Isnin, 26 April 2010

MALAYSIA PERLU PERUBAHAN




SENAT MEMERLUKAN PERUBAHAN


Kami, semua Senator dari PAKATAN RAKYAT ingin melihat dan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai serta perlu agar Senat menjadi sebuah institusi yang berkesan dalam amalan demokrasi di Negara Malaysia dan tidak akan dianggap sebagai “rubber stamp” atau “tong sampah”.

Pertama, kami akan mengambil bahagian dalam semua debat, sama ada mengenai dasar atau undang-undang baru, dengan aktif dan rasional. Untuk tujuan ini kami telah membahagi-bahagikan tugas supaya tiap-tiap Senator PAKATAN bertanggungjawab ke atas dasar-dasar dan kementerian tertentu.

Kedua, kami ingin mengembalikan peranan Senat kepada yang asalnya, iaitu bagi wakil-wakil Negeri mengutarakan kepentingan Negerinya dan mengimbangi Pusat. Pada asalnya, bilangan wakil yang dipilih dari Negeri lebih ramai dari yang dilantik oleh Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, iaitu dengan kadar 22:16. Akan tetapi sekarang ini, setelah beberapa pindaan, kadarnya ialah 26:44. Sehubungan ini sebagai permulaan, sesuai dengan kehendak Fasal 45(4a) Perlembagaan Malaysia, kami akan mengusulkan kelak supaya wakil dari tiap-tiap Negeri ditambah dari 2 menjadi tiga, menjadikan jumlahanya 39.

Ketiga, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan perlu agar akhirnya majoriti ahli-ahli Senat hendaklah dipilih oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya, dan bukan dipilih oleh Dewan Undangan atau dilantik oleh Agong, selaras dengan kuasa yang diberi oleh Fasal (4b) dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai permulaan, kami mendesak supaya seorang yang ditambah dari tiap-tiap Negeri nanti hendaklah dipilih melalui satu pemilihan umum di Negeri masing-masing.

Akhir sekali, sesuai dengan Fasal 45(2) Perlembagaan Malaysia, ahli-ahli Senat yang dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri hendaklah benar-benar merupakan mereka yang “telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam pelbagai bidang …… atau yang mewakili ras minoriti atau yang berkebolehan mewakili kepentingan orang asli”. Pada peringkat akhirnya, kami juga berharap supaya mereka ini dipilih oleh dan dari kalangan golongan yang berkenaan.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buleh tlg siar komen ini dlm satu pusting blog encik Hisam?

Tajuknya: Kapada ahli2 Pas

Kenape ko tak tanya dimana Presidin ko bila kempen panas giler diHulu Selangor dan Dato' Nik Abdul Aziz datang bertongkat untuk berkempen? Ko tak tau ke dia pergi memancing diMaldives ketika ahli-ahli PAS berhempas pulas membantu kemenangan PKR diHulu Selangor dlm keadaan Azmin sabotaj parti dia sendiri?

Sepatutnya ko ucap dulu tahniah kepada ahli-ahli PAS yg ikhlas. Merekalah yg berpenat lelah melawan musuh rakyat di Hulu Selangor. Sepatutnya ko persoalkan dulu pemimpin-pemimpin PAS yg pemalas temasuk Presidin ko yg pergi memancing di Maldives waktu org bertungkus lumus lawan BN di Hulu Selangor. Ko faham tak? Bukan ada persidangan apa pun di Maldives. Dia pergi memancing. Memancing. Kan hobinya memancing?

Tanpa Nama berkata...

deh komunis...pi mampus cepat sikit... semak gua tengok muka lu niee...sudah lah miskin..hina pulak...bodah lagi...pi mampus cepat sikit

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Melayu dan pengundi India di Felda dan yang majoriti lainnya di Hulu Selangor sulit nak terima PR pada 25 April lalu? Kenapa orang Cina boleh? Apakah mereka tidak boleh menerima idea perubahan apabila dihulur sikit habuan, kain batik ke, mereka tak nampak langsung kecuali klentong UMNO. Apalah orang Melayu Hulu Selangor? Dah kena jajahan Portuguese, Belanda, British, Jepun dan akhir sekali dek UMNO sehingga tak boleh berfikiaq lagi.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya tanpa nama 14:44. komen tu biar la cerdik sikit. makan bangkai ka?

Tanpa Nama berkata...

woit balik pak chuceng ka...boring dah kalah kahkaha..kahkah

Jin Beragas berkata...

Kalah bererti lemah...PKR makin lemah kenapa?
Satu sebabnya ialah kerana Anwar terlalu berselera menelan apa yg zentrum future studies hidangkan, hingga PKR meminggirkan faktor apakah ianya berzat ataupun sekadar hampas sahaja. Ini terjadi mungkin disebabkan bentuk hidangan itu menaikan nafsu walaupun hakikatnya palsu.

Satu frasa ayat yg berbunyi "menurut future studies", iaitu kalimat ajaib dr abu hasan sebenarnya tiada bezanya dgn momokan tok bomoh yg berjampi "menurut jin tanah" dlm mengubati pesakit sawan babi.

Tanpa Nama berkata...

wakaka..aku setuju, ini dr alien apa nama tu... apa dia kaji, camne dia kaji tak ada sapa tau, ikut suka hati dia jer..sokongan berubah ikut jam...dia nak duit jer tu...dah zaid pi bagi...baik bagi kat hisham...boleh juga dia bawa bebudak jalan2 cari makan....haha

Tanpa Nama berkata...

Malaysia tidak akan berubah jika beginilah keadaannya spt di zaman mamak kutty semula. Di bawah isteri rosmah mungkin keadaannya lagi teruk. Malaysia hanya mampu berubah apabila org melayu tu sendiri secara amnya sudah bersedia nak berubah, itu saja.