MEMAHAMI KAJANG
Menurut
satu riwayat lisan dari kajian Universiti Kebangsaan – perkataan ‘kajang’ untuk
orang Melayu bermakna berteduh. Manakala untuk Orang Asal perkataan ‘kajang’ bermakna bertikam. Berteduh dan bertikam dua makna perkataan yang
amat jauh bezanya. Pada bulan Febuari 2014 ini Kajang menjadi heboh-heboh
politik. Jika dihalusi kelihatan perkataan ‘kajang’ sedang memberi makna yang
amat tepat untuk DUN N25. Tulisan saya
bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang akan ‘berteduh’ dan siapa yang
akan ‘ditikam’.
Justeru
adalah satu jenayah kepada diri saya
jika saya tidak terangkan kepada pembaca apakah makna Pilihan Raya Kecil DUN25
Kajang. Wajib diakui PRK Kajang ini memberi makna yang amat mendalam bukan
hanya untuk PKR dan Pakatan Rakyat. PRK DUN25 Kajang ini wajib dilihat sebagai
strateji mara maju ke Putrajaya.
Awal
sekali saya ingin menerangkan kepada ‘kaki bising’ yang membuat bising apabila
DUN Kajang dikosongkan. Kaki bising ini
dikenali sebagai ‘ chattering class’ atau Kelas Berleter. Dalam kes Kajang
merekalah yang mula membuat andaian diawan-awan. Adaian tanpa memahami
realpolitik. Tanpa berlatarkan pemahaman
politik berasaskan kelas dan ekonomi.
Biar
saya terangkan apa itu ‘Kelas Berleter’ dan siapakah mereka ini. Kelas Berleter dalam konteks Malaysia adalah sosok-sosok
yang bahasa pengucapn leteran harian mereka
adalah Bahasa Inggeris. Mereka memiliki tahap ekonomi dan pendapatan yang
lumayan berbanding dengan pemandu teksi atau Pak Cik Felda. Mereka kaum
profesional. Wilayah kediaman mereka adalah di Bangsar, Taman Tun, Bukit
Damansara atau wilayah yang semasa denganya.
Kelas
Berleter menentang rasuah. Mereka mahu pilihanraya bersih. Tetapi apabila
diajak bersama berusaha menjatuhkan United Malays National Organisation mereka dengan pantas akan mendabik dada sambil
berkata bahawa mereka ‘ non partisan’. Bermakna mereka tidak menyebelahi Pakatan atau Barisan. Secara tetiba ilmu
pelajaran dan fikrah mereka menjadi kontot apabila orang ramai terutama anak muda ingin menggulingkan United
Malays National Organisation. Mereka menjadi takut dan kecut melihat ombak
ribuan anak muda ke jalan raya. Kelas Berleter ini gagal memahami punca utama yang menyebabkan Malaysia menjadi saperti
Malaysia hari ini.
Ramai
sosok Kelas Berleter ini terdiri dari kaum opurtunis kerana mereka mencari makan
dari tong yang disediakan oleh United
Malays National Organisation. Menggulingkan United Malays National Organisation akan memporak perandakan kehidupan selesa mereka. Ini berbeza dengan anak muda,
para setinggan, warga tak bertanah, orang kampong dan kaum buruh dan kaum
imigran – yang akan sentiasa sedia bangun mendobark sistem yang ada. Orang ramai
tanpa berselindung ingin menjatuhkan United Malays National Organisation kerana mereka membanting tulang menjadi hamba –
walhal Kelas Berleter ini hidup senang lenang.
Dalam
sejarah perjuangan untuk menuntut keadilan dan melawan kezaliman Kelas Berleter
ini boleh dijadikan kawan perjalanan. Tetapi kerana kepentingan ekonomi mereka terikat rapat dengan kepentingan
kelas memerentah – kemungkinan mereka belot adalah besar.
Pada
hemat saya dalam usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan Ketuanan Melayu hari –
kita akan sampai ke satu tahap dimana
Kelas Berleter ini akan membawa masalah. Dalam konteks politik moden mereka ini
adalah sebahagian dari jalan
penyelesaian dan sebahagian dari masalah. The chattering class are part of the problem
and part of the solution.
Kelas
Berleter ini apabila diajak untuk
bersama ke dalam kacah politik akan menolak. Penglibatan maksimum mereka hanya
aktif dalam NGO yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan.
Justeru Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak ambil pot terhadap mereka. Bila ini
berlaku Kelas Berleter ini menjadi pelik dan hairan kenapa Mak Cik Felda masih
lagi menganggap mereka ‘kaum pendatang’ yang ‘ cari makan’ di Tanah
Melayu.
Saya
mengkajangkan Kelas Berleter ini kerana mereka cuba duduk dilantai selamat yang
suci murni tanpa mendalami dan apa yang berlaku. Mereka melihat MB Selangor
tanpa memahami apa dan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim ini.
Harus
kita semua akui bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satu MB Selangor yang tidak
makan rasuah. MB Khalid berkhidmat secara jujur untuk rakyat Selangor. MB
Khalid mentabir dengan telus. Semua ini adalah dan tanda-tanda positif seorang
pemimpin. Tetapi dalam politik berparti , dalam real politik – semua ini TIDAK
mencukupi.
Khalid
Ibrahim MB Selangor TIDAK memiliki kefahaman politik. Keilmuan yang cemerlang dalam bidang ekonomi TIDAK
menjamin si Polan itu menjadi bijak berpolitik. Politik adalah satu seni - seni
pengurusan, seni pentabiran dan seni mengumpul sokongan dan membina kekuatan.
Khalid jelas tidak memiliki kefahaman
seni berpolitik. Ini bukan satu jenayah. Cuma dalam pertempuran politik di
Selangor MB Khalid akan tewas. Bukan sahaja tewas ditangan Azmin Ali – malah ditangan Mak Cik
Felda pun Khalid akan tewas.
Biar
saya terangkan apa yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977/78. MB Kelantan pada ketika itu ialah Mohamed
Nasir dari PAS. Sosok ini sama saperti
Khalid Ibrahim dilihat baik, jujur, ikhlas dan bersih. Sayangnya Mohamed Nasir sama saperti Khalid Ibrahim
enggan mengikut garis parti. Si MB ini
membadak seorang diri membuat apa yang difikirkan baik tanpa menjamin kepentingan
parti. Seharusnya dalam sistem parti
berparlimen – parti mengemudikan kerajaan – bukan individu menjadi jurumudi. MB
hanya menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh parti.
Parti
Pas akhirnya meluluskan undi tidak percaya kepada Mohamed Nasir. Ini menimbulkan krisis hingga
Darurat diistiharkan dan Dewan Negeri Kelantan
digantung pada November 1977. Pada ketika itu Mahathir, Ku Li dan
kuncu-kuncu mahu menggulingkan kerajaan Kelantan. Ini tidak jauh berbeza dari
apa yang sedang berlaku di Selangor. Huru hara politik Kelantan 1977/78 dibantu
oleh sikap Mohamaed Nasir yang buta
politik yang akhirnya menjayakan projek United Malays National Organisation.
Kerajaan Pas digulingkan. Justeru, PRK
Kajang pada asasnya ialah untuk mengelakkan perulangan agenda Ketuanan Melayu
ini.
Orang
ramai juga mendengar leteran gerombolan NGO. Ada yang mengatakan ini bukan demokrasi. Ada
yang mengatakan PRK di Kajang ini membazir duit. Untuk pekara ini biar saya tanyakan kepada
Kelas Berleter ini. Apabila Najib
membeli Scorpene kenapa tidak bising dan heboh. Bukankah ini membazir kerana
setiap tahun Malaysia perlu menbayar hampir 500 juta ringgit untuk
mengendalikan kapal selam ini.
Ketika
berita anak Rosmah Mansor membeli kondo
di New York tersebar luas kenapa Kelas
Berleter ini menikus TIDAK bersuara.
Kenapa tidak ditanya dari mana datangnya duit anak Rosmah ini. Kenapa tidak ada
yang menulis surat di Face Book atau di laman-laman web mempertikaikan Rosmah
dan anaknya. Yang bising dan heboh menibai
Rosmah hanyalah anak-anak muda dalam Face Book. Anak muda terus ujur dan ikhlas
tanpa kepentingan untuk menjadi Peguam
atau menjadi Akountan atau menjadi talibarut mendapat kontrek dari jaringan
syarikat United Malays National Organisation. Hakikatnya, Kelas Berleter dan
para NGO ini senyap menikus.
Ada
juga gerombolan NGO yang mengatakan
langkah PKR ini bukan demokrasi.
Bila saya terbaca yang ini saya tersedak dan hampir muntah. Ini kerana ramai
yang tidak faham apa itu politik dan apa itu demokrasi. Ada pula yang cuba menayangkan
Phd mereka dengan harapan hujah mereka menjadi lebih masin. Mereka ini juga
adalah hampeh. Tersorok dalam hati mereka – sebenarnya mereka SUKA United Malays National
Oreganiastion terus berkuasa.
Betul
ke ini? Betul. Kelas Berleter ini hanya berleter secara luaran sahaja. Parti Ketuanan Merlayu ini telah berjaya bersama
kaum feudal Melayu membodohkan Bani Melayu. Dengan bonsainya fikrah Bani Melayu
maka dengan senang Kelas Berleter ini merasuah
Politikus Melayu dan merembat harta kekayaan negara ini. Kerana itu mereka akan terus enak bermastautin di Bangsar
dan tidak di Kampong Kerinchi.
Dan
yang penting sekali ialah kita memahami tahap
dan sifat politik bumi Malaysia ini. Jangan kita jadi bebal. Ada pilihan raya
bukan bermakna ada demokrasi. Ada Parlimen bukan bemakna ada demokrasi. Ada RTM
dan The Star bukan bermakna ada demokrasi. Apa yang wujud dalam politik kenegaraan di Malaysia ini adalah ‘prosedure democracy –
prosedur demokrasi’. Kelihatan wujud prosedur tetapi tanpa pengisian dan roh
demokrasi yang membawa kebebasan.
Malaysia
yang satengah feudal dan satengah kolonial ini TIDAK difahami secara tuntas oleh
Kelas Berleter. Ini kerana mereka tidak berupa berfikir lebih jauh dari niat dan cita-cita untuk terus membosaikan Bani
Melayu. Leteran mereka itu adalah leteran
kepentingan diri untuk memastikan United Malays National Organisation
terus berkuasa. Mereka takut akan ombak perubahan yang akan dibawa oleh anak
muda melalui jalan raya. Maka leteran mereka wajib dibaca sebagai membeli saham
dan megada-ngada. Ini saham untuk memperlihatkan bahawa mereka juga ingin tahu hal negara ini.
Jelas
dalam tulisan ini saya telah mengkajang dengan pisau tajam Kelas Berleter tanpa
berlapik. Ini wajib dilakukan kerana dari pengalamam sejarah Kelas Berleter ini
akan memberatkan dan membaling sepana ketika orang ramai dan anak muda turun ke
jalan raya. Kelas Berleter yang menyamar dibelakang NGO ini wajib dibogelkan dahulu. Sosok saperti Vincent Tan atau Ananda
Krishana itu jelas dapat dilihat sebagai musuh berbanding dengan Kelas Berleter
yang sedang menyamar. Bagaimana pula dengan pergolakan dalaman PKR? Dikatakan
PKR menggunakan PRK DUN25 Kajang sebagai
jalan keluar. Itu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dl;am SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------
8 ulasan:
Ada 3 MB Pakatan yang tak tahu seni bertempur dalam politik.. pengalaman mereka berpolitik, hanyalah boleh diceritakan menunjukkan mereka hebat bertempur.
Aruah Dr Azizan, TGHH dan juga MB Baru Kelantan, namun ada nampak sekali sekala MB baru Kelantan ini bagus membawa mandat parti.TGHH sudah belajar dari kejatuhan Terengganu, walaupun rakyat kuat menyokong sehingga 80 peratus pengundi Terengganu..namun rebah ditipu gerombolan jua.. kene ada jatuh berguling2 dulu, baru nak sedar..namun TGHH tak sepesen dengan aruah Azizan, yang lagi culas, akhirnya terkangkang juga.
Skrg, Din Ayam serta ramai pemuda PAS tak tahu seni berpolitik. Bila menang, dikatakan Allah mengurniakan apajadah segala.. bila kalah diklemnya dugaan.. sudah tak ada seni, dugaan kepala butuh apa lagi?? Serban berbakul tak menjamin kealiman dan kepandaian, kumpul sijil banyak2 score pun untuk menunjukkan kepandaian pun, GAGAL! GAGAL dalam berseni.. berbalah ini menunjukkan tiada seci, tiada seni melambangkan TAK COOL... khalas!
Dalam berpolitik, kebenaran maha benar yang dimiliki, serta memonopoli kebenaran, bukannya menjamin kemenangan! Bukan terlalu bersih atau jujur macam bendul, walaupun Allah suka yang kita cari.. dalam undang2, yang jahat macam jin pun, perlu diadili mengikut keperluan, keadaan dan beberapa faktor sebelum tindakan diambil, bukan terus rujuk undang2 dan terus jatuhkan hukuman. 1 + 1, mungkin menjadi 11 dan mungkin menjadi 2 atau mungkin menjadi 10 (baca: satu kosong bukannya sepuluh). Ini perlu dilakukan mengikut "acute sense of urgency" pemimpin tersebut serta teamnya atau partinya. Jangan sampai kantoi nampak bodoh walaupun atas kertas dia scorer gila babi semasa menjadi pelajar. Bangsa melayu masih banyak faham akan duduk perkara ini. Sebab itulah masih ramai puak2 gerombolan secara membabi buta menyokong pemimpin mereka yang mengeluarkan statement bodoh pun, mereka tak kesah. Setelah berpuluh2 kali statement bodoh dikeluarkan menteri sendiri pun, masih ramai tak amik pot yang periuk nasi sendiri sudah ditabur pasir. Akhirnya terjadilah kisah Pak Lah ditendang jadi PM dan Najib bakal ditendang juga. Begitu jugak dengan Mahataik.. sudah ditendang pun, masih ada yang bodoh bebal nak angkat Mahataik ni jadi Menteri Mentor Gerombolan sekali lagi..
Seni berpolitik Mahataik ialah menghukum sesiapa yang dirasa mengancam kedudukannya. Tak kira kawan, sahabat, bangsa india sendiri, semua dia pukul. Akhirnya tekanan demi tekanan, dia terberak cirit jua akhirnya.
lihat contoh seni2 berpolitik yang ada pada beberapa ahli politik kita.. biasanya dalam cool listing by TT.. memang berhak mereka dikelaskan sebagai cool... hanya yang poyo tak mengenal seni..
KAJANG
Bermaksud Berteduh , Bermaksud juga Bertikam
Bagi Bani DUMBNO , Kajang bermaksud BerKANGKONG
Eh !!!!!
Kenapa bebudak senyap aje , sebuk kunyah KANGKONG ke ??????
That.....thumb up...that what im tallking about.....you..in chinese....they call you....... THE GOD OF COOKERY.......APA KO masak mesti kena punya.....hehehehehe......ccok well my god of cookery.....hahahahaha.....
Assalamualaikum,
Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.
Tolong klik & baca di sini->Melayu Adik Beradik Yahudi
Klik dan baca di sini cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden ini: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.
TT, 'SENI BERPOLITIK'INILAH YANG MENJAHAHAMKAN PAKATAN RAKYAT PRU 14, KITA TUNGGU DAN LIHAT, SIAPA YANG KENA.
LOL!! kena batang hidung aku!! ciss. apa2pun terima kasih TT.
TT, kalau kau cerita panjang macam ni bukannya melayu cap ketuanan melayu boleh faham. Semua otak lembu macam lembu sharizat.Yang kaki bodek kumpulan eeeeeee...tu pula suka buat huru-hara bagi melayu nak gaduh dengan cina,tapi hasilnya mereka yang nak ambil untung.Pendek kata apapun tindakan parti ketuanan melayu cap keris telanjang ni memang celaka termasuk gurkha-ghurka mereka, balaci-balaci kumpulan eeeeeeeee..tu.memang haramjadah semua!
Yekeeee....boley pakai ke kajian ukm ni.......yekeeeee......
Catat Ulasan