Khamis, 24 September 2026
BERSATU BUKAN KERANA SIMBOL
PENYATUAN
UMMAH BUKAN
BERASASKAN
LOGO
AMIN
LOGO ITU HANYA
TANDA & SIMBOL
AMIN
MAHA PENTING
KESEDARAN UNTUK
BERSATU DENGAN
TUJUAN & NIAT
KEBAJIKAN UMMAH
YANG JELAS
KHALAS
Risiko PN digantung RoS: Penyatuan Melayu masih boleh diteruskan – Pakar
KUALA LUMPUR – Penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak semestinya menghalang usaha penyatuan orang Melayu, sebaliknya ia boleh dilakukan melalui pendekatan dan strategi lain.
Pakar Bahasa dan Perpaduan, Prof. Emeritus Dr. Teo Kok Seong berkata, walaupun gabungan PN secara formal kini berdepan sekatan, kekuatan jati diri serta kesediaan orang Melayu untuk bersatu masih boleh menjadi asas kepada usaha berkenaan.
Menurut beliau, tindakan RoS itu susulan aduan yang dibuat berhubung kedudukan gabungan berkenaan dan keputusan tersebut menyebabkan kegiatan PN tidak dapat diteruskan seperti sebelum ini.
“Gabungan formal ini dengan arahan ROS tidak boleh diteruskan. Tetapi sokongan orang Melayu masih boleh diteruskan atas nama atau pendekatan lain,” katanya hari ini.
Beliau berkata, dalam keadaan semasa, parti-parti politik khususnya yang mempunyai kepentingan terhadap agenda orang Melayu perlu melihat ruang lain untuk meneruskan kerjasama tanpa bergantung sepenuhnya kepada bentuk gabungan yang formal.
Katanya, perkara lebih penting ialah memastikan kekuatan jiwa, jati diri dan kesediaan orang Melayu untuk terus bersatu tidak terhakis hanya disebabkan halangan terhadap sesebuah gabungan politik.
“Saya kira dalam apa-apa perkara yang ada peluang, yang pentingnya ada kekuatan jiwa dan keteguhan hati.
“Jati diri orang Melayu untuk bersatu itu hendaklah sentiasa kuat,” ujarnya.
Mengulas dakwaan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan bahawa tindakan RoS itu mempunyai agenda besar, berniat jahat dan bersifat ‘mala fide’ serta didakwa dipengaruhi tekanan politik, Teo berkata, perkara sedemikian perlu dilihat berdasarkan keadaan dan masa tindakan itu dibuat.
Beliau turut menyentuh perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Johor dan Melaka yang menurutnya memperlihatkan kemungkinan wujudnya bentuk kerjasama politik melalui pendekatan lain.
“Yang penting, sudah kelihatan pakatan itu berhasil di Johor dan pasti akan berhasil di Melaka ini,” tambahnya.
Takiyuddin dalam kenyataannya hari ini menegaskan, PN tidak menolak kemungkinan tindakan RoS terhadap gabungan itu merupakan natijah agenda berniat jahat (mala fide) serta tekanan politik daripada pihak tertentu dari dalam dan luar PN.
Jelasnya, dakwaan itu dibuat selepas gabungan berkenaan menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 yang memberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi berhubung cadangan pembatalan pendaftaran PN.
Malah, katanya, cadangan pembatalan itu berkait dengan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung mesyuarat PN pada 16 Julai 2026.
Dalam pada itu, Kok Seong berpandangan penyatuan orang Melayu tidak semestinya bergantung kepada satu gabungan politik secara rasmi kerana kerjasama boleh diteruskan melalui pelbagai strategi.
Katanya, perkembangan politik semasa juga menunjukkan bahawa parti-parti masih mempunyai ruang untuk mencari bentuk kerjasama yang bersesuaian, khususnya ketika berdepan pilihan raya.
“Bagi saya, keadaan ini akan memberi ruang untuk bentuk secara formal atau tidak formal, yang membolehkan orang Melayu teruskan kerjasama,” katanya.
Beliau berkata, tindakan menggunakan kuasa dalam keadaan tertentu juga boleh menimbulkan pelbagai persepsi, terutama jika dilihat berlaku pada waktu yang sensitif.
“Kalau dilihat sebagai ada niat jahat, sebab agak terang, lagi bersuluh dengan timing (waktu) dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette
HUMBANKAN MAT BURUT
ANWAR BIN
IBRAHIM
TAK FAHAM
PERUNDANGN INI
AMIN
JAWABNYA MUDAH
HUMBANKAN
MAT BURUT
SELAMATKAN
NEGERI SEMBILAN
DAN MALAYSIA
KHALAS
Dikecam biadab, tak
bertamadun -
MB jawab bidasan Anwar
Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim menolak gambaran bahawa dirinya dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mempunyai kuasa secara unilateral untuk menentukan siapa yang menaiki atau meninggalkan takhta Yang di-Pertuan Besar.
Ismail menjawab teguran Anwar bin Ibrahim yang menyifatkan tindakan Ismail dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai “biadab” dan “tidak bertamadun”.
Menteri besar itu berkata keputusan MMKN mengenai tindakan pentadbiran susulan proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat tidak bermaksud kerajaan negeri mengambil alih kuasa institusi berkenaan.
“Saya mengambil maklum kenyataan Anwar bin Ibrahim semalam yang menyifatkan tindakan saya dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai biadab dan tidak bertamadun.
Menurut Ismail, menteri besar dan exco tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar.
Sebaliknya, katanya, MMKN membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi berkenaan serta persetujuan terhadap tindakan pentadbiran susulan.
“Persetujuan MMKN terhadap tindakan pentadbiran susulan tidak bermaksud MMKN mengambil alih kuasa para Undang atau menjadi pihak yang membuat keputusan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar,” katanya.
Ismail berkata Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan beraja yang tersendiri, berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Yang di-Pertuan Besar tidak dipilih oleh Menteri Besar atau Kerajaan Negeri. Undang-Undang Tubuh memperuntukkan peranan khusus kepada Undang Yang Empat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Besar, manakala perkara berkaitan adat serta proses yang menyentuh kedudukan institusi berkenaan hendaklah dilaksanakan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh dan melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa,” katanya.
Justeru, dia menolak dakwaan bahawa menteri besar atau exco mempunyai kuasa unilateral untuk menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar.
“Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa mempunyai kuasa sedemikian,” katanya.
Ismail berkata dia dan barisan exco tidak akan mencampuri siasatan, pertimbangan adat atau proses pemilihan yang berada dalam bidang kuasa pihak yang ditentukan oleh Undang-Undang Tubuh.
Menurutnya, kesahihan proklamasi, pematuhan tatacara dan kesannya perlu ditentukan berdasarkan undang-undang berkenaan.
Dia turut menolak gambaran kemelut itu merupakan pertentangan antara kerajaan negeri dengan Yang di-Pertuan Besar.
Katanya, struktur tradisi pemerintahan Negeri Sembilan melibatkan Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin serta Dewan Keadilan dan Undang, sebagaimana diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh.
“Sebab itulah apa-apa kemelut yang melibatkan adat dan institusi tersebut tidak wajar dipermudahkan menjadi pertikaian politik antara Kerajaan Negeri dengan Istana.
“Ia jauh lebih besar daripada kepentingan mana-mana parti atau individu,” katanya.
Menurut Ismail, penyelesaian perlu berpandukan adat, Undang-Undang Tubuh dan institusi yang diberikan bidang kuasa oleh undang-undang.
“Persoalan yang perlu diselesaikan ialah pertikaian mengenai proses, bidang kuasa dan tafsiran terhadap tindakan institusi-institusi adat yang berkaitan.
“Perkara inilah yang sewajarnya diselesaikan melalui saluran yang diperuntukkan oleh adat dan Undang-Undang Tubuh, bukannya melalui tuduh-menuduh di ruang awam,” katanya.
Dalam menjelaskan pendiriannya, Ismail mendakwa kemelut institusi adat dan raja itu diwarisi daripada pentadbiran terdahulu, bukannya berpunca daripada kerajaan semasa.
Dia turut mendakwa menteri besar ketika itu gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah Undang-Undang Tubuh, termasuk menyempurnakan proses yang menurutnya perlu dilaksanakan, sehingga menyebabkan kemelut berlarutan dan semakin parah.
Ismail berkata kerajaan semasa menerima mandat dengan majoriti lebih dua pertiga kerusi DUN, yang disifatkannya merangkumi amanah untuk memulihkan kestabilan pentadbiran, mempertahankan keluhuran Undang-Undang Tubuh serta memelihara institusi adat dan raja.
Dia menggesa semua pihak menghormati mandat itu, yang menurutnya memberikan tanggungjawab dan kuasa eksekutif kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar, mengurus pentadbiran serta menjaga kebajikan rakyat.
“Tidak boleh mana-mana pihak menggunakan pertikaian institusi sebagai alasan untuk melumpuhkan pentadbiran negeri, menghalang keputusan eksekutif yang sah ataupun menjejaskan keupayaan Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Rakyat telah memberikan mandat. Mandat itu wajib dihormati,” katanya.
Mengenai kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Ismail berkata kerajaan mengambil serius soal tatakelola, kebertanggungjawaban serta kewajipan penjawat awam menjalankan tugas secara profesional, berkecuali dan selaras dengan undang-undang.
Bagaimanapun, katanya, persoalan mengenai kedudukan kedua-dua pegawai itu perlu diselesaikan melalui proses undang-undang dan pentadbiran yang sewajarnya.
Ismail turut menggesa semua pihak, termasuk agensi dan pihak berkuasa Persekutuan, menghormati perkara yang terletak dalam bidang kuasa Negeri Sembilan menurut undang-undang dan adat.
Katanya, prinsip federalisme menuntut penghormatan terhadap sempadan kuasa kerajaan Persekutuan dan negeri.
“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah berasaskan hormat-menghormati, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, bukannya tekanan atau percubaan mengatasi bidang kuasa satu sama lain,” katanya.
Menurut Ismail, kerajaan negeri tidak mahu mengambil alih tugas institusi adat dalam menentukan pertikaian berkaitan adat dan institusi raja.
Sebaliknya, katanya, pertikaian itu perlu diselesaikan berdasarkan Undang-Undang Tubuh dan Adat Perpatih melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa, termasuk Undang Yang Empat serta Dewan Keadilan dan Undang mengikut fungsi masing-masing.
“Apa jua keputusan muktamad yang dibuat secara sah oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa menurut adat dan Undang-Undang Tubuh akan dihormati oleh Kerajaan Negeri,” katanya.
Ismail berkata kerajaan negeri akan terus mentadbir dan menjaga kepentingan rakyat, di samping mempertahankan keluhuran undang-undang serta kemuliaan institusi adat dan raja Negeri Sembilan.
“Kerajaan Negeri tidak mencari pertelingkahan dengan Institusi Raja. Kerajaan juga tidak mahu adat dijadikan gelanggang politik.
“Namun pada masa yang sama, jangan jadikan kemelut adat dan institusi sebagai alasan untuk mengganggu, mengintimidasi atau menyekat sebuah Kerajaan Negeri yang sah daripada melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.
Dia berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat terus berjalan, selain memelihara kemuliaan institusi adat dan raja Negeri Sembilan.
“Biar mati anak, jangan mati adat.
“Adat hendaklah dipertahankan, perlembagaan hendaklah dijunjung, mandat rakyat hendaklah dihormati dan institusi hendaklah dipelihara,” katanya.
AMERIKA AKAN TERBARAI - SATU JUTA SEDANG MENUNGGU
KITA SEMUA
WAJIB BERSEDIA
AMIN
TAK KIRA APA
PARTI POLITIK
AMIN
DAMAI MAKIN
JAUH
AMIN
PERANG BESAR
MAKIN DEKAT
AMIN
EKONOMI DUNIA
AKAN HURU HARA
KHALAS
Iran bakal tahan kapal langgar peraturan Selat Hormuz hingga denda dibayar penuh
TEHRAN: Suruhanjaya Keselamatan Nasional dan Dasar Luar, Parlimen Iran, meluluskan penalti baharu terhadap kapal yang melanggar peraturan transit di Selat Hormuz.
Ia sebagai sebahagian daripada langkah perundangan diambil bagi mengukuhkan kawalan kedaulatan Iran ke atas laluan tenaga paling penting di dunia itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Jurucakap suruhanjaya itu, Hassan Ghashghavi, pada Selasa lalu berkata suruhanjaya terbabit telah meneliti dan meluluskan Perkara 13, 14 serta 15 dalam Rang Undang-Undang (RUU) Tindakan Strategik Bagi Memastikan Keselamatan dan Pembangunan Selat Hormuz.
Katanya, RUU berkenaan mengasaskan peraturan pembabitan dan transit di laluan air penting itu secara rasmi, sekali gus menyokong dominasi ketenteraan Iran dengan tindakan pencegahan undang-undang serta ekonomi yang ketat.
Bawah Perkara 13 yang baru diluluskan, beliau berkata, mana-mana kapal yang gagal mematuhi peraturan transit Iran akan berdepan tindakan serta-merta dan berat.
Selain hukuman digariskan dalam Perkara 5 Kanun Keseksaan Islam, katanya, pihak berkuasa kini diberikan kebenaran untuk merampas 20 peratus daripada kargo kapal yang melanggar undang-undang terbabit, atau mengambil nilai kewangan yang setara dengannya.
Seterusnya, Ghashghavi berkata, kapal yang melanggar undang-undang berkenaan akan ditahan sementara oleh pasukan maritim Iran hingga hukuman dan denda dibayar sepenuhnya.
Bagi memastikan penguatkuasaan peraturan itu dilakukan secara tepat dan profesional, katanya, badan kehakiman telah dimandatkan untuk menubuhkan cawangan mahkamah khusus.
Beliau berkata, mahkamah itu akan dianggotai oleh hakim serta pakar yang mengkhusus dalam undang-undang maritim dan undang-undang laut antarabangsa, bagi memastikan rangka kerja undang-undang Iran selari dengan keupayaan penguatkuasaan strategiknya.
Perkara 14 pula menggariskan akauntabiliti domestik yang ketat, menetapkan bahawa mana-mana individu atau entiti undang-undang yang tindakan atau kecuaiannya menyebabkan kegagalan, kelewatan atau pelaksanaan undang-undang yang tidak lengkap, akan berdepan hukuman Gred 5 bawah Perkara 19 Kanun Keseksaan Islam.
Satu nota tambahan kepada Perkara 14 menegaskan kedaulatan undang-undang mutlak Iran ke atas Selat Hormuz, menurut Ahli Parlimen itu lagi.
Ia menetapkan bahawa sebarang perjanjian antarabangsa dua hala atau pelbagai hala pada masa depan atau dokumen mengikat berhubung Selat Hormuz, mesti mematuhi Perkara 77, 125, 176 dan 57 Perlembagaan Republik Islam Iran sepenuhnya.
Beliau berkata, langkah itu secara berkesan membatalkan sebarang percubaan pihak luar untuk mengenakan rangka kerja navigasi asing di selat berkenaan tanpa kebenaran perlembagaan yang jelas daripada Tehran.
Bagi mengekalkan pemantauan rapi ke atas laluan air itu, Ghashghavi berkata, Perkara 15 menetapkan bahawa Pegawai Turus Angkatan Tentera akan menyelia pelaksanaan undang-undang berkenaan.
Katanya, markas tertinggi tentera dikehendaki mengemukakan laporan pelaksanaan secara komprehensif kepada Suruhanjaya Keselamatan Nasional setiap tiga bulan, sama ada secara langsung atau menerusi Kementerian Pertahanan.
Bagi membolehkan RUU itu menjadi undang-undang, suruhanjaya berkenaan mesti memuktamadkannya sebelum dihantar ke sidang penuh Parlimen bagi pengundian akhir oleh semua Ahli Parlimen, tertakluk kepada kelulusan oleh Majlis Perlembagaan.
Kemajuan RUU itu dicapai ketika Iran terus mengukuhkan kawalan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Teluk Parsi dan Selat Hormuz berikutan pencerobohan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada lewat Februari 2026.
BUKAN SOAL AGAMA BUKAN SOAL BANGSA
BUKAN SOAL
AGAMA
BUKAN SOAL
BANGSA
AMIN
JIKA
TAKDA PRIHATIN
TERHADAP HAIWAN
MAKA TAKDA
PRIHATIN SESAMA
KITA MANUSIA
KHALAS
Unknown commented on
"KESEDARAN TENTANG HAIWAN"
bila kapir bunuh anjing...mana dia kapir yang berdiri saya cakap saya kapir mana bukti kapir seksa anjing.
kapir2 pencinta anjing hilang dari radar.. tiada demo tiada tagkapan.
hanya disuruh bagi pendidikan
kah kah kah
BUNGKUS HILANG DUIT PERTARUHAN
PARTI BUNGKUS
NGABIH BORREH
DI MELAKA
AMIN
TAPI
MASIH BANYAK
DANA UNTUK
DI TABUR
KHALAS
Bersatu bakal kalah teruk di PRN Melaka
MELAKA – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal menerima nasib sama seperti Johor dan Negeri Sembilan apabila dijangka kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ini.
Bekas Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakub berkata, Bersatu kini tidak mempunyai kekuatan di Melaka kerana ramai ahlinya menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
Justeru beliau tidak menganggap kewujudan parti Bersatu akan memberi ancaman pada PRN Melaka.
“Ya nasib Bersatu di Melaka akan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan. Jika ada pun ahli di Melaka ini hanyalah serpihan. Mereka wujud tetapi kekuatan mereka semakin berkurangan.
“Jadi saya tak nampak ia menjadi gangguan yang besar sebab majoritinya sudah bersama kami. Nasib Bersatu di Melaka akan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jasin Height, Jasin di sini hari ini.
Mohd Yadzil yang merupakan Timbalan Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) negeri Melaka berkata, mengikut data yang diperoleh, semakin ramai ahli Bersatu meninggalkan parti itu dan menyertai Wawasan.
Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban itu menjelaskan, Bersatu hanya bersendirian apabila tidak lagi bersama Perikatan Nasional (PN).
“Dalam politik sekarang, sesebuah parti itu tidak boleh berdiri sendiri, dia kena ada satu gabungan untuk membentuk satu kekuatan,” ujarnya.
Maka tidak hairanlah katanya, Bersatu terpaksa berbincang dengan Pakaian Harapan (PH) bagi membentuk gabungan.
“Kalau kita tengok kenyataan daripada Bersatu akhir-akhir ini mereka sudah berbincang dengan PH sebab mereka tahu kalau bersendirian tidak akan menguntungkan mereka,” jelasnya. – MalaysiaGazzette
CARA UNTUK TERUS BERKUASA
LAGI LAMA
MAT BURUT
BERKUASA
LAGI BANYAK
PERKARA AKAN
DI BUAT UNTUK
TERUS BERKUASA
KHALAS
KESEDARAN TENTANG HAIWAN
BOLEH DAKWA
BOLEH HUKUM
AMIN
TAPI
YANG PALING
PENTING IALAH
KESEDARAN KITA
TERHADAP
HAIWAN
KHALAS
Anjing cedera parah diseret dua lelaki guna motosikal
GEORGETOWN: Dua lelaki dilihat mengheret seekor anjing berwarna hitam menggunakan motosikal di kawasan Batu Lancang semalam, sebelum dihalang seorang orang awam.
Penyelamat haiwan bebas, David Yim, yang membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), berkata wanita itu melihat kedua-dua lelaki berkenaan mengheret anjing terbabit dengan motosikal.
Wanita terbabit menjerit dan meminta mereka berhenti, namun mereka didakwa terus mengheret haiwan berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.
"Anjing itu dipercayai cedera parah. Kedua-dua lelaki serta motosikal terbabit kemudian hilang dari kawasan berkenaan," katanya.
Yim berkata, gambar dan video yang memaparkan kejadian itu turut diserahkan oleh wanita berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat insiden terbabit dan mengambil tindakan pantas sekiranya wujud unsur kezaliman terhadap haiwan.
Sementara itu, Pengarah DVS Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
BANGUN DAN LAWAN
JIKA KITA
TAK MELAWAN
SEMUA YANG
DITULIS AKAN
TERUS BERLAKU
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN GUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK SELAMATKAN AIR ASIA !!!"
Ya guna duit rakyat guna duit negara untuk selamatkan parti politik selamatkan anak beranak selamatkan perasuah selamatkan pencuri perompak penyakau negara, ini memang betul,
semakin lama semakin bodoh tahap pemikiran orang kita terutama yang sudah mencapai menopaus, sebab itulah orang-orang tua berusia 60 tahun dipencen kerana penyakit menopaus, kah kah kah kah
menopaus otak menopaus pemikiran menopaus kosong sehingga menyusahkan generasi muda kah kah kah kah
RAKYAT TANGGUNG FREELOADER
UNDANG UNDANG
INGGERIS
AMIN
RAKYAT
TANGGUNG
FREELOADER
KHALAS
Unknown commented on
"BUKAN WARIS JANGAN
MASUK CAMPUR"
Kah kah kah pulus? Siapa nak tanggung pulus nanti? Anak N9 atau seluruh negara tanggung gaji elaun kemudahan percuma sepanjang zaman? Saja bertanya jangan marah-marah yea kah kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpeg)







