Jumaat, 3 Julai 2009

PENGUMUMAN – SAMA SAMA KITA BERWASPADA





BERITA TERKINI SELSEMA BABI/H1N1


Laporan terakhir : Kini telah lebih dari 100,000 warga dunia dari pelbagai negara telah dihinggapi oleh selsema babi H1N1.

Di United Kingdom – 7,447 orang telah diserang hingga ke hari ini. Besar kemungkinan akan merebak ke 100,000 orang untuk setiap hari pada bulan Ogos ini. Data ini dari laporan resmi Parlimen British awal petang ini.

Di Amerika Syarikat hingga Khamis kelmarin 27,725 warga telah dijangkiti – laporan ini di pungut dari Center for Disease Control and Preventation Atlanta. Seramai 127 warga Amerika telah meninggal dunia akibat virus ini.

Mengikut The European Center for Disease Preventation and Contol – Khamis kelmarin terdapat 69,177 warga pelbagai negara sedang di serang selsema babi. Jumlah yang mati hingga ke hari ini ialah 328.

Di Malaysia terdapat 47 kes terbaru H1N1, 6 jangkitan tempatan – ini berlaku dalam masa 24 jam yang lalu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Ismail Merican.

Ketua Pengarah Kesihatan juga berkata, jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

“Tiada kematian dilaporkan. Seramai 175 pesakit telah pun sembuh dan dibenarkan pulang dan 116 lagi masih dirawat di hospital dan kesemuanya dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ubat suntikan terbaru untuk melawan virus H1N1 ini hanya akan tersedia pada bulan Ogos depan. Menurut laporan berita yang diterima dari Eropah para saintis sedang membuat kaji selidik tanpa rehat untuk menyediakan suntikan ini secepat mungkin.

Warga bewaspada dan jaga kesihatan.



5 ulasan:

Kucing Parsi berkata...

nanti bangkrap la industri penerbangan

ha ha ha

ini yang najib takut

sebab malaysia ada penularan tempatan!!!


ha ha ha

dah aku isnin ini pergi KL

ha ha ha

mati lah aku

pemanduteksi berkata...

yg kena selesema tu jgn lah naik teksi weii...naiklah beskal ke, moto ke, jalan kaki ke..!

Kucing Parsi berkata...

aku naik kapal terbang

ada ke pegi KL dari sarawak pakai teksi

Tanpa Nama berkata...

'Konspirasi Selsema BABI', sila ke link bawah untuk mengetahui tentang virus ini dengan lebih lanjut..

http://ibnuyaacob.com/?p=1099

Tanpa Nama berkata...

Memang penting utk menjaga kesihatan tp nampak mcm media membesar-besarkan isu penyakit H1N1 ni.

Setiap bulan, beratus-ratus ribu orang mati dgn penyakit seperti TB, meningitis, malaria, diabetes & penyakit yg disebabkan oleh ROKOK.

Dalam tahun 2009, lbh kurang 15,0000 warga Amerika dan 50,000 warga dunia mati kerana SELSEMA BIASA. Itu baru nombor orang yg mati kerana selsema, belum lagi nombor orang yg dijangkiti selsema.

Bila media trace setiap seorang yg dijangkiti H1N1 memanglah nampak mcm ramai yg kena. Bila media hari2 bercakap pasal H1N1, memanglah nampak mcm H1N1 ni cukup bahaya...padahal RIBUAN orang yg mati setiap hari kerana TB, malaria, diabetes, denggi, rokok dan sebagainya tu diabaikan oleh media.

Mortality rate H1N1 hanya 0.4%, itupun kebanyakan yg mati hanya bayi ataupun orang tua yg dah nazak. Kebarangkalian kita utk mati tercekik ketika makan malam lebih tinggi drpd kebarangkalian mati kerana H1N1.

p/s: Dlm setiap bulan 300,000-400,000 manusia mati kerana merokok. Bila mau berhenti merokok?