Isnin, 7 September 2026
PROJEK AMERIKA JATUHKAN NAJIB RAZAK - DARI ARKIB TUKAR TIUB
DARI ARKIB
TUKAR TIUB
8 MAC 2016
AMERIKA NAK JATUHKAN NAJIB NAIKKAN
ANWAR BIN IBRAHIM
SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia.
Pasal apa ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah mula pakai gincu?
Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir Serawak. Surah ini akhirnya memberi pencerahan untuk kita semua memahami geopolitik dunia. Amin.
Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh tiga sosok. Sosok pengapit ‘ orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini takut kena simin macam yang telah terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.
Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah wakil Lembaga Daulah Amerika.
Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma Loretta Lynch membuat kerja tanpa disuruh arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana dedak.
Sosok yang mengapit ialah Pegawai Besar dari FBI. Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division.
Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat arif dalam hal jenayah menjenayah. Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada seorang adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.
Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman Amerika (JKA) telah mengeluarkan Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas.
Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA.
Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.
Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia?
Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.
Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes rampasan kali ini.
Juga TIDAK pernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar pada 20 Julai Rabu lalu dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak.
Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan Mufti Pahang? Ada apa dengan Najib?
Jabatan Kehakiman Amerika akan merampas harta yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang China Tembam bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia.
Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia.
Belum pun sempat Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil lakaran Monet dan satu kerja seni Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini.
Biasanya orang jahat atau orang jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat yang mengaku baik.
Selesai berita lukisan - tetiba meletup berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini.
Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC boleh merebak ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa?
Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes 1MDB. Kes ini telah lama berjalan. Sebelum Anwar Ibrahim masuk penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ‘ kucar kacir’ dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu.
Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini sebelum Justo ditangkap di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil.
Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama Louise Story dari The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit ‘rompakan’ dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil Najib.
Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang berpusat di London. Portal ini telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat kes 1MDB ini.
Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit modal Riza dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas.
Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula ialah anak Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah dan cerita Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah.
Tapi ini bukan gua buat fitnah. Semua ini gua pungut dari isi sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia.
Bezanya antara gua dan Loretta Lynch hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap.
Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal 139 muka surat. Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles - semuanya hasil dari duit curi.
Kunci perkataan ialah DUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi maka siapakah si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib.
Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1.
Malaysian - semua orang tahu ialah warga negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1? Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya.
Pelik binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI. Ini kerana Rosmah ialah FLOM - Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI? Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------
AMERIKA MAHU ANWAR BIN IBRAHIM JADI PM
AMERIKA MAHU
ANWAR BIN
IBRAHIM JADI PM
AMIN
NAJIB RAZAK
DALAM POKET
CHINA MELALUI
JO LO
KHALAS
PAS mempersoalkan tindakan PH yang didakwa 'melatah' berhubung kenyataan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang yang kononnya Amerika Syarikat (AS) cuba campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya hairan dengan reaksi itu sedangkan PAS tidak pernah mengaitkan PH dalam isu terbabit.
Apa kepentingan mereka dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba melatah dan buat laporan polis? Adakah presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali.
“Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” soalnya dalam satu kenyataan media yang turut dikongsikan di media sosial hari ini.
Ahmad Fadhli berkata, , perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana pertikaian kedua-dua pihak boleh diselesaikan melalui kaedah undang-undang.
"Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menafikan perkara ini. Ada kaedah undang-undang untuk selesaikan pertikaian antara dua pihak terbabit iaitu saman sivil.
Dia menambah, pimpinan PAS tidak pernah mengaitkan mana-mana individu atau parti daripada PH dalam kenyataan berhubung usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum tahun 2018 itu.
Semalam, Kedutaan AS menafikan dakwaan Abdul Hadi, bahawa wakil negara itu pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam berkenaan untuk menjatuhkan kerajaan BN.
David H Gamble Jr, yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, berkata negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.
Sebarang dakwaan sebaliknya adalah palsu, katanya.
Dalam ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu Sabtu lalu, Abdul Hadi mendakwa tawaran tersebut dibuat ketika salah satu lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama, ke Malaysia. Ketika itu, beberapa pemimpin PAS telah dijemput menghadiri satu acara di Kedutaan AS di Kuala Lumpur.
Kedua-dua lawatan Obama ke Malaysia pada 2014 dan 2015 berlaku ketika Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Najib kini dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan pada 2020 atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International.
Abdul Hadi berkata perkara itu berlaku ketika PAS merupakan sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat. Dia turut berkata Setiausaha Agung PAS ketika itu, Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang ketika itu merupakan setiausaha politiknya, turut menghadiri acara berkenaan.
Abdul Hadi berkata dia menghadiri jemputan itu bersama bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
“Dia tanya, ‘Siapa PAS cadang jadi perdana menteri?’
“Saya kata, ‘Siapa Amerika setuju?’
“Tergamam dia!
“Saya jawab, ‘Amerika setuju siapa dia? Amerika sokong siapa dia?’ Itu jawapan daripada saya,” katanya.
JIKA RUNDINGAN PN & BN GAGAL DI MELAKA - MAT BURUT TERUS BERKUASA
JIA RUNDINGAN
BN & PN GAGAL
DI MELAKA
MAT BURUT
TERSU BERKUASA
AMIN
RAKYAT KENA
KENCING KECEWA
KHALAS
Zahid Beri Ab Rauf Mandat Pilih “Partner”, BN Mahu Sekurang-kurangnya 21 Kerusi
MELAKA | 7 Sep 26 – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, memberi mandat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, untuk menentukan rakan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun menegaskan BN tidak boleh memperoleh kurang daripada 21 kerusi.
Zahid berkata Ab Rauf perlu berunding dengan teliti dan memilih “partner” yang mampu memberikan kemenangan kepada BN serta mempunyai keikhlasan dan kesetiaan dalam kerjasama politik.
“Pilih partner yang boleh memberikan kemenangan pada kita. Pilih partner yang ikhlas dan jujur dengan kita. Pilih partner yang berdakap di belakang sama, di depan sama.
“Bukan partner yang cakap depan lain, belakang buat lain,” katanya dalam ucapannya di Melaka.
Zahid turut memberi bayangan bahawa beliau mengetahui pihak yang dikehendaki pengundi Melaka untuk bekerjasama dengan BN.
“Saya tahu pengundi Melaka mahu kita bekerjasama dengan siapa.
“Tiba masanya… saya tahu keputusan yang terbaik yang akan saya buat demi kepentingan untuk Melaka,” katanya.
Beliau pada masa sama meminta Ab Rauf menggunakan sokongan golongan muda untuk memastikan kestabilan politik negeri, selain menggesa kerajaan negeri memberi ruang kepada anak muda.
Zahid berkata BN sebelum ini pernah membuktikan keupayaannya memenangi pilihan raya Melaka secara bersendirian dan mendapat sokongan rakyat menerusi “gelombang biru”.
“Kalau dulu kita telah membuktikan dengan solo kita membuat keputusan dan rakyat Melaka bersama-sama dengan gelombang biru ketika itu,” katanya.
Bagaimanapun, mesej paling jelas daripada ucapan itu ialah tuntutan supaya kekuatan BN di Melaka tidak dikurangkan dalam sebarang rundingan.
“Datuk Rauf berunding elok-elok, jaga hati orang Melaka. Jangan kurang daripada 21 kerusi,” katanya.
Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Pendirian Zahid itu sekali gus meletakkan satu garis penting dalam rundingan kerjasama menghadapi PRN akan datang.@politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
DARI LAMAN LE CHATEAU
DARI LAMAN
LE CHÂTEAU
PETANG INI JAM 6.30
PULANG DARI HOKKIEN
GUA NAMPAK MATAHARI MERAH
PAGI TADI
DALAM HOKKIEN
MATAHARI MERAH
PETANG PUN MERAH
INI AKIBAT JEREBU
WAHAI HUJAN !
DATANGLAH ANAK CUCU
SEDANG MENUNNGU
AMIN
BILA NAK MINTA CHIAN PULANGKAN JO JO
KENAPA KERAJAAN
TAK MINTA CHINA
PULANGKAN JO LO
KHALAS
Dakwaan campur tangan AS: Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sedia memberi kerjasama kepada polis berhubung kenyataannya kononnya Amerika Syarikat (AS) cuba campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman, mengesahkan Bukit Aman sudah menghubungi mereka susulan beberapa laporan polis yang dibuat berkait isu itu.
"Ya, pihak Bukit Aman sudah hubungi kami. Tan Sri Abdul Hadi sudah dimaklumkan dan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.
"Tarikh dan masa akan ditentukan," katanya ketika dihubungi hari ini.
ROHINGYA BUKAN AGENDA UTAMA
JANGAN KENA
KENCING
AMIN
AGENDA UTAMA
BUKAN ROHINGYA
AMIN
AGENDA UTAMA
HUMBANKAN
MAT BURUT
KHALAS
Unknown commented on
"ROHINGYA HITAM HODOH PENGOTOR ?"
Rohingya rajin kerja, pendatang haram masuk sewenangnya, penguatkuasa lemah makan rasuah membiarkan mereka membuat sesuka hati, membuat rakyat gelisah, selama ini menanggung penjawat awam yang berjuta-juta, tanggung gaji elaun semuanya sekali tetapi perkhidmatan awam seakan tidak layak,
kepada rakyat negara ini ditindas ditekan sedemikian rupa sehingga rakyat meluat melihat karenah agensi penguatkuasaan sekarang, semuanya dimonopoli oleh satu kaum majoriti, malas ponteng lemah tetapi tidak berfungsi untuk kesejahteraan rakyat, mereka gagal ulang sekali lagi gagal melaksanakan tugas tanggungjawab, asyik membuat video mempamerkan kehebatan kah kah kah kah kah lembu tak tahan
NIKMAT ORANG POLITIK
NIKMAT ORANG
POLITIK
AMIN
Unknown commented on
"DENGAR CERITA HADI -
BACA RAKAMAN SEJARAH TUKAR TIUB"
Orang-orang politik cukup pandai bijak, dekat-dekat pilihanraya rajin bercakap, rajin membantu kenyataan sensasi, rajin turun padang rajin cangkul rajin buat program rajin promosi rajin menonjolkan diri bakat sendiri tetapi usia lanjut usia uzur usia pencen disambung nyawa disambung gaji elaun seumur hidup,
adoi memang nikmat kesejahteraan hidup mereka terjamin, amin amin amin selagi ada kepala asal usul yang jahiliah maka mereka akan terus bermaharajalela amin syukur alhamdulillah kah kah kah kah
ZAHID MULA SERANG MAT BURUT
BAJET DAH
DI LULUSKAN
AMIN
MAT BURUT
SABOTAJ
TAK BERI DANA
PADA JABATAN
ZAHID HAMIDI
AMIN
AGAR ZAHID
DILIHAT TAK BIJAK
URUS TADBIR
AMIN
TAK LAYAK
CALON PM
KHALAS
"Tidak pernah ada sebuah kementerian membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan" - Zahid
PUTRAJAYA: Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementerian hanya akan berbelanja berdasarkan peruntukan dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan atau jumlah yang diluluskan.
"Tidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan? Apa yang dibelanjakan itu secara tidak langsung menjawab soalan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).
"Berapa peruntukan yang ada? Mana ada bajet yang cantik. Mana mungkin KKDW akan membelanjakan bajet melebihi daripada apa yang dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan atau apa yang diperuntukkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini, hari ini.
HADI CAKAP BENAR - AMERIKA TOLAK NAJIB
HADI CAKAP
BENAR
AMIN
AMERIKA
TOLAK NAJIB
KERANA NAJIB
PRO CHINA
AMIN
AMERIKA MAHU
ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)








