Sabtu, 31 Ogos 2013

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA




KOMENTAR TUKAR TIUB


masanya telah tiba
untuk menolak lagu
negara ku kerana lagu
ini di ciplak dari
lagu memula moon
yang kemudian nya menjadi
lagu terang bulan lagu indonesia

negara yang merdeka
wajib memiliki anak bangsa
yang kreatif

masanya juga telah tiba
untuk menolak bendera
jalur gemilang
kerana bendera ini di ciplak
dari bendera amerika

kibarkan sang saka tanah melayu
merah puteh warna nusantara
lihat bendera singapura
lihat bendera indonesia
malah bendera united malay national organisation
juga menggunakan motof nusantara

masanya telah tiba
untuk menobatkan
pejuangan nasionalis
yang angkat senjata
melawan british




MAT INDERA MELAWAN BRITISH





PENCERAHAN DARI PEMBACA
Kata malaysia tak dijajah? Apasal sambut merdeka? www.malaysiacrisis.blogspot.com
By Author MalaysiaCrisis on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/19/12

Jarang komen tapi tergerak lak kali ni Celah mana dalam tulisan tu yg TT tulis dia pro kuasa China-Russia?? yg TT sebut ialah perebutan kuasa ekonomi dunia antara puak Anglo-Amerika vs. puak China-Russia. PAHAM?? jesteru China-Russia ni boleh kita anggap sebagai "kawan sampingan".

PAHAM?? lagi satu, mana ada "negara komunis". istilah ini satu 'misnomer'. konsep komunis adalah stateless - tanpa negara. melayu pemalas baca mesti garu2 kepala dan cakap "habis USSR dan China zaman perang dingin tu apa?". mereka adalah Stalinist dan Maoist, bukan benar2 konsep sosialisma dan komunisma.PAHAM?? tapi sekarang kedua2nya adalah kapitalis. PAHAM?? memang leceh nak terangkan kat org2 Melayu ni. Da la malas membaca, berfikir pun malas.
By Anonymous on KENAPA KITA SEMUA TIDAK PRO KEBENARAN - SUSAH KE? on 7/19/12

ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH


@Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG UMNO punya bendera pun tiru Indonesia ke bro? Singapore? Ni warna bendera ni Sang Saka,digunakan dari zaman Majapahit,so xhairan la bila negara Nusantara menggunakan warna ni sebagai warna rasmi
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/19/12

Berhubung dengan lagu irama 'Terang Bulan' itu telah dijadikan lagu 'Negaraku', maka pemerintah Indonesia telah mengemukakan satu perintah yang diperdengarkan dan diedarkan kepada seluruh rakyat Indonesia, bagi melarang lagu 'Terang Bulan' dinyanyikan. Ianya bagi menghormati penggunaan irama lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan Malaysia yang baru ditubuhkan pada waktu itu.

Hal ini adalah untuk mengelakkan rakyat Malaysia merasa tersinggung dengan nyanyian lagu Terang Bulan tersebut.[1] Larangan ini bermula 31 Ogos 1957. Arahan larangan ini dibuat oleh Perdana Menteri Republik Indonesia, dalam satu memo bertarikh 1 September 1957.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa Nama 18 Julai 2012 3:20 PTG, sila google "mamula moon". lepas da baca, gi dengar kat youtube.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Bendera Merah Putih tu adalah simbol Nasionalis Melayulah, anon 5:49 ptg. Bendera Indonesia dan Singapura pun pakai motif yg sama pasal ia adalah simbol nasionalis Melayu. Bahkan PKMM dan API juga kibar bendera yg sama.

Apa masalahnya? Dari dok pakai bendera yg macam bendera Amerika, baik pakai bendera motif merah putih. betul tak. Aku pun kdg2 dah rasa malu nak nyanyi lagu negaraku kat majlis2 yg dihadiri org asing, pasal lagu negaraku lagu ciplak. So,aku nyanyi lagu Bendera Tentera sebagai Lagu Kebangsaan sementara ( de facto Malaysian national anthem). Kahkahkah.
By Militia Buruh on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12




lagu negaraku dan lagu terang bulan sebenarnya diciplak dari lagu perancis, kahkihkuh..
By ejen oren on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

kepada Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG, bukan tiru Indon tapi bendera merah dan putih itu adalah warna bendera nusantara. warna bendera tu da diguna sejak empayar Majapahit kurun ke 13. warna bendera Singapura pun merah putih malah bendera Gerombolan sendiri pun begitu warnanya.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

bendera jalur gemilang tembelang diciplak dari bendera Sharikat Hindia Timor British. sebenarnya bendera amerika pun diciplak dari bendera Sharikat Hindia Timor British. nampak sangat asal-usul Amerika hingga sekarang ketara - sebuah corporatist state. Malaysia bagaimana? :) http://en.wikipedia.org/wiki/File:Flag_of_the_British_East_India_Company_(1801).svg http://majorityrights.com/weblog/comments/flags_of_the_united_states_and_british_east_india_company/
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG .. Sila semak dan selidik balik apa itu SANG SAKA MERAH PUTIH ..jalan malas membaca!
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

merah putih warna nusantara la bengong. merah warna darah rakyat.... merah warna darah rakyat...
By Raja Fiqri Fauwaz on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa nama 5:49ptg, sila buat bacaan lebih lanjut berkaitan sang saka merah..
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

BENDERA BARU UTUK MALAYSIA


Apa kata kita buat pertandingan mereka cipta bendera dan lagu kebangsaan Malaysia yang baru, nanti kalau PR dapat perintah Malaysia kita suruh PR tukar, bro lu punya bendera pun ciplak Indon, Indon pulak ciplak Monaco.

Tapi dah tahu lepas ni ada aje yang jawab merah putih asalnya bendera Langkasuka dan Majapahit tapi apa buktinya Langkasuka dan Majapahit ada bendera, kerajaan purba asia tenggara tidak mempunyai sistem rekod yang tersusun seperti kerajaan purba Cina, Timur Tengah dan Eropah jadi takde bukti.
By pro rakyat on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12


8 ulasan:

PakNgahYob@AcikLee berkata...

bro sume....kalu pakei ghone meghoh puteh kome kate sang sake le hapa le...pas tu kata ciplak jaman itu ini le...pas tu kata tighu ghone negaghe itu ini le...abih bila nok seleseinye...senang2 pakei ghone ijo puteh je...habih ceghite...letok bulan bintang yang asei ghone kunen tu macam biase.

ajibodo berkata...

silap kronokloji tu. mula2 memula mun jd lg negri perak, lepas tu jd trang bulan dulu br jd negaraku

Tanpa Nama berkata...

SILA PERBETULKAN FAKTA ANDA

1... (1901) Lagu NEGARAKU diambil dari lagu asal Negeri Perak, Diperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (Marhum Rahmatullah), Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.
lagu rasmi negeri Perak yang menjadi asas "Negaraku" dipercayai dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857, digunakan pada 1888.

2... (1947) "Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947.

3... (1920-1930) Sementara lagu "Terang Bulan" pula popular di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman 1930-an. Terang Bulan kemudiannya di dibawa oleh persembahan Begawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an.

Tanpa Nama berkata...

ada bukti la pasal bendera majapahit dalam rekod. aiyooo melayu oh melayu.. malas!

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT yang dihormati

Saya baru terbaca satu pendapat yang agak munasabah dan patu ditelusuri kemungkinan kebenarannya mengenai punca sebenar Amerika hendak menyerang Syria.

Umum mengetahui bahawa Syria di bawah Assad tidak memusuhi Israel malah tidak sekelumit pun menyuarakan tanah Bukit Golan milik wilayahnya yang diambil oleh Israel.

Umum juga mengetahui bahawa Mujahidin telah menguasai 80 peratus wilayah Syria dan kini menunggu masa untuk menguasai Syria sepenuhnya dengan menggunakan senjata milik Assad sendiri.

Justeru, Amerika ingin menyerang Syria untuk menyelamatkan kaum Syiah dan sekaligus menghapuskan kaum Mujahidin yang dianggap pengganas. Jelasnya, Amerika berselindung atas nama kekejaman Assad sebagai lesen untuk menghapuskan penguasaan Mujihidin daripada menguasai Syria. Menghapuskan rejim Assad bukanlah tujuan sebenar Amerika dan pembunuhan Assad bukanlah sesuatu yang memberi apa-apa erti kepada mereka.

Apa yang penting, serangan ke atas Syria ini nanti akan menamatkan penguasaan Mujahidin yang dilihat akan menjejaskan keselamatan Israel dan pada masa yang sama, setelah serangan itu berakhir Amerika akan menguasai kawasan minyak di negara tersebut. Serangan itu juga bakal menyelamatkan golongan Syiah daripada ancaman kaum Sunni khususnya yang diterajui oleh Mujahidin.

Umum perlu sedar, serangan yang bakal dilakukan tidak hanya akan memusnahkan rejim Assad tetapi bakal diteruskan di kawasan penguasaan Mujahiddin dengan alasan bahawa kaum Mujahiddin adalah puak pelampau dan pengganas. Kini barulah kita tahu bahawa, hasrat tersembunyi Amerika untuk menyerang Syria adalah bersifat serampang tiga mata. Memusnahkan Mujahiddin, Menyelamatkan Israel dan minyak. Dalam hal ini, Assad adalah tidak lebih daripada 'kambing hitam'....

Tanpa Nama berkata...

dimana TT ketika sang saka MAlaya diamuk oleh gangster india??
ini adalah penanda aras kebiadaban pada masa akan dtg kpd pejulang sang saka hatta kpd pak samad sekali pun. maka siapa akan bersiap sedia untuk berdepan dgn konco spt ini? adakah kalian menjadi macho apabila berada dlm program sendiri sahaja?? TT mengaum dlm blogging, pak samad diperbiadap yg lain menikus..

Tanpa Nama berkata...

Huhahuha sokong tak tentu hala...seronok dengan sendiri punya cerita...habis semua kena kencing...bukan sehari bukan setahun tapi dah dekat dekat enam dekad...mencari malas...yang paling disukai...dok melangok tunggu orang suap...macam cibai...bila orang tegur dituduhnya pembelot penderhaka....lepas tu dia bertanya...eh apa agama komunis...tak ke bangang tu...awat kalau kapitalis tu ada agama kaa...ni cara perlaksanaan pemerintahan takdak kena mengena dengan agama...aku tulih macam ni pon sebab negara kita ni memang bukan komunis tapi antara contoh bonsai kapitalis terbaik...sembang negara Islam tapi semua sandar pada hukum nampak...yang tak nampak tak penah difikir...
Antara api dengan angin mana lagi kuat...batang kayu betoi laa

Zin Mahmud berkata...

Ada orang lama bercerita pada saya bahawa lagu kebangsaan yang dicdangkan untuk Malaysia krtika penubuhannya ialah Malaysia Raya. Tetapi Tunku menolaknya dan mahu mengrkalkan Negaraku. Kini lagu Malaysia Raya itu dikenali sebagai Malaysia Jaya dan sering juga disiarkan oleh RTM.