Rabu, 10 Oktober 2012

ANAK BERANAK TERIMA DUIT DARI LEBAI SOROS




ANAK BERANAK DAPAT DUIT
DARI LEBAI SOROS


SURAT KEKANDA  KEPADA ADINDA

Kepada :
George Soros
Open Sciety Foundation/Open Society Institute/ Open Society Initiatives - 
6547-BCT -  12965 Penslavania Avenue
New York  City – United States of Amerika
20 September 2012

Adinda-ku George,

Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sehat walafiat apabila  menerima surat kekanda ini.  Hendaknya limpah kurnia alam samesta ini adalah untuk  adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam samesta ini adalah milik adinda-ku seorang. 

Kekanda disini sekeluarga dalam keadaan sehat.  Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin.

Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja  selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut   isteri kekanda.  Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru.  Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini  hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja.  Adinda sendiri telah beberapa kali kekanda jemput.  Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang.

Berbesar hatilah kekanda memberi tahu andinda-ku  bahawa pada tahun ini isteri kekanda telah menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahkan dari  bekas menteri jalan raya kekanda.  Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda  ini dapat mengumpulkan rambut sabagini  banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira hanya agak sedih kerana tahun ini  adinda-ku tidak bersama kami.


Adinda-ku George,

Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang?  Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas saperti ketika kekanda sampai di New York pada tahun 2002 dahulu. Kekanda masih teringat lagi bagaimana salju bagitu tebal ketika  pesawat kekanda mendarat di lapangan terbang JFK.  Angin sejuk bertiup kuat hinggakan  rambut isteri kekanda  hampir-hampir tercabut.

Apakah adinda-ku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi nasehat apabila kekanda merancang  untuk bertemu dengan Presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu.  Kekanda ingat lagi bagaimana  adinda-ku telah memberi ingatan   agar berwaspada  apabila berkerjasama dengan peguam Yahudi yang bernama Jack Abramoff.

Adinda-ku, kekanda amat sedar bahawa  Abramoff ini ialah seorang Yuhudi yang menyokong Israel.  Kekanda juga tahu bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi ini   berkerja melobi ahli Kongress dan ahli Dewan Senate untuk kepentingan Isreal.


Adinda-ku George Soros,

Kekanda tidak ada pilihan. Macai dan Ghurga kekanda saperti Datuk  Raba Raba Bontot   telah berusaha kuat. Dengan hati terbuka kekanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba Bontot untuk melanggan si Yahudi  Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan untuk memperbaiki imej kekanda yang telah dicemarkan oleh Gerakan Reformasi.

Adinda-ku jangan risau , memang hampir 2 juta dolar atau 6 juta ringgit duit Malaysia yang diminta oleh si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi itu sengaja memberi tekanan harga kerana si Yahudi ini  tahu kekanda amat- amat ‘desperate’ untuk bergambar dengan George Bush.

Jangan adinda-ku risau wang 6 juta ringgit  ini bukan datang dari duit poket kekanda sendiri. Ini adalah wang judi yang diberikan oleh towkay judi. Towkay judi ini memang kekanda pilihara  sebagai orang yang akan  mengumpulkn dana untuk kepentinag politik kekanda.

Adinda wajib sedara  bahawa bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim tetapi si Anwar ini banyak kawan dan kenalan dikalangan ahli Kongres dan  Senator.  Kawan-kawan Anwar inilah yang sedang membuat dasar ‘ regime change’ terhadap kekanda. 

Pada ketika itu kekanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerna keknda  amat-amat terdesak hinggakan  rambut kekanda  gugur tetapi tidaklah  saperti  rambut isteri kekanda.


Adinda-ku George yang dimuliakan,

Tujuan kekanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kekanda yang dahulu. Kekanda merasakan bahawa  Yayasan Perdana ini dapat bekerja
sama dengan Open Society Institute. Saperti yang telah kekanda terangkan dahulu bahawa Yayasan Perdana ini mahu bergerak di medan antrabangsa.

Yayasan Perdana yang kekanda tubuhkan ini bertujuan untuk menjadi satu NGO dimana suara kekanda dapat didengar. Kekanda mahu Yayasan Perdana ini menjadi payung dimana idea, pandangan  dan pendapat baru disuarakan.  Kekanda melihat Yayasan Perdana ini bukan saperti  Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana ini akan menjadi Ngo internasional. Bermain di pesada dunia bukan hanya berkain batik.

Ada pun bantuan yang kekanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerja  sama untuk menjalankan beberapa projek.  Kerjasama ini amat penting untuk Yayasan Perdana.  OSI  sebagai sebuah yayasan yang amat berpengaruh dan telah lama berbakti pasti akan dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan  nama Mahathir Muhamad ke persada dunia.

Kekanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi bahawa satu hari nanti Yayasan Perdana ini akan diiktiraf sama saperti Amnesty International, sama saperti Green Peace – bergerak di media antarabangsa sebagai sebuah Ngo dari negara Dunia Ketiga.

Dalam surat ini kekanda tidak malu menuliskan  bahawa kekanda pernah termimpi-mimpi datang ke Istana Raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.


Adinda-ku George Soros,

Yayasan Perdana ini mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasehat menantunya telah menutup semua ruang media untuk kekanda.  Pada ketika Abdulah   menjadi Perdana Menteri kekanda telah menjadi kucing kurap. Diluar negara kekanda di anggap pembawa penyakit kusta.

Biar kekanda terangkan disini bagaimana kekanda telah dimalukan. Ini berlaku  apabila nama kekanda telah tidak dicalonkan sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kekanda sediri tubuhkan  pada tahun 1988. Bayangkan  kad keahlian NO1 ialah kekanda sendiri, manakala NO2 ialah isteri kekanda sendri.

Abdullah Badawi bersama menantunya  telah berjaya menghalang kekanda dari dapat hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation. menjadi sabun Breeze membersihkan muka kekanda.

Adinda-ku yang disayangi,

Ketika nama kekanda diketepikan kekanda merasa seoalah-olah hidup ini tak ada maknanya.  Bayangkan kekanda telah menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kekanda telah menjadi ahli parlimen dikawasan tersebut lebih dari  30 tahun. Dan kekanda adalah Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kekanda tubuhkan sendiri nama kekanda telah diketepikan.


My Dear Soros,
A pile of shit hits my face.

Kekanda sedar memang ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kekanda. Kekanda sedar diAmerika dan diEropah ramai yang cemburu kerana kekanda telah berjaya  mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kekanda tidak dapat disamakan  dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kekanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss saperti yang dihadapai oleh Taib Mahmud. Atau saperti kebodohan  Najib Razak yang akan dipanggil oleh mahkamah Peranchis.

 Kekanda – kita berdua adalah sama serupa. Kita berdua adalah sosok  yang amat licik dan licin  dalam hal dolar dan dinar. George Soros  jaguh dalam hal jual beli dolar saantero alam. Mahathir Muhamad  adalah jaguh dalam hal putar alam.

Adinda-ku George,

Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang   Yahudi  saperti George Soros.

Dalam hal ini adinda-ku jangan risau.Memang betul Orang Melayu ini sensitive terhadap dana Yahudi. Tetapi Orang Melayu ini juga bodoh dan senang diputar. Mereka terlupa bahawa 24 dari 25 Nabi yang wajib mereka ketahui adalah orang Yahudi.

Disini adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda memberi tahu bahawa selama kini orang Melayu ini pun tidak sedar bahawa kekanda ini sebenarnya bukan Orang Melayu. Inilah  kebangangan orang Melayu. Mereka kurang arif tidak dapat membezakan sosok India dari Kerala dengan sosok Melayu.
 . 
Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan  risau tak ketentuan. Semuanya telah kekanda susun.  Kekanda telah membuka beberapa buah Ngo sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu bahawa Malaysia Peace Foundation itu adalah anak syarikat kekanda.   Yayasan George Soros boleh menyalurkan dana kepada Malaysian For Peace.

Andinda George, projek Naik  Kapal ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan  agar Ngo baru  ini dilihat Islamik.  Mundar mandir ke Gaza bertujuan untuk mengkaburi  mata Orang Melayu.  Orang Melayu akan ‘naik stim’ jika kita buka kesah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal Orang Melayu akan hilang akal.

Kalau selama ini kekanda sendiri berjaya menyamar sebagai  Melayu, kekanda tidak hairan jika satu  masa nanti George Soros  boleh umum akan menganut agama Islam.  Orang Melayu akan gumbira melangit.  Malah kes kekanda berkerja sama dengan Abramoff itu pun mati bagitu sahaja walau pun ada ‘puak-puak’ yang cuba membuat bising.  Kekanda  berjaya memutar berita mengatakan bahawa kekanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.

Adinda-ku,

Ingin kekanda akhiri surat ini dengan pertanyaan sudahkah  surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda? (TT)

 NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN
yang tidak berlesen - sisiapa yang ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45
  
 INI PUNK ROCKER DARI SABAH
AKAN BERDEMO 
DI BERSIH ROCKS
 








11 ulasan:

The Fakhirin berkata...

Perrrggghhh...penuh puitis...

Tanpa Nama berkata...

hebat.. ada nilai tersendiri.Mahathir mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

mahathief! mahathief! hebat hang berlakun yer.

bigfish berkata...

nak muntah aku tengok tiap2 ari orang tua nyanyuk ni keluar berita

Tanpa Nama berkata...

SKRG DGN MANUSIA BOLEH LA BERLAKON...KAT PADANG MARSYAR NNT BERLAKON LA DEPAN ALLAH SWT...

Tanpa Nama berkata...

Suruh orang kenang budi, LANCIAU. Kutty ingat he is doing us a favour sebab jadi PM, poorah. Lebih kurang 3 ribu orang aje lantik dia jadi PM, yg lain 26,997,000 lagi kena jadi hamba dan dibodoh bodohkan.oo

Tanpa Nama berkata...

bani melayu gali kubur sendiri angkara eee mamak tongkang kah kah kah. pandang je la minyak dan balak, jilat pun tak buleh. oleh sbb terrlaulu bijak mcm tun perak, kampong habis tergadai demi ee mamk tongkang kah kah kah. cuba ambil tok batin jadi pm, gerenti mamak kutty mampos kena sumpit racuuun kah kah yg peliknya sampai profesor pun sanggup jadi kang kong! kok king kong lain citer...

Tanpa Nama berkata...

hanya jauhari yg kenal manikam.
hanya manikavasagam yg kenal mamak.
hanya mamak yg kenal mahatheeer.
hanya mahatheeer yg kenal soros.
hanya soros yg kenal iblis.
hanya iblis yg kenal zionis.
hanya zionis yg kenal kapitalis.
hanya kapitalis yg kenal duitberjuta.
hanya duitberjuta yg kenal cincinberlian.
hanya cincinberlian yg kenal rosmah.

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

Tanpa Nama berkata...

woit TT,
sempoi....
pelakon handal dikalangan syaitan...mahabureet

kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

TT, terima kasih dengan karya teragung selepas penulisan Dr Hamka. Walaupun ditulis selamba katak, lebih puitis dari Usman Awang punyer tulisan berkenaan melayu...

Melayu Celup berkata...

Kah Kah Kah lucunya warkah dari Kekanda Mamak menyamar jadi melayu kepada Adinda George Soros... Nama saintifik kepada Kekanda ini adalah Geroge Boros... Yang paling signifikan pada satu bandingan, George Soros pakar jual beli dolar dan dinar seantero alam, Dir pakar putar alam Kah kah kah... Memang sangat melucukan...

Hidup Rakyat Malaysia Bersatu Hati !!! ABU