Jangan terpengaruh tuntutan kebebasan bersuara - meloya
KUALA LUMPUR 13
Okt. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan
penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak terpengaruh dengan tuntutan
kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan
ideologi politik.
Baginda yang juga
Canselor UPM turut berharap mahasiswa tidak terjebak dengan budaya negatif
seperti politik kepartian dalam kampus dan tidak terlalu taksub dalam mengikuti
perkembangan politik semasa.
"Beta berharap
ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan
cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat di
negara ini," titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-36 di sini hari
ini. - TIEWNAMA
Jangan terpengaruh tuntutan menuang arak pakai botol besar
Pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM ) mengingatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tidak terpengaruh dengan cara menuangkan air arak saperti dalam gambar ini. Cara ini adalah cara menuang air arak dari botol besar yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi free loader mereka.
Pelajar UPM berharap Baginda tidak terjebak dengan budaya negatif seperti menuang arak dari botol besar dan tidak terlalu taksub dalam mengikuti perkembangan arak semasa.
"Kaki pelajar berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat di negara ini," janji para mahasiswa pada majlis Konvokesyen UPM ke-36 di sini hari ini- TIEWNAMA
6 ulasan:
Pedasssss!
betul tindakan saudara Isham.bila solat jumaat mereka ni nak doa yang baik-baik.Selamatkanlah freeloader,bini freeloader, anak sulung freeloader.Mufti cap ayam pun tidak berani menasihati mereka ini.
Politik kepartian dalam kampus tak boleh.. Kepartian dalam pub dan disco boleehhhhh...! Kah kah kah
Bila nk dpt sultan cm sultan kelantn..sabar jela tggu pru
nasihat ketika mabuk bureet kavita kaur......
kah....kah.....kah....
freeloader ni tau baca je text yg pekembar bagi...faham ke tak..tuhan je yg mengetahui...mmmm jom mabuk kat hard rock jom
Catat Ulasan