KOMENTAR
bukan satu yang baru
ini diketahui umum
hanya kali ini
pandangan dikutip
secara ilmiah
maka mucul persoalan hakiki
apa nak dilakukan?
jika sudah tahu
jika sudah ditemui
jika sudah dikaji
maka apa nak buat
orang puteh kata
what are you going
to do about it
Parti politik dianggap paling korup
PETALING JAYA - Parti-parti politik di negara ini dianggap sebagai institusi yang paling korup, diikuti oleh polis dan penjawat awam.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Akhbar Satar berkata, ini berdasarkan tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 yang dilakukan badan itu ke atas 2,000 responden dari pelbagai lapisan masyarakat.
"Ramai yang memilih parti politik, menunjukkan mereka tidak percaya kepada institusi berkenaan. Malah, ini kali pertama parti politik berada di kedudukan teratas berbanding tahun lalu, (iaitu) di tangga kedua.
"Secara peribadi bagi saya, korup dalam parti politik ini kebiasaannya melibatkan pemberian kontrak, perniagaan, lesen ali baba dan seumpamanya. Jadi, sebagai ahli politik, sepatutnya mereka tunjukkan contoh yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, di sini, semalam.
KAH
KAH KAH
woit
orang puteh cakap
what is new?
satu malaysia tau
politikus korup
cakap tak guna
berbuih mulut
smua NATO
no action tok onli
APA PUNYA TUUUR
---------
2 ulasan:
Serupalah dengan model operasi pak tt...
"menghasut" = no action talk only!
anon 11:17
apa kata action spt china? perasuah hukum tembak. ada brani?
Catat Ulasan