AKTA
BAGINDA QUEEN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx-HFO0Sh5_X-GW9Im0V4u4qpIfUoGMInqtIXENy2TY0Hq-efuas60M7t6Fyiu8HCpHJAEUQEBC1hyxo1MnhFjr-rxjM7b7lC7RtkrHIDNc3koG1keGagyUql88uhS8bJoRZaeh4RueJPZ/s1600/tukartiub+(1)%2B(1).jpg)
Jangan
risau, jangan takut apabila membaca ayat – menggulingkan kerajaan.
Menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan. Di Amerika proses
menggulingkan kerajaan berjalan lima tahun sekali. Parti Republikan
menggulingkan Parti Demokrat. Obama menggulingkan Bush. Di United
Kingdom Parti Konservatif menggulingkan Parti Buruh. Jadi, guling
mengguling ini satu lumrah politik. Kerajaan Siam entah berapa kali
kena guling. Kerajaan Siam berguling-guling tetapi kota Bangkok masih
wujud.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisCelGQxM-GmLvzVrxroq_jRnaY_dRYsf47_v7H3wmdhZtMdVLRgujESm1WrmQlqHRhEb6ivNqFraawDTsfyPanvREJCfktqgQBHXPuDTnWOJCUhd39YJS94ehMvX7o6maykhliCQOx9Wf/s1600/GHAH+3+TUNTUTN+BETUL+(1).png)
Perlu
diberitahu bahawa hanya di Malaysia wujudnya perkataan-perkataan
yang TIDAK boleh digunakan. Perkataan ini dilarang. Melarang
penggunaan perkataan ini sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan
orang ramai. Contohnya - perkataan menggulingkan kerajaan. Sosok yang
menggunakan perkaatan atau ayat menggulingkan kerajaan ini akan
dituduh sebagai 'orang jahat'.
Untuk
aku, hakikatnya menggulingkan kerajaan United Malays National
Organisation ini adalah satu tugas suci untuk semua warga Malaysia
yang memiliki fikrah yang jujur. Malah semua agama dan semua budaya
dalam dunia ini menuntut penganutnya bangun menggulingkan kerajaan
yang zalim.
Menggulingkan
satu kerajaan zalim bukan sesuatu yang baru. Dari Firaun dizaman
Mesir Kuno hingga ke zaman Suharto di Jakarta. Dari Ahmad Reza
Pahlavi di Tehran hingga ke Mubarak di Khairah – semuanya
digulingkan oleh rakyat. Regime ini digulingkan kerana memerentah
dengan zalim, membunuh dan memenjarakan musuh politik dan mengamalkan
rasuah untuk mengkayakan anak bini dan kroni.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuLeebcnkNLu4pImSNfjTymXXHF-51FaNZsciEQsEULEZX8xEljrYOjta_Y9RgW81TH0aJ4SAi3jbeyiKYiUYMG6_fPi1KuS8pEfJujBHi2e8gGfN3uNy3-dMG9BVnfvnk2avycZkkCYaI/s1600/SANG+SAKA+100+PERATUS5905645_n.jpg)
Apa
yang aku tulis diatas mengikut Akta Hasutan 1948 akan mensabitkan
aku untuk dipenjara. Walau pun hakikatnya Najib terlibat dalam kes
bunuh Altantuya, Rahim Tambi Cik terlibat dalam kes rogol budak
sekolah, Rosmah mendapat dana hampir satu bilion ringgit walau pun
bukan jabatan kerajaan.
Jelas
Akta Hasutan 1948 ini adalah satu undang-undang yang diwujudkan untuk
mempertahan kejahatan dan kezaliman. Hujah aku ini tidak perlu
merujuk kitab Lord Denning – hakim besar United Kingdom untuk kurun
ini. Hanya mamadai untuk menerima fakta bahawa Akta Hasutan 1948 ini
bukan buatan anak watan Tanah Melayu mahu pun warga Malaysia.
Namanya sahaja telah jelas menunjukkan bahawa undang-udang ini
adalah akta peninggalan penjajah.
Pada
tahun 1948 Tanah Melayu di bawah British yang diperentah olek King
George ke 6. Ketika Akta Hasutan ini diperkenalkan ke Tanah Melayu,
Baginda Queen Elizabeth, Pemaisuri England hari ini masih belum
menjadi Ratu. Bayangkan betapa koroknya undang-undang ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAIu_cFazTyHs-cp9Sdo__VdxgciRf1P3djgkvnH9bREGVLFGQ1BFpuQxmUrcL_nvLbQulrN4pZU_QjL_f-OWRdCNDrvhTIrA_J8tuw-XhmVv9NWxB90BxLPopNxJ323_QlutY3WaVO68N/s1600/DEMO+PEGUAM(3).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Apabila
BMA – British Military Administration datang kembali ke Tanah
Melayu sesudah Jepun mengaku kalah – suasana politik Tanah Melayu
telah berubah. Parti Komunis Malaya, Kesatuan Melayu Muda , Api, Awas
, Hisbul Muslimin telah bergerak ke hadapan dizaman Jepun. Kalau
penjajah Jepun ditentang mustahil kesampaian British tidak ditentang
– inilah mantra kaum nasionalis pada ketika itu.
Sejarah
telah merakamkan bagaimana Parti Komunis Malaya bersama gulungan
nasionalis telah menggalang setiakawan yang rapat ketika menentang
Jepun. Parti Komunis Malaya bersama kaum nasionalis telah mendirikan
– Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun. Gerakan ini telah
mengangkat senjata menentang fasis Jepun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTjS6p9wiJf7WFl8q3Uh38nVISF3HPQDPFKGN3x1fdBQ5ghcSAhzxU3-ikW2QHOSJ9pioCBIOvL8Y1JWMJfYVePFHYfHVPTVlsOvaoAoWJfA1dHZRu3t0p1ejPJNeurjQkY-txyv97TCIx/s1600/LOGO+NUKLEAR+YANG+BETUL.png)
Sejarah
juga telah merakamkan bagaimana AMCJA-PUTERA telah mewujudkan
Perlembagaan Rakyat 1946. Ini adalah dokumen sejarah – perlembagaan
baru Tanah Melayu Merdeka yang diperjuangan oleh kaum nasionalis.
Dokumen sejarah adalah bukti telah wujudnya setiakawan anak semua
bangsa dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu.
Penentangan
anak semua bangsa terhadap penjajah British dan Baginda Queen telah
mencurigakan kuasa kolonial. Ketika kantung kerajaan British kering
– jika Tanah Melayu bebas merdeka besar kemungkinan akan berlaku
pemberontkan kaum buruh di England. Justeru Tanah Melayu sebagai
lubuk emas wajib dipertahankan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAu_myZxMj5YULLzcO84Qm2Shyphenhyphen8XOAxqySCivShoE4E6uC3Kb6tYi3rDu923nDexSPFc5sHwKZtdc59uhKyRJHRZYCAvCMORsqOWQeYi58Rn9hI23Op9lMTky_vtts0Bvb_4AUYsdiB80c/s1600/DINER+GHAH+unnamed+(3).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Justeru
pada 20 Jun 1948 Darurat telah diistihar. Darurat bermakna satu
bukti dimana anak semua bangsa di Tanah Melayu telah bangun menentang
penjajah British . Ketika dan dalam suasana inilah Akta Haustan 1948
telah diperkenalkan. Akta ini TIDAK diluluskan oleh Parlimen
Malaysia. Akta ini jelas bertujuan untuk mematahkan gerakan
nasionalis yang sedang menuntut Merdeka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUtapVM-CcZ0uYqcseg0-qKI6ICUEEwd0JEjhW3JWWaZhx0nglW1j0hCUcu_qzjXT5HmjNzAOq0ROp6X5st_uqZ1A_UZONEyHHuDcNE6Dw2YCvdAqnatk3caKWT_BNqHqulyMlt-tx61sf/s1600/LOGO-FINAL-GHAH.png)
Dalam
zaman Darurat dahulu ramai kaum nasionalis, pengerak kesatuan
sakerja, kaum agamawan yang ditangkap dan dipenjara dibawah Akta
Hasutan. Sekarag – pada tahun 2014 – Akta ini memainkan peranan
yang sama. Tahun 1948 digunakan untuk mempertahankan penjajah. Tahun
2014 digunakan untuk mempertahankan barua penjajah.
Aku
dituduh pada malam 13 Mei 2013 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur, telah memberi satu ucapan yang ditafsirkan oleh gerombolan
bani ketuanan Melayu sebagai menghasut.
Biar
aku terangkan disini apa isi kandungan ucapan aku. Jangan salah
tafsir. Penerangan aku ini juga bukan untuk menagih simpati. Juga
bukan sebagai hujah menentang dakwaan. Apa yang aku tulis ini
hanyalah fakta.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvAzzJnsthX-wVp3vAzPEBuoFrTPRmYLQQ5NCFsWalzL1jUUlnlE1Z4w7m-Y2TI7pLnDkCTpEohDyqb8h7vjz0c4szbfWNmV8dHXxy5tNUMOTcgdBjRKrfdwTW8dCUt1VtqTvoFaT_c0HO/s1600/DINER+GHAH.jpg)
Isi
ucapan aku pada malam itu bukan sesuatu yang baru. Sikap aku
memperlekeh SPR juga bukan baru. Pada hemat aku SPR telah merancang
dan menyusun satu sistem pilihan raya yang akan memastikan gerombolan
Ketuanan Melayu terus berkuasa. Tuduhan aku ini telah dibuktikan
saheh apabila BERSIH telah menjalankan Tribunal Rakyat
yang meneliti PRU13. Laporan Tribunal Rakyat ini tidak menyakal isi
ucapan aku malah memberi pericinan yang rapi tentang peranan SPR yang
menipu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ8N59qJZhwTNtAZgS-i5qbi7ef388pI6mQQwgfEPltYDhgRUMWQRJmC9FtfiUutG-GU9AIi2TVREIcQ9FOa0_JYKYp8wh_NQiiYr6BjsGxMKaSRJZjlw3vk0oOad_OXA6ArNptmfLERoa/s1600/BUKU+ownload+(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Buku
ini adalah himpunan tulisan aku sebagai satu usaha untuk memberi
pencerahan kepada oarang ramai terutama kepada anak-anak muda agar
mereka akan bertindak untuk menggulingkan kerajaan United Malays
National Organisation.
Dalam
bahasa Mat Salleh – semua yang aku lakukan ini akan dikhatamkan
dalam satu ayat ' so what is new - apa yang baru' . Kalau
menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai taktik untuk menakut-nakutkan
aku – biar aku rakamkan disini secara hitam puteh bahawa aku TIDAK
takut.
Untuk
pembaca tulisan ini terutama anak-anak muda aku ada satu pesanan :
Dalam negara yang diperentah oleh kerajaan yang zalim berkata benar
adalah satu tindakan revolusiner. (TT).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjn3WXLE4ismKvp9OjtsQPamwUR_fa1Hlz8dpR5NoB0THLgmUfHq5mwvJe80dg29G8XYobUSAsjOOYmOgEgYhOjgOd2FXIEKOfYz-19X-zHQhyphenhyphenczi1GPSXlp0wOvirIrdeHityLuoXMlehV/s1600/LOGO+RAKYAT+d+(3).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minnguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
7 ulasan:
guling menguling bawak bahagia ! ABU !
tuan tt
juga perlu dingat walau darurat telah masuk 1948 tapi satu parti tidak didaruratkan iaitu umno.kerana umno adalah hasil lukisan british.umno berjuang menentang malayan union bukan british sedang pihak kiri berjuang menghalau british.
sekian
zz
Tt....guling menguling kan mainan biasa semua orang! Mat mongol guling menguling big mama dn minah mongol,hulk horgan guling menguling the terminator ,ada tok guru guling menguling 2 lawan sekali....knapa pula jadi masaalah nk kata menghasut pulu kn.
Kn Tt cuma buat cadangan je guling gulung umnob....tk apa kn sebab menteri nancy kata jika buat cdangan bukan menghasut.
setuju dengan Isham.
semoga tt panjang umur.
susuk yang ada hormat diri.
isham adalah susuk yg jujur dan ikhlas.ketika bro isham sibuk hapuskan ghah..ada susuk jubah sibuk dgn oktofest.sibuk dgn pasma.susuk tu bukan gagal faham tp buat2 tak paham asal masyuk..byk yg aku blaja dr bro isham bbanding suku mhukum..god bless u bro isham..
ketika tulisan ini dilakarkan mungkin ada cahaya didalam kegelapan....bukan diminta nasib begini....tetapi inilah yg tertulis...belum tentu dlm sejuta manusia ada seorang hishammudin rais..ada sesuatu yg akan menjadi khazanah sepanjang zaman...setiap yg hidup pasti mati...tetapi tukar tiub akan hidup selagi adanya manusia di muka bumi...takkan hilang tukar tiub didunia...melayu akan hilang didunia kerana kezaliman....tetapi tukar tiub takkan hilang didunia kerana perjuangan menentang kezaliman pasti kekal selagi adanya syurga dan neraka...inilah sebutir mutiara yg tiada penganti..takpa toksah kita tangisi nasib malang penulis tukar tiub ini kerana selagi wujudnya hujan selagi itulah petir akan memanah..tunggu dan lihat..tukar tiub dan karyanya akan bersemadi tanpa kubur...ertinya selagi ada penganut empat kitab selagi itulah tukar tiub hidup...aku dah merepek sikit ni...biasalah minum kopi..nantilah aku sambung...kalau kena pon 2 tahun lepas tu boleh menaip lagi..u are not typewriter...u r world wide web magazine..dari seorang sahabat yg jasadnya sudah mati....mcm dlm filem...boleh buat filem cerita tukar tiub ni....journey of the king..confirm pecah panggung...tayangan perdana pada 9999...tengok dah tulis tu...confirm tukar tiub masih wujud pada tahun tersebut...gwa mmg terer
Catat Ulasan