Rabu, 23 April 2014

SEJARAH BALING #2








SEMUA TURUN 
1 MEI 2014


BALING 
 NOVEMBER/DISEMBER 1974


Bulan November 1974 – Universiti Malaya sedang bercuti sebelum masuk ke Penggal Ketiga. Kuliah bermula kembali pada awal Disember. Manakala perpereksaan bermula bulan Januari. Bulan March, April dan May – cuti panjang.

Pada bulan November 1974 - ketika pelajar sedang bercuti rakyat Baling Kedah telah keluar berdemo. Penduduk Miskin Desa telah menjadi papa kedana kerana harga getah gila menurun. Ini dihantui pula oleh hujan monsoon yang tidak henti-henti. Hasilnya Orang Kampong tidak dapat menoreh. Ramai yang mula kebuluran tanpa makanan.

Saya masih ingat lagi tentang berita Demo Baling 74 yang saya baca dari akhbar Strait Times. Akhbar Inggeris ini melaporkan – Hunger Strike in Baling. Berita kecil ini dicetak tebal hitam – ertinya satu berita penting. Ini berita demo pertama.


Pada ketika berita ini muncul Ketua Pengarang Straits Times ialah Samad Ismail. Dari segi sejarah Samad Ismail ini ada Orang Kiri Bawah Tanah. Saya telah difahamkan pekara ini dengan jelas. Malah ketika saya di Australia (1976/77) ,  Samad Ismail telah ditangkap dibawah ISA. Akhbar Parti Komunis Australia – yang berkempen untuk membebaskan Samad - telah melaporkan nama Zainal/Lainaz – nama  bawah tanah Samad Ismail dalam Parti Komunis Malaya. Zainal/Lainaz – seakan-akan bunyi Lenin. Ini mengikut surah Parti Komunis Australia.

Ketika Demo Baling 74 di Kedah berlaku Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya ( PMUM) telah digantung. PMUM telah digantung pada 21 September 1974 kerana 'rampasan kuasa' pelajar yang menuntut agar Yunus Ali dan Hishamuddin Rais bersama para setinggan Tasek Utara dibebaskan dari penjara Ayer Molek. Pada ketika itu Hishamuddin Rais  adalah Setiausaha Agong PMUM dan juga Presiden PMUM Majlis ke17 yang baru dipileh. Arwah Yunus Ali ialah Ahli Majlis.



Sejarah telah merakamkan bagaimana pelajar dari Universiti Malaya telah bersetia kawan dengan setinggan Tasek Utara yang rumah-rumah mereka telah dirobohkan atas arahan Menteri Besar Osman Saat dari parti United Malays National Organisation yang baru saja menang besar dalam PRU4.

Keangkuhan parti Ketuanan Melayu yang baru menang besar telah digempakkan oleh bantahan para setinggan Tasek Utara. Penduduk Miskin Kota telah berkhemah dihadapan pintu masuk Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan. Tindakan Penduduk Miskin Kota bersama mahasiswa ini telah mula mengancam kuasa United Malays National Organisation. Lalu kami ditangkap dan dipenjarakan.


Satu minggu kemudian - apabila saya dibebaskan dari penjara Ayer Molek dan pulang ke Lembah Pantai saya mendapati pejabat saya telah dikunci, dipaku dan disilang dengan papan. Satu minggu dipenjara telah mengubah landskap PMUM dan Universiti Malaya untuk selama-lamanya.

Disini saya ingin merakamkan satu fakta sejarah. Apabila sahaja krisis berlaku di PMUM – pihak kerajaan telah mengambil kesemptan mengharamkan Kelab Sosialis. Kelab Sosialis UM adalah persatuan yang berdaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan. Kelab Sosialis bergerak bebas dan bukan dibawah naungan PMUM.

Sejarah merakamkan bahawa Kelab Sosialislah yang menerima serangan utama pada tahun 1974. Ini dilakukan kerana pengaruh Kelab Sosialis bukan hanya di Universiti Malaya malah telah mula berkembang ke Institut Teknoloji Mara, di Kolej Pertanian Serdang, dan ke Universiti Sains Pulau Pinang. Menjadi penganut faham Sosialis pada ketika itu , sama saperti hari ini dilihat cool dan counter culture – melawan arus yang poyo.

Dari segi sejarah Kelab Sosialis Universiti Malaya telah merobah corak gerakan pelajar di Tanah Melayu dan kemudiannya di Malaysia. Kelab Sosilis adalah gerakan pelajar avant garde yang memulakan garis 'perlawanan menentang penjajah' dari zaman Universiti Singapura. Tradisi melawan ini telah disambung apabila tertubuhnya Universiti Malaya di Lembah Pantai.

Di Universiti Singapura, Kelab Sosialis telah menjadi juru pemula para intelektual dan para seniman untuk bangun menentang penjajah British. Peranan Kelab Sosialis jelas dalam penubuhan parti PAP, dalam kerangka perjuangan Asas 50 dan dalam akhbar Utusan Melayu yang berpusat di Singapura ketika itu.

Tradisi melawan ini telah diteruskan di UM. Kelab Sosialis telah menentang barua-barua dan aparacik United Malays National Organisation. Dari segi sejarah Kelab Sosialis telah berjaya menjadikan Parti Ketuanan Melayu ini dipandang hina oleh mahasiswa, pelajar dan anak muda.

Pada tahun-tahun 70'an dalam Universiti Malaya tidak ada sosok muda yang memiliki hormat diri akan berani mengasosiasikan diri dengan parti ini. Jauh sekali untuk menjadi ahli. Para pensyarah juga akan merasa malu jika dilihat bersama United Malays National Organisation. Ini tidak bermakna tidak ada pelajar atau pensyarah yang bekerjasama dengan Parti Ketuanan Melayu ini. Mereka bergerak secara senyap-senyap. Mereka tidak mahu dihina secara terbuka.

Buktinya : Anwar Ibrahim sendiri telah 'mengrahsiakan' keahliannya dalam United Malays National Organisation dari pengetahun umum sehingga dibocorkan oleh Bonda Mak Yan pada tahun 1982. Rahsia ini bocorkan oleh Mak Yan sesudah Anwar menjadi anggota United Malays National Organisation dan mahu bertanding jawatan. Ini fakta sejarah bukan tohmah.


Dari segi sejarah semenjak bulan Serptember 1974 pelajar Universiti Malaya tidak lagi mempunyai perwakilan sah. Perwakilan PMUM terakhir yang dipilih secara undian ialah Majlis ke16 dimana Kamarazaman Yacob adalah Presiden dan Hishamuddin Rais adalah Setiausaha Agong. Dalam Majlis ke17 yang dipilih dipilih  Presiden PMUM ialah Hishamuddin Rais dan timbalan ialah Zahid Hamidi.

Tanpa persatuan, tanpa pejabat, tanpa dana – hakikatnya agar sukar untuk bergerak. Tetapi para aktivis dan pemimpin mahasiswa UM tidak pernah putus asa. Kami terus bergerak menentang pencabulan hak asasi. Tanda tangan telah dipungut untuk membantah penyitaan Rumah Persatuan. Akhirnya pelajar telah berdemo dalam kampus.  Ketika ini Akta Pindaan AUKU 1974 belum wujud lagi. Anak Lelaki Iskandar Kutty baru sahaja dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Taring jahatnya belum keluar masih lagi tersimpan dalam gusi.

Untuk para mahsiswa 70'an di UM pasti mereka teringat akan Rumah Persatuan, Kafeteria Tepi Tasek dan Kedai Buku, Klinik Gigi dan Klik Kesehatan. Semua ini adalah hak milik PMUM termasuk khidmat kesehatan dan gigi yang diberikan percuma oleh PMUM.

Rumah Persatuan terletak tidak jauh dari Canseleri. Ada jalan kecil menuruni bukit yang menyambungkan Canseleri dengan Rumah Persatuan. Di lereng bukit ini – diantara Canselori dan Rumah Persatuan - ada satu rumpun buluh yang amat rendang. Dari segi sejarah rumpunan buluh ini cukup penting. Banyak keputusan dalam bulan November 1974 hingga Polis dan Tentera masuk ke kampus UM pada malam 8 Disembar 1974 telah diambil dibawah rumpun buluh ini.

Hingga ke hari ini TIDAK ramai yang tahu bahawa pelbagai keputusan penting telah dbincang dan diputuskan dibawah pohon buluh ini. Saya tidak tahu sama ada buluh ini masih wujud atau tidak. Semenjak saya meninggalkan kampus Universiti Malaya pada petang 9 Disember 1974 – saya telah mengharamkan diri saya dari memasuki kampus UM.

Photo: #vscocam Pekebun kecil getah FELDA New Zealand,Maran,Pahang DM petang tadi menganjurkan unjuk rasa membantah merudummya harga komoditi getah.dengan harga paling rendah dalam tempoh 3 dekad iaitu hanya RM1.80/kg tentulah para pekebun kecil terdesak dan diparahkan lagi dengan inflasi yang menyebabkan barang keperluan asas mahal (tentunya pengecualian ialah kangkung yang dikatakan murah dan turun harga) maka kehidupan mereka tentulah makin terhimpit.
Saya berkongsi sentimen dan solidariti dengan mereka dan intervention dari kerajaan adalah wajar seperti yang dilakukan oleh pemerintah Thailand.Dibawah rumpun buluh ini Kelab Sosialis telah membicangkan apakah strateji tindakan yang wajib diambil sesudah menerima surat pengharaman dari Pejabat Pendaftaran Persatuan. Saya masih ingat lagi bahawa kami akan menghatar surat jawapan mempertahan hak kami untuk berpesatuan. Tetapi PMUM telah digantung, keadaan kelam kabut - justeru kami dari Kelab tidak mahu mengheboh-hebohkan pengharaman kami.

Saya ingin merakamkan disini bagaimana dibawah rimbunan buluh ini Kelab Sosialis dan Persatuan Bahasa Tionghua telah mengadakan rundingan bekerja sama. Kerja sama ini terikat kerana ada anggota Kelab yang juga menjadi aktivis penting dalam Persatuan Bahasa Tionghua. Kelab Sosialis juga berkerja rapat dengan SCM – Students Christian Movement. Gerakan pelajar Katholik ini sedang bergerak cergas dibawah bayangan Teoloji Pembebasan – Liberation Theology yang sedang merebak di Ameriak Latin.

Saya sebagai Setiausaha Agong PMUM masih lagi diiktiraf oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) justeru semua ahli PKPM menolak dan mengutuk penggantungan PMUM. Pejabat PKPM sendiri ada dalam bangunan Rumah Persatuan PMUM. Ini fakta sejarah.

Sesudah kami membaca berita Hunger Strikes in Baling – Kelab Sosialis telah mengadakan musyuarat tergempar. Di bawah rumpun buluh itulah keputusan 
telah diambil. Kelab Sosialis akan menghantar Abu Zer Ali - anak mahasiswa fakulti ekonomi tahun ke2 untuk pergi menyelidik apa yang telah berlaku di Baling Kedah.


Kami ' tong-tong ' mengumpul dana untuk membolehkan Abu Zer naik van Straits Times ke Alor Star dan kemudian ke Baling. Di bawah pokok buluh itu saya menunggu untuk mengetahui apa yang telah berlaku di Baling. (TT) - sambung


ANAK MUDA BERSEDIA
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45

------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu pencerahan bagi anak muda

Johan berkata...

apapun Bro Isham maintain cool dari dulu sampai skrg. syabas!

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha

Pohon buluh tu aku rasa ada lagi ..kalau tak silap rumah tu di jadikan Rumah Universiti...