Rabu, 13 Mei 2009
MAT REMPIT SEKALI LAGI !!
TANGANI GEJALA REMPIT - TPM
KUALA LUMPUR 12 Mei – Gejala mat rempit yang semakin membimbangkan perlu segera ditangani sebelum ia merebak menjadi ‘wabak’ yang mengundang pelbagai masalah lain dalam masyarakat, kata Muhyiddin Yassin. ( Utusan Malaysia)
SEKALI LAGI MAT REMPIT
Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.
Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.
Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.
Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.
Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.
Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.
Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?
Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.
Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.
Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.
Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.
Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?
Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.
Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.
Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
45 ulasan:
Kalau mat rempit ni cetus revolusi,amacam?
Kalau tengok French Revolution pakai kuda,Malaysian Revolution pulak pakai RXZ.
Baru best haha!
p/s:Lu tau Paris May 1968 kan?Student dan rakyat marhein merusuh.Tahun 2006 dorang buat lagi,bakar semua kereta kat Paris.Pening kepala Sarkozy dengan bini modelnya nak kasut Gucci baru,dengan anarki kat depan rumah.Aku ingat lagi,member aku yang duduk kat St Denis tu risau,takut polis tangkap dia sebab muka dia ada ala-ala Arab sikit.Beribu-ribu kereta kena bakar time tu.
Cuma bezanya Sarkozy dapat pilih bini yang le chic de petite macam Carla Bruni.
Najib dapat penggegar bumi Bik Mama.
kewl..
jangan jadikan mereka kuli pemodal antarabangsa
inilah hasil pendidikan UMNO BN selama 50 tahun.. kepala pemimpin hanya mementingkan kebendaan tetapi jahil bodoh dalam mendidik bangsa.. Kita ditipu oleh UMNO selamanya.. Mooh kite robohkan BN segera!!!!
Banyak yang saya setuju dengan paparan Tukar Tiub. Izinkan saya menambah sedikit.
Mat Rempit menggunakan jalanraya sebagai tempat mereka bermain. Mereka digelar Mat Rempit, bukan mereka sendiri yang meletakkan lebel sedemikian untuk mereka sendiri.
Mereka bermain di jalanraya. In bukan perkara baru. Mereka bukan mula bermain di jalanraya dengan merempit. Mereka bermain di jalanraya kerana mereka memang biasa bermain di jalanraya.
Semenjak kecil lagi mereka bermain di jalanraya. Samaada keluarga mereka tinggal di rumah teres atau rumah pangsa, mereka memang sudah bermain di jalanraya semenjak mereka kecil.
Di kawasan tempat tinggal mereka, kebanyakannya, memang tidak ada tempat lain untuk mereka bermain selain di jalanraya. Tidak ada padang, tidak ada kemudahan untuk mereka bermain.
Apabila mereka biasa bermain di jalanraya, mereka terus bermain di jalanraya. Semasa kecil, mereka mula dengan berkejar-kejar di jalanraya. Bila ada basikal, mereka main basikal di jalanraya. Bila ada motorsikal, mereka bermain motosikal di jalanraya.
Tiada yang aneh. Memang jalanraya sahajalah tempat yang mereka ada untuk bermain.
Peruntukan undang-undang boleh diubah untuk menghukum mereka yang didapati bersalah kerana merempit. Namun kesannya tidak akan ketara.
Mereka sebenarnya sudah pun menghadapi kemungkinan hukuman yang jauh lebih berat. Hukuman mati. Hukuman cacat seumur hidup. Hukuman kehilangan harta benda dan berbagai hukuman lagi. Semua hukuman ini tidak perlukan kepada penguatkuasaan. Mereka nampak sendiri dan ada yang mengalami sendiri dan mereka terus merempit.
Bukan hukuman yang bakal membantu menyelesaikan masaalah Mat Rempit tetapi penyediaan tempat-tempat bermain yang wajar bagi mereka. Bukan sekadar menyediakan litar untuk mereka memecut motorsikal mereka tetapi tempat bermain wang wajar bagi semua anak-anak kita agar mereka tidak terbiasa bermain di atas jalanraya.
Bro.
Wa pelik la. Keputusan Raja mahkamah dah overulled dgn mengishtiharkan Nizar MB sah. Ni tak pasal2 Zambri mat gelap clain dia MB apa cer? Bila lak mahkamah kata dia MB? Bila lak Mahkamah ishtihar ni?
Bodo nak mampos Kutai zambri ni.
Jelasnya di sini (rayuan kutai zambri) tempohari hanya meletakkan Nizar belum boleh jalankan tggjwbnya sbg MB. Itu saja. Xde kene mengena pun dgn dia (Kutai zambri) ni kah kah..bodohnya dia inteprate keputusan mahkamah. Tak sekolah ke? Klu dia kata dia dilantik oleh sultan (keputusan sultan dulu). Still xreleven sebab keputusan raja dah di overulled oleh mahkamah dlm keputusan (istihar niza MB sah) baru2 ni. Senang cerita Perak skrg ada MB iaitu nizar,cuma lum bole jln tgjwb. So..kena ada caretaker goverment la..bukan si bodo zambry ni. Kah kah kah. Kutai betul UMNO ni.
isham,
jangan bercakap dan tulis panjang2 je, pilihanraya akan datang masuk bertanding dan suarakan di Parlimen.
Aku tak suka semua politicians tapi kurang2nya mereka berani bertanding dan dikritik. orang yang tak pegang jawatan memang senang bercakap.
selain menulis apa lagi yang kau buat untuk mempertahankan golongan seperti rempit dan penghuni setinggan. Orang Spore pun rumah sempit tak pulak merempit. Ada penghuni setinggan yang kereta hebat, TV 30 inci...apahal.
lu pikirlah sendiri saudara isham. tak tau pikir lu tanya nabil...dia dulupun rempit.
Aku xpuas hati betul dgn mahkamah rayuan ni.
Camana tempoh rayuan ni xde had masa? Klu mahkamah rayuan nak buat smp 9 thn apa cer? sukati bapak dia dia buat keputusan.
Klu kes yg xlibatkan byk pihak xpe la hang nak gantung smp bila2..ni melibatkan urusan kerajaan dan rakyat. Takkan bodo sgt mahkamah buat keputusan tak ambik kita faktor2 ni. Dia org dah la bodo..tak le ajar plak lagi pyh. Mcm hanjing.(bukan anjing ye). Mahkamah babi je la jadinya.
Assallamualaikum
Setuju setuju setuju dengan Abg Hisham. Setuju...... kita harus menolong mereka daripada dilabelkan merempit. Kerajaaan akan mungkin lebih drastic, jika mahu palingkan sesuatu isu, dengan melabelkan mereka nanti Mat/Minah merempit/merempat.
Wassallam.
Rempit Jenderam.
alop.
wa mmg da lama jd mat rempit. wa suke bro isham tulis. wa rasa dihargai sesgt. tq bro. wa pun bkn nak merempat smp mati. cuma wa menyampah.life xdak.
wa sokong shah rempit. MB itam ni mmg muke nampak budu. klu dia joint rempit sure dia ni jd labu..tau labu? tanya la mat rempit. hua hua hua..
Kolok rempieett.
Gua nak merempit sekali la kat depan raja perak. Tunggu peluang je ni. Nak bagi raja tgk. Gua nak jd perempit di raja. Klu sultan xbagi,confirm raja gua buang gua. So..bukan lagi raja gua..tp Raja di Goa.
Encik Hisham,
Terima kasih kerana bersuara untuk adik2 mat rempit kita. Salah kita memilih pemimpin yang tak memahami nasib mereka yang terpinggir di tengah bandaraya.
Kalau landak laut petanda pencemaran air laut, mungkin saya boleh katakan bertambahnya mat rempit memberi maksud pencemaran hak sosial mereka sebagai anak bangsa malaysia oleh pemimpin yang menyeleweng.
saya setuju dengan pendapat i.k...
kalau tidak puas hati dengan keadaan hidup kenapa merempit???
cuba kita lihat 60 tahun dulu... pabila anak muda tak puas hati mereka buat union...masuk K.M.M... masuk A.P.I...masuk M.D.U... gabungkan Putere & AMCJA...buat perlembagaan rakyat...ada yang masuk hutan join PKM...masing2 berjuang menegakkan fahaman masing2..
skang ni nak berjuang join geng rempit...apa kejadahnya???
mat rempit bukanlah pejuang... mereka juga bukan "working class heroes"...mereka bukan "revolutionaries"...rempit adalah "menace"...ragut sana-sini..pegi ragut beg mak cik "working class" baru balik dari shift malam kat kilang...berani kalu pegi ar ragut beg bik mama!!!mau kena himpap!!!
saudara i.k,
apabila isham menjadi masuk bertanding, maka isham akan menjadi orang politik. orang politik ada tuan - dalam bentuk presiden parti, dalam bentuk yang dipertua, dalam bentuk majlis tertinggi, dalam bentuk majlis syura, dalam bentuk majlis jawatankuasa pusat dan macam-macam bentuk..
isham adalah susuk yg bebas dan tidak bertuan. dan isham akan menjadi makhluk yg bebas dan bertuan. kerana itu isham akan sentiasa boleh menulis seperti yg kita baca hari ini...
kerana apa yg kita baca hari ini adalah food for thought...
dan diantara yg memakan 'makanan'ini adalah generasi pelapis yg akan memimpin masa depan.
siapa kata isham tidak melakukan sesuatu?
meow~
kekekeke, cuma pandangan peribadi ... sarankan supaya bung hisham banyakkan keluar berdialog dengan mat rempit dan menulis kisah mereka, dan kurangkan menulis berita yang bermula dengan tajuk "TerNow" atau "Panas panas panas" kerana jenis itu sudah terlalu banyak tapi persilakan jenis yang berunsur pendidikan atau sindiran berseni.
Betul tu ape yg Bro TT katakan
Bini aku baru 2 hr benti keja kt Tesco Xtra Ipoh.teruk tul keja,gaji mmg tak setimpal dgn kudrat yg di perah.syarikat Yahudi katakan...tp yg peliknya,yg ada kuasa kt dlm tu yg lebih2...mengalahkan Yahudi.
aku setuju isham.
i totally agree with your entry! sila wujudkan gaji minima kepada mereka2 ini dan juga kepada pekerja2 fresh grad seperti saya!! menuntut keadilan!! x semestinya fresh grad yang bekerja tidak boleh bekerja. sila ambil perhatian kepada mangkok2 kedekut yang kedekut gila nak bagi gaji!
Kalau MAt Rempit kat kg2 ngan kat Felda2 tu merempit tu apa cer?Kes aper? Mak Bapak nak entot2 halau anak2 kuar uma ker?
i.k,
isham tulis panjang2 secara akademik. cuma dia takde profesor je kat pangkal nama. dah isham banyak baca, banyak jalan. dia kongsi la pendapat dan pengalaman dia. mana yang salah, zalim, tak betul, patut2 kena tegur ah. yang betul, indah, suci, patut2 kena dimaintain/sokong ah.
yang ada pangkat profesor tu yang patut selalu menulis panjang2, ajak rakyat membaca, buka fikiran, tak pulak nak menulis. ke tak boleh menulis? (itu cerita lain)
berbalik kepada mat rempit. memang mereka menace, dan memang mereka bukan heroes what not. TAPI mereka jadi rempit sebagai manifestasi perasaan. apa pengaruhi perasaan? macam2 la - keadaan, hormon, keinginan, bla bla.. perasaan pulak ada macam2 la, kecewa, teringin, terhimpit, sesak..
maka mereka perlu escape. dah merempit cara escape yang paling cool pada diorang yang diorang boleh buat. nak pegi sekolah english tak paham, cikgu boring tak reti ajar. rumah sempit. adik beradik ramai. kena ingat, mereka tu semua remaja/anak muda. anak muda juga ada perasaan rebel dalam diri, tak banyak, sikit. mereka juga perlukan perhatian. CUMA, nasib tidak bersama mereka untuk jadi orang yang boleh mewah, makan mahal, main futsal boleh bayar tiap2 malam, faham english nak layan2 astro...bla bla.. semua isu ni isham dah kupas dah. (malah, orang tua2 kita pun dulu2 rebel, escapists jugak - ada norton, agogo, pop yey yeh, beetles, mary jane, weeds, nirvana, dangdut pekejadah nye lagi). budak2 ni nak escape ke night club, takde duit. nak usung chickas naik kerete sport, tu setakat mimpi je.. so rempit2 la..
isham cuma kupas isu dan puncanya sahaja. mat rempit adalah HASIL, bukan PUNCA. AKIBAT, bukan SEBAB. kalau masyarakat tak suka dengan HASIL atau AKIBAT, nah lakukan sesuatu!
Betul, ada orang flat, setinggan, felda, kampung yang jadi senang, tak perlu merempat atau merempit, boleh beli tv 30 inci, tayar wira 18 inci. tak yang majoritinya adalah yang terhimpit dan terrempit. dan statistik nya makin bertambah, bukan berkurang...
Mereka juga manusia. Wajib dibantu cari jalan keluar!
KITA PUN MUNGKIN JUGA JADI MAT REMPIT KALAU TERPAKSA LALUI JALAN2 YANG MEREKA LALUI!...
P/s kalau CEO tak buat kerja betul, Board of DIrectors boleh pecat. Kalau kerajaan tak buat kerja betul, KITA RAKYAT PEMBAYAR CUKAI INI, SEBAGAI BOSS, WAJIB TUKAR!
"Dari Rakyat, Untuk Rakyat"
gua sedey tgk mamat2 bangang yang lnsung x tebkk minda bce tulisan lu..
diorg x penah jadi remaja kah?..
semua ini adalah ibarat satu kehendak dalam hidup..
lu akan carik satu bende yg boley bebaskn diri lu org dri agenda2 sial..
sbb 2 akan ade remaja yg men punk, metal, hardcore, straight edge, surau, pondok n rempit..
i2 sume adalah haluan masg2..
lu sume jngn tekejot kalo ade bapak2 gerombolan yang lpk karoke ngan cikaro..
alsn diorg sama jugak, nak bebaskn diri dari sakit pale lyn bik mama..
lu org kasik bukak otak sikit kalo nak bace ISHAM nye tulis..
to gombakrock,
aku rasa bebudak tu kalau ada peluang memang join parti macam API,AWAS,BATAS,INSAF (bunyinya pun dah beri semangat kan?)
tapi sekarang ada ISA.
bahkan budak U pun makin lemau...
penulis pun makin lemah
inikan budak yang SPM jer...
setakat tu je lah yang diorang mampu fikir...
kahkahkah!
kepada saudara-saudara yang baek tetapi kurang setuju dengan pandangan TT sekalian...aku setuju sangat dengan TT. Anda harus ingat bahawa kita disempitkan hidup...kita juga disempitkan minda! sistem pendidikan kita terlalu lemah. Anak-anak muda di Felda yg merempit hasil sistem pendidikan selama ini. Banyak faktor yg mendorong remaja merempit. Sila gunakan otak geliga kita untuk menyelongkar tulisan tersurat TT bg memahami yg tersirat. Syabas TT!
;)
Cerialah!
itulah kerajaan malaysia, mereka menutup kelemahan mereka dengan menunding golongan yang lemah, walhal mereka jugalah yang menyebabkan golongan lemah ini membiak, isu GAJI MINIMA, KEBAS KOMISEN , RASUAH , KAPITALIS, KEPIMPINAN BERKUALITI DAN PEMBELAAN PEKERJA DAN RAKYAT TIDAK DIJADIKAN ISU, hanyaslogan satu umalaysia RAKYAT DIDAHULUKAN , APE ntah lagi aku x ingat, kepada bapak ko... pae jadi pada ISLAM MADANI? BERSIH CEKAP..? ISLAM HADHARI? sekarang one malaysia pula? anak muda terus meronggeng, rumah dah xda bilik, privacy kandang lembu dan babi lebih baik, rumah 2 bilik dengan 10 ahli, ini lebih teruk dari kandang lembu, kakak dah ada susu, adik dah pandai entot, mana mau pigi? ,,, bro, bukan mat rempit je , semua pemuda kena bangkit......maposkan lahanat bangsat ni...
woi i.k yang sengal dan bangang...
ank muda bukan macam wak gerombolan yang ko pk boleh pakai baju batik , isap cigar, perut boroi, mereka ada kelebihan pada tenaga dan pemikiran, namun telah dirampas oleh wak pemodah dan gerombolan, toyo buat rumah macam istana negara , datuk xyz buat rumah agam , datuk misai kaut siti, ini semua xcool , kebajikan rakyat sapa nak jaga? nak bagi bik mama? nak bli bra dgn panties pun dah penuh kepala dia , ko jangan jadi bodo, kasihan dan pupuklah sifat murni yang ada dalam setiap manusia, mat rempit ke mat rempat ka , semua ada, so mesti ade sesuatu bila diorang memberontak, life xdak, nak duduk sensorang kontol dah besar, nak cari awek hanya dalam rempit, nak melepak mat lampu picit serang, nak kawin xda penyelesaian, kursus sana sini, tanya itu ini, bayar beribu ribi, ini sudah leceh, lu ingat ini semua haiwan ka?
bro,
ADE FILEM BARU TAJUK MONGOL, arahan pengah rusia, citettg gengis khan, akuigt pasal altantunya, tapi pengarah ni sudah perli mat mongol kahkahkah.... best, buat review cket, supaya mat mongol takut sama mongolia baru dia x main2
tghari td aku bdebat dgn pak lebai yg brdarah keris bab mat rmpit n.
hujahnyer mirip Pakatan Rakyat,tp biler aku protes ameno dier bangun melenting.bab mat rimpit dier kata salah mak bapak...bkn pemerintah..
malas aku nak layan hujah 60an dier...nak jer aku tampokan...
jenis2 camni kerat 25 pun bukan nak dgr pndapat kiter...
last dier blah smbil salam ngan aku and 2 3 org lagi mungkin sbb dier sedar hujahnya itu tlh patut dimuziumkan...
hahahaha....
Terima kasih kerana mengingatkan rakyat Malasia yang alpa dengan momokan meterial sementara.
Ya!!!!!!!
Mari kita rayakan hari pekerja dengan menwajibkan semua pasaraya besar lebih 50 orang mesti mempunyai persatuan dan kesatuan pekerja untuk melindungi hak mereka.
Rumah kediaman yangs empit ini adalah bala dan bahan yang dapat dari perlantikan Mami Tanjung jadi wakil rakyat Lembah Pantai.
Mami Tanjung tu sekarang kalau ebrtanding di Penang pun geng keling dan hindu Tanjung pun tak kan undi. Maaf saya tidak menghina sesiapa tetapi masyarakat Keling merujuk kepada masyarakat India Muslim yang bertutur bahasa Tamil.
Kaum Mami pula termasuk Ahmad Daud dan Faridah Marican adalah keturunan Kapitan Keling dari Kerala yang bertutur bahasa Melayu loghat Kerala.
Yang ada orang Melayu hanyalah di Balik Pualu dan Teluk Bahang.
Sekarang ini terlalu banyak kawasn racing motor yang tealh ditutup.
Kita kena soal Khir Toyo apsal dia tutup litar Batu Tiga dan tukar buat rumah bungalow yang berhampiran stadium?
Siapa sebenarnya yang menambah lagi kejadian merempit?
Kalau anak Mamak Maddey cakap pasal hak rakyat, kenaap Sepang Motor Circuit tidak dibuka percuma kepad rakyat????
Duit buat circuit tu bukan duit poket bapak dan mak dia??
Bapak dan mak dia telah mentedarah duit rakyat dan hasil circuit tu bagi lak pada anak dia.
Amacam kalau PEKEMBAR kalah nanti kita benarkan anak muda berlumba setiap malam di Litar Sepang???
Kalau tak cukup jugak, kita boleh buat di Lapangan terbang Subang sekali.
Kita wajibkan semua pemilik pasaraya termasuk Tesco Jusco dan juga Carre Four menyediakan bas dan peruntukan untuk pekerja dibawah 30 tahun mereka mendapat cuti tanpa rekod untuk merempit di litar Sepang dan juga Lapangan Terbang Subang?
Amacam kita buat juga satu litar khas di Country Home Sg Besi mengelilingi rumah Madey. Biar dia sedar bahawa 22 tahun dia dah hancur lebih 2 generasi rakyat Malaysia dengan membebankan dengan segala macam hutang dan sikap amak halobanya.
Kini kita akan pastikan dia rasa pulak apa kehendak rakyat.
Kita juga boleh buat satu disekeliling rumah Sharizat.
Sebab dulu dia kata dia perihatin dengan rakyat Lembah Pantai.
So amacam?? Kalau menang boleh bawak dating anak Sharizat yang ranggi dan kaki beer tu?? boleh kot??? Seklai sekala anak mami Penang jadi trophy giliran???
PATUTNYA golongan yang bikin duit yang kena gelar wabak depa la dok mengajar gajar benda tak elok.....suap suap kasi makan kasi depa la yang kaya..yang kena sula kita la pulak...hahahhaha
Tukartiub,
lu mmg dahsyat... benda yg lu tulis tu dah lama gua pikir dan debatkan di kalangan kawan2 gua.
Cuma gua ini bukanlah susuk yg ada nama. Setakat berdebat dikalangan kawan2 mmg semua gua kitai...
Tap[i lu dah bawa apa yg gua pikir ni ke alam cyber utk dikongsi lebih ramai.
Tahniah bro.
Bro Hisham yang Budiman
Abang adalah hero orang-orang working class macam saya ni. Memang patut pekerja-pekerja macam saya dan kawan-kawan saya yang sama disatukan di dalam union. Kita semua perlu ada kesatuan yang dapat menyuarakan pendapat kita dan hak-hak kami semua.
Johnny B. Rempit
bravo bro isham.. mungkin semua tak tepat tapi sekurang-kurangnya idea baru tentang mat rempit...
memang la kengkawan.. rumah besar kat felda pun.. bebudak felda pun merempit jugak.. sejak dulu lagi diorang ni merempit.. tapi jadi masalah macam sekarang ke?
dulu mat motor takat lumba haram je lepas tengah malam.. takde nyusahkan orang..
sekarang ni belum pukul 9 malam pun dah merempit..
jarang sekali la dulu dengar pelumba haram ragut beg tangan makcik2 nih.. sekarang ni dah jadi hobi...
semua orang nak mat rempit berhenti merempit.. tapi kalau suasana tak membantu tak guna jugak..
Alo TT,
Sedih giler bila aku tgk gmbr Si Mat Rempit yg kne tangkap ni..
Aku harap, dia insaf la dgn tangisan mak dia tuh..
Aku pun budak Ipoh gak,
Jalan Jelapang-Chemor tu memang sempoi kalau nak buat merempit.
Aku rasa semua masalah Rempit ni boleh selesai kalau polis tak sibuk sangat pasal hal politik kat Perak ni..
Bila tengok gmbar, rasanya "MILO" yang taja dia merempit kut ya tak.. kah..kah Siap pakai baju lambang MILO lagi.. kah..kah
TAHNIAH
Ulasan saudara amat tepat sekali...
saya belum lagi jumpa ulasan sebegini dalam mana2 blog....
'kalau kita kena sesuatu penyakit..selain berusaha mengubatinya...hendaklah juga kita mencari asal usul penyakit tersebut'
Cuba bayangkan anak2/balu/makbapak kepada org-org yang dah meninggal sebab accident dilanggar mat rempit, sebab dipukul hingga mati selepas menegur mat rempit, polis yang meninggal dan cacat ketika cuba menahan mat rempit.... Apa la agaknya perasaan mereka bila baca artikel TT nie... Hmmmm... Mereka pun bebas berperasaan bukan...
Lagi satu, knapa TT pergi ke Bukit Gantang, KKangsar, Selama dsb dengan menaiki kereta? Apa kata kalau TT naik pengangkutan awam untuk menjadi contoh kepada pengikut dan pelajar2 TT...
Bang sham...
Minta izin untuk salin artikel ni.
Timo kasih yo..Ese salin dulu baru mintak izin..
wassalam..
WHOAAA..
tulisan ni mmg betul betul membuatkan aku pun rasa nak jadi mat rempit...tapi tak boleh laa...
bila aku lepak dgn budak2 rempit ni..kebanyakannya budak2 ahli pakida..bangang betul...semua sell-out..poser je lebih...
baik gua jalan kaki je...pakai doc mart..lebih terasa punkrocker nya..nak jadi rempit kena pakai helmet rosak la rambut spike gua hahahaha
Suatu Pandangan.
Persoalan 'Access to Justice'dan 'Administrative to Justice' juga perlu diberi perhatikan.
Pihak berkuasa perlu menandatangi massalah tersebut tetapi pihak berkuasa juga memberikan access to justice kepada semua secara segera.
Contoh:Operasi diadakan pada malam Jummat atau Sabtu.
Beramai-ramai direman sehingga Isnin kerana hanya mahkamah boleh mereman pesalah.2 hari reman dirumah pasong bagaikan neraka.Saya yakin kebanyakan mereka adalah pesalah pertama dan bukan pesalah tegar.
'Administrative to justice' perlu diberikan secara segera,tepat dan munasabah secepat mungkin.
Saperti polis,Magistrate juga on duty 24 jam bagi keperluaan memenohi ketetapan keadaan.Mungkin selepas scanning yang tidak mempunyai kesalahan perlulah dibebaskan serta merta.
Bagi yang memerlukan khidmat guaman.Biro Bantuan Guaman perlulah standby untuk memenohi kehendak,'Justice to Serve'.
Perlu diingatkan golongan Mat-Mat ni terdiri daripada kolompok umur 20-25 tahun.Usia yang aggressive.
Mereka bukannya pesalah tegar tetapi setakat zaman 'Blowing In The Wind.'
Sekiranya 'access to justice' dan 'Adminstration of Justice' tidak diberikan secara ad-hoc,keberhantaman terhadap establishment akan berpanjangan.
Suatu pendekatan yang lebih rasional perlu diambil saperti sikap ie.'Level of tolerence 'kedua-dua pihak'.
Bagi pihak akhbar,pendekatan yang lebih rasional perlu diambil.
Adakah kami pasti,yang menyebabkan Ibu mengandung itu meninggal adalah angkara perbuatan si-Mat?
Tidak boleh menunjul jari tanpa bukti yang kukoh.Kerana saya juga seorang penunggang motosikal.
Begitu juga Cliffe Eastwood dalam film klassiknya 'Gran Torino'
Wonderful Pak Sham.Totally agree.When Raja tak berapa Muda Nazrin mentioned "mat rempit" on black thurSday,I really felt like exploding.This is the man,who takes all sorts "gifts",manipulates everything and dares to talk about mat rempit's menace.Hypocrite!!People forget capitalism,income disparity,modernisation has been ruining lives for the vast majority of people all over the world.But our good for nothing numbskull politicans,think thank specialists are too busy farting and corrupting everything!!What the mat rempits should create a banner which says "F*K U POLITIKUS HARAHJADAH!!"
member aku tnye geng dia kat Perak, "bro, Perak amacam skrg?" jwpn dia, "mcm la***u!"..tanda keprotesan kat situasi yg berlaku skrg = merempit
Naik kenderaan awam xleh lalu jalan kampung.. Nostalgia beb ikut jalan lama,,
salam.
maaf sekiranya luahan yang saya bakal paparkan menyinggung mana-mana pihak. tapi ini adalah pandangan jujur saya, seorang yang juga melalui kehidupan sukar,dibesarkn dalam kedaifan dan sepertinya.
terus-treang, gejala mat rempit mengecewakan saya sebagai salah seorang anak melayu.lebih mendukacitakan, peratusan mat rempit didominasi oleh orang melayu kita, menunjukkan betapa parahnya institusi kemasyarakatan dan kerapuhan sosial kita.
benar. segalanya benar. tempat tinggal yg daif, kekurangan wang untuk sara diri, kerajaan hipokrit dan korup. saya tidak nafikan kesemua it.memang benar ia berlaku.
namun, amatlah mudah dalam kehidupan kita untuk menuding jari kepada sesiapa apabila berlaku sesuatu yg malang. amatlah mudah kita memberikan sebab apabila sesuatu berlaku tidak seperti yg diharapkan. dan, inilah sebenarnya teras atau punca permasalahn dlm insititusi kemasyarakat kita, atau lebih lagi masyarakt melayu yg merasuk pemikiran dan minda, dan mencernakan "mat rempit" yg hanya sebagai permulaan wadah kepada gejala sosial yg buruk.
renung dan lihat diri sendiri.ada dikalangan kita yang mampu keluar dari belenggu permasalahn ini, biarkun mengalami perjalanan kehidupan yg sama teruk atau lebih dashyat lg. mengapa tidak dijadikan itu sebagai sumber inspirasi dan mengambil jalan mudah dlm kehidupan?mengapa sangat mudah meletak kesalahan pada sesuatu,berpaling dari mengakui dan paling penting berusaha tanpa putus asa untuk mengejar apa yg diimpikan dlm kehidupan?
hanya pegecut yang mengatakan aku tidak boleh berubah.hanya pengecut yang menuding jari terhadap sesuatu apabila sesuatu yg malang berlaku.
kita bangsa melayu bukan bangsa yg kuno, bodoh,jelik atau hina. kita ade maruah.kita ada harga diri.kita da kepandaian dan kemahiran.tapi persoalaannya, adakah kita memanfaatkan nilai-nilai yg telah tertanam didalam budaya kita?atau kita hanya tau menyalahkan orang,mengambil jalan mudah dan tau memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan "ya" kepada yg batil?
jangan jadikan itu semua sebagai alasan.biar sesukar mana kehidupan,percaya pada diri sendiri dan terus berusaha untuk mengejar impian kita.
tiada siapa yg mampu menidakkan kehormatan diri kita dan bangsa jika kita mempunyai keazaman yg utuh.itulah yang membezakan kita dgn orang lain.dengan bangsa lain.
jangan biarkan apapun menghalang kita dari mengatakan "aku boleh".
assalamualaikum.
pooodaahhhh..kalau mat isham ni tak tulis pasal rempit ni,komfem krang pun fuck rempit lg.
ini lah yg gua pnah cube smpaikn ms satu perbahasan ms zaman skolah gua hmpir 10 thn dulu..xde seorg pon stuju dgn pndpt gua..siap kena gelak ade la..
hakikatnya,kita adalah hasil daripada persekitaran kita,"we are a product of our environment"..ape yg brlaku di sekeliling kita sama ade sedar atau xsdr akn membentuk diri kita..
dan naluri manusia sntiasa mahu kebebasan dan xdibelenggu,secara otomatiknya anak2 mude yg miskin ini akn mncari cara dan jln utk bebas dr ketegangan hidup..
anak2 mude adelah 'easy target' oleh malaun2 ni,malaon2 ni kerap menuding jari dan mncari kesalahan ank2 mude tnpa memikirkn ape punca dan sbb..contoh paling baik masa kecoh psl isu 'black metal' tahun 2001..gua cukup sakit hati time tu,bdk2 cm gua pegi gig dan pkai baju itam pon kena tahan,kena soal,kena gertak..tapi terima kaseh juga kpd kerajaan,sbb masa tu lah yg mbangkitkn kesedaran dan minat gua dlm hal2 politik dan mahu tahu tntang hak2 gua sbg manusia dan rakyat..
20 tahun lagi pun masih umno jugak kerajaan, pasal si sembang lebat macam kamu semua ni la...
masih tak sedar-sedar...
update entry ni lepas pru13
bg aku la.... apa yg tukar tiub cakap ada betulnye tapi mat rempit jugak x leh nak salahkan 100% kat kerajaan. Skang ni paling cun, masing2 kene jalankan peranan kalau nak berubah.
Kerajaan - kene lah paham sebab musabab mat rempit ni tercipta dan selesaikan.
mat rempit: lu orng kenelah pulak nak berubah, jgn asyik boring je nak merempit, carik lah idea cmne nak hilangkan stress korang tuh.
sama2 tolong. Kerajaan-rempit-kerajaan. Barulah maju.
Tapi satulah yg gua nampak, mat rempit ni kalau dipupuk betul2 byk hasilnye.Sbg contoh bab sukan esp pemotoran la. Gua ingt kalau bebetul dididik x mustahil leh challenge Moto GP. Gua pun penah muda, bebudak ni semua adrinaline mmg tinggi beb, nak soh gi skolah haram lah. So bagi satu idea yg boleh salurkan semangat adrinaline yg tinggi dorang ni. Pe lagi SUKAN la. Silap2 Alex yoong yg x leh pakai tuh pun kalah la skill ngan bebudak ni.
Sekian.
Catat Ulasan