SAH HARGA MINYAK NAIK LAGI DENGAN GST
Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.
Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.
Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.
Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.
![](http://www.canadiancreditcenter.com/cms/images/stories/high-gas-prices-hurt-canadian-drivers-in-canada.jpg)
Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.
Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.
Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.
Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
15 September 2014
---------
2 ulasan:
Akan ada orang cakap macam ni....
"ko ni penipu la bhai.. bila ada gst barang akan turun harga sebab 16% - 6% = 10%. Jadi harga turun 10%. Jadi orang yang kata gst naik harga ialah orang penipu"
Mereka termasuklah Pak Lang aku di Felda Serting Hilir.
bemakna paklang ko yg ei felda tu lg ceredik drpada ko la ngok...cai
Catat Ulasan