Selasa, 5 Julai 2011

KESAH SERAM JADI LAWAK




SIAPA AMBIL GAMBAR INI?



SAKSI : SARBAINI JATUH KETIKA CUBA TINGGALKAN SPRM IKUT TINGKAP - minsider

Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.

“Saya percaya si mati terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.

“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.

“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.

Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…BARU JELAS … BARU SAHEH… kah kah kah…

kah kah kah….RUPA RUPANYA ARWAH INI HILANG INGATAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. ARWAH LUPA DI MANA PINTU MASUK…. kah kah kah..

kah kah kah… ATAU KENA PUKAU LALU HILANG INGATAN…. kah kah kah

kah kah kah...PELIK... NAK KELUAR TINGGAP?.... kah kah kah..

kah kah kah...NAK KEMANA?.... NAK CARI APA?.... KENAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah… ATAU JATUH CINTA DENGAN LALAT YANG MAIN TEPI TINGKAP…. kah kah kah..

nota:
lalu soalan timbul
pasal apa ikut tingkap
adakah ini pengaruh spiderman?
kah kah kah


CINTA TEPI TINGKAP




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

" keluar ikut tingkap !!!????" *(%^%%$

That's why we need 7 July.
" keluar ke jalanraya "

Tanpa Nama berkata...

Memang sah lah Sarbaini ni jatuh cinta dengan lalat. Ya. Kes dah terjawab. Jom hebohkan dekat orang kampung, orang FELDA etc. Sarbani ni mati sebab terkejar kan lalat kat tingkap. Tup tap tup tap, jatuh mati. kah kah kah. dah agak dah SPRM tak bersalah.

cicit ngah layor berkata...

Mcm2 tiori dikeluorkan utk dapatkan pengesahan yg simati sebagai ahli Neghaker (Allah sahajer yg Maha Mengetahui).

Samer juger dgn kes tembak org sampai mati.Dikaterkan simati menyeghang dgn paghang,pedang senapang.Dikaterkan simati udah banyak kali menyamun ghompak dibanyak negeghi.Yg ader ditempat kejadian,org yg membunuh dgn org yg kener bunuh.Org kener bunuh tak bulih buat repot mengaterkan dier kener bunuh olih sipolan2,tak bulih juger hadir dimahkamah utk membeler dighi ataih berpuluh tuduhan samun yg dikenerkan terhadapnyer.kahkahkah.....memang senang berlawan dgn org mati.... dah tentu menangwalau aper perlawanan sekali pon.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin SPRM dah biasa keluar ofis ikut tingkat. Nak cepat takut trafik jammed..

Hehehe...macam-macam malaysia ni..nak tergelak ke nak menangis....

Tanpa Nama berkata...

Kes Teoh dulu, kata terjun ikut tingkap...kes arwah sarbani ni pulak, kata nak lari ikut tingkap...apalah punya banggang...kalau cakap kat budak tadika...tentu budak2 tu setuju sebab budak2 punya imaginasi tinggi macam cerita scoby doo...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Ada sesuatu yang menakutkan di pejabar SPRM kah? kalau dia masih hidup musti dia menyesal pi sana dengan sukarela.. tapi apa nak wat

Sekarang nampaknya hanya dia dan tuhan saja yang mengetahui apakah yang telah berlaku sebenarnye..

Ibu Ammar berkata...

keluar ikut tingkap apsal kelakar sangat haih.

dan anak-anak kecil pun bertanya:- "kenapa ikut tingkap, bangunan SPRM kebakaran ke?... "

LOL

Tanpa Nama berkata...

mungkin ..mungkin..betul ke? mintak saksi ni tunjuk macam mana nak melarikan diri melalui tingkap tu. bomba boleh tunggu kat bawah dengan jala

Tanpa Nama berkata...

penjelasan paling tepat, hantu teoh beng hock ajak sarbaini terjun tingkap. ahahahaha

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah adoiiiii boleh jadi gila kalau hari2 keluar kenyataan macam ni, part paling best ada jugak yg percaya isk isk isk (nangis)

Lang berkata...

agaknya saksi terpengaruh dengan pantun siam kot:

sawadikap... kun kap kun kap
masuk ikut pintu, keluar terjun tingkap....

Zidana7382 Jitra berkata...

Idea ni bleh di guna pakai untuk buat filem paling lawak klau di beri peluang dkt Dtk Yusuf Haslam & Son..Mesti pecah panggung ni mcm Dr Ramzey.. kah .kah..kah

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah, komen Lang paling lawak.