MELAYU:
NAK APA LAGI?
Semenjak
kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kita melihat semakin galak
munculnya NGO-NGO yang memakai jubah 'hijau' berjanggut dan berserban
untuk menyuarakan 'garis Melayu'. Kita terbaca nama Perkasa, Jati,
Jaringan Melayu dan paling baru Isma. Ini hanyalah nama-nama NGO
yang sempat kita ingati. Walhal ada puluhan malah ribuan lagi NGO
jenis Melayu yang diwujudkan oleh akhbar jala - Penyebar Fikiran
Rakyat.
Apabila
52% warga Malaysia menolak United Malays National Organisation dan
Pakatan Rakyat memenangi seluruh undi popular di Tanah Melayu dan di
Sabah dan Serawak – maka NGO-NGO Garis Melayu ini semakin kuat
raungnya. Siang malam mereka mendodoi dan meroyan kerana Tuan Mereka
sedar bahawa kalau TIDAK dengan penipuan yang dirancang oleh SPR –
parti United Malays National Organisation telah terkambus.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaphxeecwqLMJGqFRBvnFqObPoPLdGVgafv6wIxHX3yunkaVcYcfBV4FmqyG0XmedZQ2X-jtZiF8o3nUhO6CrLh5g45vAzRi_gwVZzykTNu3Q_Cz0dlp6SgSUCrewMVe-yxJTqUCyDV3gJ/s1600/VINCENT(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Tetapi
apakah sebenarnya NGO Melayu Islam ini? Kenapa mereka meraung?
Bagaimana boleh kita memahmi NGO ini? Siapa Tuan Ngo ini? Dan apa
peranan NGO Melayu Islam ini?
Sekali
lagi saya wajib menerangkan kepada pembaca yang budiman bahawa
politik ialah ekonomi. Tujuan berpolitik ialah untuk merampas kuasa
politik. Dengan kuasa politik segala punca ekonomi akan dapat
dimiliki.
Pakatan
Rakyat berpolitik kerana mahu mendapatkan punca-punca ekonomi negara
ini. Dengan menguasai punca ekonomi Pakatan Rakyat berkemungkinan
mengagih-agih punca ekonomi ini dengan lebih adil kepada orang ramai.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBhPLeRep9v2kPVDzf9vpqLvu1Amq2_7tmoZGyAQ724dadwfjXThcgBqq2zR85Bojr1yS4gso9ubP6NnwT9QdrbEX06gu1kD_Y57lv3aYuRVgtzQhUHqz7V90LpAoNc3I0IpnxuDp6mjsT/s1600/ADIK+NAIJIB).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Justeru
pertembungan Pakatan Rakyat dengan United Malays National
Organisation ialah perebutan punca ekonomi. Jika ada Si Polan yang
gagal memahami pekara asas ini maka Si Polan ini akan gagal memahami
apa itu politik dan apa itu politik di Malaysia. Gagal memahami asas
ekonomi maka akan gagal memahami asas politik. Politik ialah
manifestasi ekonomi. Berpolitik bertujuan untuk merangkul dan
memiliki punca ekonomi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrgPf1r0ArdUIpRiqNTSz4KVb6gAEI7zh54pWx2V41HIsoVPzDz8XuA7Vo7xLWq5alfPRkwAfKEY6RSeH6G45vxQtmchZPr33aS3Km_gXCTLZajNAW-eDA22_jO2eh0ax00-7XkBpxVK62/s1600/ANANDA.jpg)
Malah
- Persidangan OIC atau Muktamar Nadathul Ulama atau Muktamar Parti
Muhamadiah di Indonesia atau Muktamar PAS saban tahun - yang menjadi
kemudi perbincangan ialah ekonomi. Pelbagai parti politik Islam
atau pertubuhan Islam ini bebincang dalam muktamar mereka untuk
mencari jalan memperbaiki taraf ekonomi ummah. Pemimpin parti akan
bermuktamar dan bertekad untuk mengeluarkan ummah dari lembah
kemiskinan.
Amerika
menyerang Iraq dikatakan kerana 'senjata pemusnah' yang dimiliki
oleh Saddam Hussein. Tetapi dunia tahu Amerika datang menyerang
kerana minyak. Minyak ialah punca ekonomi. Obama datang ke Kuala
Lumpur untuk memaksa Najib menanda tangani perjanjian TPPA.
Perjanjian TPPA ini ialah perjanjian ekonomi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1z8eL-G-AFI7r1TQE43Ozqyk4xie5CDdBz-WPX8lUu9kiB6JxZ6N8EQECCrrXMRXQvpf3NuaSEx9DcS8-8o6ps4nYHGYEdt4AZ_SNJ7GkLmVe5NbGzpHwU0yGwmXOi23qYQfbOzujsvUw/s1600/hasan-ali.jpg)
Penganut
fahaman Isma atau penganut fahaman Perkasa mengeluarkan kenyatan
rasis anti Cina kerana ekonomi. Pengikut NGO ini melihat secara
jelas dengan mata kepala mereka bahawa Orang Cina di Malaysai ini
lebih kaya. Orang Cina lebih berwang, lebih senang kehidupan mereka
dari orang Melayu. Orang Cina memiliki kota perniagaan, harta Orang
Cina dalam bandar bernilai tinggi, bangunan dan gedung perniagaan
hampir dalam semua kota, pekan dan bandar dimiliki oleh Orang Cina.
Jika
dibandingkan Orang Melayu dengan Orang Cina – amat jelas Orang Cina
lagi kaya. Pandangan ini bukan satu pandangan salah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBbg9PDPt-Ln3atPYX2Eun0phgoNJFctt7c4kwLfg4mln8TUCsb88-YlGJqcDiSKi9KtPih25GZdYJUHWJuP1vzakf_My2fwemTQfeGzLK0CUSzEP3Ugcm5Rcw-ZDqI8jcF7fyqeO4EFti/s1600/YTL1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Kemarahan
Isma ini adalah kemarahan EKONOMI yang dimanifestasikan dalam bahasa
rasis. Ini sama saperti apa yang telah berlaku di German pada
tahun-tahun sebelum meledaknya Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang
Dunia Kedua - ekonomi German malah ekonomi Eropah semuanya dimiliki
dan dinaungi oleh Kaum Yahudi. Malah dari sinilah lahirnya fahaman
Nazi yang ingin mengembalikan hak German kepada German.
Pandangan
Nazi dan rasisma khususnya di German dan umumnya di Eropah berlatar
belakangkan kekuatan Parti Komunis, Parti Sosialis dan Gerakan Kaum
Buruh. Ketika ini Sosialis Rusia dilihat sebagai negara contoh dan
menjadi idaman kaum buruh diseluruh Eropah dan dunia. Maka garis
politik kiri dan Parti Komunis dianggap sebagai musuh utama yang
menghalang kelahiran Bani Aryan – kaum kulit puteh yang
seharusnya menjadi TUAN untuk Dunia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh79nYWKaJckoX4sdnrl8-6gAptru_ZsLR4UB2CMTlFw5TGAGYAHo76H3oeh7PV9OwYKY-NM9mKuEJ5BQeKUuqLfye-L-cHgQNtt-WcyoHSlPvzPfqE0otzg7MzukNV0Cn3QW2OqGQBA9b-/s1600/TUN+HANIFd1ae1395_XL.jpg)
Apa
yang ingin saya gambarkan disini ialah wujudnya persamaan apa yang
berlaku di German pada tahun-tahun 1930'an dengan apa yang sedang
berlaku di Malaysia sekarang. Apakah kenyatan saya ini keterlaluan?
Apakah kenyatan saya ini TIDAK berpijak dibumi yang nyata?
Mari
saya terangkan agar kita semua tidak mengambil sikap yang salah
terhadap Isma atau Perkasa. Memang ramai akan ketawa apabila nama
Ibrahim Ali disebut. Watak Tok Heng ini dilihat sebagai Badut
Politik. Ramai yang yakin bahawa tidak ada apa-apa yang tersimpan
diantara dua teliga Tok Heng. Tok Heng dianggap sebagai katak. Awas!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL8o-DJJCM_73NzmYBqimqwXV5SgtZeM8XXfbUmmtpjTHA2cEbKan7sFF2yEdcgSw8alEF1A7JGAJCQv8jiK-Qihcxub0YfLkQDnsEUmOlVMuDotB0aHnW8gGXGvGVxfkTpsEsxEK_Wgls/s1600/7d13cc63TOK+HENG77c_XL.jpg)
Hitler
juga adalah seorang pelajar yang gagal untuk memasuki sekolah seni di
Vienna. Kerana gagal dalam bidang seni Hilter menjadi soldadu.
Pencapaian tertinggi Hitler hanya ke tahap Tok Sarjan. Tetapi awas
dan waspada siapa di belakang Hitler, siapa dibelakang Tok Heng dan
Isma. Inilah yang wajib difahami.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSEKG5RIUw72ihL4DcfZ-sv-5LJ0Gvmz46narFuzTltYfdRcrwuSer8KzwJ5-XSBwen3bLWwwGJL9OHXY6MLMHBpuD_IU3ZvBawnXo03O13z_POHqoxoielunGOhTcTNOBZgtLDBnRKWJK/s1600/SYED...jpg)
Ingati
kembali sejarah bagaimana YB Khalid Samad telah mengakui yang dia
telah terlibat dalam perbincangan sulit pada malam pertama satelah
Pakatan Rakyat mendapat 5 buah Negeri pada tahun 2008. YB Khalid
telah dijemput untuk berbincang dengan Pak Lah dalam usaha untuk
menubuhkan kerajaan campuran Ketuanan Melayu dengan Parti Pas. Ini
bukan fitnah. Ini fakta sejarah.
Perancangan
ini wujud kerana pada hakikatnya sesudah PRU12 United Malaays
National Organisation telah bungkus. Maka dari sinilah munculnya
straterji: Melayu/Islam/Raja. Secara dirancang kita lihat bagaimana
Hasan Ali yang kecewa TIDAK dapat menjadi Menteri Besar Selangor
telah muncul dengan ajenda karipab basi yang dipanggilnya Melayu,
Islam dan Raja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5ylGlRLXjidfxKOM_CZVz26-emN6YLR9AxAWuuOBozQirUWLqFLezWJtCBRdPUsJSARza_bUOU0DgaO9VxrX1AMFdp_zb9kQ_HHs6tLo-TICAsktYgbDCXLRVrNPAqYenEKL_JysadyVv/s1600/HITLER(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhn7hkiJUJloANdVC81WSaw0ZdhdqXIYHFD0tYdgPoJ8k_ZW44cBylgJ1wfzw0gCTtDTbcnEuOK9UmtOa_8PK_J7a-DgMCkedl2QUgAAToFUB2HemlvbAGA8x316pX-ZYR5Ajcmt0PTGX/s1600/DAIMJad+(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Jangan
terperanjat dibelakang Hilter yang dikatakan anti Yahudii itu ialah
kaum Zionis sendiri yang melihat projek Aryan Hitler ini akan membawa
manfaat. Apakah kita hairan apabila dibocorkan bahawa Ibrahim Ali
yang anti Cina juga pernah menjadi lembaga pengarah syarikat Vincent
Tan. Dan siapakah agaknya di belakang Genting dan Empat Numbor Ekor? (TT)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUIEaPrt5pW_d7NsJNcE1l3o2CySjCfnEDPfwaXZtMesLT1ZZawwu5Z17oNf9U-nO8qBvjYkzm2k6CkItjtoiSSoEZKNnVfx3N53HfPzLGoYcU400I90Mm39MPWXnenAI_vg4AIbMmAqbT/s1600/azmin.png)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang hendak melanggan
akhabar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------
9 ulasan:
inilah bencana akibat memilih penyangak & penyamun licik memerintah negara pasir berdengung ! ABU !
Nazrin dah jadi Sultan..kaya2..yahuu..
NGO itu...No Goal Organisasi......ISMA itu....Ini Semua Mahathir Ampunya.....JATI itu.....Jual Agama Tinggalkan Ibadah.....PERKASA...hehehehe.....PUKINYA ENAK. ROSMAH KELUARKAN ANAK SAKA AJAIBNYA......comel kan bunyinyerrrrrr
Artikal syok sendiri.Terhasil mcm hayalan stim ganja..jauh pegi nya. Sampai ke jerman.
Bro, jadi ke tak azmin saman lu?
kau tu bodoh la "adoi"....kuk tak setuju..keluar la hujah kau pulak...nie tak leko nk kato org berdongong la...cam tu la kek kampung2 bilo JKKK cawangan takut bilo bdk2 betanyo....hancur Tanah Melayu bilo UMNO ado..
Martabat politik ni 3 perkara: Tak caya cuba pikiaq tengok. PERTAMA: apa nak makan hari ni.(belum ada jawatan) KEDUA: dimana kita nak makan (sudah ada jawatan)KETIGA: siapa kita nak makan (sesudah ada kuasa)
Standard meleis punyer komen..langsung x membina..
Malasah kepada malaysia adalah melayu superior yang bengap,Cina yang tak malak..
Catat Ulasan