Khamis, 26 Julai 2012
KEMPEN ANAK MUDA DI PAHANG
SIAPA DIBELAKANG JUDI?
BERSIHKAN BANDAR MUADZAM
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah akan bersama dengan Gabungan Gerakan Membantah Judi bagi memastikan Bandar Muadzam Shah bersih dari anasir perjudian melampau di daerah ini.
Dengan majoriti lebih 90% penduduk muslim di Bandar Muadzam Shah dalam daerah Rompin, tidak sepatutnya mesin judi dibenarkan berada di sini. Tiada tindakkan yang serius di ambil dari PBT Rompin ke atas pengusaha mesin judi 'kuda'. Serbuan sebelum ini menyaksikan hanya 6 mesin judi yang diangkut daripada ratusan mesin judi di beberapa pintu kedai dan tauke mesin judi masih bebas mengaut keuntungan berlipat-kali ganda daripada perniagaan mini kasino yang dijalankan.
Daripada pemerhatian SAMM Muadzam Shah, fenomena yang berlaku di Muadzam Shah ini adalah sangat merunsingkan di mana ketagihan terhadap mesin judi menyebabkan pelbagai kecelakaan berlaku di kalangan penduduk daerah Rompin. Jenayah awam seperti kecurian dan rompakan kecil meningkat, peneroka juga ada yang sengsara dan ada juga penjawat awam yang menghabiskan seluruh gajinya untuk mesin judi yang akhirnya anak isteri menjadi mangsa dari kerakusan tahi judi. Penangan mesin judi sehingga ada kes anggota tentera yang sanggup menjual tong gas di rumah untuk menebus kekalahan di mesin judi.
Justeru itu, SAMM Muadzam Shah menyeru kepada semua yang berada di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Rompin agar turut serta dalam sebuah bantahan dengan penghantaran memo kepada PBT berkenaan. Berikut adalah maklumat masa dan lokasi penyerahan memo;
Tarikh: 27 July 2012
Masa: 2.00pm (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Masjid Muadzam Shah
Ayuh bersama SAMM dalam Gerakan Rakyat Membantah Judi. Juga akan turut serta dalam gerakan ini adalah PAS Rompin, PKR Rompin, SAMM Rompin, Jabatan Amal Rompin, Al-Fateh dan KRT Rompin. Pengamal media adalah diharapkan untuk turut membantu dalam aspek hebahan.
Sekian,
MHD NOR FAIZI ABU BAKAR
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
...apa nak heran kan , rajagopal nya , kepala ugama , dia...kepala judi pun dia ...hehehe
ni kawasan menjarjis jarjis
negeri pahang nih memang kubu kuat karat hijau dengan bn.
agak suasah sikit nak educate diorang ni terutamanya yang di saluran satu dan dua.
tapi jangan putus asa sebab trend sokongan kepada PR semakin kuat di pahang juga
Mesin kuda ni ada kaitan dgn dana pilihanraya.....
Tak pecaya......lps pilihanraya nnt semua akan hilang.
Pernah pegang kuda dato'
jemput datang ke kajang... tengok sendiri, kira berapa byk kedai mesin slot...
serbu kat kajang sekali..banyak kedai slot melebihi tandas awam....
tak lama lagi Raba-Raba Bar akan bukak pulak kah kah kah
dah kita tau benda tu makan duit yang kita jadi dol kenapa main jugak
Catat Ulasan