RIWAYAT
POTONG KAKI
Mengikut
kata Sahibul Hikayat adalah kesah disebuah negeri Entah Berentah.
Negeri molek lagilah indah. Negeri turun temurun milik cucu cicit Wan
Empok dan Wan Malini.
Kesah
ini sampai dari mulut ke mulut. Pada saat dan ketikanya pada hari
baik bulan yang baik maka hamba bersurah kesah ini agar menjadi hawa
telinga agar menjadi ajaran hendaknya. Amin.
Maka
hamba pun memanjang lidah membawa ceritera ini dari Tok Perawi ke Tok
Perawi dari Tok Penggwa ke Tok Guru. Dari hulu kampong ke hilir
kampong. Dari hulu sungai hingga ke tebing laut. Telinga hamba
mendengar kesah ini dari lidah Tok Guru. Jika kesah ini tidak benar
maka tidak benarlah cakap Tok Guru. Jika kesah ini pencong maka
penconglah hati Tok Perawi. Hamba ini hanya berangan-angan untuk
menjadi Perawi Soheh agar anak cucu cicit hamba akan selamat tujuh
keturunan.
Mengikut
ceritera yang hamba dengar dalam negeri Entah Berentah ini ada
seorang Putera Raja yang kacak lagi bergaya. Berdastar macam anak
Raja Melaka. Berkuda macam anak Raja Mongolia. Memanah tepat busar
mengena apa sahaja. Berlari sederas angin. Berenang sepantas ikan.
Bila memanjat kepala tak ubah saperti berok dan ungka. Ada pun nama
diberi Putera Buana Embun Nila Derai Ulai Lembayong – dipendekan
menjadi Putera Bendul. Dimanjakan menjadi Mat Bendul
Mengikut
tuan empunya cerita Putera Bendul yang masih belum beristeri masih
juga belum ditabalkan sebagai Raja Negeri. Ini mengikut surah Tok
Guru yang mendengar dari Tok Batin yang mendengar dari Tok Penggawa
yang mendengar dari Tukang Masak Istana bahawa Mahkota Diraja telah
hilang dilarikan oleh saekor Ungka Bertina. Mengikut yang empunya
ceritera Ungka Betina ini pada satu malam yang gelap telah masuk ke
bilik Gong Seri dan mencuri Mahkota Diraja.
Adalah
menjadi cerita pada satu ketika dahulu Ungka Betina ini hidup makan
tinggal dalam Istana. Kesah benar ini menjadi pelik lagi
menghairankan kerana Ungka Betina mencuri Mahkota Diraja dengan niat
untuk menjadikan anak kesayagannya sebagai Raja.
Adalah
menjadi sumpah turun temurun sesiapa memiliki Mahkota Diraja maka Si
Polan itu akan ditabalkan menjadi Raja. Inilah adat lama turun
temurun yang dibawa dari Bukit Seguntang Mahameru.
Putera
Bendul amatlah susah hati kerana belum ditabalkan lagi. Mahkota
Diraja telah dilarikan oleh Ungka Betina. Maka untuk membaik keadaan
Putera Bendul pun mula menukar corak. Kalau dulu suka bergedebe ke
Golok suka bergedebe ke Danok kini Putera Bendul turun ke masjid
untuk menunjukkan pada rakyat jelata bahawa dirinya Putera Raja yang
adil lagi warak.
Setiap
tahun bila bulan puasa masuk Putera Bendul akan berzakat fitrah.
Sedekah ke setiap kampong dan desa. Lembu dipotong itik dipanggang
orang kampong tak pernah pulang kosong mendapat pelbagai zakat dari
Putera Bendul.
Mengikut
tuan yang empunya ceritera semua lembu dan itik semua duit dan
belanja zakat datangnya dari tangan Mamak Bendahara Kerajaan Negeri.
Ada pun Mamak Bendahara ini amatlah bijak lagi bistari mengurus sawah
longkang dan parit. Kerana bijak bistari maka Putera Bendul telah
menganugerah derajah kebesaran Datuk Diraja Nila Angkasa kepada Mamak
Bendahara. Jika dipedekkan maka Mamak Bendahara ini dipanggil Datuk
Dna.
Adalah
dikatakan tahun yang baru berlalu Putera Bendul ingin berzakat lagi.
Maka Datuk Dna telah dipanggil mengadap. Kesah punya kesah cerita
punya cerita labon punya Datuk Dna telah berjanji akan memberikan
hutan balak kepada Putera Bendul.
Mendegar
hutan dara penuh dengan meranti merbau dan jati maka melelehkan air
liur si Bendul ini. Maka Putera Bendul pun pergilah berjumpa Pak
Sedara Kaya untuk meminjam emas sebara sementara tanah balak diukur
dan dikira. Kesah punya kesah maka Putera Bendul pun mula berzakat
saentero negeri. Melawat masjid dan surau. Memontong lembu dan
kerbau.
Maka
hari berlalu bulan pun berlalu. Maka sampai hari dan ketikanya Pak
Sedara Kaya datang mengadap Putera Bendul untuk meminta kembali emas
sebara untuk meminta duit dan harta. Maka tergesa-gesa Datuk Dna
dipanggil datang untuk mengurus hutang piutang.
Datuk
Dna mengigil datang. Membawa peta map dan butang. Semua bertujuan
untuk mengenal hutan balak dan hutan lojing. Cari punya cari. Peta
punya peta. Tok Batin Gua Musang dipanggil datang untuk mengenal
hutan melintang. Tok Batin menggeleng kepala. Ada pun mengikut
ramalan Tok Batin semua peta dan map tipu belaka. Tidak ada hutan
tidak ada balak . Tidak ada jati meranti dan merbau.
Maka
amat murkalah Putera Bendul. Muka merah menyinga taring mula keluar.
Putera Raja ini merasa dihina dihadapan Pak Sedara Kaya. Putera
Bendul merasa dimalukan oleh Datuk Dna. Maka Putera Bendul mahu Datu
Dna dihalau ke Laut Kalzum. Tugas digantikan dengan Mamak Bendahara
baru. Maka krisis politik mula muncul dalam Kerajaan Negeri Entah
Berentah.
Mengikut
tuan empunya ceritera Datuk Dna telah mengigil sejuk ketakutan.
Apabila Istana murka ertinya masa depan Datuk Dna akan terkubur.
Takut punya takut Datuk Dna telah mendengar nasehat Bomoh Suling
untuk menjemput datang dua pakar ilmuan yang boleh menyelesaikan
krisis politik negeri Entah Berentah dengan Istana Raja.
Maka
Datuk Dna dengan cergas dan pantas telah menjemput ilmuan negara
bergelar Datuk Serban Berat Sebelah dan ilmuan negara bergelar Datuk
Seri Sang Koper. Mereka ini bertanggung jawab melantik diri mereka
sendiri sebagai pakar dalam hal politik dan tadbir negara.
Pada
hari dan saat yang ditetapkan maka tiga kepala jendul ini pun duduk
berfikir. Mengikuit kata sahibul hikayat mereka berbincang pagi dan
petang. Dari siang hingga ke senja dari senja hingga ke subuh
mencari jalan bagaimana cara untuk menutup kesah Putera Bendul yang
sedang murka dari diketahuii oleh rakyat. Jika penipuan ini diketahui
oleh rakyat maka cangkul dan sabit akan datang mencari leher Datuk
Dna dan kuncu-kucunya yang kunun menjalankan pentabiran Islam di
negeri Entah Berentah.
Rakyat
di Negeri Entah Berentah memang telah lama marah kepda Datuk Dna dan
kuncu-kuncunya. Rakyat tahu bagaimana hutan balak telah ditebang dan
digadai hinggakan orang kampong susah untuk mencari makan. Sungai
menjadi kotor. Sawah menjadi kering. Semua akibat hutan balak
ditebang. Jika kesah Putera Bendul ini diketahui rakyat maka
retak menjadi belah. Rakyat Entah Berentah akan memukul tabuh dan
canang untuk menumbangkan kerajaan yang bertopengkan agama.
Buka
fail tutup fail. Buka buku tutup buku. Akhirnya terjumpa sebuh kitab
kuno yang dipanggil Kitab Ilmu-Ilmu Sutut. Ada pun Kitab Ilmu Sutut
ini adalah kitab ajaran Bani Tamud yang dikatakan telah musnah dalam
satu banjir lumpur ribuan tahun dahulu. Kitab Ilmu Sutut ini
dikatakan telah ditemui selamat dalam mulut ikan paus yang mati
terdampar satelah banjir lumpur reda.
Mengikut
pandangan Datuk Serban Berat Sebelah dan Datuk Seri Koper cara
terbaik ialah mengalihkan pandangan rakyat dengan mengenalka Hukum
Sutut yang dipungut dari Kitab Bani Tamud. Hukum-hukum Sutut ini akan
memeranjatkan dan menakut-nakutkan orang ramai. Bila orang ramai
terperanjat dan takut mereka akan lupa tentang kegagalan iktisad
Kerajaan Negeri Entah Berentah.
Kegagalan
Kerjaan Negeri Entah Berentah dalam banyak pekara telah lama
tersebar. Kesah-kesah ban balak, kesah anak menantu jadi kaya. Malah
kesah baru terbuka tentang Peti Bendahari Negeri penyimpan harta ,
emas dan dinar dan riyal telah hampir kosong. Orang kampong telah
mula berlabon kesah Dayang dan Sida termasuk Pengawal dan Bentara
tidak mendapat upah kerja. Jika kesah Putera Bendul ini pecah maka
akan terbarailah semua kesah-kesah yang lain. Akan gemparlah Negeri
Entah Berentah.
Maka
Datuk Dna pun memukul tabuh dan canang. Mengheboh ke saentero negeri
bahawa Kerajaan Entah Berentah akan memperkenal Hukum-hukum Sutut.
Rakyat diberitahu bahawa satu persidangan khas akan dipanggil untuk
meluluskan Hukum Sutut ini.
Hukum
Sutut ini amatlah keras lagi menakutkan. Adalah dimaklumkan Si Lelaki
yang didapati memakai kasut perempuan maka kaki Si Lelaki ini akan
dipotong. Si Perempuan yang memakai lebih dari 3 pasang gelang tangan
maka tangan Si Perempuan ini akan dipotong. Manakala jika kanak-kanak
lelaki dan perempuan yang didapati kencing berdiri maka dengan serta
merta ibu dan ayah kanak-kanak ini akan disebat. Sesiapa yang
didapati makan petai jering dan kerdas tanpa menggunakan budu maka Si
Pemakan ini akan direjam.
Mengikut
kata sahibul hikayat ketika hamba membuka riwayat ini rakyat seantero
negeri telah mula takut. Kesah-kesah air sugai kotor kesah sawah padi
kesah curi hutan balak telah tidak kedengaran lagi. Orang-orang
kampong mula jadi takut dan ngeri. Bayangkan betapa ngerinya jika Si
Suami terpakai selipar Sang Isteri jawabnya Sang Suami akan
kehilangan kaki.
Sampai
kesini dahulu hamba berkesah. Tidaklah hamba tahu apa gerangan berita
terjadi kepada Putera Bendul. Apakah hutang Putera Bendul telah
diselesaikan oleh Datuk Dna. Apakah Putera Bendul tahu tipu muslihat
dan rancangan dua ekor Musang Berjanggut Datuk Serban Berat Sebelah
dan Datuk Seri Koper yang sedang membuat Hukum Sutut untuk menutup
kesah hubungan Istana dengan Kerajaan Negeri.
Hamba
hanya pembawa kesah. Niat dihati nak jadi Perawi. Jika kesah labon
hamba ini tidak kena dihati maka hamba candangan mu tulislah sebuah
lagi riwayat saperti ini. Walah wal alam bissawab. Amin. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
------------
17 ulasan:
Ya,delta itu sudah 5 tahun berbanjir ganas.sudah berjanji dengan Sang Hyang Pencipta akar akar memasak bumi pasti mengempang hujan agar delta itu jangan tenggelam demi kehidupan manusia,haiwan dan margastua yg lain.
kah kah kah ! ABU jangan lupa juga tentang geng pro'ug' !!
kah kah kah macam baca ujang zaman sekolah dulu
dikhabarkan juga sang putera bendul ingin membina istananya sendiri kerana istana-istana yang sedia ada tak cukup untuk menyimpan segala khazanah dan hasil mahsul negeri....
nganyim molek mu ise...hahaha...
Alkisahnya juga dari hikayat Al syeikh tt wal komunis akan ceritanya yang merawi hadis yang soheh siapakah mat bendol yang menunggang kuda segagah anak putera monggolia?kah..kah..kah..Adakah ini hikayat dari kerajaan mamak bendahara atau pengikut pil kuda yang serban tak masuk oksigen?kah..kah..kah..
Ataupun ini hikayat din jin yang terbang kesana kemari macam polong dalam blog ini?kah..kah..kah..
Ustaz serban tahi semua tu. Undang undang hud hud ala Pas
Negeri banjir pasal
> hutan ditebang berleluasa
> tempat tadahan air berkurang
> sutut
Kah Kah Kah
*
**
Ada seorg lg pembesar bernama sang war tempel blakang...dia ni amat takut dgn undang2 sutut tu...sbb sarbwar tempel blakang ni suka amalan rakyat nabi lut....hukumannya dicincang akan anu dan dimasak kicap. Maka sang war tempel blakang amat benci dgn datuk Dna ni...kua...kua...kua
Bro, molek sangat mu nganjingkan dan pukul keliling. Alam Dan Manusia. Alam musnah, habitat musnah dan manusia punah!
lawak kah kah kah terbaik tt
kiasan kupasan cukup menarik
kalau tak faham lagi tak tau nak kata apa
kelate kelate pas pas pas
kegagalan ustaz ustazah tadbiran
kah kah kah
tak bisa ekonomi tak bisa inggeris tak.bisa tadbir tak bisa urus lah kah kah
pandai bab al kisah al rasuah kum
kah kah kah
banjir dok melanda landa pantai timur
sapa yang dok bantu
saja nak tanya
jangan mare
kah kah kah
Hai, ada janda kt x sni, kalu ade n kalu nk berkenalan bleh pm saya k!
Apasai, apasai la hang tak habaq tang dua KAKI geng sutut dah pon kudung tuu khalass...
kita tuggu sat lg kot kot ada sekoq dua pulak lg yg akan hospital kudungkan..he he he depa yg nak nak sgt sutut tu,,
biar tuhan yg sutut kan depa baru padan muka depa yg kaki auta tu noo..
stim gila baca ceritera nie.mulutku berburit buritan memaki hamun sang lebai yang siang berlebai lebaian nan malam berbutuh butuhan.
Kasiahan akan cerita ini...ramai la manusia melayu islam jadi murtad sebab benci hudud...semoga allah hukum golongan ni secepat mungkin dgn hukuman yg tak terperi....inilah cara allah nak zahirkan siapa syaitan dan siapa manusia.
kalau shahrizat lembu tu janda, ko nak tak? masih lekit lagi, tak payah pakai pelincir
Nampak macam ko yg gelabah tak tentu hala dengar perkataan hudud Hisam oiiii....
Catat Ulasan