ANAK BERANAK DAPAT DUIT
DARI LEBAI SOROS
DARI LEBAI SOROS
SURAT KEKANDA KEPADA
ADINDA
Kepada :
George Soros
Open Sciety Foundation/Open Society Institute/ Open Society
Initiatives -
6547-BCT - 12965
Penslavania Avenue
New York City – United
States of Amerika
20 September 2012
Adinda-ku George,
Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sehat walafiat
apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam samesta ini
adalah untuk adinda-ku seorang saja.
Segala doa dan pujian alam samesta ini adalah milik adinda-ku seorang.
Kekanda disini sekeluarga dalam keadaan sehat. Diharapkan keluarga andinda-ku
berlebih-lebihan lagi. Amin.
Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang
Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan
sambutan memasang rambut baru. Jemputan
untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya
untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri telah beberapa kali kekanda
jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada
masa terluang.
Berbesar hatilah kekanda memberi tahu andinda-ku bahawa pada tahun ini isteri kekanda telah
menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahkan dari bekas menteri jalan raya kekanda. Kekanda kurang
arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda ini dapat mengumpulkan rambut sabagini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira hanya
agak sedih kerana tahun ini adinda-ku
tidak bersama kami.
Adinda-ku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini
tidaklah seganas saperti ketika kekanda sampai di New York pada tahun 2002
dahulu. Kekanda masih teringat lagi bagaimana salju bagitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di lapangan terbang
JFK. Angin sejuk bertiup kuat
hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut.
Apakah adinda-ku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi
nasehat apabila kekanda merancang untuk
bertemu dengan Presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku telah memberi ingatan agar
berwaspada apabila berkerjasama dengan peguam
Yahudi yang bernama Jack Abramoff.
Adinda-ku, kekanda amat sedar bahawa Abramoff ini ialah seorang Yuhudi yang
menyokong Israel. Kekanda juga tahu
bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC.
Kekanda juga tahu peguam Yahudi ini berkerja melobi ahli Kongress dan ahli Dewan
Senate untuk kepentingan Isreal.
Adinda-ku George Soros,
Kekanda tidak ada pilihan. Macai dan Ghurga kekanda saperti
Datuk Raba Raba Bontot telah berusaha kuat. Dengan hati terbuka
kekanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba Bontot untuk melanggan si
Yahudi Abramoff dari syarikat Preston
Gates & Ellis. Ini bertujuan untuk memperbaiki imej kekanda yang telah
dicemarkan oleh Gerakan Reformasi.
Adinda-ku jangan risau , memang hampir 2 juta dolar atau 6
juta ringgit duit Malaysia yang diminta oleh si Yahudi pelobi itu. Harga ini
amat mahal. Si Yahudi itu sengaja memberi tekanan harga kerana si Yahudi ini tahu kekanda amat- amat ‘desperate’ untuk bergambar
dengan George Bush.
Jangan adinda-ku risau wang 6 juta ringgit ini bukan datang dari duit poket kekanda
sendiri. Ini adalah wang judi yang diberikan oleh towkay judi. Towkay judi ini
memang kekanda pilihara sebagai orang
yang akan mengumpulkn dana untuk
kepentinag politik kekanda.
Adinda wajib sedara bahawa bukan George Bush yang bersimpati
dengan Anwar Ibrahim tetapi si Anwar ini banyak kawan dan kenalan dikalangan ahli
Kongres dan Senator. Kawan-kawan Anwar inilah yang sedang membuat
dasar ‘ regime change’ terhadap kekanda.
Pada ketika itu kekanda terpaksa melanggan seorang pelobi
Yahudi penyokong Israel kerna keknda amat-amat terdesak hinggakan rambut kekanda
gugur tetapi tidaklah saperti rambut isteri kekanda.
Adinda-ku George yang dimuliakan,
Tujuan kekanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi
sekali lagi permintaan kekanda yang dahulu. Kekanda merasakan bahawa Yayasan Perdana ini dapat bekerja
sama dengan Open Society Institute. Saperti yang telah
kekanda terangkan dahulu bahawa Yayasan Perdana ini mahu bergerak di medan
antrabangsa.
Yayasan Perdana yang kekanda tubuhkan ini bertujuan untuk
menjadi satu NGO dimana suara kekanda dapat didengar. Kekanda mahu Yayasan
Perdana ini menjadi payung dimana idea, pandangan dan pendapat baru disuarakan. Kekanda melihat Yayasan Perdana ini bukan
saperti Yayasan Endon yang hanya
berniaga kain batik. Yayasan Perdana ini akan menjadi Ngo internasional.
Bermain di pesada dunia bukan hanya berkain batik.
Ada pun bantuan yang kekanda perlukan ialah OSI dan Yayasan
Perdana dapat mengikat kerja sama untuk
menjalankan beberapa projek. Kerjasama
ini amat penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang amat berpengaruh dan
telah lama berbakti pasti akan dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana
dan nama Mahathir Muhamad ke persada
dunia.
Kekanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi bahawa satu hari
nanti Yayasan Perdana ini akan diiktiraf sama saperti Amnesty International,
sama saperti Green Peace – bergerak di media antarabangsa sebagai sebuah Ngo
dari negara Dunia Ketiga.
Dalam surat ini kekanda tidak malu menuliskan bahawa kekanda pernah termimpi-mimpi datang
ke Istana Raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.
Adinda-ku George Soros,
Yayasan Perdana ini mula bergerak cergas apabila kerajaan
Abdullah Badawi atas nasehat menantunya telah menutup semua ruang media untuk
kekanda. Pada ketika Abdulah menjadi Perdana Menteri kekanda telah menjadi
kucing kurap. Diluar negara kekanda di anggap pembawa penyakit kusta.
Biar kekanda terangkan disini bagaimana kekanda telah
dimalukan. Ini berlaku apabila nama
kekanda telah tidak dicalonkan sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti
yang kekanda sediri tubuhkan pada tahun
1988. Bayangkan kad keahlian NO1 ialah
kekanda sendiri, manakala NO2 ialah isteri kekanda sendri.
Abdullah Badawi bersama menantunya telah berjaya menghalang kekanda dari dapat
hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana
Foundation. menjadi sabun Breeze membersihkan muka kekanda.
Adinda-ku yang disayangi,
Ketika nama kekanda diketepikan kekanda merasa seoalah-olah
hidup ini tak ada maknanya. Bayangkan
kekanda telah menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kekanda telah
menjadi ahli parlimen dikawasan tersebut lebih dari 30 tahun. Dan kekanda adalah Perdana Menteri
Malaysia selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti
yang kekanda tubuhkan sendiri nama kekanda telah diketepikan.
My Dear Soros,
A pile of shit hits my face.
Kekanda sedar memang ada rancangan jahat dari Amerika untuk
menukar kekanda. Kekanda sedar diAmerika dan diEropah ramai yang cemburu kerana
kekanda telah berjaya mengumpul harta
kekayaan. Tetapi nama kekanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat
disamakan dengan Marcos. Kekanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss saperti
yang dihadapai oleh Taib Mahmud. Atau saperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh mahkamah
Peranchis.
Kekanda – kita berdua
adalah sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang amat licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. George Soros jaguh dalam hal jual beli dolar saantero alam.
Mahathir Muhamad adalah jaguh dalam hal
putar alam.
Adinda-ku George,
Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang
Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi
saperti George Soros.
Dalam hal ini adinda-ku jangan risau.Memang betul Orang
Melayu ini sensitive terhadap dana Yahudi. Tetapi Orang Melayu ini juga bodoh
dan senang diputar. Mereka terlupa bahawa 24 dari 25 Nabi yang wajib mereka
ketahui adalah orang Yahudi.
Disini adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda memberi tahu
bahawa selama kini orang Melayu ini pun tidak sedar bahawa kekanda ini
sebenarnya bukan Orang Melayu. Inilah
kebangangan orang Melayu. Mereka kurang arif tidak dapat membezakan
sosok India dari Kerala dengan sosok Melayu.
.
Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semuanya telah kekanda
susun. Kekanda telah membuka beberapa
buah Ngo sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu
bahawa Malaysia Peace Foundation itu adalah anak syarikat kekanda. Yayasan George Soros boleh menyalurkan dana
kepada Malaysian For Peace.
Andinda George, projek Naik
Kapal ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan agar Ngo baru
ini dilihat Islamik. Mundar
mandir ke Gaza bertujuan untuk mengkaburi
mata Orang Melayu. Orang Melayu
akan ‘naik stim’ jika kita buka kesah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal
Orang Melayu akan hilang akal.
Kalau selama ini kekanda sendiri berjaya menyamar
sebagai Melayu, kekanda tidak hairan
jika satu masa nanti George Soros boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gumbira melangit. Malah kes kekanda berkerja sama dengan
Abramoff itu pun mati bagitu sahaja walau pun ada ‘puak-puak’ yang cuba membuat
bising. Kekanda berjaya memutar berita mengatakan bahawa kekanda
tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.
Adinda-ku,
Ingin kekanda akhiri surat ini dengan pertanyaan
sudahkah surat dari Malaysia Aids
Council sampai ke meja adinda? (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN
yang tidak berlesen - sisiapa yang ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45
INI PUNK ROCKER DARI SABAH
AKAN BERDEMO
DI BERSIH ROCKS
11 ulasan:
Perrrggghhh...penuh puitis...
hebat.. ada nilai tersendiri.Mahathir mudah lupa.
mahathief! mahathief! hebat hang berlakun yer.
nak muntah aku tengok tiap2 ari orang tua nyanyuk ni keluar berita
SKRG DGN MANUSIA BOLEH LA BERLAKON...KAT PADANG MARSYAR NNT BERLAKON LA DEPAN ALLAH SWT...
Suruh orang kenang budi, LANCIAU. Kutty ingat he is doing us a favour sebab jadi PM, poorah. Lebih kurang 3 ribu orang aje lantik dia jadi PM, yg lain 26,997,000 lagi kena jadi hamba dan dibodoh bodohkan.oo
bani melayu gali kubur sendiri angkara eee mamak tongkang kah kah kah. pandang je la minyak dan balak, jilat pun tak buleh. oleh sbb terrlaulu bijak mcm tun perak, kampong habis tergadai demi ee mamk tongkang kah kah kah. cuba ambil tok batin jadi pm, gerenti mamak kutty mampos kena sumpit racuuun kah kah yg peliknya sampai profesor pun sanggup jadi kang kong! kok king kong lain citer...
hanya jauhari yg kenal manikam.
hanya manikavasagam yg kenal mamak.
hanya mamak yg kenal mahatheeer.
hanya mahatheeer yg kenal soros.
hanya soros yg kenal iblis.
hanya iblis yg kenal zionis.
hanya zionis yg kenal kapitalis.
hanya kapitalis yg kenal duitberjuta.
hanya duitberjuta yg kenal cincinberlian.
hanya cincinberlian yg kenal rosmah.
-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM
woit TT,
sempoi....
pelakon handal dikalangan syaitan...mahabureet
kah...kah...kah...
TT, terima kasih dengan karya teragung selepas penulisan Dr Hamka. Walaupun ditulis selamba katak, lebih puitis dari Usman Awang punyer tulisan berkenaan melayu...
Kah Kah Kah lucunya warkah dari Kekanda Mamak menyamar jadi melayu kepada Adinda George Soros... Nama saintifik kepada Kekanda ini adalah Geroge Boros... Yang paling signifikan pada satu bandingan, George Soros pakar jual beli dolar dan dinar seantero alam, Dir pakar putar alam Kah kah kah... Memang sangat melucukan...
Hidup Rakyat Malaysia Bersatu Hati !!! ABU
Catat Ulasan