Jumaat, 21 Ogos 2009
SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA
PENGUMUMAN
UMAT ISLAM BERPUASA MULAI SABTU INI
Adalah di beritahu bahawa penganut agama Islam di Malaysia
akan mula berpuasa hari Sabtu ini.
Ertinya malam ini adalah malam pertama kita makan sahur.
Tukar Tiub mengucapkan Selamat Berpuasa.
p/s:
Mula simpan duit bukan untuk beli kasut raya
tapi untuk bersedekah kepada yang memerlukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
29 ulasan:
yg ditunggu2,butik2 eksklusif 'Le Bundle' akn dibuka di sepanjang Batu Road..jom serang!kahkahkah
Diucapkan "selamat menunaikan ibadat bulan Ramadhan" kepada semua umat Islam dimana saja anda berada.
Sesiapa yang berbohong, tidak kira pemimpin atau orang biasa, dalam bulan Ramadhan akan mendapat hukuman buruk. Dalam beberapa hari yang lalu banyak tuduhan tuduhan busuk timbul. Siapa yang bersalah nescahaya akan menanggung hukuman yang setimpal dengan pembohongan.
Sekalian ingat bulan Ramadhan Tuhan akan kabulkan hasrat rakyat yang berbohong akan menerima bala.
Allahuakhbar Allahuakhbar.
Akan ingat nota kaki.. Selamat Berpuasa..
salam n selamat sejahtera kepada sume,selamat menymbut bulan ramadhan kepada semua.......
selamat berpuasa juga kepada Tukar Tiub.. teruskan berblogger !!!
alhamdulillah..perbanyakkan sedekah dan amal ibadat....
salam ramadhan bro..
kau jgn nak mengada-ngada beli kasot.
aku tengok kasot kau dalam rak tepi pintu tu bersusun-susun.
selamat berpuasa semua
selamat berpuasa tukartiub:)
selamat berpuasa bro...
"Mula simpan duit bukan untuk beli kasut raya
tapi untuk bersedekah kepada yang memerlukan.."
dalam maksudnya ni bro...eko nk balik jolobu ko x? boleh tumpang den...
salam bro hisham
tetiba nak tergelak baca entry hari neh...cam skema lak
apa2 pun selamat berpuasa n bersahur bro
bro...hang memang besh
Selamat berpuasa bro hisham.
Moga kurang2 la hisap kretek utk jaga kesihatan.
Selamat menjalani ibadah puasa Bang.Semoga amalan mendapat barakah.
selamat berpuasa,bertarawikh dan beramal kpd TT dan pengunjung TT yg beragama islam
jgn lupa bayar fitrah.RM 7.00 sekepala...kaunter fitrah akan beroperasi dikebanyakan shoping komplek sekitar KL sepanjang bulan ramadhan....
INGAT jangan berpuasa sehingga dapat lapar dan dahaga saja seperti yang sebelum ini kerana ramai yang berpuas tanpa menghayati kandungan rohaniah yang tersirat dalam amalan puasa. Cuba lihat bagaimana persiapan membeli juadah berbuka puasa- bertentangan dengan tujuan berpuasa! Penuh satu meja juadah makanan bagaikan membalas dendam lapar selama 13 jam itu. Sikaya pula buka di hotel berbintang 5, orang politik berbuka puasa dengan orang OKU atau anak yatim atau orang uzur kononya itulah yang disarankan oleh agama. Orang biasa pula buka puasa depan TV! Jenuh orang yang tahu apa maksud puasa meleter supaya berpuasa seperti nabi Muhamad yang berbuka dengan beberapa biji kurma saja, tapi kta satu meja penuh dengan lemak dan gula!
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUO PEMBACO TUKAR TIUB...
selamat berpuasa...
bro,try puase penuh tahun ni..hehehe..
wa caya sama lu..moga Allah Rahmati Hishamuddin Rais dan semua pembaca..
dalam makna nya
sewaktu kita sebulan berlapar ada yang bertahun berlapar
bersama2 lah kita bersedekah mempercepatkan membayar zakat
semoga amalan kita di terima allah
visit
http://www.melodymockers.blogspot.com/
isham....
jangan lupa catatan Warong2 marhean kota....memburuh di Chow Kit, batu road, mesjid india
satu peringatan utk diriku sendiri dan juga utk pembaca yg lain kalau nak terima...
jika terjumpa org2 minta sedekah pelbagai rupa, ada yg terjelepok atas bangku sambil menarik akordion, ada yg bersimpuh atas suratkhabar yg dibentang atas kakilima sambil mengaji Quran tanpa kita ketahui betul tak, ada yg tergolekbaring atas tar jalan di celah2 ribuan kaki yg mundarmandir mencari juadah di bazar2 ramadhan sambil menggoncang2 tin untuk 10-20 sen simpati...
jika kita ada wang lebih, maka hulurkanlah dengan rela&ikhlas, dan terus berlalu pergi - jangan pandang belakang dan pikir 2-3x lagi, jgn mencongak2 samada wajar tak kita hulur, jgn bertanya2 samada patutkah dia menerima, jgn persoal samada dia tu membohong atau pemalas atau sebagainya...
hulur sahaja jika & setakat kita mampu, jika 1rgt hulurlah 1rgt secara tulus dan terus beredar, jika 10sen hulurlah 10sen dgn ikhlas dan terus bergerak...
jika ikhlas pemberian kita tanpa menyoal atau mendengus, insyaAllah kita tetap dikurnia pahala (itulah yg kita mahukan!) walaupun dia penipu atau pemalas. siapa dia sebenarnya tidak mencacatkan pahala Allah kepada kita. siapa dia sebenarnya itu hanya antara dia dan Tuhan sedangkan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
semoga berganda pahala kita semua dalam bulan yang Allah janji untuk menggandakan pahala, insyaAllah...
selamat berpuasa
kepada yang percaya islam, slamat berpuasa..moga bulan pose ni dapatlah slow skit activity isap-isapan...kepada yang tak berapa nak percaya, layan je lah! cheers!
Selamat BerPuasa kepada semua....
Jimat chemat perlu diamal kan...
Lepas hari Raya ,mungkin harga toll dan minyak melambong...
Jangan biar K.Toyol terus bersombong...
JOM KIta tukar-tukar kasut.
TAPI jangan pulak kebas di mesjid Bangsar dan AL Rahman untuk ditukarkan dengan mat fit tepi jambatan Sg Gombak...
KALAU NAK DUIT RAYA, PI SERANG PERMATANG PASIR, KOMPOM DAPAT DUIT RM300 PALSU
hang posa ka isham? hehehe selamat puasa.
pesanan untuk semua: dilarang menjarjis-jarjis di siang hari dlm bulan puasa ni
Gambar yang amat mengumbirakan hati tiap ahli kaum keluarga dan suku - sakat , jauh dan dekat.
Isham kau nak kahwin Ko? apo pasal tunjuk gambar . Orang mano ? bilo nak berolek kok jomput sok den datang . Cumoaie den raso dan berhajat..kok kau duduk ateh pelamin sok ...den nak besilat maso malam berinai.
Den sok datang bawak tapai...duo macam, tapai pulut (bungkuh daun keladi) & tapai ubi .
Juasseh Estate 1962
Bro Sham and Bros....Selamat Berpuasa semua...
Catat Ulasan