NEW YORK, LONDON DAN SAUK: PEMBOHONGAN YANG DI RANCANG - Hishamuddin Rais
tulisann ini muncul di malaysiakini 11:35AM Jul 22, 2005
"Why and how did former Israeli prime minister Benjamin
Netanyahu get a warning to stay away from a place where he was to speak,
located above one of the blast sites? How does 'suicide bombers' square with
earlier police claims of timing devices? Why did the 'suspects' leave a car
full of explosives in a parking lot in Luton, 30 miles from London? (Did they
expect someone to find the car and put the explosives to good use?) What about
the anti-terrorism exercises scheduled for the same hour in which the bombings
took place? How did former head of the Mossad, Efraim Halevi, writing in the
Jerusalem Post on July 7, the day of the attacks, know that the bombs went off
simultaneously, (when the London police did not say so for days)? And how could
he claim they were 'nearly perfect'? Why did the 'suspects' take credit cards
along on a suicide mission?
"Authorities now say the explosives used were not
military grade after all, but home brews. Seems like they had a tough time
explaining how the supposed culprits could get military grade stuff. The Boston
Herald reported yesterday that one of the supposed culprits carried not only
his own ID, but also documents of one of the others. How did such documents
survive the blasts, which should have torn their bodies into small pieces? This
is the same as the magic 9/11 passport that appeared in the rubble."
(Dipungut dari www.globalresearch.ca - Tulisan Larry Chin 18
July 2005)
Why did Jack Straw state so quickly that it was al-Qaeda? Is
the theory that it is still al-Qaeda, or some other group? What happened to the
story, out of Canada and New Zealand, that the police shot one or two men near
Canary Wharf?
(Dipungut dari www.globalresearch.ca - Tulisan Xymphora 13
July 2005)
British police are considering the possibility that the four
key suspects in last week's London attacks may have been tricked into setting
off their bombs, a British newspaper has reported. "We do not have hard
evidence that the men were suicide bombers," a Scotland Yard spokesman told
The Sunday Telegraph. "It is possible that they did not intend to die.
(Dipungut dari UK Herald-Sun 18 July 2005)
Why did they buy return train tickets to Luton? Why did they
buy pay and display tickets for cars? Why were there no usual shouts of 'Allah
Akhbar'? Why were bombs in bags and not on their bodies? The London bombers may
have been duped into killing themselves so their secrets stayed hidden.
(Dipungut dari UK Mirror - Tulisan Jeff Edwards 16 July 2005)
British police are considering the possibility that the four
key suspects in the recent London attacks may have been tricked into setting
off their bombs.
"We do not have hard evidence that the men were suicide
bombers. It is possible that they did not intend to die,'' a Scotland Yard
spokesman said. According to one police hypothesis, the bombers were tricked by
a "master'' who told them they would have time to escape when, in fact,
the
devices were set to go off immediately.
Thirdly, it has gone virtually unreported that the Pound fell
6% in 10 days before London terror attacks, a clear indication of prior
knowledge on the part of London's financial establishment.
(Dipungut dari prisonplanet.com - Steve Watson, Paul Watson
dan Ale Jones 20 July 2005)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgix4ItHw0ESQZCE6bQX63ptnDxPyeM2JOfRy5TfvllrppSMgeeCNDEsj17J2SiOKyhAqA5eqrlwVixXiAm2_t9APAKku02zCD_VRYmLnpJY3deAmP961FC3We1b-U1LJAeiKgnNbGUFLO/s200/download+(3).jpg)
(Dipungut dari www.uruknet.info - tulisan Mike Whitney 20
July 2005)
Pembohongan yang dirancang
Dalam hal skeptikal ini saya memiliki pengalaman peribadi.
Saya akan terus mengingatkan orang ramai mengenai kenyataan bekas ketua polis
negara Norian Mai pada bulan April 2001. Kenyataan ketua polis negara ini
dibuat apabila saya dan 9 orang lagi kawan-kawan saya telah ditangkap dibawah
ISA. Kami dituduh menyimpan rocket launcher, bom molotov, ball bearing dan
alat-alat senjata untuk menimbulkan huru hara. Hingga ke hari ini kami masih
menunggu
untuk melihat bahan-bahan ini. Kalaulah 'benda-benda' ini
wujud pasti ianya telah berkarat tersadai di belakang reban ayam Norian Mai.
Ketika kenyataan ketua polis negara ini dibuat saya sedang
ditahan di bilik sulit disatu tempat rashia. Saya tidak tahu menahu tentangnya
hinggalah potongan akhbar ini ditunjukan oleh peguam saya tiga bulan kemudian.
Apa yang telah dilakukan oleh Norian Mai ialah percubaan untuk mengolah
persetujuan orang ramai agar bersedia menerima hakikat bahawa gerakan reformasi
adalah ganas dan penahanan kami dibawah ISA adalah untuk keselamatan negara.
Pada petang 7 Julai dahulu saya telah menerima SMS dari anak
saudara saya yang melaporkan tentang letupan bom di kota London. Ketika membaca
SMS ini hati kecil saya mula berkata bahawa ini pastilah kerja MI5 dan MI6 -
jabatan mukabharat - kerajaan British. Saya mengambil sikap demikian hasil dari
pengalaman terkumpul dan pembacaan yang terus menerus saya lakukan.
Ketika peristiwa September 11 berlaku saya sedang ditahan di
kem Kamunting. Ertinya berita-berita dan analisa tentang 9/11 amat susah untuk
saya dapati. Dalam suasana ini pun saya masih bersikap skeptikal terhadap apa
yang telah berlaku di New York. Apabila saya dbebaskan saya terus menggali
berita. Nah! Hari ini saya berpendapat peristiwa 9/11 di New York itu bukanlah
seperti yang kita baca dari media arus perdana atau dari kenyataan-kenyataan
resmi Rumah Putih.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgix4ItHw0ESQZCE6bQX63ptnDxPyeM2JOfRy5TfvllrppSMgeeCNDEsj17J2SiOKyhAqA5eqrlwVixXiAm2_t9APAKku02zCD_VRYmLnpJY3deAmP961FC3We1b-U1LJAeiKgnNbGUFLO/s200/download+(3).jpg)
Teater Sauk
Dibelakang pementasan semua kes-kes ini adalah kaum-kaum
pemodal yang memiliki kepentingan ekonomi. Apabila perang pecah, tuan-tuan
empunya industri senjata akan dianugerahkan kontrek besar untuk membuat dan
menjual senjata. Industri senjata ini menjadi penjana dan tulang belakang
ekonomi kapitalis Amerika. Dalam kes perang Iraq, industri senjata dan industri
minyak telah bersekongkol untuk meraih keuntungan bersama. Tersuruk disebalik
tirai umum ialah negara Zionis Isreal yang kini sedang merasa selamat kerana
tentera Amerika telah berpengkalan di Iraq.
Bagaimana saya begitu senang mengambil sikap dan rumusan
sedemikian? Jawabnya cukup senang - jika ada rompakan berlaku apa yang wajib
kita lakukan ialah mengekori ke mana akhirnya wang rompakan itu akan berkumpul.
Ikut sahaja perjalanan wang itu. Pemilik akhir wang itu pastilah orang yang
menjadi 'mastermind' yang merancang semua rompakan.
Untuk membuktikan hipotesis saya ini, mari kita lihat dalam
kes teater Sauk yang terjadi pada bulan Ogos 2000. Untuk saya teater Sauk ini
adalah teater klasik untuk melihat dan memahami bagaimana daulah merancang dan
mengolah persetujuan orang ramai. Teater Sauk berlatarkan suasana politik
dimana Mahathir Mohamad sedang dikencing oleh orang Melayu. Orang Melayu
telah berduyun-duyun meninggalkan parti United Malay National
Organisations. Teater Sauk ini dipentaskan bertujuan untuk mengkalihkan
pandangan orang ramai yang sedang membenci Mahathir. Teater Sauk dipentaskan
untuk menghalalkan pengunaan ISA. Akhirnya beberapa bulan kemudian ISA 'halal'
digunakan kepada gerakan reformasi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgix4ItHw0ESQZCE6bQX63ptnDxPyeM2JOfRy5TfvllrppSMgeeCNDEsj17J2SiOKyhAqA5eqrlwVixXiAm2_t9APAKku02zCD_VRYmLnpJY3deAmP961FC3We1b-U1LJAeiKgnNbGUFLO/s200/download+(3).jpg)
Untuk tersenyum lebar, kita juga wajib terus bertanya kemana
perginya towkay Cina pembeli durian yang telah memasuki kawasan 'latihan
ketenteraan' al-Maunah ini? Kemunculan towkay Cina ini berdasarkan laporan dari
media arus perdana. Apa telah berlaku terhadap towkay ini? Jika dia hilang
dimakan ular sawa kenapa kaum keluarganya tidak membuat laporan kepada pihak
berwajib? Atau teater Sauk ini hanya satu sandiwara?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmC5GL6UVHdVPqv3uFUoSkJz0cr7ys82pniqJixYJbz2T2m0bd46xML2LBF48Vsr_eSRACO3OZf_gCE67sspL0jhDBDJSzFkYPS02GqWHcYhBz-O_FMY5hjTT3CnbCENyCJ2g5VB7t8Awn/s200/jaafar2.jpg)
dalaman ditolak? Apakah rakyat tidak berhak untuk mengetahui
apa sebenarnya telah terjadi.
Penolakan ini memiliki asas kerana dua minggu sesudah
peristiwa pengeboman ini berlaku media arus perdana British mula menyolongkar
dan membuka beberapa kontradiksi dari kenyataan resmi Tony Blair dengan apa
yang telah terjadi. Hari ini lebih dari 60% rakyat Britain telah menyalahkan
Tony Blair kerana menjadi kaldai tunggangan George Bush dalam kes perang Iraq.
Lembaga polis dan para pengkaji dasar kerajaan telah
menunjukkan bahawa serangan bom ini ada bersangkutan dengan dasar Britain
terhadap Iraq dan Palestin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOtfyX0xl_BJhrITw0ALbfqfBMaooZJJSl55LbzzWardfuPOPrf-Q7y5w1Pli3KJOuUmxDArxhq0wOpwgBND8uN7W7diP7iK9jeXGLZQOhfGJZMrzfKo378Y4RH1vE4vJ80QHQrF6y7lDP/s200/jaafar1+I.jpg)
Mastermind rompakan
Persoalan ini akan dapat kita huraikan apabila kita mengekori
kemana "duit rompakan" itu berjalan. Siapa yang akan mendapat untung
hasil dari "rompakan" ini. Bom ini meletup ketika politik Tony Blair
sedang dalam keadaan nazak. Tony Blair sama seperti Mahathir Mohamad sedang
dibenci rakyat. Mahathir Mohamad kerana membohong kering dalam kes Anwar
Ibrahim. Manakala Tony Blair membohong dalam kes weapon of mass destruction
untuk menyerang Iraq. Lebih dari 65% rakyat Britain telah menentang perang Iraq
dan menuntut agar tentera British dibawa pulang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgix4ItHw0ESQZCE6bQX63ptnDxPyeM2JOfRy5TfvllrppSMgeeCNDEsj17J2SiOKyhAqA5eqrlwVixXiAm2_t9APAKku02zCD_VRYmLnpJY3deAmP961FC3We1b-U1LJAeiKgnNbGUFLO/s200/download+(3).jpg)
Tiba-tiba hujan tidak ribut pun tidak empat butir bom telah
meletup ditengah kota London. Dengan bantuan letupan bom ini Tony Blair dapat
berhujah kuat dan menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya pengganas
Arab/Islam. Dalam suasana ketakutan ini Tony Blair akan cepat-cepat
memperkenalkan kad pengenalan dan akta penahanan tanpa bicara sebagai jalan
terbaik untuk keselamatan negara. Keselamatan negara? Bukankah ayat yang sama
pernah kita dengar dari Norian Mai dalam kes Reformasi dan dari Mahathir
Mohamad dalam kes teater Sauk?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYyD_RA1-1Zru7AaVf5q-z056RX9382mxZDM74PAbqraiQgAHrxHFxB4iONcZOOqPBQT7ZxAFqDrHI3lP8NWOHOCyhDUn6EMmSNLuc5lLgB2YEKqfBcOpX1RUjajNxTRRMl1PQKv3S6Cjd/s200/images+(17).jpg)
Di London, ketika bom meletup satu latihan keselamatan sedang
berjalan betul-betul dalam kawasan letupan. Di New York pada pagi 9/11 dahulu
tentera udara Amerika sedang menjalankan latihan. Apakah 'latihan-latihan' ini
satu coincidence atau satu tabir? Atau satu yang dirancang? Bagaimana pula
dengan laporan media Isreal yang menyatakan bahawa bekas perdana menteri Israel
Benjamin Netanyahu telah diberi amaran lebih awal agar menghindari kawasan yang
akan meletup ini? Dari mana Israel dapat tahu?
Pusing punya pusing jika kita ekori 'duit rompakan' ini maka
ianya akan berakhir di Israel. Keuntungan 'rompakan' ini akhirnya akan diraih
oleh Zionis Israel. Lihat pula tindakan Greenspan - ketua bank negara Amerika
Syarikat. Dia mencurahkan 40 billion dolar untuk menyelamat pasaran wang yang
kebanyakannya dimiliki olih pemodal Zionis di New York. Dari segi propaganda,
Israel mendapat laba kerana Islam dan Arab terus diasosiasikan dengan
keganasan. Keuntungan Israel ini ditambah lagi apabila Tony Blair membuat
kenyataan yang dasar sokongan kerajaan British ke atas regim Zionis Israel
tidak akan berubah malah akan diperkukuhkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgix4ItHw0ESQZCE6bQX63ptnDxPyeM2JOfRy5TfvllrppSMgeeCNDEsj17J2SiOKyhAqA5eqrlwVixXiAm2_t9APAKku02zCD_VRYmLnpJY3deAmP961FC3We1b-U1LJAeiKgnNbGUFLO/s200/download+(3).jpg)
Semenjak dari zaman berzaman kelas yang memerintah telah
membunuh berjuta-juta rakyatnya untuk mempertahankan kuasa. Jangan lupa 56,000
tentera Amerika tewas di Vietnam dan ratusan ribu cedera. Hari ini lebih dari
1,700 tentera Amerika tewas di Iraq dan belasan ribu cedera parah. Juga hampir
100 orang tentera British telah mati di bunuh oleh pejuang pembebasan di
Selatan Iraq dan ratusan lagi cedera parah.
Dua mati di Sauk? Atau 30,000 warga Malaysia mati saban tahun
di jalan raya? Angka mana yang lebih tinggi untuk membuktikan keprihatinan
pemerintah hari ini? Semua soalan ini menjadikan saya lebih skeptikal apabila
membaca berita yang dilapor diakhbar. (TT)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh83-XGykYv3krMhvXsVlUvjRXQNGJxIOuiJyJyF0cxBkQZSml6c6tuNAYDTB2zRR-ThFsX3ip-py69egeCijD44UqCjsV7iBhz52g22i31J7M3CGwhaFQr3dcZ-NSTRdD2jaCOfqpJ-58S/s400/529908_482194571830110_1144730156_n.png)
-------
3 ulasan:
Giloooo...gilo giloo aku pun tak sampai tahap ko lah guru.....weiii..apo obat ko makan hah....minta sikit...aku pun nak berfikir macam kolah...kaler pink kan...ooooo...aku tau aku tau...mana ko dapat...klinik jagit sing subang ss 15 kan....hehhehehehehe......ko produce banyak sikit....bagi melayu bumiputera ni makan hari hari...baru ada akai......respeklah guru......patut ko ganti rais yatimlah...bukan apo...dio tu lombab..sombab...rogolbab...kalau dio hebat...hari hari lah robengah datang rumah dio...ini..belum kena hasut ...dah terpancut....heheeheheeh......ini yang aku respek tentang tt.......gilo tapi BETUL .........
weh DIDI, lu kene gi jumpa Harun Din la.. baru leh paham dan pandai mengolah berita.. atau lu bleh jumpa Ustat Jamnul Azhar sana.. dia ada jual kismis cerdik.. dan pil cerdik pun ada.. pasti lu makan dan berasap2 otak lu bergeliga..
tapi satu jer.. kalo lu malas membaca, lu akan bengap jugak mcm pekerja gomen yang awal2 masuk keje direkemen oleh mak bapak sendiri, adik bradik sendiri, yb-yb..walaupun berkoyan2 berkapal2 lu melantak kismis atau pil cerdik tu.. kahkahkah..
Hehehhehe...aku hanya orang kerdil yang percaya kepada keberanian...keberanian melawan sistem yang membonsaikan dan menindas manusia secara teratur dan kejam....hehehhee...tanpa nama...5.19....idea ko bagus....komen kau juga bagus...tapi belum bagus untuk aku...kerana aku...SATU SAAT PUN AKU TAK AKAN TAHAN PABILA CERITA CERITA BODOH DAN MEMBODOHKAN RAKYAT DIAPUNG HARI HARI DAN SETIAP SAAT OLEH KERAJAAN HARAM INI UNTUK DICERNA DAN DIPRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN KITA...DISETIAP PERNAFASAN KITA DAN DIDALAM ALIRAN SALUR DARAH KITA....dan aku sanggup mati kalau itu yang cuba kau hidangkan untuk aku santap hari ini....hehheebee....kismis tak sedap...macam kelentit resmeh menser je bentuk eh...pui...hakssss tui .....ko makan sendirilah sambil berimaginasi...ini jawapan aku kerana kau sebut nama aku...bukan marah...NASIHAT...hehhehehehehe
Catat Ulasan