APA
DIA DUNIA KETIGA
Dalam
tulisan-tulisan yang lalu saya sering menerangkan kepada pembaca
bahawa Malaysia adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Saya juga selalu
menyanggah pandangan-pandangan dari ahli akademik, profesor atau
pemerhati politik. Saya menyangkal pendangan kerana mereka gagal
mentakrifkan Malaysia sebagai negara Dunia Ketiga. Saya anggap
analisa mereka lompong kerana tidak berasaskan politikal ekonomi
Dunia Ketiga. Malah saya 'menghampehkan' pandangan para pakar ini.
Maka
adalah adil untuk diri saya menerangkan sajelas mungkin kepada para
pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan
Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pecerahan ini saya harapkan
akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita
membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.
Pertama-tama
: Jangan sesekali tersilap faham, tersilap baca - hanya kerana
Malaysia ada bangunan KLCC maka Malaysia dianggap sebagai sebuah
negara maju. Kerana Malaysia ada leterik dan air paip maka Malaysia
negara maju. Kerana ramai warganya menggunakan talipon bimbit maka
Malaysia ini bukan negara Dunia Ketiga. Kerana Malaysia ada kereta
Proton dan ada Lebuh Raya Plus maka Malaysia bukan negara Dunia
Ketiga. Semua ini tidak betul.
Bangunan
tinggi, kereta, talipon bimbit, leterik atau lebuh raya bukan satu
ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan
barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda
ini kita panggil infrastructure atau struktur lauran.
Struktur ini ada dimana-mana dalam dunia ini. Di Dubai , di India,
di Tanzania - ada jalan raya, ada leterik tetapi ini bukan bermakna
negara ini bukan negara Dunia Ketiga.
Dalam
memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa
dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah
saperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancung
ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat
'superstructure'.
Apa
itu 'superstructure”? Superstruktur adalah lembaga-lembaga
daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga,
kesedaran sosial dan tanggugjawab warga. Apa yang jelas semua ini
adalah perkara-pekara yang TIDAK dapat dilihat, dipegang atau
dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas
terdirinya sebuah negara.
Jika
Malaysia ini ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga - apa pula negara
Dunia Pertama dan negara Dunia Kedua? Dalam takrifan politikal
ekonomi negara Dunia Pertama ialah Amerika Syarikat dan Rusia. Inilah
dua negara super yang memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera.
Negara Dunia Kedua ialah negara-negara Eropah Barat. Selain dari itu
– semua negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur –
adalah negara Dunia Ketiga.
Paling
jelas – ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau
diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah saperti Belanda,
Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia
Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin –
kesemuanya wujud pasca kolonial.
Tanah
Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu
wujud atas runtuhan Kerajaan Melayu Melaka. Bagitu juga Indonesia
diwujudkan oleh Belanda diatas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.
Apa
yang jelas pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial
telah melahirkan Dunia Ketiga. Umum mengetahui bahawa kuasa kolonial
menjajah dengan tujuan untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil
mahsul, merampok bahan galian, emas , perak , bijeh dan minyak.
East
India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah
Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mengundur maka Britian
telah meninggalkan kuasa pentabiran kepada budak suruhan yang setia
untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong
bijeh - akan terus selamat. Justeru United Malays National
Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.
Pekara
yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan
di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk
memahami hakikat ini ialah melihat bagitu banyak negara-negara Arab
Telok diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia
Kedua.
Negara
Dunia Ketiga memiliki beberapa lagi watak dan perangai yang
mengabsahkan kedudukan mereka. Semua watak dan perangai dikongsi
bersama. Di Negeria, di Kenya, di Indonesia atau di Malayaia watak,
pola dan ciri Dunia Ketiga ini jelas. Ciri dan pola inilah yang
memberi takrifan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.
Asas
ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengekspot bahan mentah. Negara
Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi
negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan
Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor
keperluan negara Pertama dan Kedua.
Justeru,
kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia
Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah saperti
badan kehakiman, SPR, SPRM , media, polis, tentera, Raja, Al-Malik
atau Sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.
Lembaga-lembaga
daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru RASUAH adalah ciri yang
amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga
mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.
Badan
kehakiman, polis, pegawai kerajaan dan apa saja lembaga daulah yang
diwujudkan 'boleh dibeli'. Malah ada lembaga-lembaga ini
diwujudkan untuk menjadi lukah dan jerat sebagai cara untuk
mengambil duit rasuah. Cara rasuah berjalan dan tujuan pemberian
rasuah ini sama sahaja. Yang berbeza hanyalah rasuah dilakukan dengan
dinar, ringgit, rupiah, dolar atau riyal.
Negara
Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada
demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem Presiden, ada yang
mengunakan sistem Persekutuan, ada negara Raja Berperlembagaan. Dari
buku rujukan semuanya memang indah – di Kenya ada pilihan raya. Di
Pakistan juga ada pilihan raya.
Tetapi
sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan
raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga.
Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihanraya dalam
negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.
Kes
kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihanraya di
Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia telah menjalankan
pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi
rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan
raya akan mengubah kerajaan. Suara udian majoriti 52% yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat tidak akan
mengubah apa-apa.
Dalam
negara Dunia Ketiga jika pilihanraya itu boleh menukar kerajaan maka
pilihan raya itu akan diharamkan. Tak percaya? Sila rujuk apa yang
sedang berlaku di Pakistan sekarang? Islamabad sedang dikepong oleh
para pengundi yang telah ditipu undi mereka.
Apa
itu PROSEDUR DEMOKRASI yang sering saya paparkan?
Prosedur
Demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala
lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak
boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong.
Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.
Contoh
yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokarsi dalam
Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang
berlaku di Selangor.
Kerajaan
Selangor ditubuhkan melalui PRU13. Ini prosedurnya. Menteri Besar dan
Exco dipilih dari parti yang memiliki suara terbanyak. Ini
prosedurnya. MB dan Exco yang dipilih oleh undian ahli-ahli Dewan
Undangan. Ini prosedurnya. Nama-nama yang diundi akan dimaklumkan
kepada Sultan. Ini prosedurnya.
Tetiba
warga Selangor dan rakyat Malaysia diberitahu Sultan mahu nama bakal
MB Selangor. Ini demokrasi hampeh namanya. Saya berkata hampeh
kerana Pakatan Rakyat telah memilih sosok yang wajib dinobatkan
sebagai MB Selangor. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi suara
terbanyak wajib dinobatkan.
Semua prosedur akan berjalan baik jika kepentingan kaum pemodal, para perasuah, ajen jual kontrek, pencari kontrek tidak tergugat. Apabila kepentingan ini tergugat maka kita akan melihat demokrasi ini hanya berak lembu. Ini satu watak demokrasi dalam negara Dunia Ketiga.
Dr
Wan Azizah mendapat sokongan 30 ahli Dewan Undangan Selangor. Ini
jumlah majoriti. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga ini tidak berlaku.
Tetiba dunia diberitahu Sultan akan memilih. Perbuatan Sultan
memilih siapa MB Selangor yang baru ini adalah contoh prosedur
demokrasi.
Dari
sini maka timbulah soalan hakiki untuk kurun ini. Soalan yang tidak
ada jawaban tetapi soalan yang akan mendidik kita semua untuk
mengabsahkan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.
Jika
Sultan yang memileh siapa yang akan menjadi MB Selangor atau siapa
yang menjadi PM Malaysia – mengapa kita menghabiskan duit , masa
dan tenaga membuat pilihanraya. Kenapa dari awal lagi TIDAK kita
serahkan nama Si Polan dan Si Polan untuk Sultan membuat pilihan.
Kenapa kita terus berberak lembu kepada orang ramai. Oppps...
maaf... berak lembu inilah yang membuktikan bahawa Malaysia ini
negara Dunia Ketiga. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045
------------
7 ulasan:
ayam kahkahkah ! ABU !
OOOoo barulah aku faham. Negara Dunia Ketiga adalah Negara yang BERBERAK LEMBU. Bodoh mengalahkan Lembu. Muka Hodoh mengalahkan Lembu. kakhakahakahkahakhakhakhakah
antara langkah2 menuju ke negara donia ke 2 1/2:
1. sekarang ada dua gabungan parti2 politik & bukan 2 parti spt uk & usa. pru 14 akan datang gabungan2 ini mesti istihar nama bakal mb/km/pm pada masa penamaan calon. jgn jadi maharaja kerana adun & ahli parlimen adalah semua wakil rakyat. 2. haramkan wakil rakyat jadi katak. sekarang ni perbuatan lompat melompat di'halal'kan atas nama hak berpersatuan. perkara 10.1.c perlembagaan persekutuan - "semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan". soalan - adakah sama berpersatuan dgn membentuk persatuan?. dlm konteks ini, adun & ahli parlimen adalah wakil rakyat walaupun warganegara tapi status dah berubah. adakah wakil rakyat berhak mengkhianati mandat rakyat?
TT buat penat saja kau nak terang pada melayu ngok dibawah umnongok ni.Mereka sebenarnya ditipu oleh mamak anak iskandar kutty kononnya Malaysia dah maju.Taik kucinglah.Kalau jamban dirumah pun tak bersih dan tandas awam pun kena dicuci oleh pekerja asing itulah dengan jelas Malaysia adalah negara dunia ketiga.Sama taraf dengan negara-negara Afrika.Cuma diAfrika tak ada apanama orang panggil Putrajaya dan apa-apa benda lagilah.Satu ciri lain negara dunia ketiga Malaysia taraf Afrika ialah kerja pemimpin-pemimpin adalah tipu rakyat.Dalam kes ini tipu melayu.Ciri paling nyata.Undang-undang hanya untuk pembangkang.Parti pemerintah buat rasuah macam kes lembu kondo dan kes anak Toyo semua buat bodoh lembu je.Memang semua macam babi sial saja.Pemikiran tahap taik lembu.Memang Dajal dunia ketiga ni.
Malaya ini bukannya negara dunia ke-3, malah negara ke-3 di dunia bertitle korupsi selepas Uganda dan Zimbabwe.
Bodoh mcm lembu..
Kah kah kah..
Malaysia punya lebuhraya, airport, bngunan canggih, ape yg negara dunis pertama ada, juga ada d msia tpi msia masih tergolong dlm dunia ketiga: rasuah nye sehebat zimbabwe, pemimpin 2 nye kaya raya rakyat dberinye brim supaya diam, djaga ibarat bela ayam mkn denak sehingga benak, jgn berangan nk hidup senang mcm tuan, dtanmkn rase benci kpd kaum Cina yg kedudukn ekonomi nya lbh baik dr org melayu tpi yg ambik hak melayu ialah pemimpin melayu yg ada ni. Tpi krn semngat kebncian mngatasi segala nya, lupa kita yg memerinth bkn Cina tpi Melayu, pemimpin dumia ketiga yg setaraf dgn Mugabe, kaki rasuah, kaki betina... Kini sedng bergabumg dgn parti jual agama
Catat Ulasan