELAGI MUKRIZ

TAK UNDUR KRISIS

TAK SELESAI

AMIN

TEATER DAP DI SAMBUNG LAGI - JADI TEATER MAT BURUT


INI TEATER

MAT BURUT

AMIN

LOKE BUKAN 

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

DIA MENAWAR

DIRI UNTUK LETAK

JAWATAN

AMIN

MAT BURUT

AKAN TOLAK

KAH  KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS


Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan, serah surat sekembali dari China
HANGZHOU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan (surat peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri sekembalinya ke tanah air,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita setibanya di Hangzhou hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan meneruskan hasrat mengundurkan diri daripada Kabinet.

Loke ketika ini mengiringi Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan kerajaan China.

Loke sebelum ini mengumumkan akan meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap   Najib  Razak.

Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept lepas.

Perdana Menteri semasa bercakap kepada media Malaysia dalam perjalanan dari Shanghai ke Hangzhou menaiki kereta api berkelajuan tinggi berharap Loke mempertimbangkan keputusan beliau itu dan tiada pihak menekan DAP supaya keluar Kerajaan Perpaduan.

INI TEATER DAP


KAH KAH KAH

DARI AWAL

AMBO DAH ROYAK

KAH KAH KAH

SEMUA INI

TEATER NAK

TIPU PENGUNDI

 CHINA

KHALAS




‘Patut semua DAP keluar kerajaan. Itu cadangan siapa?’


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Setiausaha Agung DAP Anthony Loke meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

"Saya beri ruang, saya tak mahu berburu-buru dan gopoh kerana saya hormat keputusan dia," katanya di Shanghai sambil menjelaskan bahawa beliau masih belum mempunyai kesempatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan Loke mengenai hasrat meletak jawatan, yang dibuat sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sabtu lepas.

Anwar sebelum ini berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh Loke mengenai isu peletakan jawatan itu dan memahami bahawa keputusan tersebut dibuat susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak.

SELAMATKAN MALAYSIA

 

MARI BERSAMA

KITA HUMBANKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN


PRN Melaka: Siapa bersama siapa?



KUALA LUMPUR: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 semalam kini mengalihkan tumpuan kepada bentuk kerjasama politik yang bakal dimeterai parti bertanding menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kata putus masih belum dimuktamadkan mana-mana parti atau gabungan, namun kebarangkalian besar kini adalah kerjasama atau persefahaman yang akan dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Dua gabungan itu yang berjaya mencipta kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, dijangka sekali lagi bertembung dengan Pakatan Harapan (PH), yang mungkin kali ini akan membina kesepakatan dengan BERSATU.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan, menjangkakan pertembungan antara BN dan PH pasti berlaku, iaitu yang ketiga selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan Ke-16.

Beliau berpandangan, kerjasama antara PH dan BERSATU terpaksa dimuktamadkan kerana PH memerlukan undi Melayu yang dilihat semakin merosot kepada mereka pada PRN terdahulu.

"Walaupun BERSATU mungkin tidak memperoleh undi maksimum, namun PH memerlukan BERSATU bagi tujuan itu.

"BERSATU pula memerlukan satu organisasi politik yang lebih besar selepas dipinggirkan daripada PN.

"Parti itu tidak boleh lagi bergerak solo seperti di Negeri Sembilan dan PH adalah calon terbaik untuk bergerak bersama," katanya ketika dihubungi, hari ini.

DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN Melaka Ke-16.

Sebelum ini, wujud desas-desus bahawa PH dan BERSATU akan bekerjasama pada PRN itu, namun Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerjasama itu masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada hasil perbincangan di peringkat negeri.

Pada masa sama, BN dijangka bekerjasama atau membentuk persefahaman dengan PN, susulan beberapa kenyataan pemimpin gabungan itu sebelum ini, yang memberi isyarat bahawa persefahaman politik BN dan PN hampir pasti berlaku pada PRN Melaka.

Azmi berkata, selepas BN bertegas untuk kekal bertanding di 21 daripada 28 kerusi yang dimenanginya pada PRN lalu, PN dijangka akur bertanding di baki tujuh kerusi.

"Walaupun mereka mahu lebih daripada itu, saya fikir PN akan bertanding di tujuh kerusi. UMNO akan tetap bertegas untuk mempertahankan apa yang mereka miliki," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan (Komunikasi Liberal) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr A Aziz Azizam, berpandangan berbanding PH dan BERSATU, kerjasama antara BN dan PN mempunyai asas yang lebih jelas, berdasarkan pengalaman pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

"Saya melihat kerjasama antara BN dan PN ini berlaku dalam tiga fasa, iaitu secara eksperimen di Johor dan lebih formal serta berstruktur di Negeri Sembilan.

"Pada PRN Melaka nanti, kita akan melihat sama ada kerjasama ini mampu terus bertahan dan menghasilkan keputusan yang baik.

"Ini ujian sebenar bagi kerjasama dua gabungan ini dan memberi gambaran untuk kerjasama lain pada masa akan datang," katanya.

Mengenai kerjasama PH dan BERSATU, A Aziz, melihat BERSATU akan mencari jalan yang memberi sedikit kelebihan kepada mereka, selepas prestasi buruk pada PRN Negeri Sembilan.

"BERSATU tidak lagi dilihat sebagai parti yang penting buat masa ini, jadi mereka akan mencari apa saja cara dan kedudukan serta kerjasama dengan PH itu bukan sesuatu yang pelik.

"Mereka mungkin tidak bertanding di banyak kerusi, namun akan menumpukan kepada kerusi yang berkepentingan bagi mereka.

"Bagaimanapun di Melaka, disebabkan kebanyakan orang kuat mereka sudah berpindah ke Parti Wawasan Negara (WAWASAN), kita akan melihat bagaimana percaturan yang akan dilakukan nanti," katanya.

Pada PRN Melaka ke-15 yang diadakan pada 20 November 2021, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.




LAWAK BERDIRI TRUMP DI PBB

 

MAT TERAM

BUAT 

LAWAK BERDIRI

DI PBB

KAH KAH KAH

TAKDA SAPA 

KETAWA

SEMUA KUTUK

KAH KAH KAH

KHALAS

Adakah saya akan humban Iran ke 'neraka' tanpa sebarang peluang kelangsungan hidup? - Trump


NEW YORK: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengadakan rundingan di luar acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, semalam, buat kali pertama dalam tempoh berbulan-bulan.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden AS, Donald Trump, meskipun beliau terdahulu memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa dirinya masih mempertimbangkan sama ada mahu 'menghancurkan' Iran.

Pertemuan berkenaan dilaporkan disertai Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dan utusan khas Trump, Steve Witkoff, serta menantu Presiden itu, Jared Kushner.

Rundingan itu dipercayai adalah perbincangan bersemuka yang pertama antara pegawai Iran dengan AS sejak Naib Presiden AS, JD Vance, bertemu pegawai kanan Tehran di Switzerland pada Jun lalu.

Dalam ucapannya pada UNGA, semalam, Trump banyak menyentuh mengenai perang AS terhadap Iran.

"Saya perlu membuat satu keputusan besar - adakah satu perjanjian akan dicapai dengan Iran yang membolehkan mereka membina semula dan menjadi sebuah negara yang jauh lebih hebat?

"Atau adakah saya akan menghancurkan Republik Islam itu dan melakukannya dengan pantas tanpa memberi mereka peluang untuk membunuh serta memusnahkan rakyat serta negara lain lagi? Adakah saya akan menghumban mereka ke dalam 'neraka' tanpa sebarang peluang untuk kelangsungan hidup?" katanya.

Ketika ucapan bombastik itu disampaikan, semua anggota delegasi Iran - kecuali seorang - bertindak keluar dari dewan persidangan.

Trump berkata, beliau percaya Iran akan segera mencapai perjanjian selepas pilihan raya pertengahan penggal pada November depan - di mana Parti Republikan berdepan risiko kehilangan kawalan terhadap Kongres yang sebahagian besarnya akibat kesan konflik itu terhadap ekonomi AS.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dijadual menyampaikan ucapan pada UNGA, hari ini.

Sejurus selepas menyampaikan ucapannya, Trump mendedahkan bahawa perwakilan Iran dan AS telah mengadakan perjumpaan selama tiga jam di luar acara UNGA.

"Pertemuan mereka berlangsung dengan sangat baik dan produktif - mereka dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan dalam masa terdekat," kata Trump kepada pemberita ketika bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Ketika mengadakan pertemuan kemudian dengan pemimpin-pemimpin Teluk di PBB pula, Trump menambah: "Saya melihat terdapat banyak momentum untuk mereka mencapai perjanjian, itu yang kita dengar daripada semua orang".

Sementara itu, media Iran melaporkan Araghchi telah mengemukakan syarat kepada Witkoff untuk pembukaan semula Selat Hormuz.

Menurut laporan agensi berita IRIB, Araghchi berkata, tuntutan Tehran termasuk 'penarikan balik sekatan perairan oleh AS dengan segera, pembayaran balik semua aset Iran yang telah dibekukan dengan segera, dan penamatan perang terhadap semua barisan penentang.'

Sementara itu dalam perkembangan berasingan di Tehran pula, penerbangan dari Iran ke ibu negara Iraq dan Oman dijadual dibatalkan bermula tengah malam, lapor media tempatan, semalam, beberapa jam sebelum sekatan AS yang diperluaskan mulai berkuat kuasa.

Agensi Berita Tasnim memetik jurucakap penerbangan awam berkata, lapangan terbang Baghdad dan Muscat tidak akan lagi menerima penerbangan Iran.

"Penerbangan antarabangsa lain, termasuk Istanbul, akan beroperasi mengikut jadual dan seperti biasa. Setakat ini, tiada masalah dengan penerbangan terbabit," menurut laporan Tasnim.

Tasnim juga melaporkan pihak berkuasa penerbangan Iran sedang berunding supaya penerbangan ke Baghdad diubah laluan ke Najaf yang merupakan destinasi utama bagi jemaah Iran.

Agensi ISNA pula melaporkan rundingan dengan Oman juga sedang berjalan.

Di Iraq, kerajaan setakat ini belum mengumumkan pelan untuk menguatkuasakan larangan itu, namun beberapa sumber termasuk pegawai kanan kerajaan memberitahu AFP bahawa Baghdad akan mematuhinya.

Baru-baru ini, AS menyenaraihitamkan sektor penerbangan Iran dan mengancam sekatan terhadap mana-mana organisasi asing yang berurusan dengan syarikat penerbangan Iran

JANGAN GUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK SELAMATKAN AIR ASIA !!!

 

APAKAH 

MAT BURUT

AKAN GUNAKAN

DUIT NEGARA UNTUK

SELAMATKAN

AIR ASIA?

AMIN

DI RAHSIAKAN ?

 

KENAPA PEMILIK

LADANG SAWIT

PUNCA JEREBU

DI RAHSIAKAN?

AMIN

Unknown commented on 
"BUKAN TER BAKAR TAPI DI BAKAR !!!"

Bukan kerja susah kerja amat senang, siapa pemilik ladang sawit, siapa pemilik bertanggungjawab, setiap kali terbakar atau dibakar tanggungjawab jatuh kepala pemilik? Kalau masa untung untung sendiri masa menyusahkan orang lain tak payah tanggungjawab?

Selagi rasuah bermaharajalela semuanya susah kah kah kah kah rumpun sama akar umbi sama dengan pendekar Pornongegoro dan pendekar Acheh lanun Johor Riau semuanya perangai tetap sama kah kah kah kah

ZAMAN MADAFAKA

 

INI BERLAKAU

DI ZAMAN

MADAFAKA

KHALAS




IRAN UJI SENJATA BARU

 

DEMO LAWAN

TERAM

AMIN 

IRAN UJI

SENJATA BARU

KHALAS

TELAH


BUKAN WARIS JANGAN MASUK CAMPUR

 

LU BUKAN

ANAK WARIS

LU JANGAN

MASUK CAMPUR

ADAT KAMI

KHALAS


PM, AGC diingatkan


tak campur 


urusan Negeri Sembilan

Datuk Undang  Berempat dan pemimpin adat Negeri Sembilan hari ini memberi amaran kepada Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan kerajaan persekutuan agar tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri tersebut.

Amaran ini dibuat sebagai respons terhadap nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)—sebuah badan persekutuan—yang menyatakan bahawa keputusan Exco Negeri Sembilan untuk menerima proklamasi bertarikh 19 April oleh para pembesar itu untuk menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar adalah tidak sah.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Mubarak Thahak ( Undang Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Undang Jelebu), Muhammad Abdullah (Undang Johol), dan Abdul Rahim Yasin (UdangRembau) selain Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong, menegaskan bahawa merekalah pihak yang memegang kuasa untuk melucutkan kedudukan Tuanku Muhriz daripada takhta.

Kata mereka, Menteri Besar Ismail Lasim dan barisan exco hanya melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh mereka.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu yang terang-terangan mahupun berselindung cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan kami di negeri kami ini.

"Kami ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan khususnya prerogatif kami di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 kerana YAB Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sedemikian.

"Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, YAB Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurani malah tidak segan silu melanggarkan prinsip keluhuran Perlembagaan," kata mereka.

Mereka merujuk kepada Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa sebarang pertikaian mengenai hak pewarisan takhta Raja hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak berkuasa berkenaan dan mengikut perlembagaan negeri.

Tegas mereka, sebarang tindakan yang melanggar peruntukan itu adalah tidak berperlembagaan.

Mereka juga menasihati Tuanku Muhriz supaya menerima hakikat bahawa baginda telah disingkirkan daripada takhta.

"Kami juga menasihatkan Tunku Muhriz agar bermuhasabah, merendah hati dan menerima hakikat bahawa beliau telah diturunkan takhta maka berundurlah secara terhormat.

"Kami juga menyeru semua penjawat awam negeri agar tidak melayani sebarang tekanan daripada mana-mana pihak dan hendaklah akur kepada ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta menumpahkan sepenuh taat setia kepada Raja Pemerintah Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Nadzaruddin," kata mereka.


PUNCA HURU HARA

 

WOIT

MUKRIZ !!!

BILA NAK CELAH

LU PUNCA 

HURU HARA

AMIN

AMERIKA BINCANG DENGAN IRAN


AMERIKA DAH

KALAH 

TERAM TAKDA

PILIHAN

KAH KAH  KAH

BULAN 11 ADA PRU

JIKA PARTI KALAH

PASTI  ADA 

CADANGAN

PECAT TERAM

AMIN

JALAN  SELAMAT

 BERUNDING

CARI DAMAI

KAH KAH KAH

KHALAS


Wakil AS terbuka bertemu dengan pemimpin Iran


NEW YORK: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Iran di luar sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rubio berkata, walaupun pertemuan berkenaan belum dijadualkan namun pihaknya terbuka ke arah itu.

"Kami terbuka untuk itu. Saya tidak fikir tiada yang sudah dijadualkan ketika ini, tetapi kami pastinya terbuka kepada sesuatu seperti itu," katanya dalam temu bual dengan NBC pada Selasa.

Rubio berkata, AS bersedia mengadakan pertemuan sekiranya rundingan berkenaan mampu membawa kepada sesuatu yang positif dengan matlamat utama memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.

Kenyataan itu dibuat tidak lama sebelum Presiden AS, Donald Trump dijadualkan menyampaikan ucapan di New York.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berlepas ke New York pada Selasa bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan dijadual menyampaikan ucapan pada Rabu.

Namun, Trump dijangka sudah meninggalkan New York pada Rabu untuk kembali ke Washington bagi menyambut Presiden China, Xi Jinping, dalam pertemuan berprofil tinggi minggu ini.

Trump sebelum ini turut menyatakan keterbukaannya untuk mengadakan rundingan dengan Tehran.

Pezeshkian menjadi pegawai tertinggi Iran yang menjejakkan kaki ke bumi AS sejak tercetusnya perang di Asia Barat pada akhir Februari susulan serangan AS dan Israel terhadap Iran.

Tehran mahu perang serta tindakan agresif terhadap Iran dan sekutunya di rantau itu dihentikan, selain menuntut sekatan terhadap pelabuhan negara itu ditarik balik.

Antara isu utama konflik Washington-Tehran ialah pembukaan semula Selat Hormuz, laluan strategik bagi transit tenaga global.

Tehran menyekat laluan itu sejak konflik tercetus, manakala Washington mengekalkan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran selain meningkatkan tekanan ekonomi terhadap negara berkenaan



JAHAT MUDAH DI INGAT


KEJAHATAN

MUDAH DIINGAT

AMIN

KEBAIKAN MUDAH

DI LUPA

KHALAS


Unknown commented on
 "LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN"

Orang-orang kita mudah lupa, mudah lupa segala kebaikan, hanya akan ingat keburukan, semua semuanya diperolehi secara percuma kah kah kah. 

Sesuatu yang percuma jarang dihargai oleh orang-orang mudah lupa dan lalai tidak berterima kasih amin syukur alhamdulillah doa pasti setiap kali naik turun kapal terbang takut terhempas kah kah kah kah

BEBAL PEMBAWA MASALAH

 


SAPA BEBAL 

PASTI BAWA

MASALAH

AMIN

Unknown commented on
 "MAT BEBAL LARANG JADI PEGAWAI"

Ramai bebal ramai bodoh ramai bangang memang wujud di semua jabatan kerajaan, semua agensi kerajaan, ikut buat suka-suka tidak baca buku, kerja copy paste wayang alim ulama macam mufti kah kah kah, belajar separuh masak, jadi separuh pandai kah kah kah kah semuanya hanya di MADANI cemerlang gemilang terbilang kah kah kah kah kah kah