Khamis, 2 Julai 2009
DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !!
BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG
Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.
Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.
Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.
Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.
Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.
Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.
Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.
Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.
Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.
Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.
Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.
Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.
Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.
Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.
Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.
Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.
Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)
Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.
Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.
Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?
Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.
Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?
Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.
Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.
Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.
Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).
Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?
Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.
Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.
Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.
Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.
Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?
Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?
Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.
Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.
Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.
Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.
Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.
Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.
Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.
Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)
( Tulisan ini boleh dicekup demi membuat kebaikan. Sila baca buku Confessions of an Economic Hit Man - jangan malas baca! Kalau malas kena jual nanti ! )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
34 ulasan:
ni takder cakap pun boleh di ambik untuk berbuat kebaikkan...
gua malas nak baca
tapi gua baca jugak!!!
nampak jugak ye kalau memang dah penjahat tetap kantoi jugak
Aku tak nak kena jual....aku akan baca apake tajuk Confession of economic hits man....betuike ejaan belasah aje le..aku bukan untuk dijual.
Bravo..I like it...
Selepas ni sapa pulak kena jual ..he he he he he..
PETRONAS KOT...Aku dah kata Najib Hampeh..macam dasar PenKEPARATAN UNIVERSITI DULU....
Keparat betul...
Mmg macam tulah ...dasar manusia semunya bernafsu ..pancut siang malam ..entot 24 jam ..tak puas2 ..
tapi yg kes FELDA nie aku betul2 marah ...tanah adalah hak negara ...ape ke jadah punya pemimpin nak menjual tanah Melayu ini sendiri secara besar2an ...betul2 petualang bangsa ...dah sengkek sangat ke malaysia nie ...babi punya keturunan najib razak
Salam bang Hisham
Snow nak ciplak entri ni. Nak letak kat facebook. Best lah pengetahuan ni... Snow nak beli buku tu, Confession of an Economic Hit Man. Snow pun takut ni, kena jual. Merci beaucoup.
artikel yang cukup hebat!! betul2 membuka minda.
mana orang2 melayu UMENO yang kononnya cerdik pikiaq? banggang sungguh semua UMENO ni. Najib kangkang, semua pun setuju kangkang.
Teruskan menghasilkan artikel2 hebat begini bro hisham.
inilah masanya geng2 pemodal antarabangsa mula dibenarkan berjalan lenggang kangkung masuk pasar dan berniaga sesuka hati di malaysia.
almaklum sahaja liberal bang liberal!!!
berjaga2lah kita nanti kerana pasti syarikat perkhidmatan utiliti mcm api & air negara ini pula akan dirembat dgn harga setinggi gunung kinabalu kemudian waktu itu bil api-air bukanlah berjumlah puluhan RM lagi malah boleh jadi mencecah ribuan RM. (jgn nnt kita terkejut atau jadi beruk bangga tak tentu pasal bila diumumkan bahawa SYABAS atau TNB atau PUAS atau apa sahaja kompeni api/air bakal dijual kepada mana2 selebriti hampeh dari Barat!!!)
akibatnya rakyat menjadi penghutang yang tidak dapat menyelamatkan diri mereka lalu kembalilah mereka ke alam jahiliyah dan mereka ini akan kembali menjadi hamba kepada manusia semula.
bisnes khidmat api-air adalah perniagaan paling mudah membuat untung sebab kaum pemodal ini tidaklah mampu mencipta punca air/api, itu semua adalah kurniaan Ilahi yg mereka letakkan tandaharga sahaja.
kembalilah perhambaan diri kepada Yang Maha Esa, apa pun nama Tuhan kamu, kembali lah kepadaNYA.
menjadi hamba Tuhan yang setia adalah jauh lebih bermaruah daripada sekadar menjadi hamba Manusia.
Bro, aku suka dengan tulisan ketat padat mampat terlampau macam nih, ko compile la buat buku, aku nak beli, coz benda2 yang ko tulih ni tarak diajar di mana2 IPT kat Malaysia nih... yang ada kat IPT hanyalah bontot padat muka ketat ala2 bik mama je... ko tau la kat IPT mana kan bik mama datang dgn muka ketat bontot padat dia tuh... paling kelaka bila aku tengok ramai datang nak peluk dia... muat ke nak peluk... kah kah kah (ciplak ko nyer gelak lak)
KAH KAH KAH HISMAUDIN RAIS..
KO NI SEJAK ZAMAN UNI DULU MEMANG BODOH..
"Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.
Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot."
CADANGAN PERKINS TU SEBIJIK MACAM GENG HOMO KO SI NUAR BERAHIM NAK BUAT MASA ZAMAN KRISIS MATAWANG DULU...
kena batang hidung sendiri...KAH KAH KAH.. (aku ingat lagi masa ko terhegeh hegeh mintak simpati nak balik malaysia lepas menyundal kat negara orang... masuk NTV9 Dateline talkshow tahun 1999.. merapu meraban cerita masal maturity of politics..
tak habis habis sebut pasal maturity... TAPI KAN BLOG KO NI DAN PENULISAN KO NI.. MMG TAK MATURE LANGSUNG!
KAH KAH KAH KEPALA HANGGUK KO!
tahniah atas artikel ni... sorry la gua bukan tak nak baco.. tapi tak paham.. dulu gua skolah tak blajar math ngan sains dalam bahaso Inggeris..
mantap penulisan kali ini ~ terbukak pale otak aku nih!
Yang peliknya....kat tv semalam...semua CEO GLC sokong...mungkin CEO kangkong tak?...Kalau tanah melayu pun dah boleh kena jual...kat mana lak kita nak duduk...mungkin dalam sungai tak...oh ya...mana NGO Melayu...tak nak bersuara ke...atau mulut dah penuh dengan tanah..
hit man tu bukan tukang pukul, tukang bunuh. klu nak syok lagi pu baca protocols of the elders of zeon, apa dok jadi dalam 1M sekarang ada kat dalam tu
PERKINS TUU SAUDARA KEMBAR "SETAN PUKIMAK"...
kah kah kah kah...PERKINS TUU TEMAN SETIA SETAN PUKIMAK
KONONNYA MEREKA ADALAH PEMIMPIN...PEMIMPIN SETAN
AKHIRNYA MELAYU NGANGA...SETAN2 PUKIMAK KENYANG
[TERER]
buku tu tak dak yg dlam malay version ke?
tak paham sesangat omputieh ni.....
ape pun bagus tulisan dan pandangan tukar tiub nihh...
bro,
mintak phone no dan alamat perkins... aku dah penat hidup miskin... datang kerja kat arab pun masih tak ummph..
nak mitak kerja dengan perkins... aku nak jadi macam tokey arab...
dah mainan depa
Wei..jangan la harga air naik tinggi sangat weii.....nak mandi junub tiap2 hari ni wei..
Jadi...apa perlunya kami bijak berbahasa asing dan bijak mempelajari sains, matematik dan teknologi. Apa yang akan tinggal untuk kami nanti, jika tanahair kami kian perlahan-lahan ditelan oleh kemunafikan hasil tindaktanduk pemimpin kami masa kini yg tamak dan bebal?
Disuruh kami kuasai ilmu, tapi pada yg sama yg 'menyuruh' itu membelot.
Woiii budak-budak sekolah!!! Balik!! balik rumah tengok wonderpet!!..tak payah belajar!!!
"lallaalaaaaa..
apa yang penting?!! BERKERJASAMA!!! wonderpet..wonderpet...."
Perkins original bukan dah kena tembak mati ke sebab tulis buku tu?
dalam tiga, seorang lepas lari.
Bro. Isham,
Paham benar apa yang abang tulis. Kalau org Kampung Paya Nahu Sungai Petani pun boleh paham.
Tapi yang aku tak paham ni ada juga mangkuk yang kata : tak habis habis sebut pasal maturity... TAPI KAN BLOG KO NI DAN PENULISAN KO NI.. MMG TAK MATURE LANGSUNG!
KAH KAH KAH KEPALA HANGGUK KO!
Komen sikit kat mangkuk tu...
mampos la anak cucu yg ade kat malaysia ni x lama lagi
sedih aku..negara dijual terang2 di siang hari
tak tau nak kata apa...
Kapitalis laga laga mesia ngan indonesia pasal amah kononnya rakyat mesia zalim...tapi wa punya amah cakap itu presiden dia boleh kasi makan saya ka? Saya kemari sebab presiden tak boleh kasi makan sama saya juga famili saya! di indon amah gaji 200,000 rupiah satu bulan atau RM60! Mau kerja fabrik bukan di bayar tapi kena bayar!Bantuan beras 20 kg sebulan tapi kena 'tebus' 10 kg!
Begitu marahnya wa punya amah pada presiden dia bila di beritahu pemerintah indon larang amah ke mesia! Kebtulan permit dia akan tamat tak lama lagi....
TT, relevent tak ini cite? tapi wa rasa ada kaitan sama kapitalis!
revolusi harus ditegakkan!!!
viva la revolucion!!!!
"Our Fundamentals are STRONG. Our economy is STABLE". Ini lah kata kata pm najib apabila beliau menjadi Menteri Kewangan. Ape ade semua nye karut belaka. Sekarang jual ini jual itu lama lama habis harta rakyat 1Malaysia di rembat oleh rakyat Perkins!!!
Inilah jadinya 1Malaysia pm najib. pm najib sendiri tidak akan menderita seperti Macik Timah dan Pacik Abu diFelda; Ahsiong dan Ahming diChowkit; Arumugam dan Mutiah diChangkat; Burudin dan Ansanon diKudat atau Amasing dan Garang diBahagian Ketujuh Sarawak. pm najib tetap bersenang lenang sebab komisen tentu banyak dari penjualan hartanah negara.
Tuhan Mahakuasa dan Mahaadil.
Allahuakhbar Allahuakbhar.
Salam Bang Isham
Apa kahabar Babi di Melaka ye..
Senyap je cerita lawat sini...
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html
Kalau dulu selsema burung,semua burung-burung dan ayam yang dibela kat malaysia ni dibunuh tapi bila selsema babi yang lebih bahaya ni tak ada sekor babipun yang kerajaan bunuh.xfaham aku.
Umno lebih sayangkan babi dari burung dan ayam kot.
Ada mata pandang ada telinga dgr,ada mulut cakap..
Naruto alu2kan
salam, caya la bro...gua risau kat bangat bila liberalisasi dilaksanakan sepenuhnya..sign da diberi najib dgn FIC yg membenarkan pemodal asing memiliki hartanah kat malaysia..tak lama lg org kita dok dalam kotak2 flat jer la...macm kt sgpura...gergasi dah nak datang menelan sgala peluang warga yg konfom xkan dpt bertahan apatah lagi melawan. Satu lagi projek BN untuk menjual Negara.
Selagi kita berpegang sistem ekonomi Yahudi(Kapitalis +riba) selagi itulah kita takkan menang.Dah depa yg cipta dan kuasai sistem ekonomi masakini..toksah dok perasan nak lawan KECUALI ikut susur yg ditunjukkan Nabi yg membuat pemodal Yahudi bungkus di Madinah dgn sistem ekonomi Islam yg lebih berprinsip membantu bukan menyembelih,redha bukan terjerat,nyata bukan spekulatif dan paling penting Halal. Namun tiada harapan sistem ini akan dilaksanakan oleh BN setelah mereka pun terjerat dgn Ahlong ekonomi antarabangsa ini.Masih ingat penasihat ekonomi Solomon si yahudi?
Concept 1Malaysia maksudnye 1Malaysia aku nak jual..
Download Audio Book bagi yang malas baca.
John_Perkins - Confessions of an Economic Hit Man AudioBook.
http://rapidshare.com/files/251333148/John_Perkins_-_Confessions_of_an_Economic_Hit_Man-SLAPDASH.rar
Hello Bloggers,
rata2 semua benci kerajaan sekarang,
tapi bila musim pilihanraya,kau org tak mengundi,malah tak mendaftar pun.
Kenal tak Abu Talib,bapa saudara Rasul kita,beliau ni atas pagar.
Balasan keatasnya tetap neraka,walaupun dia org baik.
Jadi mengundilah,tukar penjenayah yg memerintah.
kah...kah..kah...bila lulusan sejarah bercakap tentang ekonomi bunyi macam tong kosong...kah..kah...
kah....balik sambung belajar lagi lah
.....isham penyokong sistem komunis.
macam mana kami nak baca buku inggris
kami tak paham .....anwar tak bagi belajar ppsmi.....??? isham hipokrit
aku kne bt asg sal dasar ekonomi modern...skang baru aku rase mnarik bace sal2 bnda ni..taknz to prof k bk mnda aku!
Catat Ulasan