Selasa, 14 Oktober 2014

NAJIB PALING BOROS






PASARAN MODAL TIDAK RUNTUH KERANA CUKAI, PELABUR KELUARKAN MODAL JIKA KERAJAAN TIDAK AMANAH

Kenyataan  Najib Razak beberapa hari lalu kononnya pengenalan Cukai Keuntungan Modal (atau Capital Gains Tax, CGT) akan meruntuhkan pasaran modal dan saham negara adalah tidak bertanggungjawab. Ia cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat dengan harapan sebilangan besar rakyat tidak faham soal percukaian akan mudah mempercayai beliau.

Hakikatnya, CGT hanya dikenakan ke atas untung bagi urusan jual beli aset kewangan. Aset kewangan adalah terdiri dari saham, bon dan produk kewangan yang lain, iaitu jenis pelaburan yang hanya mampu dibeli oleh orang berpendapatan tinggi.

Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat mengusulkan bahawa lebih adil dan bermoral jika golongan kaya yang mendapat keuntungan dari urusniaga saham, bon dan aset kewangan seperti ini dicukai terlebih dahulu sebelum rakyat biasa (tanpa mengira pendapatan) dicukai.

Makanya, CGT yang hanya mensasarkan golongan kaya adalah lebih bermoral dan adil berbanding dengan GST yang mengenakan cukai kepada semua rakyat.

Statistik pemilikan aset kewangan yang didedahkan oleh Muhamad Abdul Khalid dalam bukunya “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” menunjukkan bagaimana hanya segelintir rakyat Malaysia yang mampu memiliki aset kewangan sebegini seperti berikut:

1)      Lebih dari 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
2)      Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan di negara ini.
3)      80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% dari aset kewangan.

Oleh itu, dengan pelaksanaan CGT yang dijangkakan akan dapat mengutip cukai sebanyak RM3 bilion  dalam tahun pertama, dianggarkan sekitar 10% hingga 15% dari rakyat Malaysia yang akan menanggung cukai ini.

Ini jauh lebih adil berbanding dengan GST yang mengakibatkan semua rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban cukai tanpa mengira latar belakang dan pendapatan.

Tuduhan Najib Razak bahawa pelaksanaan CGT akan meruntuhkan pasaran modal dan saham negara juga tidak berasas. Negara-negara yang mempunyai pasaran saham yang paling dinamik dan menjadi pusat kewangan dunia semuanya melaksanakan CGT.

Pelaksanaan CGT di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun dan negara-negara maju yang lain tidak pula menyaksikan runtuhnya pasaran modal di negara-negara ini, malah sebahagian daripada pendapatan negara-negara tersebut disumbangkan oleh CGT.

Sekarang pun ketika Malaysia tidak melaksanakan CGT, Malaysia masih mengalami masalah aliran keluar modal yang tinggi seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Malah, GFI secara jelas menyatakan bahawa aliran keluar modal yang tinggi adalah disebabkan oleh kegiatan haram, rasuah dan amalan dagangan yang diluar undang-undang.

CGT juga digunakan oleh negara-negara maju untuk mengawal kemasukan modal supaya hanya aliran modal sihat yang benar-benar berminat untuk melabur di dalam negara ini diberi pelepasan dan diskaun cukai, sementara aliran modal berbentuk spekulasi dikenakan CGT.

Jawapan Najib setakat ini menunjukkan beliau benar-benar tidak mempunyai jawapan kenapa beliau enggan mengenakan cukai CGT kepada orang kaya sedangkan golongan miskin terpaksa menanggung beban GST.

RAFIZI RAMLI
Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri KEADILAN







-------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oii, sejak bila pulak rafizi ramli jadi MP kelana jaya. ni mesti kerja copy and paste ni...

Tanpa Nama berkata...

Sokong CGT. Lagipun memang dah sedia ada RPGT atau CKHT yang mana pemunya aset hartanah yang jual aset dalam tempoh 5 tahun selepas pemilikan akan di kenakan cukai keuntungan harta tanah. So CGT adalah tepat dan adil. Kamu ada aset, kamu jual aset dan untung, kamu bayar cukai:-)

Tanpa Nama berkata...

Padan muka mat monggol.PM takda sijil cuba nak tipu rakyat yang ada sijil.Pi mampossla mat monggol.kau takkan selamat dan kau akan dihumban oleh anak iskandar kutty sedikit masa lagi.kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

Mat monggol trauma bila dengar CGT kerana huruf C, bunyinya dqn sebutannya sama macam sebut C4.jadi monggol risau pasaran berkecai seperti kena tujahan enjin jet.