Jumaat, 24 Jun 2011
BUKU TERBARU ZUNAR
FAT LADY OF MALAYSIA
EVEN MY PEN HAS A STAND - ZUNAR
"EVEN MY PEN HAS A STAND" adalah buku keempat saya bersama penerbit Kinibooks, anak syarikat kepada Malaysiakini. Sebelum ini dengan syarikat yang sama, saya menerbitkan "Cartoons On Tun… and Others" (2005), "1 Funny Malaysia" (2009) and "Cartoon-O-Phobia (2010)."
"Even My Pen Has a Stand..." adalah koleksi karya-karya kartun politik yang tersiar dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan juga yang tersiar dalam laman web antarabangsa, Cartoonmovement.com. Turut dimuatkan kali ini ialah sebuah kartun yang saya lukis ketika di dalam lokap polis September tahun lepas.
Selain itu terdapat satu artwork istimewa dari koleksi peribadi saya, iaitu karikatur wajah saya yang dilukis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sungai Buloh pada August 2001.
Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, di dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat "Cartoonology" iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974.
"Even My Pen Has a Stand" dipilih sebagai tajuk kerana selepas saya ditangkap dan diugut, adalah penting untuk saya menegaskan pendirian saya, iaitu "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir."
Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat.
Isu-isu utama yang disentuh dalam "Even My Pen Has a Stand" ialah isu Altantuya ,Scorpene, PM dan Isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, konspirasi terhadap Anwar, kehakiman, Apco, Mesir, FLOM, pilihanraya Sarawak dan perkauman, antara lainnya.
Pada 24 September tahun lepas, saya ditahan dan dilokap selama dua hari selepas penerbitan buku buku Cartoon-O-Phobia. Sebelum itu kerajaan mengharamkan enam judul buku saya; Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 2 and Isu Dalam Kartun Vol 3.
Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamaddun.
Tangkapan dan ugutan mungkin perkara biasa dihadapi kartunis-kartunis dari negara Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke 19, tetapi dalam dunia moden sekarang ini, kartunis editorial telah diiktiraf sebagai ejen demokrasi.
Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!
Penangkapan saya telah menjadi bahan ketawa di kalangan masyarakat kartunis seluruh dunia. Maklum balas yang saya terima dari teman-teman kartunis di Amerika, Indonesia, Thailand, Eropah dan Jepun ialah mereka menyatakan, "Kartun saya lucu, tetapi tindakan kerajaan menangkap saya lagi lucu,"
Tetapi saya bersedia menghadapi sekiranya berlaku tangkapan.
"Even My Pen Has a Stand" adalah setebal 104 muka dengan warna penuh. Sekiranya ia tidak dapat dijual di pasaran terbuka, saya berharapkan sokongan dari peminat, penyokong, pembaca dan masyarakat Malaysia yang perihatin untuk membeli buku ini secara online.
Ini penting bagi memastikan saya dapat terus berkarya bagi menerbitkan kartun-kartun politik yang bermutu untuk manfaat bersama.
Kerana itu, saya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke majlis pelancaran yang akan diadakan pada 2 Julai depan, jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH). Buku ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
"Even My Pen Has a Stand" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh dibeli secara online melalui link ini:
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1232
Zunar
zunar49@gmail.com
03 22724049
LUBANG SAIFOOOL
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
TT kau tak tido ke? pukul berapa kau nak bangun nanti? kah kah kah
Bulu roma saya meremang ketika membaca ayat " akan melukis kartun hingga ke titisan dakwat yang terakhir ".
Saya pasti akan mendapatkan buku ini. Tahniah Tuan Zunar!
babi betul TNB! Hari ini aku terima bil elektrik, katanya kenaikan mulai 1 june 2011 tidak membebankan pengguna.. selalunya rumah aku guna sekitar rm80-100 saja saja.. tetiba bil bulan June ni, dah cecah 5 blok dajal ntahapahapa tu, pengiraan dia.. tak pasal2 jadi rm143!
kenaikan tidak membebankan? kepala hotak dia! cuma naik 7%, 7% menatang haramjadah apa ni???
kalo satu rumah dia amik rm50.. bayangkan 2 juta buah rumah dia amik.. nak naikkan rege minyak, gomen tak leh buat, naikkan bende lain pulak.. sama jugak gomen boleh amik!!!
haramjadah punyer kerajaan malaysia!!!
turun brader jangan tak turun
9 JULAI
kita turun ramai ramai
bagi depa turun dari takhta
dah lama dok menyeksa
puak puak ini dah lali
macam kucing kurap
asyik menyusahkan kita
kita wajib turun
kimma dah mula
mamak keling nie dah kurang ajar
lebih lebih dari melayu
mengaku melayu
rosak melayu kerana mamak
boikot kedai mamak
sejarah melayu dah bagi tahu
kejatuhan kerajaan melayu melaka
kerana geng mamak
umno dah jadi geng mamak
leburkan mereka mamak
haram jadah
memang hampeh....bil rumah aku kena sampai RM350....selalunya RM200...
tak tahu nak jimat macamana lagi...
lebih baik duduk dalam hutan kot...
macam lahabau lah!!!!
say NO! to BN
aku biasa free bwh 20 hengget..aritu dpt bil 60 hengget..WTF...turun 9 julai..kerajaan skang dah tak bole pakai...dulu kini dan selamanya..
Teruskan berkarya Zunar.
Karya yang tidak membodek kerajaan adalah karya terbaik!
+buruhkasar+
zunar says:
even my pen has a stand
i say:
only those who truly understand, would make a true stand
bersih 2.0!
lawan tetap lawan!
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY
Catat Ulasan