SEMUA TURUN
1 MEI 2014
BALING
NOVEMBER/DISEMBER 1974
Bulan
November 1974 – Universiti Malaya sedang bercuti sebelum masuk ke
Penggal Ketiga. Kuliah bermula kembali pada awal Disember. Manakala
perpereksaan bermula bulan Januari. Bulan March, April dan May –
cuti panjang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivjFjmFdYFQObvT3_1NUWOd9H4a7bg7S87g2CPnH5WpXLC4W0DuLuROhUwX-hQ4JGULvFVcG-iObsTKNHFi1KIpXOsBUWRMif3G7unqmeADyB4ZscjBzwGnCLmfbh7mgiYxFsX7Y_k2m6X/s1600/images.jpg)
Saya masih
ingat lagi tentang berita Demo Baling 74 yang saya baca dari
akhbar Strait Times. Akhbar Inggeris ini melaporkan – Hunger
Strike in Baling. Berita kecil ini dicetak tebal hitam – ertinya
satu berita penting. Ini berita demo pertama.
Ketika Demo
Baling 74 di Kedah berlaku Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (
PMUM) telah digantung. PMUM telah digantung pada 21 September 1974
kerana 'rampasan kuasa' pelajar yang menuntut agar Yunus Ali dan
Hishamuddin Rais bersama para setinggan Tasek Utara dibebaskan dari
penjara Ayer Molek. Pada ketika itu Hishamuddin Rais adalah Setiausaha Agong
PMUM dan juga Presiden PMUM Majlis ke17 yang baru dipileh. Arwah
Yunus Ali ialah Ahli Majlis.
Sejarah
telah merakamkan bagaimana pelajar dari Universiti Malaya telah
bersetia kawan dengan setinggan Tasek Utara yang rumah-rumah mereka
telah dirobohkan atas arahan Menteri Besar Osman Saat dari parti
United Malays National Organisation yang baru saja menang besar
dalam PRU4.
Keangkuhan
parti Ketuanan Melayu yang baru menang besar telah digempakkan oleh
bantahan para setinggan Tasek Utara. Penduduk Miskin Kota telah
berkhemah dihadapan pintu masuk Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan.
Tindakan Penduduk Miskin Kota bersama mahasiswa ini telah mula
mengancam kuasa United Malays National Organisation. Lalu kami
ditangkap dan dipenjarakan.
Satu minggu
kemudian - apabila saya dibebaskan dari penjara Ayer Molek dan
pulang ke Lembah Pantai saya mendapati pejabat saya telah dikunci,
dipaku dan disilang dengan papan. Satu minggu dipenjara telah
mengubah landskap PMUM dan Universiti Malaya untuk selama-lamanya.
Disini saya
ingin merakamkan satu fakta sejarah. Apabila sahaja krisis berlaku
di PMUM – pihak kerajaan telah mengambil kesemptan mengharamkan
Kelab Sosialis. Kelab Sosialis UM adalah persatuan yang berdaftar di
Pejabat Pendaftaran Persatuan. Kelab Sosialis bergerak bebas dan
bukan dibawah naungan PMUM.
Sejarah
merakamkan bahawa Kelab Sosialislah yang menerima serangan utama pada
tahun 1974. Ini dilakukan kerana pengaruh Kelab Sosialis bukan hanya
di Universiti Malaya malah telah mula berkembang ke Institut Teknoloji
Mara, di Kolej Pertanian Serdang, dan ke Universiti Sains Pulau
Pinang. Menjadi penganut faham Sosialis pada ketika itu , sama
saperti hari ini dilihat cool dan counter culture – melawan arus
yang poyo.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPJWg0Y7lmWyBGjfJyUNL8GA6c10MNAeCcMynlosqh1PJl0fQMNQ24NHMzOlOgyoUK7qQ0CZ2Ed70zFGvgbI8Su9iBZhXYB1f0ejCPnnTg7DmRR-pglgYS_rAEpa0DBJjMlwdlbInF_Q-G/s1600/baling+%25281%2529.jpg)
Di
Universiti Singapura, Kelab Sosialis telah menjadi juru pemula para
intelektual dan para seniman untuk bangun menentang penjajah British.
Peranan Kelab Sosialis jelas dalam penubuhan parti PAP, dalam
kerangka perjuangan Asas 50 dan dalam akhbar Utusan Melayu yang
berpusat di Singapura ketika itu.
Tradisi
melawan ini telah diteruskan di UM. Kelab Sosialis telah menentang
barua-barua dan aparacik United Malays National Organisation. Dari
segi sejarah Kelab Sosialis telah berjaya menjadikan Parti Ketuanan
Melayu ini dipandang hina oleh mahasiswa, pelajar dan anak muda.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGVJi3O0HhkCzXh1T7Jzmm2LE_MNwNEW9GnK2aprdXTb2tO4PJGwI2nuYDJ6LpQ1yYH1fAWYi13xQIoyxzhLwnPOPCZMJ_qD8x69zI2USn9VDHH828jjGciTBElxbXBkSmaUlGj6jfLkMf/s1600/46945_10202074726935440_1117458465_n.jpg)
Buktinya :
Anwar Ibrahim sendiri telah 'mengrahsiakan' keahliannya dalam United
Malays National Organisation dari pengetahun umum sehingga dibocorkan
oleh Bonda Mak Yan pada tahun 1982. Rahsia ini bocorkan oleh Mak Yan
sesudah Anwar menjadi anggota United Malays National Organisation
dan mahu bertanding jawatan. Ini fakta sejarah bukan tohmah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio91B3HjYQFKBFSBD_8uL8euNjrAcuMcj70mit579-9yaHwfLc-iKaD-yRX3W7A1CY6TGs_CiP5EIT5nzQxAXCzsw0LW9OQHbYr9uU04ls9rYhc0AOUeMbBbsknepByL72RwHyqnHHGXaV/s1600/image002.jpg)
Tanpa
persatuan, tanpa pejabat, tanpa dana – hakikatnya agar sukar untuk
bergerak. Tetapi para aktivis dan pemimpin mahasiswa UM tidak pernah
putus asa. Kami terus bergerak menentang pencabulan hak asasi. Tanda
tangan telah dipungut untuk membantah penyitaan Rumah Persatuan.
Akhirnya pelajar telah berdemo dalam kampus. Ketika ini Akta Pindaan AUKU 1974
belum wujud lagi. Anak Lelaki Iskandar Kutty baru sahaja dilantik
menjadi Menteri Pelajaran. Taring jahatnya belum keluar masih lagi
tersimpan dalam gusi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHHg4e9aSEXyCp1UcxxIvJR76DasDnyWs7_-RYuHIg8awYyZulx3s8cWisiZ2x9CWEscVPsBrzE6X3rL7Gk4-fE-JfxvPkkxJclnT48m8vDN8UdKr2TRsrQY4LOs6ekepouDZFifXM5Km0/s1600/Mei_1_anti_GST-300x300.jpg)
Rumah
Persatuan terletak tidak jauh dari Canseleri. Ada jalan kecil menuruni bukit
yang menyambungkan Canseleri dengan Rumah Persatuan. Di lereng bukit
ini – diantara Canselori dan Rumah Persatuan - ada satu rumpun
buluh yang amat rendang. Dari segi sejarah rumpunan buluh ini
cukup penting. Banyak keputusan dalam bulan November 1974 hingga
Polis dan Tentera masuk ke kampus UM pada malam 8 Disembar 1974 telah
diambil dibawah rumpun buluh ini.
Hingga ke
hari ini TIDAK ramai yang tahu bahawa pelbagai keputusan penting
telah dbincang dan diputuskan dibawah pohon buluh ini. Saya tidak
tahu sama ada buluh ini masih wujud atau tidak. Semenjak saya
meninggalkan kampus Universiti Malaya pada petang 9 Disember 1974 –
saya telah mengharamkan diri saya dari memasuki kampus UM.
![Photo: #vscocam Pekebun kecil getah FELDA New Zealand,Maran,Pahang DM petang tadi menganjurkan unjuk rasa membantah merudummya harga komoditi getah.dengan harga paling rendah dalam tempoh 3 dekad iaitu hanya RM1.80/kg tentulah para pekebun kecil terdesak dan diparahkan lagi dengan inflasi yang menyebabkan barang keperluan asas mahal (tentunya pengecualian ialah kangkung yang dikatakan murah dan turun harga) maka kehidupan mereka tentulah makin terhimpit.
Saya berkongsi sentimen dan solidariti dengan mereka dan intervention dari kerajaan adalah wajar seperti yang dilakukan oleh pemerintah Thailand.](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1.0-9/p526x296/10250280_10201631629503815_215097823618639848_n.jpg)
Saya ingin
merakamkan disini bagaimana dibawah rimbunan buluh ini Kelab Sosialis
dan Persatuan Bahasa Tionghua telah mengadakan rundingan bekerja
sama. Kerja sama ini terikat kerana ada anggota Kelab yang juga
menjadi aktivis penting dalam Persatuan Bahasa Tionghua. Kelab
Sosialis juga berkerja rapat dengan SCM – Students Christian
Movement. Gerakan pelajar Katholik ini sedang bergerak cergas
dibawah bayangan Teoloji Pembebasan – Liberation Theology yang
sedang merebak di Ameriak Latin.
Saya sebagai
Setiausaha Agong PMUM masih lagi diiktiraf oleh Persatuan Kebangsaan
Pelajar Malaysia (PKPM) justeru semua ahli PKPM menolak dan mengutuk
penggantungan PMUM. Pejabat PKPM sendiri ada dalam bangunan Rumah Persatuan
PMUM. Ini fakta sejarah.
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/10171067_10203401785112685_7885232963564930832_n.jpg)
telah diambil. Kelab Sosialis akan menghantar Abu Zer Ali - anak mahasiswa fakulti ekonomi tahun ke2 untuk pergi menyelidik apa yang telah berlaku di Baling Kedah.
Kami '
tong-tong ' mengumpul dana untuk membolehkan Abu Zer naik van
Straits Times ke Alor Star dan kemudian ke Baling. Di bawah pokok
buluh itu saya menunggu untuk mengetahui apa yang telah berlaku di
Baling. (TT) - sambung
ANAK MUDA BERSEDIA
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------
3 ulasan:
satu pencerahan bagi anak muda
apapun Bro Isham maintain cool dari dulu sampai skrg. syabas!
Ha ha ha
Pohon buluh tu aku rasa ada lagi ..kalau tak silap rumah tu di jadikan Rumah Universiti...
Catat Ulasan