Ahad, 4 Mac 2012

SANTAU RADIO AKTIF AKAN MEMBUNUH SEMUA




KE JALAN RAYA SEKALI LAGI






BAWA KELUAR NEGARA ATAU HIMPUNAN HIJAU 3.0 - harakah daily

KUALA LUMPUR, 3 Mac: PAS dan pelbagai NGO menuntut supaya bahan sisa dari kilang Lynas di Gebeng di bawa keluar dari negara ini.

Ini kerana, sisa itu mempunyai bahan radioaktif yang bakal kekal di bumi Malaysia jutaan tahun dan memudharatkan penduduknya di masa depan.

"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PASA, Zulkefli Mohd Omar kepada Harakahdaily.


MANGSA SANTAU RADIOAKTIF




NOTA:
kita tak ada pilihan
kita tidak ada jalan lain
kita wajib keluar ke jalan raya

ke jalan raya sebagai satu kewajipan
ke jalan raya bukan bukan sebagai satu tugas
ke jalan raya sebagai far du kehidupan

kita hanya ada satu pilihan
kita wajib humbankan gerombolan
jika tidak kita semua akan kena santau radioaktif




7 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Radio jenis ini diberi FREE
rakyat pon tak mau.
Chuma perkasa dan mamak jenis EEeee mau radio FREE
Tiba tiba entah terkena apa rachun
ini pulak Mat Mongol mintak maaf...

Tak jelas pon apa yang mat mongol nak minta ampon...
betul ke najib mintak maaf sebab rosmah tambah 5 kilo?

Tanpa Nama berkata...

pasal radio aktif nih...

org2 kampung, pak cik felda, mak cik felda, orang2 tua umno sebenarnya kurang didedahkan tentang bahayanya. tv tak siar pun bahaya dan kemungkinan bahaya bakal berlaku. sbb itu ramai lagi yang seronok bila kilang tu nak dibina. tv cuma siar keuntungan RMRMRM juta2 yang bakal diterima.

cuba kita tanya bapak kita kat kampung apa benda 'nuklear' tu? cuba tanya imam kat kampung kita? cuba tanya mak lang korang. cuba tanya pak long korang. Dia orang tau ke? itu pasal dia orang senyap pasal kilang ni. kalau dia orang tahu bahaya sisa tu, aku rasa semua orang akan pangkah PR.

sebab itulah penerangan perlu menyeluruh. anak2 muda kena bagitahu ibu bapa, imam, mak long, pak cik felda. penerangan kena dengan bukti, ada gambar, guna lcd, guna teknologi moden. kalau setakat guna air lior, mana nak berkesan. setakat demo2 jerit2 pakai baju hijau, pak imam dan orang kampung tak akan faham.

dulu2 kem. penerangan pakai wayang free kalau nak fahamkan orang kampung. pakai layar besar. pakai generator. ceramah boleh tapi kalau ada tayangan bergambar lagi berkesan. takkan PR tak boleh buat teknik tu? jangan pulak kat layar tu asyik tayang muka mat sabu. tak guna. semua orang dah kenal mat sabu. yang mereka tak kenal ialah kesan bahaya nuklear!

kesimpulannya:
buat wayang free kat kampung2 dan tunjuk kesan nuklear kepada mereka. Baru mereka akan faham.

pak yeh berkata...

Best puya gambar bro Hisham.
Ana pinjam gambar kat blog..

http://warongpakyeh.blogspot.com/2012/03/neraka-dunia-ciptaan-umnobn.html

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu sekarang sudah tidak taat kepada pemimpin. Orang Melayu sekarang sudah tidak mahu berkorban kepada pemimpin. Apalah sangat sinaran radioaktif itu jika dibandingkan dengan pemimpin? Bukankah pemimpin sudah menyediakan segala macam prasarana kesihatan untuk tujuan kesejahteraan rakyat. Kalau setakat terkena sinaran radioaktif, HTA tersergam indah di Kuantan untuk menerima kunjungan mereka yang terdedah kepada sinaran radioaktif. Rawatan percuma jika mereka yang terdedah itu kakitangan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

masalanya orang yg kena radio aktif ni tak boleh diubati di hospital kuantan. mangsanya akan mampos

Tanpa Nama berkata...

industri perubatan akan makin berkembang

makin ramai sakit makin laku medical pun akan diswastakan.. dah tentu ubat untuk radio dan pelbagai penyakit ni mahal2 belaka.. seperti mahalnya projek radioaktif ni..

nampaknya negara yang asalnya tempat buangan banduan pon lebih sayangkan rakyatnya dari negara yang banyak raja2... mungkin kerana raja-raja yang ada sudah menetap di luar negara tak ambil peduli keselamatan rakyat mereka..

Tanpa Nama berkata...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/5/nation/10856045&sec=nation

http://www.sarawakupdate.com.my/2012/03/oil-spillleakage-in-miri.html?m=1

Lagi nk Lynas..