Khamis, 5 Februari 2009
100,000 WARGA INDONESIA AKAN HILANG PEKERJAAN – berita hairan
KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 tenaga kerja Indonesia di negara ini dijangka kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi yang melanda dunia ketika ini, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Dai Bachtiar.
Beliau berkata, jangkaan itu dibuat berikutan berlaku pemberhentian tenaga kerja secara besar-besaran di sektor pembuatan dan perkilangan di seluruh dunia bertujuan mengurangkan kos operasi syarikat.
"Sektor pembuatan dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada pemberhentian kira-kira satu pertiga daripada lebih dua juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia. Proses penghantaran pulang pekerja terbabit akan dilakukan secara berperingkat.
LEBIH 800,000 PELAJAR IPTA DIJAMIN DAPAT PEKERJAAN – berita hairan
IPOH: Kementerian Pengajian Tinggi yakin lebih 800,000 pelajar yang kini berada di institut pengajian tinggi akan mendapat pekerjaan yang sesuai walaupun pertumbuhan ekonomi negara dijangka rendah tahun ini dan beberapa tahun akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata masih ada peluang pekerjaan dan perniagaan baru kerana kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan awam walaupun sektor swasta mula mengambil langkah mengurangkan kos termasuk membuang pekerja.
BERITA EKONOMI DUNIA :
PANASONIC BERHENTIKAN 15,000 PEKERJA - Ajensi
Syarikat Panasonic akan memberhentikan 15,000 pekerja dan menutup 27 buah kilang di pelbagai negara.
Ini untuk mengurang kos pembuatan kerana permintaan makin berkurang
SYARIKAT MITSUBISHI RUGI BESAR
Pembuat kereta Mitsubishi telah kerugian besar untut pertama kali dalam masa tiga tahun.
Akhir bulan March ini dijangkan syarikat ini akan rugi 60 bilion yen.
CHINA – 26 JUTA HILANG KERJA
Kajian terbaru kerajaan China telah menunjukkan 15% dari 130 juta buruh negara China akan kehilangan kerja sesudah Tahun Baru Cina ini.
Saban tahun diantara 5 hingga 6 juta pendatang baru dari kawasan pendalaman China akan datang mencari pekerjaan di kota-kota persisisran.
Justeru di antara 25 ke 26 juta kaum tani yang menjadi buruh pendatang akan hilang kerja.
kah kah kah….ONLY MALAYSIA HAS NO ECONOMIC PROBLEM…. kah kah kah
kah kah kah… OUR FANDUMENTAL IS STRONG… kah kah kah…
kah kah kah… WE HAVE NO ECONOMIC CRISIS… kah kah kah…
woit…. MUNKEE MANA YANG CAKAP NI?…. kah kah kah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Bro Hisyam, pada pendapat saya ada baiknya kerajaan berkata begitu...tak nak bagi rakyat panic dan huru hara...kalau dah panic ekonomi kita lebih parah..semua duk simpan duit..duit tak jalan..habih cerita...peniaga pasar malam xde sapa nak beli..semua akan rasa kalau kita semua panic..so effect dia sangat besar kalau org dah x nak belanja..belanja yg perlu aja.. sorang2 akan hilang kerja..streamyx kena potong..x boleh tengok blog lagi..pendek kata semua rugi...
So kadang2 tengok dari sudut lain..
Kilang makanan / cekelat 'GANDOUR' di senawang pun dah bankrap!semua pekerja pun dibehentikan..kot2 ada saudara isam yang kije kat situ..ekonomi kita dah burukkkk...
Di Dubai syarikat besar Malaysia menganiayai pekerja rakyat Malaysian sendiri...
Link text
kalau dah tahu ekonomi nak meleset, pak-pak menteri kene pandailah cari jalan penyelesaian, bukan beli ADUN perak... bukan main politik wang... bukan sebok hal lembu korban, bukan sebok hal org jemur kain, bukan keluar statement bodoh macam nie...
OUR FANDUMENTAL IS STRONG…
WE HAVE NO ECONOMIC CRISIS…
panik tu kekadang ada baiknye, sekurang-kurangnye kita beringat dan ambil langkah2 yang sepatutnya, takkan dah kene diberenti keje baru nak panik, kene potong gaji baru nak panik...
kete dah kene tarik baru nak panik.
inilah malaysia, kekadang aku terfikir macam mane org bodoh boleh jadi pemimpin kat malaysia nie... rasuah sane sini... klu 1998 kita selamat lagi, tahun 2009 belum tentu kite selamat... fikir2kan lah siapalah antara pemimpin2 BN yang berkaliber? Paklah? najib? khir toyol? haha... bunch of idiots running the country... and we'r part of it...
Catat Ulasan