GETAH BUNGA POPI
JADI CANDU
KOMENTAR TUKAR TIUB
baca berita ini
baca betul betul
kita ketahui dari banyak berita
bahawa warga iran kini menjadi
tokan dadah yang amat besar di malaysia ini
jaringan tokan ini
kini telah meluas
tidak mustahil jaringan dadah iran ini
satu hari nanti dapat mempengaruhi imigrisen
akan mempengaruhi kastam
akan mempengaruhi hakim
akhirnya dapat mempengaruhi menteri
kita baca berita ini
apakah berita tangkapan ini
akan lupus bagitu sahaja
hilang ditiup angin?
PEMBAKARAN DADAH DI IRAN
Polis rampas dadah bernilai RM3 juta, tahan 11 individu
KUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah di sekitar Lembah Klang sebagai makmal memproses dadah berikutan penahanan 11 orang, tujuh daripadanya warga Iran termasuk seorang lelaki Iran yang juga ketua sindiket terbabit dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata lelaki itu pernah ditahan sebelum ini namun tidak dapat disabitkan kerana tiada bukti kukuh.
Kejayaan itu dicapai apabila pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) menyerbu sebuah rumah di Taman Maluri Kepong pada jam 1.15 pagi 6 Februari lalu dan menahan seorang lelaki tempatan sebelum polis merampas tiga bungkusan plastik dadah heroin seberat 1.2 kilogram (kg) dalam sebuah peti kayu.
Dalam serbuan susulan, polis menemui sebuah makmal haram memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Batu Caves jam 3 pagi dan merampas lima bungkusan plastik dadah heroin seberat 2.3kg dan 280g serbuk dadah serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dan menahan seorang lelaki warga tempatan.
Noor Rashid berkata, dua hari selepas itu, hasil maklumat daripada suspek, polis menahan enam lelaki dan seorang wanita warga Iran di tiga rumah di sekitar Cyberjaya dan Jalan Ipoh jam 4 pagi.
Polis turut membongkar makmal kedua memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 8.20 pagi dan merampas 9.7kg kristal syabu dan 11.6kg cecair syabu, 1,100 biji pil ecstacy, 4.6kg serbuk ephedrine dan 7.9kg serbuk bahan kimia serta beberapa jenis bahan kimia dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.
Sejam selepas itu, kata Noor Rashid, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan di sebuah rumah di Sungai Besi dan merampas dua bungkusan plastik dadah syabu seberat 2.04kg yang ditemui di dalam sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.
Katanya, wang tunai RM213,308 dan tiga kereta jenis Toyota Vios, Honda City dan Jazz turut disita.
"Semua suspek berumur 22 hingga 42 tahun ditahan reman seminggu," katanya sambil menambah polis percaya kegiatan ini membabitkan kerjasama sindiket luar dan tempatan.
Noor Rashid berkata, ada juga warga tempatan yang ditahan itu, pernah ditahan sebelum ini kerana terbabit dalam kegiatan dadah dan gangsterisme dan menjadi anggota kumpulan kongsi gelap 'Geng 04'. - TIEWNAMA
TOK FAKIR
TANAM POPI
UNTUK BUAT CANDU
NOTA
getah popi jadi candu
candu di proses jadi brown sugar
brown sugar di proses jadi heroin
heroin di proses jadi morphine
----------
2 ulasan:
Aleh aleh...letak dalam bilik exibit...take sikit sikt..masuk strak panjang setengah batang rokok...jual sikit sikit....hailah..untung jadi polis jaga dadah ni.....mark up pakai tepung beras je...mana sting stingni tauuuuuu....heheheheh
bila sosialis takda duit, jual candu la bro.
inilah negara contoh bagi mufti besar pas mat sabu.
apa mat bronson dah juling air ke tak tau la.
negara malaysia lebih baik dari iran la.
tak payah nak contohi iran.
bodohnye mat sabu.
kah kah kah
Catat Ulasan