Sabtu, 29 Ogos 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
SEMUANYA
semuanya bercakap atas nama tuhan
semuanya bercakap atas nama bangsa
semuanya bercakap atas nama negara
semuanya bercakap atas nama agama
negara itu lebih dari lima susuk
bangsa itu lebih dari sepuluh susuk
penganut agama lebih dari sebelas susuk
negara itu lebih dari sepuluh kampong
tidak ada yang bercakap kerana pink form
tidak ada yang bercakap kerana kontrek
tidak ada yang bercakap kerana kuasa
tidak ada yang bercakap kerana duit komisen
tidak ada yang bercakapa kerana pangkat
hitler bercakap atas nama bangsa
mussolini bercakap atas nama negara
sharon bercakap atas nama wilayah
tiong bercakap atas nama parti
mohyiddin bercakap atas nama iskandar
madey bercakap atas nama melayu
samy bercakap atas nama india
tee kiat bercakap atas nama cina
najib bercakap atas nama moral
tidak seorang pun yang bercakap atas nama kuasa
tidak seorang pun bercakap atas nama harta
tidak seorang pun bercakap atas nama koroni
tidak seorang pun bercakap atas nama anak dan bini
kalau tuhan maha kuasa
pasti tak perlu bantuan
kalau agama maha suci
pasti sucinya sentiasa suci
esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama agama
katakan kita telah murtad menarik diri
esok bila terdengar ada yang bercakap ataas nama bangsa
katakan kita telah menjadi bangsa lain
esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama negara
tanyakan berapa banyak harta yang telah mereka kumpul
tanyakan berapa banyak saham yang mereka miliki
tanyakan berapa banyak rumah yang dimiliki
pasang telinga dan tunggu jawapan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
tapi aku bercakap atas nama cinta!puahahahaha.... ;)
Akum dan salam bro Isam.
Puisi hari ini dilihat amat menarik. Mengenengahkan tema tentang kepura-puraan pemimpin demi mempertahankan kuasa yang dimiliki. Tidak hairanlah jika banyak penipuan terhadap rakyat dipaparkan dalam semua bait sajak.
Persoalan yang cuba diangkat melalui puisi ini adalah tentang banyak perkara. Penggunaan agama untuk mengabui pemikiran rakyat. Penyalahgunaan kuasa demi memperoleh kekayaan harta melalui kuasa yang dimiliki juga menggunakan isi perkauman demi memenangi hati rakyat untuk terus menggenggam sedikit kuasa yang sedang dimiliki.
Bro Isam juga cuba menyelitkan persoalan pemimpin yang mengadu domba rakyat melalui isu agama, bangsa malah negara. Cuma, bagi rakyat yang sedar, mereka sekadar "pasang telinga dan tunggu jawapan".
Dari aspek bahasa dan unsur kesusasteraan, bro isam dilihat keterlaluan menggunakan unsur anafora/ pengulangan kata pada bahagian awal setiap bait puisinya. namun, ada sedikit pembaharuan dibuat oleh bro isam apabila memasukkan ciri "epifora" yang boleh kita lihat pada bait kedua melibatkan penggunaan perkataan "susuk". namun bagi saya sebagai pengamal bahasa, unsur ini digarap dengan baik oleh bro isam.
Tahniah dan saya telah mengumpul 9 puisi bro. Mungkin tiga bulan lagi cukup untuk membukukan sebuah antologi puisi tukar tiub!
Salam.
sungguh mendalam tulisan comrade isham. tima kasih atas pencerahannya.
yang benar,
Lan Komunis.
Bush bercakap atas nama keamanan
http://www.rmp.gov.my/index.cfm
Sebut Harga
PT/SH/PKTN/82/2009
PEMBEKALAN PERALATAN KHAS KENDERAAN WATER CANNON PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN ( FRU ).
Tarikh: 28/08/2009 - 09/09/2009 ( Tutup 12 Hari Lagi )
..paklah bercakap atas nama kj...
sham...
burung tiong pun bolih bercakap
tapi ari ni cakap
esuk lupa
Bercakap adalah "job function" dia orang, atas nama apa-apa pun dia orang boleh buat...
"Action" hanya akan dilakukan selepas "director" cakap "light, camera" dan "action", baru lah mereka BERLAKUN sebagai hamba kepada agama, bangsa dan negara...sandiwara ini biasanya disiarkan dekat dekat waktu mengundi..he he he
Kaki Wayang
Contohi Rasululullah... Baginda semasa hidup dan matinya tiada harta yg ada, walaupun baginda mampu memperolehi atas nama 'ketua' . Tetapi apa yg diwariskan kpd generasi kemudian hanya al-Quran dan Sunnah.
Kejadian yg seumpama kisah diatas ini yg terjadi kepada pemimpin2 manusia sekarang ini yg rasa berkuasa tak berpadanan dgn status bhw mereka tu manusia mcm org lain juga. Mereka hanya berkuasa bila org sekeliling yg sama2 nak jahanam sama menyokong. Padahal...waktu baru mereka lahir dulu, kalau tak disumbat susu pasti kelaparan..kalau dibiarkan berak kencing sehari...seharila tak berbasuh.. kalau picit hidung tak leh nak nafas, tetap akan mati jugak... tapi dah tak mati waktu kecik..bila besar macam ni la..kadang2 menyusahkan kadang2 boleh harap.
as-salam uan SYam..
P/s;..tak nak buka YAYASAN TTIUB ker??
..pangarah yayasan 4 line ke??
ni saya bercakap atas dasar Masyuk..
saya bercakap atas nama mahasiswa, hua hua hua
bro syam mmg hebat!
Catat Ulasan