Ahad, 4 Oktober 2026
AGENDA MOSSAD
HALAU ROHINGYA
AGENDA DISUSUN
AMIN
JANGAN BANTU
PALESTIN
JANGAN BANTU
ROHINGYA
AMIN
GENOSID DI GAZA
GENOSID ROHINGYA
INI AGENDA
MOSSAD
KHALAS
Gabungan pertubuhan Islam tuntut tindakan SKMM terhadap kandungan palsu sebar kebencian terhadap etnik Rohingya
Sebuah gabungan utama mewakili pertubuhan Islam di Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang palsu dan berunsur kebencian yang menyasarkan etnik Rohingya, langkah yang menandakan tindak balas pemimpin Islam tempatan terhadap kempen xenofobia yang terus menyerang komuniti pelarian tersebut meskipun agensi kerajaan sendiri sebelum ini terpaksa tampil menafikan pelbagai dakwaan yang disebarkan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), yang mewakili puluhan organisasi dan NGO Islam di seluruh negara, turut menggesa penubuhan sebuah “task force kebangsaan” untuk memantau “kebencian dan maklumat salah” yang disebarkan secara digital, dianggotai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), polis, Kementerian Dalam Negeri, serta pakar forensik digital dan kumpulan masyarakat sivil.
“Tugasnya ialah mengenal pasti lebih awal akaun palsu, tingkah laku tidak tulen yang terkoordinasi, maklumat salah dihasilkan oleh AI, kempen kebencian, statistik rekaan, video dimanipulasi serta hasutan terhadap komuniti etnik,” kata Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata SKMM, badan kawal selia internet yang bertanggungjawab memantau ancaman siber dan berita palsu, perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penyebaran kandungan yang menyemarakkan kebencian terhadap komuniti Rohingya.
“Adakah kita sedang berhadapan dengan penyebaran kebencian secara spontan, atau terdapat rangkaian akaun yang sengaja memanipulasi sentimen masyarakat?” soal Azmi, sambil menambah bahawa wujud risiko daripada usaha tersusun untuk memanipulasi sentimen awam.
Beliau berkata pihak berkuasa juga mesti menyiasat sama ada akaun dari luar negara digunakan untuk mempengaruhi sentimen awam di Malaysia.
“Jangan biarkan algoritma media sosial menentukan siapa yang rakyat Malaysia patut benci.”
Menurut Mapim, isu tersebut semakin membimbangkan dengan penyebaran petikan rekaan, video yang diubah suai dan bahan yang dijana AI dalam kempen maklumat yang menyasarkan komuniti Rohingya.
“Mapim tidak membuat kesimpulan bahawa semua akaun yang menyebarkan kandungan anti-Rohingya adalah akaun palsu. Itu mesti dibuktikan melalui siasatan.”
Ia mengingatkan bahawa SKMM sendiri telah mengesan ciri “coordinated inauthentic behaviour” (CIB), atau tingkah laku tidak asli, melibatkan sebuah kes pada Februari di mana kandungan menyentuh agama, kaum dan institusi diraja (3R) — topik yang menyebabkan tangkapan dan pendakwaan – disebar menggunakan akaun Facebook dan TikTok yang dimanipulasi untuk mempengaruhi persepsi umum.
“Walaupun kes tersebut tidak berkaitan secara khusus dengan Rohingya, kewujudan pola sedemikian membuktikan bahawa manipulasi terkoordinasi melalui media sosial merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius,” katanya.
Tekanan awam yang dicipta
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berlaku peningkatan ketara sentimen kebencian dalam talian yang menyasarkan pelarian Rohingya di Malaysia, sebahagian besarnya didorong oleh maklumat salah dan slogan perkauman.
Rohingya-hatespeech_MnowSemakan mendapati sebahagian besar kandungan tersebut dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video yang dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan terhadap komuniti pelarian dan migran, menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023 apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.
Kempen tersebut dilihat mendapat persetujuan daripada sebahagian ahli politik Malaysia, dengan tekanan yang direkayasa secara dalam talian itu sedikit sebanyak mendorong pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelarian.
Pada Julai, lebih 100 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, ditahan pegawai imigresen ketika berkumpul di pejabat agensi pelarian PBB, UNHCR, di Kuala Lumpur selepas diusir dari kediaman mereka di Pulau Pinang.
Ia disusuli pengumuman mengejut Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim untuk mengubah dasar Malaysia melindungi pelarian Muslim yang dilucutkan kewarganegaraan oleh junta Myanmar, di samping memeterai sebuah perjanjian dengan rejim itu untuk menghantar pulang ribuan warga Myanmar di bawah apa yang dipanggil “program penghantaran pulang secara sukarela”.
Minggu lalu, kumpulan pertama terdiri daripada kira-kira 1,500 orang dihantar pulang, walaupun pada masa sama tentera Myanmar melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar awam di Kyauktaw, berhampiran Rakhine, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang dan mencederakan 58 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Langkah Malaysia itu dikritik UNHCR dan mengundang kecaman beberapa badan antarabangsa seperti Amnesty International, Asylum Access dan kumpulan doktor perubatan sedunia, Doctors Without Borders.
“Ia seperti menghantar semula mereka ke medan pembunuhan,” kata Majlis Kebangsaan Rohingya Arakan (ARNC), seperti dipetik Al Jazeera.
Peringatan kepada umat Islam
Seruan Mapim dikeluarkan ketika agamawan dan golongan mufti tempatan dilihat tidak bersuara membantah kempen kebencian yang menyasarkan umat Islam tertindas dari negara jiran.
Bagaimanapun, seorang pendakwah Islam terkemuka tampil menyuarakan bantahan keras terhadap kempen tersebut dengan menyelar usaha pihak yang cuba “menyah-manusiakan” pelarian Rohingya.
Firdaus Wong turut memberi amaran bahawa apa yang berlaku adalah permulaan kepada jenayah yang lebih kejam, sambil membandingkannya dengan tindakan Nazi terhadap kaum Yahudi dan genosida yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
“Biar saya berterus terang, cara kita menyah-manusiakan mereka samalah dengan apa yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi. Mereka bermula dengan melucutkan sifat kemanusiaan terlebih dahulu, kemudian mereka mula menghalalkan jenayah yang lebih besar,” kata Wong di sebuah persidangan Islam pada 13 September.
“Itu bukan ajaran Nabi kita. Malah tawanan perang juga ada hak; kita harus menghulurkan makanan yang kita makan. Mereka itu tawanan perang yang melawan agama (kita), menentang Allah dan Rasul-Nya, namun hak mereka tetap dilindungi.
“Samalah dengan pendirian kita membantah media Barat yang menggambarkan semua umat Islam sebagai pengganas hanya kerana wujud segelintir individu mewakili agama yang melakukan kekejaman.”
Azmi dari Mapim meluahkan kebimbangan sama dan menggesa rakyat Malaysia “tidak membiarkan kebencian terhadap Rohingya menjadi sesuatu yang dianggap normal dalam ruang digital”.
“Kita boleh berbeza pandangan mengenai dasar kerajaan. Kita boleh berdebat mengenai imigresen. Kita boleh menuntut kawalan sempadan yang lebih baik. Kita boleh menuntut penguatkuasaan terhadap jenayah. Tetapi semua tuntutan itu mesti dilakukan dengan fakta dan keadilan,” tambahnya, sambil memetik ayat al-Quran: “Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada taqwa.”
‘Viral tidak bermaksud benar’
Dalam kenyataannya, Mapim merujuk beberapa kes melibatkan tuduhan terhadap etnik Rohingya yang dinafikan oleh agensi kerajaan.
Antaranya termasuk penafian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa kononnya penduduk Rohingya hadir di premis JPN untuk memohon MyKad, serta penafian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa ia bercadang membenarkan penduduk Rohingya mendapatkan lesen memandu.
Bagaimanapun, Mapim berkata ketika penafian JPJ dibuat, hantaran tersebut sudah tersebar luas dan mengundang ribuan komen.
“Mapim amat bimbang dengan kecenderungan untuk menjadikan video pendek, gambar, komen dan hantaran media sosial sebagai ‘bukti’ sebelum kesahihannya diperiksa.
“Masyarakat perlu berhenti membuat kesimpulan hanya berdasarkan kandungan yang memperoleh ribuan tontonan atau perkongsian.
‘Viral’ tidak bermaksud benar. Banyak komen tidak bermaksud fakta. Banyak perkongsian tidak bermaksud kesahihan,” kata Azmi.
PERCAYA CAKAP TONI LOKE ?
PERCAYA CAKAP
TONI LOKE
SAMA MACAM
PERCAYA ANWAR
TAK PERNAH
JOLOK JUBUR
SAIFOL BUKHARI
KHALAS
Tak hairan jika Anthony Loke terus kekal dalam Kabinet hingga PRU-16 – Ramasamy
KUALA LUMPUR – Pemimpin Urimai, P Ramasamy beranggapan Anthony Loke akan terus kekal dalam Kabinet untuk suatu tempoh agak lama, iaitu mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Malah, katanya, adalah tidak menghairankan jika Anthony Loke kekal sebagai Menteri Pengangkutan sehingga PRU-16 diumumkan.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tujuan sebenar `drama’ peletakan jawatan Anthony Loke sebelum ini, sekiranya Setiausaha Agung DAP berkenaan benar-benar kekal dalam Kabinet sehingga Parlimen dibubarkan.
Ujarnya, keputusan CEC sepatutnya menunjukkan bahawa DAP serius terhadap implikasi moral dan etika susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, ujarnya, perkembangan selepas itu memberikan gambaran yang agak berbeza.
“DAP tidak seharusnya memperdayakan rakyat Malaysia dengan menggunakan sandiwara politik untuk memberikan gambaran bahawa parti itu bersedia mengambil pendirian berprinsip berhubung isu moral dan etika serius yang sedang dihadapi negara.
“Jika DAP benar-benar bersedia mengambil pendirian terhadap pengampunan Najib, mengapa parti itu tidak menggunakan peluang tersebut untuk mempertimbangkan semula penyertaannya dalam kerajaan?
“Sebaliknya, parti itu terus kekal dalam kerajaan manakala Loke nampaknya ditugaskan untuk memikul beban ketidakpuasan hati parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Sementara itu, Ramasamy turut membangkitkan isu yang disifatkan penting dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja, iaitu berkenaan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Katanya, tanpa pendedahan penuh minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu, adalah sukar untuk menentukan dengan tepat apa yang telah berlaku dan apakah pendirian wakil-wakil kerajaan berhubung pengampunan Najib.
Menurut beliau, sekiranya minit tersebut akhirnya didedahkan, pendirian kerajaan terhadap pengampunan Najib akan menjadi lebih jelas.
“Lebih penting lagi, pendedahan itu akan membantu menentukan sama ada satu-satunya wakil DAP dalam Lembaga Pengampunan, Hannah Yeoh, berdasarkan kedudukannya dalam Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah membantah pemberian pengampunan tersebut atau tidak,” katanya.
Sehubungan itu, tambah Ramasamy, sekiranya mahu meletakkan jawatan, Anthony Loke sepatutnya berbuat demikian tanpa membuang masa dan tanpa membawa rakyat Malaysia dalam satu perjalanan politik yang penuh drama.
Katanya, jika Anthony Loke mahu meletakkan jawatan bagi pihak menteri-menteri DAP sebagai suatu ungkapan bersama penentangan parti terhadap pengampunan Najib, maka beliau sepatutnya berbuat demikian tanpa mengubah matlamat.
“DAP mempunyai peluang untuk membuat pendirian berprinsip.
Namun, parti itu sendiri tidak mampu meninggalkan kerajaan apabila peluang tersebut muncul,” dakwanya. – MalaysiaGazette
TEATER PANJANG DAP
TEATER LOKE
SELALU
TAMBAH SKRIP
AMIN
DIALOK ASAL:
AGONG AMPON
TONI LOKE
LETAK JAWATAN
AMIN
KEMUDIAN NAK
TULIS SURAT
PADA MAT BURUT
AMIN
KEMUDIAN NAK
HANTAR SURAT
AMIN
SURAT BELUM
HANTAR
MAT BURUT
DI CHINA
TUNGGU PULANG
AMIN
MAT BURUT
PULANG TAK
DAPAT JUMPA
KAH KAH KAH
MAT BURUT SIBUK
KES ISAP PELIR
AMIN
DAILOK BARU
NAJIB DI RUMAH
BARU BERHENTI
KAH KAH KAH
PASTI TAMBAH
SKRIP LAGI
KAH KAH KAH
BILA NAJIB
CERAI ROSMAH
TONI LOKE
LETAK JAWATAN
KHALAS
'Saya bukan berlakon, sebaik sahaja Najib pulang ke rumah, saya mesti berundur' - Anthony Loke
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata penetapan tarikh peletakan jawatannya, yang akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib Razak menjelaskan denda RM50 juta, sudah dipersetujui Perdana Menteri.
Beliau berkata, ia dipersetujui ketika beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Anwar bin Ibrahim.
"Sudah tentu ada pihak mendakwa ini sekadar lakonan, tindakan politik dan sebagainya.
"Namun saya tetap berpegang pada pendirian ini, sebaik sahaja beliau (Najib) pulang ke rumah, saya mesti berundur.
"Saya tidak akan berdolak-dalik. Beliau pulang, saya pergi," kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu wawancara bersama The Straits Times.
Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah terhadap Najib.
Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Anwar pada 28 September.
Namun, penjelasannya pada 29 September bahawa peletakan jawatan itu hanya berkuat kuasa selepas Najib menjelaskan denda RM50 juta mendapat kritikan pelbagai pihak.
Pada 18 September, Najib dibenarkan menjalani tahanan di rumah bagi baki hukumannya, tertakluk kepada syarat menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan susulan sabitan kes SRC International.
Sementara itu dalam wawancara berkenaan, Ahli Parlimen Seremban itu mengakui walaupun DAP terus mendapat sokongan kuat pengundi Cina, ia tidak memadai untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, beliau berkata, kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan penyokong teras parti turut menjadi kebimbangan.
Loke menegaskan DAP tidak akan sesekali mengambil mudah sokongan masyarakat Cina, namun parti itu perlu membina kesepakatan bersama rakan dalam gabungan.
"Kami tahu situasi ini kadang-kadang menyulitkan, namun itulah hakikat politik Malaysia.
"DAP tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendiri tanpa bekerjasama dengan parti lain.
"Ini hakikat yang perlu kita terima, kita hanya boleh berusaha sejauh mungkin, bergantung pada hujah yang objektif dan meyakinkan untuk mencapai sesuatu dalam sistem," katanya.
LOJI MINYAK ARAMCO DISERANG
PERANG MAKIN
MEREBAK
AMIN
KEMARIN LOJI
MINYAK ARAMCO
DI RIYADH
KHALAS
Arab Saudi rancang operasi serang Houthi di Yaman - Pegawai serantau, Barat
RIYADH: Arab Saudi sedang merancang untuk melancarkan operasi serangan ke atas kumpulan Houthi di Yaman, menurut pegawai serantau dan Barat.
Antara pilihan dipertimbangkan ialah gerakan mara di kawasan pantai bagi menguasai semula laluan perkapalan di Laut Merah ataupun serangan di pelbagai barisan hadapan.
Menurut enam individu yang mengetahui persiapan berkenaan, operasi itu dijangka dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan diketuai tentera Yaman di daratan - bawah pengawasan Riyadh - dan disokong serangan udara oleh Arab Saudi.
Mereka yang enggan dinamakan berkata, Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan perisikan untuk menyokong operasi Riyadh di Yaman, manakala beberapa negara Eropah dan serantau menyediakan bantuan ketenteraan defensif kepada Arab Saudi.
Bagaimanapun, menurut mereka, sekutu Arab Saudi dijangka tidak memainkan peranan secara langsung dalam operasi tempur.
Mereka berkata, matlamat utama serangan dirancang Arab Saudi itu - yang belum pernah dilaporkan sebelum ini - ialah 'merampas semula' kejayaan kumpulan Houthi mara dengan pantas ke pantai sehingga menguasai Selat Bab el-Mandeb.
Menurut pegawai-pegawai Yaman dan Teluk, Arab Saudi sedang mempertimbangkan dua kemungkinan pilihan untuk serangan itu.
Pertama, serangan memfokus secara khusus di kawasan sekitar Bab el-Mandeb.
Kedua, operasi lebih meluas yang merangkumi serangan serentak di pelbagai barisan hadapan sekitar Yaman membabitkan Al-Bayda, Marib, Taiz dan Al-Jawf.
Pegawai-pegawai berkenaan berkata, lebih 100,000 anggota tentera Yaman boleh digerakkan dalam serangan itu, bergantung pada skala operasi.
Jurucakap kerajaan Arab Saudi dan Yaman, kumpulan Houthi dan tentera AS tidak memberi maklum balas segera kepada permintaan komen berhubung perancangan Riyadh itu.
KUASA TOK UNDANG BEROMPEK
KUASA MELANTIK
YAM TUAN ADA
PADA TOK UNDANG
AMIN
KUASA MEMECAT
YAM TUAN ADA
PADA UDANG
BEROMPEK
KHALAS
Undang menurunkan Tuanku Muhriz dengan berat hati apabila baginda melakukan banyak kesalahan pelanggaran adat dan Undang-undang Tubuh Kerajaan NS. Antaranya, mencampuri urusan luak, memecat Undang, tidak mendengar nasihat DKU, membelakangkan raja majmuk serta melakukan kesalahan berulang dengan sengaja.
Demi kesucian adat purba yg diamalkan di NS memanglah wajar TM diturunkan dan diganti dengan raja yang boleh mengikuti adat serta UUTKNS.
SILA BERI KOMEN
PELIR
YUSOF RAWTHER
ITU MAKLUMAT
AMIN
SILA
BERI KOMEN
APA AKAN JADI
BILA PELIR
INI DI HISAP OLEH
PERDANA MENTERI?
AMIN
APAKAH AKAN
RANCAK EKONOMI
MALAYSIA?
KHALAS
Unknown commented on
"MAKLUMAT UNTUK GEN ZEE"
Orang-orang kita di negaraku pegang telefon 24 jam, makan dengan phone, berak dengan phone, berjalan dengan phone, bersembang bekerja melepak mana-mana saja mesti dengan phone, ini budaya ini perangai ini trend terkini, tak kira bangsa tak kira agama, suka atau tidak inilah berlaku,
jadi apa-apa saja isu keluar dalam media sosial mendapat komen, tak kira ada pengetahuan ada pengalaman atau apa saja mesti komen terutama orang-orang yang tiada pekerjaan tetap, setiap masa bekerja di phone kah kah kah kah,
jadi komen ini ada berbagai, type lah, kaum lah, agama lah, perangai tetap didikan sejak alam kecil, dipisahkan dengan agama budaya bangsa jadi perangai masing-masing mengikut acuan didikan, tak kira setinggi mana kelulusan asal usulnya pendidikan di rumah ibubapa rasis tetap wujud jadi generasi z ini mungkin membawa perubahan idea idola lain,
penting ada perubahan yang baik, bukan semua yang berlakon baik itu baik sebenarnya, dan bukan semua yang digambarkan jahat itu jahat sebenarnya, tetapi nak hisap susu pelir atau hisap gam ketum dadah ini pilihan masing-masing kah kah kah kah kah
KEJAYAAN ?
INI KEJAYAAN
MALAYSIA
AMIN
TAPI
KEGAGALAN
WAN AZIZAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"KES ISAP PELIR"
PM pertama didakwa kes isap pelir adalah satu kejayaan! Sejarah baru telah tercipta! hurray! Khalas!
OMBAK KANAN DAN KEGAGALAN LIBERAL DEMOKRASI
OMBAK KANAN
DAN KEGAGALAN
LIBERAL
DEMOKRASI
Dengan penuh teliti saya perhatikan bagaimana perubahan politik sedang berlaku di Eropah. Satu demi satu negara Eropah beralih garis politik – dari kiri yang progresif ke kanan yang mengancam.
Negara Nordic : Sweden, Denmark, Norway, dan Finland – negara-negara contoh kejayaan demokrasi dan liberal demokrasi kini beralih dari garis liberal demokrasi ke garis politik kanan.
Ketika saya menggarap tulisan ini Sweden yang baru mengadakan pilihanraya telah gagal mendirikan kerajaan.
Pemimpin pembangkang berhaluan garis politik tengah-kiri Sweden, Magdalena Andersson, mengumumkan pada 28 September 2026 bahawa beliau tidak dapat membentuk kerajaan susulan kemenangan tipis bloknya dalam pilihan raya umum 13 September lalu.
Beri perhatian : Blok tengah-kiri memenangi majoriti tipis sebanyak 176 kerusi berbanding 173 kerusi yang diperoleh blok haluan kanan yang dulunya berkuasa.
Perbezaan tiga kerusi menimbulkan perpecahan dalam kem pemenang. Justeru gagal untuk mendirikan kerajaan minoriti.
Sweden dan Finland negara yang berkecuali selama 200 tahun telah menyertai NATO pada 4 April 2023, dan Sweden menyertainya pada 7 Mac 2024.
Dua negara yang paling demokratik di Eropah ini menjadi ahli Perjanjian Persenjataan NATO. Menjadi ahli NATO sini berlaku selepas tentera Rusia masuk ke wilayah Ukraine pada 24 Februari 2022.
Menjadi anggota NATO ertinya meninggalkan garis berkecuali. Memasuki NATO ertinya bersama negara seperti Perancis, Itali, Turki, UK dan German berpayung di bawah perlindungan senjata Amerika.
Secara terbuka musuh NATO ialah Rusia. Pada satu ketika dulu di kenali sebagai USRR atau Soviet Rusia.
Memasuki NATO ini adalah manifestasi dan contoh terbaik untuk memahami bahawa telah berlaku satu perubahan dasar politik yang hakiki dalam negara ini.
Jangan salah baca dan salah tafsir memasuki NATO ini bukan berlaku secara mengejut. Telah berlaku beberapa perubahan pemahaman dan kesedaran politik yang lebih awal di kalangan warga. Telah berlaku anjakan budaya yang membolehkan kerajaan mencadangkan masuk NATO tanpa bantahan puluhan ribu di jalan raya.
Jelas garis politik kiri tidak lagi berupaya melawan dan menundukkan garis politik kanan. Satu ketika dulu Parti Komunis Itali dan Parti Sosialis Itali cukup berpengaruh. Kini pengaruh politik garis kiri ini telah tumpul.
Di Eropah - hanya di Perancis kelihatan Parti Komunis dan Parti Sosialis masih lagi kuat pengaruh. Garis kiri ini masih berpengaruh di kalangan Kesatuan Sekerja. Tetapi kekuatan ini sedang di cabar oleh garis popular kanan Parti Front Nasional pimpinan Marine Le Pen.
Kita lihat dan tunggu Pemilihan Presiden pada April 2027. Pengundi di Perancis akan menentukan apakah Marine Le Pen akan menjadi Presiden.
Ombak politik kanan telah lama berlabuh. Semenjak runtuhnya Rusia dan Soviet Union pada tahun 1991 ombak kanan dilihat sebagai pengganti.
Parti-parti politik bergaris kanan di Eropah dan global bergerak di atas dasar popular. Memainkan sentimen nasionalisma populis kesedaran baru.
Salah satu garis populis ialah anti elit. Retorik menggunakan sentimen anti-elit, penentangan terhadap golongan pemerintah (establishment), serta pendekatan yang menyasarkan atau mewakili kepentingan rakyat jelata.
Garis anti elit ini dibancuh pula dengan neo-nasionalisma baru dan berkahwin pula dengan sikap konservatisme sosial, nasionalisme ekonomi yang konservatif.
Garis populis ini menentang LGBT, mempertahankan identiti budaya dan ekonomi negara daripada ancaman yang didakwa datang daripada pihak luar.
Jika di Amerika fahaman politik kanan ini diikat kukuh oleh fahaman Kristian Kanan. Contohnya : mereka berkempen menentang dasar penguguran janin. Ini mengikut mereka akan memperkukuh ajaran Kitab Injil.
Malah ada klik ibu dan wanita mengandung di bom dan di bakar.
Penyokong garis kanan ini melihat para elit politik dan elit ekonomi telah meninggalkan kepentingan mereka – rakyat biasa..
Penyokong Presiden Trump dan Gerakan Make America Great Again (MAGA) semuanya berpayung di bawah ideologi ini. Mereka merasa terpinggir dan ketinggalan dalam negara sendiri.
Jangan lupa ketika berkempen Trump telah berjanji : Drain the swamp ! Ini slogan anti elit.
"Drain the swamp" (mengeringkan paya) ialah slogan politik yang digunakan oleh Donald Trump untuk merujuk kepada usaha menghapuskan rasuah, ahli politik profesional , serta pengaruh keterlaluan kumpulan berkepentingan khusus dan pelobi di Washington, D.C.
Jika kita meneliti dasar dan garis Parti Alternatif Untuk German (AFD ) kita lihat anti elit dan nasionalisma baru ini menjadi kemudi perjuangan.
German negara industri utama Eropah kini tempang dan ekonomi merosot. Kilang banyak ditutup. Warga kehilangan pekerjaan.
Ini dilihat hasil dari dasar kerajaan Sosial Demokrat yang bergaris tengah. Kerajaan Canselor Friedrich Merz ini menyokong Ukraine dan anti-Rusia. Justeru kerajaan German hari ini tidak mahu ada hubungan ekonomi dengan Rusia. Pembelian minyak dan gas murah dari Rusia - kunci industri – di hentikan.
Disini parti AFD masuk dengan semangat dan slogan nasionalisma baru. Dahulukan German dari Ukraine. Beli minyak dan gas dari Rusia. Kembalikan hubungan dagang dengan Rusia.
Garis ini masuk akal dan popular. Justeru Parti AFD semakin popular dan sedang mencabar Parti Sosial Demokrat dan Kristian Demokrat yang berkuasa sekarang.
Kegagalan liberal demokrasi ini juga telah menjemput dan melahirkan apa yang di katakan Nativisme.
Nativisme ialah gagasan politik atau falsafah yang mengutamakan warganegara kelahiran tempatan berbanding pendatang atau imigran.
Saya menyifatkan nativisme ini sama seperti dasar Bumiputera yang lahir satelah berlakukan pergaduhan Melayu dengan pendatang pada Mei 13 1969..
Di Amerika dan di Eropah konsep dan ideologi ini dikenali sebagai Nativisme. Manakala kita di Malaysia mengenalinya sebagai dasar ideologi Bumiputera.
Kesedaran nativisme dan dasar bumiputera Mat Salleh ini muncul sama seperti di Malaysia.
Kewujudan pendatang yang meluruh masuk sesudah perang dunia ke dua. Ini berlaku ketika tenaga kerja di perlukan untuk membina ekonomi Eropah yang telah hancur akibat perang.
Manakala di Malaysia ini pendatang dari India dan China di bawa masuk ke Tanah Melayu demi kepentingan ekonomi penjajah Inggeris.
Di Amerika dan di Eropah pada awalnya para pendatang dan imigran ini disambut dan dialu-alukan kedatangan mereka. Ini ketika injin di kilang memerlukan tenaga mereka.
Hari ini semuanya berubah. Ekonomi Eropah dan Amerika tidak rancak berkembang seperti zaman-zaman selepas Perang Dunia Ke Dua.
Apabila ekonomi menguncup maka ramai kehilangan kerja. Dari sini muncul parti politik berhaluan kanan membawa hujah bahawa dasar membuka pintu masuk kepada pendatang adalah silap besar.
Pendatang, imigran dan warga pelarian perang di lihat sebagai pembawa masalah. Kalau di UK pendatang ini di lihat sebagai lintah yang menghisap dana kerajaan tempatan.
Kerajaan tempatan diwajibkan memberi mereka tempat tinggal dan duit poket. Kawasan perumahan menjadi sesak. Mereka dilihat kotor dan tidak bertamadun.
Semua ini menaikkan lagi kesedaran Bumiputera Mat Salleh bahawa negara mereka telah berubah dan sidang di ambil oleh pendatang.
Di UK misalnya Parti Buruh yang berkuasa di lihat memanjakan pendatang. Justeru ini menjadi inti pati kempen Parti Reform UK yang bergaris kanan.
Menghalau dan menghantar pulang imigran dan pendatang haram sedang menjadi dasar kerajaan Donald Trump di Amerika. Jabatan imigresen Amerika hari ini sedang menghantar pendatang haram yang mereka tangkap ke negara ketiga di Afrika.
Kerajaan Konservatif UK juga menghantar pendatang haram ke Rwanda di Afrika. Dasar ini di hentikan apabila kerajaan Parti Buruh menjadi pemerintah.
Amat jelas sistem liberal demokrasi telah gagal. Hasilnya sedang berada di hadapan mata kita semua.
Garis kanan sedang mengombak dan mengampuh. Parti politik yang cuba menentang arus kanan ini akan tenggelam di bungkus arus kanan.
Justeru saya tidak hairan apabila ratusan warga Rohingya di hantar pulang minggu ini ke Myanmar. Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim menjadi berita dunia.
Ada ratusan ribu Rohingya dan berjuta lagi pendatang haram yang masih berkeliaran di Malaysia. Ini bukti arus kanan sedang mengombak di Malaysia,
Apa akan terjadi dengan ribuan Rohingya dan pendatang haram yang lain. Tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/886162-kolum-ombak-kanan-dan-kegagalan-liberal-demokrasi
Langgan:
Catatan (Atom)















