Khamis, 6 Februari 2014

KONSENSUS NASIONAL






  • MP PAS gesa Anwar jelas konsensus nasional6:15AM Feb 6
    Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjelaskan segera "format dan konsep sebenar" konsensus nasional sebelum pilihan raya kecil Kajang.

'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan'

Aidila Razak | 9:10AM Feb 6
Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional negara bukan merupakan "bunga-bunga" pembentukan kerajaan perpaduan, tegas  Anwar Ibrahim.



    DARI FACE BOOK






Boleh Nik Mohamad Abduh cerita apa topik yg dibincang dgn Pak Lah dlm gambar ni?
Topik konsensus nasional jugak ke?

Pak Lah ni bukan UMNO ke?
 — with Wfauzdin NsRaja Rozali Raja HasanNik Mohamad Abduh and 19 others.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA YANG JELAS IANYA BUKAN YOUJI... kah kah kah..

kah kah kah...YANG JELAS BUKAN  BAN BALAK.... kah kah kah...


----------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperintahkan hadir di mahkamah tentera esok untuk menghadapi tujuh tuduhan membuat aduan berkaitan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

Major Zaidi Ahmad (kanan) memberitahu media SelangorKini bahawa beliau menerima perintah mahkamah tentera semalam dan perlu hadir di kompleks mahkamah TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 manakala dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua kesalahan tersebut merujuk kepada 1 Mei, 2013, di dua lokasi berbeza - perkarangan balai polis ibupejabat polis daerah Kepala Batas dan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.
kah kah kah
tau kenapa orang tak mau lapor polis ?
sekarang siapa masalah ?
inilah dunia yang pentingkan wang dari manusia kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.

Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu MP Seputeh, Teresa Kok, MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 peserta itu merupakan reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Teresa dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' dan flashmob oleh Khai Loon di Pulau Pinang.

Flashmob tersebut menyaksikan sayur kangkung disumbat ke dalam mulut patung kayu dengan karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi membantah kenaikan harga barang baru-baru ini.

Wakil penganjur, Zulkifly Sharif dari Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang berucap sewaktu ayam-ayam itu disembelih berkata mereka yang wajahnya ada pada poster tersebut cuba memanipulasi kenaikan harga barang baru-baru ini.

"Kenaikan harga barang seperti yang dihebohkan sekarang ini adalah satu jenis propaganda bagi memburukkan kepimpinan Melayu.

"Mereka cuba mencetus kebencian dan memperkotak-katikkan kepemimpinan Melayu agar rakyat membenci dan menghina kepimpinan Melayu.

"Kami amat terkejut dengan tindakan pelampau Cina dan Kristian ini yang melakonkan imej pemimpin Melayu disumbat mulutnya dengan kangkung yang mana pemimpin-pemimpin ini telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia," katanya.

Beliau turut menggesa agar warganegara etnik Cina dan India yang tidak fasih bahasa Melayu dihalau dari Malaysia.

"Pihak kami berharap, sementelah operasi mengusir pendatang tanpa izin sedang berjalan, kami juga menyeru agar Kementerian Dalam Negeri menumpu juga terutamanya kepada rakyat Malaysia terutamanya bangsa Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu atau tidak lagi menunjukkan taat setia kepada Raja dan negara dinyah keluar daripada pertiwi ini," katanya.

Mencuri perhatian di antara peserta himpunan NGO pro-Melayu itu adalah seorang lelaki Tionghua dikenali sebagai Sunny Goh.

Memegang jawatan sebagai pengerusi perhubungan hal ehwal masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Goh menggesa pemimpin DAP agar berhenti "membuat kecoh".

"Saya bernama Mr Goh, saya mewakili rakyat Malaysia, rakyat Cina tak kira bangsa, saya minta pemimpin pembangkang jangan buat kecoh.

"Di negara-negara lain tak aman, di Malaysia sahaja aman.

"Saya mewakili Cina Malaysia dan seluruh masyarakat Malaysia berharap agar parti politik Cina tolonglah jangan cetuskan kekecohan yang tak perlu," katanya

Sebelum itu, beberapa peserta turut bertindak memijak kain rentang dengan wajah pemimpin itu.

Di akhir perhimpunan, penganjur mengedarkan lebih dua raga sayur kangkung kepada peserta himpunan dan orang ramai yang hadir pada majlis itu.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Zulkifly berkata tindakan menyembelih dan melumur darah ayam itu adalah simbolik kepada "peristiwa berdarah" 13 Mei 1969.

"Ia adalah simbolik peristiwa berdarah, bermakna kita beri amaran kepada Teresa Kok supaya jangan cetuskan peristiwa yang menggugat keamanan dan perasaan orang Melayu.

"Darah ini maknanya peristiwa 13 Mei... faham-fahamlah," katanya.

NGO-NGO lain yang turut serta dalam perhimpunan itu adalah Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), serta Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Paklah umno....tapi dah pencen...lagipun dia bekas umno team B....sedangkan anwar bekas umno jugak...umno team A...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah.....

Macam gaya nak jadi Timbalan Perdana Menteri saja....

TGNA ialah Kekuatan PAS , apalah PAS tanpa TGNA.

Nak join geng dengan Mad Blurr saja.

Tanpa Nama berkata...

Orang ini satu ketika dulu meminta orang ramai panggil dirinya Alfadil sebelum namanya. Layak ke?

Tanpa Nama berkata...

Natang apa konsesus tu? Aku x faham maklum la org kg hulu

albert magic berkata...

anon 8:55, aku ingat gelaran ALCOHOL lagi tepat lah