DARI ARKIB
tulisan ini dikeluarkan sekali lagi
untuk memberikan latar
tentang apa yang sedang
berlaku di timur tengah
SYRIA DAN DEMOKRASI
Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang
berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika
sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah
sadikit untuk difahami.
Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana
projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk
difahami. Justeru, apa yang berlaku di
Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas
ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.
Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas
politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir.
Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.
Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap ‘budaya
wajib mendengar’ dari
bengolan-bengolan yang dikatakan
memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan
yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk
bercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang
pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telah
membunuh sikap ‘suka membaca’ dan ‘suka
mengkaji dan menyelidik’.
Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang
ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan
fikrah mereka. Apabila telah pencen maka
apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal.
Kegersangan untuk berfikir ini telah
dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria
bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau
konflik Islam dengan Kristian.
Memang saheh, wujudnya
konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar
ini tidak demokratik. Memang betul ada
gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik
di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka
zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat
harta kekayaan negara. Kezaliman dan
penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia
ketiga.
Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang
demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan
lebih demokratik. Tidak mahu penipuan
dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia
Ketiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka
minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam
semula jadi. Ianya sama saperti oxygen
ertinya kontradiski wujud bersama kita.
Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau
penuh dengan penganut Islam atau penuh
dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.
Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem
ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana
kontradiksi. Dalam kontradiksi ada
pergeseran. Pergeseran dan percanggahan
inilah yang mengerakan alam kita ini.
Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini
berubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalam
sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua.
Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah
oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga
Tanah Melayu dengan penjajah.
Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah
kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga
Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental :
penjajah Jepun.
Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat
Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini
telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang
wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan
antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang
bermazhab Sunni.
Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzab
agama dengan kuasa imperialis
Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan
silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat
satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah
yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.
Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial
Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa
imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah
kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh
dicapai oleh sistem kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan
bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini
telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis
akan runtuh berderai.
Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai,
jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan
bakar petrolium dan gas maka Iran tidak
akan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak
kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang?
Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup
senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini
adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak
di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.
Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’
kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar
tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang
cuba memadamkan apa kebangkitan warga
Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.
Tetapi Syria tidak
memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial
Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh.
Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah
dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.
Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden
Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar
luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.
Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk
bekerjasama dengan USSR, kemudian
dengan Russia. Banyak kelengkapan
persenjataan Syria yang digunakan untuk
melawan zionis Isreal telah dibekalkan
oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim
dengan Russia terjalin lama dan
dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.
Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967
dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu
pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan
Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan
strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum
serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.
Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua
Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan
dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih
kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free
Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.
Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah
jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat
Turkey dan rakyat dunia. Turkey kini
memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu –
untuk dapat mempengaruhi Dunia Arab.
Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana
Turkey memiliki viagra yang bernama Nato.
Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah
kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar
dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.
Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut
telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat
– tahun pilihan raya - dimana tidak ada
bakal Presiden Amerika yang berani bercanggah
dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal.
Kita wajib sedar dan berwaspada kerana
dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang
sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan
dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh
senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.
Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini.
Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah.
Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut
kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada
yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha
menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq
atau di Libya.
Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar
mereka pergi ke Kedutaan Saudi
dan Qatar untuk bertanya bila piliharaya
akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar?
Khalas. (TT)
TULISAN INI
ada terkumpul
ada terkumpul
dalam buku
TIPU PILIHAN RAYA
turun
JALAN RAYA
--------------
16 ulasan:
Rakyat Malaysia yang menyokong FSA memang bangang..
Kah kah kah...bila pilihanraya akan di adakan di Saudi dan Qatar....uncle Sham....jawabnya senang je....lu tunggu sampai mampos pon takkan ada pru kat dua negara ni.....kalau buat juga...gua nak jumpa doktor nak sunat sekali lagi.....kah kah kah
Apesal la lu buat lawak plak tanya bila pru kat dua tempat ni....nanti akan ada yang jawap...haram ooo melawan keluarga penjaga dua masjid....kah kah kah....tanya la yang ilmiah sikit uncle....macam siapakah yang bekalkan senjata pada al Saud pada mula mula dia nak satukan arab SAUDi....kah kah kah....lu buat gua sakit perut la....tapi ok gak..soalan lu memang sesuai untuk orang Malaysia....tak semua tapi kebanyakkan.....terbaik.
TT, yg dok jerit sorak maki hamun kau ni semuanya lebai malas membaca.
asal usik parti islam jer, mesti nak melenting hehehe
untuk pak2 lebai semua; pemimpin parti islam tak maksum.. tolong laa paham sikit.
Hahaha..
Abis laa kau isham. Kejap lagi masuk laa lebai2 pemalas (malas membaca) siap dgn maki hamun. Utk lebai2 sekalian, korang tak wajib bersetuju dgn tulisan TT. Tapi tolong laa rajin sikit buat research. Ini bukan kuliah agama, ini kuliah ekonomi. Ada paham?
Ahmad Mehran, antara pengasas Salvation Front (kump Tamarod) letak jawatan " I was exposed me the truth and I knew that the dispute foundation is odds with Islam, and that war is not a war political or ideological but rather is a WAR ON ISLAM and hostility to Islam and the demolition of the state is the goal, either chaos and ruin" http://www.sehha.com/world/index.php?s=cd20744e7652146c4f12f5d067eefb0b&showtopic=33389&pid=179482&st=0&#entry179482
http://arabca.blogspot.com/2013/06/blog-post_5867.html
Tuan TT,
dalam artikel ini tuan tidak bercerita panjang lebaw berkenaan tamar rod.
apa dah jadi dgn tamar rod?
adakah telah dicincang2 tentera mesir untuk dibagi makan unta2 kurap?
Justeru wajib disedari jika Iraq
hanya pengekspot petai, jering
dan cincalok pasti Iraq tidak
akan diserang. Jika Iran hanya
memiliki budu dan tidak
memiliki bahan bakar
petrolium dan gas maka Iran
tidak akan diserang. kah kah kah
kejap lagi ramai la lebai2 pukimak yang bodoh pegi demo sokong FSA hari tu menyalak anjing dkt sini..kalau dah bodoh tu tunjuk plk lagi kat orang ramai lebai2 pukimak ni mmg muka tak reti malu..sepuluh kali mulia lagi syiah di iran dari sunnah wal Barua US di saudi...nk jugak tegakkan benang basah..lebai melayu mmg bodoh dan pukimak...elok mati telan biji saga lagi elok saving oxygen dunia...anarchists kat malaysia pon blh tahan bangang ramai pergi sokong FSA...bodoh sampai mampos trendy wankers..harap pakai je punkers tapi otak udang...perabih oxygen
orang melayu islam adalah hidupan paling bodoh di muka bumi.
sape2 kenal admin KAMI BENCI SAIFUL BUKHARI di facebook tlg nasihatkan dia sikit jangan buat perangai dajal menjulingkan mata orang ramai.
i dont giv a damn about morsi not becoz he is morsi
i dont giv a damn becoz i don giv a damn of the whole arab league
arab sucks.and boring.
teori 1: negara yg "menyokong" US mostly monarki raja termasuk mesia,brunai,arab saudi dan qatar yg kaya dgn minyak yg menjadi nyawa US Dollar..bukan emas.
teori2: US,Rusia hanya bersandiwara bergaduh namun masing2 melagakan syiah ( Rusia ) dan Sunni ( US ). Disebalik key player ( US & Russia) ada watak tambahan yakni Arab Saudi/Qatar ( untu Sunni ) dan Hizbullah ( Untu syiah)......maka siapa tuan director..yahudi ( Israel)..sirael yg untung.
teori 3 : Mesir dan Turki paling bahaya pada Israel..mesir/Turki telah menjelmakan kebangkitan Islam dgn mengunakan formula kapir yakni demokrasi...kebangkitan rakyat di Mesir memberi bahaya pada monarki rantau Arab yg dicorak oleh British melalui Perang Dunia 1 ( pemecahan negara arab ) dan perang Dunia 2 ( pengukuhan monarki Arab dan kelahiran Israel).
apa guna banyak membaca jika buku2 dari mereka yg sesat melainkan AlQuran dan sejarah sahabat dan Rasullah sendiri.
NAK BUAT APA?
APA BOLIH DIBUAT?
BACA BACA BACA
LEPAS TU
UNDI UNDI UNDI
LEPAS TU
KENA TIPU
KAHKAHKAH
LEPAS TU
HARI SABTU
TURUN JALANRAYA
PAK TT, HARI SENIN MAHU KERJA
:)
KAHKAHKAH
Syam.. hati ko masih kelabu lagi syam, berjeruburrrr, syiah tu agama baru baroo, siapa pengasas dan apa tujuanya??..Ko belum mahir mentafsir penipuan. macam mana niii.. USSSR bantu syiria ni semua wayang.. bukit golan di tawan, ini wayang.. teori Turki pulak ko keluarkan.ko tau ke roadmap New World order. bila aku baca ko punya tulisan, nampak macam sekular, macam x tau sejarah peperangan islam. macam anti khalifah.. lebih baik diam syam daripada menghasut yang bukan2/merepek, nanti jadi fitnah... aku nasihat ko sebagai kawan jer.. berjihadlah atas jalan/Nama Allah, itu yang menjamin syurga syam, bantu saudara seagama dulu syam. jangan asyik nak tunjuk terer riak bongkak sombong ko je.. juling mata aku baca
"IQRAK - RAJINLAH MEMBACA"..phuiii!!! sampah lagi.. tulis yang baru syam..kuikuikui..
Sampah lagi ni TT... Warghkakakaka...
almaklumlaaa.. duit penuh poket, kelabu le mata ye.
Apa pasal pulak?
Catat Ulasan