Selasa, 1 Jun 2010

JANGAN BERMUNGKIR JANJI - WALAU PUN TERLEWAT




SETIA AUR KEPADA TEBING



RIMBUNAN BULUH SEBAGAI SAKSI



LALU AKU KE SANA SEKALI LAGI

Aku ke sana sekali lagi satelah 35 tahun. Kau belum lahir lagi ketika aku melintasi lorong di hadapan rimbunan buluh itu. Kau masih lagi disimpan di laut Kalzum – ibu kau belum bertemu dengan ayah kau lagi. Ketika itulah aku telah memulakan langkah berkelana mencari diri.

Tidak mungkin aku akan melupakan rimbunan buluh itu. Bagitu tegoh ianya berdiri bersama tebing. Inilah dia setia aur kepada tebing. Inilah dia setianya pejalanan orang kiri – teguh dan tidak pernah runtuh-runtuh mengabadi kepada yang tertindas.

Kesahnya bagini : Tahun 1974 – aku di cari polis. Maka aku wajib mengundur diri. Kemana? Tidak aku tahu satu tujuan khusus. Yang penting aku wajib meluluskan diri melintasi sempadan. Lari untuk menyelamatkan diri.

Ceritanya panjang. Lalu aku pendekkan disini. Kerana bukan itu yang hendak aku ceritakan disini. Hari ini aku hanya ingin bersurah tentang buluh itu. Buluh yang menjadi saksi di satu senja 35 tahun dahulu.

Petang Sabtu lalu aku di Kota Bahru – lalu aku ngelincir lari meninggalkan kota menuju arah ke utara. Tiga puluh lima tahun dahulu aku telah melintasi jalan ini. Tiga puluh lima tahun dahalu jalan ini tidak sesibuk petang Sabtu yang lalu.

Tiga puluh lima tahun dahulu aku memilih lewat petang untuk melalui jalan ini. Ini pun setelah si Lelaki kawan aku pergi melintasi terlebih dahulu dan mengira ada berapa garisan polis dan soldadu yang menghalang jalan. Tiga puluh lima tahun dahulu Tanah Merah adalah pentas gerila. Weng adalah laman operasi antara gerakan gerila PKM. Soldadu dan polis yang seragam dan tidak seragam berdiri merata-rata.

Untuk ke sempadan aku menyewa sebuah teksi dan diapit oleh dua Cik Mek Molek yang tidak pernah aku kenali namanya. Cik Mek Molek yang tidak pernah aku tahu namanya menjadi pendinding untuk aku mengkaburi mata polis dan soldadu. Kami mahu dilihat sebagai pasangan yang bercanda dan bercengkerama di luar sempadan.

Di manakah Cik Mek Molek ini sekarang? Apakah telah berumah tangga? Apakah telah beranak dan bersuami. Tidak - aku tidak akan melupakan Cik Mek Molek ini. Setiap kali aku di Kota Bahru mata aku liar mencari-cari apakah akan muncul Cik Mek Molek ini sekali lagi kerana aku ingin menyampaikan kata kata terima kaseh yang tidak sempat aku luahkan pada senja itu.

Dari kota ke kota aku berjalan - setiap kali aku melihat gadis-gadis dan perempuan yang berdiri di gigi pintu rumah merah setiap kali aku teringatkan Cik Mek Molek dari Kota Bahru. Sekarang kau tahu kenapa aku tidak ada memiliki apa-apa nilai moral untuk merendahkan murtabat mereka. Kau yang mengetuk dada mengakui memiliki moral yang tinggi mungkin melihat mereka rendah kerana mendagangkan diri. Tapi untuk aku semua mereka adalah kaum revolusiner yang pernah menyelamatkan aku menlintasi sempadan.

Kereta yang kami sewa melintasi dua hadangan polis. Kawan aku si Lelaki yang menjadi perintis jalan berlagak mesra dengan sang polis. Sang polis menjengok ke dalam kereta. Mereka melihat aku diapit oleh dua Cik Mek Molek - maka kereta kami tidak di ganggu.

Di hadangan ke dua kerana telah lewat petang sang polis hanya mengarahkan kami bergerak cepat sebelum sempadan ditutup. Sempadan Golok/Rantau Panjang tutup jam enam. Ini jam enam dizaman itu - dimana matahari telah agak lama ditelan bukit.

Ketika kami sampai sempadan telah ditutup. Rantau Panjang ketika itu kelihatan daif. Dalam ingatan aku pekan ini hanya ada dua deretan kedai papan dan beberapa buah kedai batu. Ini adalah pertama kalinya aku sampai ke Rantau Panjang. Tetapi pekan ini telah banyak aku dengar surahnya terutama dari kawan di sebelah katil aku ketika aku di Kolej Melayu. Rantau Panjang dan Golok adalah pekan penyuludupan dimana beras , gula dan sex jadi dagangan.

Turun dari teksi aku tercegat berdiri dan tidak mundar mandir. Ini menghairankan Cik Mek Molek. Lalu kawan aku si Lelaki mengajak Cik Mek Molek pergi meleser dan mundar mandir melihat-lihat barangan di dalam kedai. Aku terpacak di tepi sebuah kedai tidak berani memunculkan diri. Kemudian kawan aku si Lelaki sekali lagi pergi merentas untuk melihat apakah jalan belakang tepi sungai itu selamat untuk aku lalui.

Mukhabarat polis dan tentera pasti berkeliaran. Tapi aku telah kacak berjangak diri dan bergaya. Kumis dan janggut aku telah lama hilang. Aku anak muda yang datang ke pekan sempadan ini untuk berdansa dan becanda.

Senja hampir sampai. Gelap telah datang. Kawan aku si Lelaki datang dan mengatakan masih ada SB menunggu di tepi tebing. Dada aku berdebar-debar. Jika kau melalui apa yang aku lalui maka kau akan bersimpati dengn aku. Di hadapan aku dunia kebebasan. Di belakang aku adalah penjara musuh. Yang wajib aku lintasi hanya sebuah sungai.

Cik Mek datang kembali meminta aku berjalan bersaing sama. Lalu kami berjanji dengan Cik Mek Molek untuk makan bersama. Mereka hanya perlu bersabar dan si Lelaki kawan aku meminta mereka menunggu kami di warong makan. Kawan aku pergi sekali lagi untuk melihat jalan.

Nah ! Kali ini dia hanya menunjukkan ibu jarinya. Aku menoleh ke belakang. Melihat sekali lagi untuk merakamkan ingatan kali terakir aku akan bumi kelahiran yang akan aku tiggalkan.

Kami menapak menuju ke tebing Sungai Golok. Aku berdiri menunggu di tepi rimbun buluh. Sebuah rakit buluh sampai dari seberang. Senja telah sampai. Aku teringat lagi – aku memakai baju kuning lengan pendek dan berLevis hitam. Sepatu yang dimiliki oleh seorang kawan dari Universiti Malaya. Aku tidak memakai stokin pada petang itu. Ditangan - sebuah plastik beg yang didalamnya satu persalinan lagi. Ini sajalah harta aku ketika aku melintasi sempadan.

Nah petang Sabtu yang lalu – ketika Kongress PKR berjalan di Kota Bahru – aku datang ke Rantau Panjang untuk melihat kembali jejak jejak lama aku. Bayangkan betapa gembiranya aku apabila aku melihat pokok buluh itu masih tegak berdiri. Sungai Golok masih mengalir lesu. Lorong yang aku ambil tiga puluh lima tahun dahulu kini ada tangga batu. Rakit buluh telah diganti dengan rakit perahu kayu.

Pada petang Sabtu lalu – aku duduk ditepi tebing sabentar untuk melihat air sungai yang keroh dan kuning. Perahu-perahu kayu berlabuh di dalam sungai. Lorong belakang ini masih tidak berubah. Ianya masih jadi laluan gelap untuk sesiapa sahaja.

Tiga puluh lima tahun dahulu dari tebing inilah aku menyeberang untuk mencari kebebasan. Rimbunan buluh inilah yang menjadi saksi. Aku hanya membayar dua puluh sen kepada anak muda tuan empuya rakit buluh yang membawa aku ke dunia bebas.

Petang Sabtu lalu , ketika aku duduk ditebing Sungai Golok - aku perhatikan pohon pohon buluh itu - lalu ingatan ingatan lau datang kembali kepada dua Cik Mek Molek yang aku bermungkir janji. Pasti mereka menunggu aku di warung makan itu. Pasti mereka menganggap aku jantan pendusta kerana tidak sampai-sampai. Betapa bersalahnya aku di senja itu. Tetapi jika mereka tahu apa yang mereka telah lakukan maka aku yakin mereka adalah revolusiner di barisan hadapan.

Satelah kau mendengar surah ini dan jika kau ada bertemu dengan si Cik Mek Molek yang aku ceritakan ini maka kau sampaikan terima kaseh aku. Dan katakan juga aku meminta maaf kerana pada petang itu aku telah mungkir janji. Kau katakan juga pada petang Sabtu yang lalu aku telah datang kembali sebagai tanda setiakawan aku walau pun aku terlewat tiga puluh lima tahun.(TT)

( dari nota- nota ingatan)


60 ulasan:

Abi Husna berkata...

no words can i say..syahdu...sedih..respek..

Tanpa Nama berkata...

Isyam
Sepeninggalan kau dari kolej ke 7 (Kini Kolej Zaaba) UM dinihari yg bertuah 35 thun yg lalu, kami kawan-kawan dikolej telah dikejytkan dgn kemasukn polis hutan dan FRU yg ingin mencarimu tetapi kehampaan. Dalam kedinginan pagi itu beberapa sahbat kita terutama yg wanita kena sebat dek polis kerana terlalu mendedah aurat. Itulah sekelumit kenangan yg masih aku sahbtmu yg masih aku ingat ketika kau lolos dari UM 35 tahun yg lalu.

Lang berkata...

sebuah kisah seorang pejuang rakyat...

bro... ini dah quarter part... how about first part... mesti anak muda nak tau apa pejuang lama pernah lalui... biar kental sket jiwa anak muda sekarang yg semakin layu dan tak bermaya...

syabas tt...

Tanpa Nama berkata...

satu memoir yang amat tragis,mengharukan, hanya umat yang pernah mengalami sahaja akan tahu harga secebis kebebasan,pengorbanan,, penyeksaan,
Satu penghormatan kepada mereka yang berani menanggung risiko,
Satu penghormatan kepada mereka yang tahu erti perjuangan tanpa titik noktah
satu penghormatan pada mereka yang berani mempertaruhkan kebebasan demi kebenaran
Satu penghormatan pada mereka yang berani membela yang tertindas,
Satu penghormatan apabila cahaya kebaikan melawan kegelapan kejahatan

Kilau Saladin berkata...

serius terusik. pengalaman yang tidak akan dapat dibeli

xrasxras berkata...

kepada TT .. salute!!
kepada Lang ... cari buku TT 'Pilihanraya atau Pilihanjalanraya' .. harap maklum

Lang berkata...

bro... ari ni jibunaltuya kata nak buat sekatan keatas israel... ada beberapa perkara yang kita boleh pastikan di sini...

1) pengesahan yg negara kita ada berurusan dengan israel

2)adakah negara mempunyai hubungan diplomatik secara sulit dengan israel

namun jibunaltuya kata sebelum nak bagi sekatan negara perlu tengok respon negara2 lain... kalau sekat jugak... baru nak ikut sekat..

alamak!!!... apa teringatkan apco ke? nape tetiba je berlapik2 cakapnya.

papa's girl berkata...

you romantic goat! the soft part of uncle Isham.. hahaha.. I can imagine how your eyes shines..when they set on the pokok buluh. 35 years just passed by in a blink kan? when you think about it..

I like this part of Kelantan..even the air smells different :)

Jemba berkata...

Jiwa-jiwa dalam kelas yang tersendiri.. Caya sama lu TT...

Tanpa Nama berkata...

nangis aku bace nie .. emo dowwwwwh..!!

Tanpa Nama berkata...

Catatan syahdu dari senggang iklim 35 tahun. Hamba asal Klate bersekolah di Kelang. Kenal bro dari jauh dan tahu speaker koner Um.
Hingga paragraf 10 satu keluhan hamba lepaskan. Hamba nampak liku pergerakan bro. Hidup dan segar. Hingga paragraf 22 sebuah keluhan lagi dan genangan air mata. Hamba ikram dengan bro TT. Kisah belum tamat. Iklim masih panas. Panas kering.
Bro TT, moga bro dirahmati. Kita makin kehilangan idenTT kemanusiaan oleh telatah buruk para pemimpin yang berC4 tikus yang rakus.

jalan JPJ,panji.

Cucu Tok Aboh berkata...

TT, aku baca cerita ni, aku turut merasa syahdu. Hidup anak muda!

Putra IJ80 berkata...

Cik Mek Molek tur sudah lama meninggalkan alam Maya,

Dlm kerdipan linangan air mata ketika die nak pergi, sempat die berbisik pada angin lalu,agar dapat sampaikan salam nya pada pemuda yg.berjiwa besar untuk kebebasan Bangsa, Agama dan Negaranya.

Tidak pernah sebesar zarah die menaroh dendam walaupon pemuda itu meninggalkannya.

die tau masa ketika itu tidak mengizinkan utk nya berbicara lama.

catatan* che Wan Hassan Wan Muda.kolej pertama.,melalui genarasi ke dua.

tersentuh hati berkata...

banyak onak duri telah kau tempuhi,namun masih banyak lagi rintangan dan halangan menanti,lawan tetap lawan lawan sampai menang.teruskan bro..

RockHalal berkata...

big salute to u BRO..!!!!

mat berkata...

Bro Isham,

Sila bukukan pengalaman, atau mungkin dah ada buku? Apa tajuknye?

Tanpa Nama berkata...

serius sebak hati gua baca ni..

seperti kuasa politik, cinta pun susah dilepaskan..

Gedung Akal berkata...

Abang TT,
Bila agaknya boleh keluar buku memoir... biar pun bukan orang besar dan hebat tetapi kisah orang2 kecil terbuang lebih berhikamh dan penuh ibrah...sokong dibuat buku kisah pejuang terbuang tetapi terbilang... kah,..kah...kah..kah..
kiasi lawan sama Wira tak didendang...kah...kah...kah.. woit..PPSMI mahu taruh tajuk apa hah?

Cob Nobbler berkata...

Hanya mereka yang berjuang sahaja mengerti apa itu kebebasan.

Inspiring story beb!

Where's My Golok berkata...

shit...

ada genangan di kelopak mataku tatkala membaca nukilan ini

walaupun aku rock kapak, tapi tulisan pengalaman ini menyentuh hati dan sanubari..

serasakan aku sendiri yang berada di situ, memulakan kembara dengan tekad teguh di sebelah rumpun buluh..

Tanpa Nama berkata...

Teruja dibuatnya. Terurai manikx kaca terpendam didlm mata. Dlm kegembiraan ada duka yg tak dihidu.
Anyway.. selamat.

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,

Syahdu tak terperasan mulut ternganga while reading your post. Tapi yang gua bengang lu mengelak-ngelak bila gua nak ambil gambar muka lu. Bila gua tengok fizikal lu dan compare dengan tulisan lu...aduh berbeza sungguh. Satu pengajaran bagi gua jangan tengok manusia lain hanya diluaran dekatilah selamilah baru tahu betapa putihnya isi manggis walaupun kulitnya merah hitam kadang-kadnag bergetah. Pergh...hebat...

Tanpa Nama berkata...

Jantan penipu! Kau kembali selepas 35 tahun? Setelah aku, Cik Mek Molekmu jadi pelacur untuk menyelamatkan diri.

Cik Mek Molek

john berkata...

Ambo tumpang banggo kerano p'kale tu jgok ambo lintas gi golok...kali terakhir 2 tahun lepas..

Tanpa Nama berkata...

kisah lu ni mmg mcm Cinema Paradiso..

gua takde mood sial nk ber-kahkahkah arini..

Tanpa Nama berkata...

itulah Pengkalan Buluh...
itu lah pintu kebebasan...
itu laluan pertama ku keluar negara...

Tanpa Nama berkata...

bila part "aku rasa berdebar-debar tu" aku teringat-hampir 15 thn lepas aku pun pernah menyeberang sg golok-illegally bersama beberapa kwn2 itm...bukan pergi mencari dosa, cuma saja menurut jiwa muda mahu merasai apa rasanya masuk ke sebelah sana tanpa pasport-memang berdebar ketika menunggu utk menaiki perahu tambang itu walau jarak utk ke seberang begitu hampir!

en. tukar tiub-tulisan kau ini sudah dikira satu nukilan agung. begitu menyentap jiwa.kaulah bagi aku antara penulis terbaik di msia.

Tanpa Nama berkata...

epic!

aman berkata...

bang..citer la dari awal..ape berlaku kat UM...abg ada peminat ramai...

Fa-T berkata...

salute...

Tanpa Nama berkata...

jantan bedebah, ko entot2 lari!!!! jumpa betina siam, trus lupo ambo kek sining...kalo brani, mai sini ambo nak royak... esok lusa bolehkah kita mengentot lagi?

abang isham, usia mung sudah senja... teringin aku baca buku kisah2 mung dengan hasil nukilanmu yang amat susah didapati di tanah airku ini... pohon muatkan buku nukilan pejuang bangsa melayu terulung abad baru ini. tak larat ambo nak belek buku cukong2 kaya dan gedebe2 kangkungan yang sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman yant tak dapat dibeli dengan WANG RINGGIT. saya menantikan MEMOIR tuan, bila agaknya akan terbit. Tak Sabar menanti. Lakarkanlah Sejarah yang dipadamkan oleh PEMADAM itu.

sardindalamtin berkata...

Hello Pak Isyam, aku nak tanye ckit. Sori la kalo maklumat nie salah atau betul tp menjadi rahsia peribadi ko.

Mak aku cakap dulu ko ade gf amoi, dan rancangnye nak bawak seludup ke Siam. Tapi entah macamane rancangan tu gagal.

Arwah ayah aku juga kawan Encik Kamarulzaman ada cuba tolong tapi tak berjaya. Betul ke?

Arwah ayah aku pon bekas tahanan ISA. Mungkin ko tak pernah kenal arwah ayah aku tapi dia kawan baik Encik Kamarulzaman.

Tolong citer cikit bab tu. Kalo ade buku, bagi tajuk supaya aku leh beli kat kedai.....

Bukan ape, ayah aku dah lame mati. sejak aku kecik lagi. Aku pon tak pernah kenal dia......cuma mak aku la yg citerkan.......

Penanggah berkata...

bila lagi nak bukukan kisah pengalaman hidup lu bro TT.. x silap dulu gua penah baca di majalah Fantasi.. klau ada pasti meletoppp!!!

peningPILkuda berkata...

brother isyam!
pada petang sabtu itu,
ku bertekad ke kota bharu,
untuk mencari susuk tubuh,
pejuang yang ingin mengubah,
tanah air yang tercemar,
mata ku meliar,
dicelah-celah manusia ingin berubah,
kaki ku ke hulu dan ke hilir,
masuk bilik demi bilik,
melihat ditempat minum,
ku tunggu dgn sabar,
sehingga burung pulang ke sarang,
kecewa hati ku,
namun mu masih dekat,
dalam t.t.

hari ini aku baca kenangan indah,
catatan kisah seorang yang lari,
dikejar tangan gergasi,
ku terkedu,
kita mungkin ada persamaan,
ku seperti Ibrahim,
dilempar kuasa Namrud,
tapi lemparan adalah kemanisan,
ku tak gentar,
darahku darah pejuang.

awan berkata...

salute!
semoga apa yang anak muda 35 tahun dulu korbankan, menggoncang semangat anak muda sekarang dan akn datang atas nama perjuangan mncari kbenaran. Lawan tetap lawan!

Pelan Cap Ayam berkata...

TABIK TUAN!!

wer9740 berkata...

hallo isyam,
masa kau dgn aku dgn syed husin sembang kat cafe di perdana resort jumaat ptg kongres AMK,sampai kau ikut aku ke bilik untuk tumpamg mandi dan kau mandi laut.

kau tak cerita pun nak ke pangkalan buluh,sedangkan aku ada di pengkalan kubur pada petang sabtu itu.klu tidak boleh aku ikut.
pertama kali aku jumpa kau macm dah kenal lama,aku lebih mendekati dan memahami apa yg terpendam dan tersirat di dalam diri kau bila melihat rupa dan berbicara,selama ini aku hanya membaca tulisan kau....apa pun story kau ni membuat hati aku tersentuh...

nasib baik kau tak lemas di kolam baby..

Tanpa Nama berkata...

bro isham,

35 tahun yg lalu saya baru belajar mahu berjalan. perjalanan perjuangan bro memang lain dari rakan2 zaman itu. saya harap satu hari nanti bro dapt membuku kisah tersebut. mungkin kisah itu berlainan dari kisah dua wajah/two faces syed husin. saya memg berminat membaca kisah2 begini kerana ini sejarah negara yg disimpan.

zarm berkata...

Bro,
Persamaan antara aku,kau dan najib.
Kita sama-sama naik sampan cross sungai...kah..kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

Bro TT,

I really respect you. You have your own principles.For past 6 months, i been reading your blog, everyday. I thing you are unique human. The way you think is different. If you happens to be in Klang, just call me. Its honour to have a teh or cofee with you.
Perhaps you can buy me a drink if i drop by your place.

sethu2105@gmail.com

super acap berkata...

berkaca mata aku.....lu best TT!

Tanpa Nama berkata...

hello TT

Sedih sampai terkeluar air liur

Tanpa Nama berkata...

35 tahun dulu, aku hanya anak kecil, dari Johor melewati KL yang sedang dipenuhi asap memedihkan mata akibat demonstrasi pejuang muda warga IPT.

Hari ini aku mengenali pejuang tersebut yang tidak pernah patah semangat juangnya, yang tak pernah luntur pegangannya.

Untuk pejuang tersebut; melalui kesukaran waktu muda memberi kenangan paling manis sewaktu tua.

Mat Lendir Kg Lonek berkata...

Amat syahdu tapi indah:
Pengalaman pahit getir kehidupan pejuang rakyat yang terlalu mahal harganya. Siapakah kita yang mampu membelinya dengan himpunan wang ringgit?

Semuanya demi perjuangan......

Dan......
Kalau aku adalah dia
Mungkin sudah lama aku tertewas....
menyembah di kaki sang penguasa

Liana UM berkata...

Saudara TT....

Minta ceritakan pengalaman pahit manis meneruskan hidup di rantau orang. Tentu rindu mengenangkan ibu di tanah air. Pasti hiba seorang ibu berpisah dengan putera bertahun-tahun lamanya.

Perjuangan saudara terlalu berharga untuk dikongsi oleh generasi muda agar darah perjuangan itu terus mengalir sampai bila-bila.

Harapan yang terlalu tinggi.....

Tanpa Nama berkata...

Bro,
Tulislah lagi memoir seperti ini...syahdu habis dan mudah-mudahan ianya akan membakar semangat anak muda zaman sekarang yang banyaknya leka nak jadi penyanyi je...

Tanpa Nama berkata...

Uncle Isham,
Syabas. Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi dengan pengalamanmu 35 tahun lalu...
Bikin filem lah uncle.

kuSut berkata...

great life journey...
syabas bro...

Tanpa Nama berkata...

terbaekk!

Tanpa Nama berkata...

Bulan Julai 1974 di pengkalan itu juga aku telah diperalatkan oleh SB & ZY menyeludup kereta yang disewa mereka ke tanah seberang. Seminggu kemudian mereka ditangkap. Tapi aku pula dituduh mastermind. Jam 4 pagi polis serbu rumah aku. Isteri yang baru sebulan aku nikah terpinga- pinga lalu menangis. Keterangan jujur aku kpd polis, aku dijadikan crown witness. Tapi setiap kali mention di makhamah, kes terpaksa ditunda kerana SB telah ditangkap dan dipenjara di kota London kerana dadah. Hingga sekarang kes masih tergantung. Tapi aku syukur kerana bebas....

ken berkata...

Bro, sambung semula perjalan 2100 hari dalam majalah fantasi dulu...
ramai nak beli...jangan hampakan pejuang2 muda yang lain..tulisan kamu nanti akan disimpan sebagai khazanah sejarah..sumber motivasi..rujukan terulung..

Luqman Zainal berkata...

aku golongan yang masih di kalzum.

abang,ini ke ceritanya sumber cerita jemapoh?

shahmetal berkata...

bukan nak memperlekeh,

sekadar menyoal,

atas dasar ingin tahu.

apakah sebenarnya sumbangan kau?

selain dari membakar2 jiwa anak muda yang ingin memberontak?

betulkah suatu revolusi telah berlaku dalam tempoh 35 tahun ini?
oleh kamu?

atau sekadar.. "masih dalam perjalanan"?

jika betul pn.. adakah ia nya sebuah perjalanan yang meninggalkan tapak dan kesan?

atau sekadar...
angin petang yang berlalu?

anda pasti, apa yang ada sekarang..
hasil 'revolusi' yang anda rintis itu?

Unknown berkata...

Tuan TT,

Pengalaman tragis anda benar-benar menyentak jiwa saya. Sebagai anak muda saya turut tersimbah amarah minyak api yang marak - orang muda sinonim berdarah muda. Tuan punyai keberanian dan berprinsip teguh lagi utuh. Saya harap tuan dapat menyumbang gagasan akal fikir kepada kepimpinan agar yang baik itu dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan seperti dua daratan yang dipisahkan oleh Sungai Golok.

pokku(putrajaya) berkata...

Salam syeikh,

Semoga diberkati selalu&dipermudahkan setiap urusan yang dilakukan...pengalaman menarik syeikh, tapi ending tu tak habis lagi...perjuangan perlu diteruskan...dari perjuangan anta akan memberi semangat kepada kami golongan muda...kena sambung lagi syeikh..

Jazkallah HuKhairan...

ha ha ha berkata...

Ha ha ha..Bro Isham,

Cerita yang menarik yang boleh di kongsi sebagai seorang pejuang.

Tak kisahlah apa yang berlaku 35 tahun dulu atau sekarang tetapi yang harus kita terima ialah Matlamatnya tetap Sama iaitu Perjuangan menentang Kezaliman dan Keadilan untuk Rakyat. Siapa yang memulakan tidak penting tetapi Akhirnya.

Anyhow, nice Topic, kerana seorang muslim sentiasa berjanji dengan tuhan LIMA kali sehari tetapi masih ada yang mungkir. Mereka sentiasa berjanji supaya tidak Zalim tetapi mungkir.

Semoga Allah memberi Pertunjuk.

Wassalamm

Tanpa Nama berkata...

kepada shahmetal

tak tahu apa hasil revolusi???
apa yg dirintis...

mungkin kau dari golongan elit..

kingkonglee69 berkata...

hai hicyam,
gua tersentuh, melankolis, nostalgis,.. mana lagi lu punya kawan2 di lembah pantai itu jam?.. maaf hicyam, bila gua lihat muka2 Nyonya Sharijat, Zahid Hamidi, adi satria, Berahim tongkat Ali,eh ramai lagi, gua hingat lu.
Mesjid AlRahman, Kolej 7, speech corner, restoran Amjal, balai polis pantai baru & travers, mesjid negara.. uummp

apakah bayi yang dilahirkan pada saat itu (1974), kini jadi apa? reformist @ kaduk cibai lahanat?

hicyam, lu tulis saja sebagai 'memoir' itu kerna kita selalu saja terlewat.

Tanpa Nama berkata...

superb.
ringkas,mudah paham, dan yg paling menarik ia sebuah penjalanan hidup seorang yang tidak mau berpura2 dgn realiti. hasilan tulisan camni la remaja nak baca..teruskan abg isham..
pengalaman abg amat menarik..seriushit bro..keep it rock..bebas!!
jebatderhaka78