Ahad, 1 Mac 2015

AKAN AKAN DIPENJARA





DARI ARKIB

tulisan ini telah 
disiarkan pada 
25 oktober 2014







KENAPA ANWAR WAJIB DIPENJARA

Bacalah surah yang aku bawa ini. Surah ini bukan warita orang-orang dahulu kala - warita orang kini jua. Aku membawa surah surah songsang untuk tatapan kita semua. Tuan Pembaca yang budiman jangan terasa hati. Jangan merasa marah. Iqrak dahulu.

Nobat merpati di gunung
Memberi salam nuri di pintu
Berbeka burung di bumbungan
Berkokok si tambang denak
Bertitir ketitir jantan
Berkubu balam tembaga tiga gaya

Surah yang ditulis ini aku harapkan akan dihanyutkan air dari gunung melimpah ke sungai dari sungai mengalir ke laut. Surah ini aku harapkan akan akan diterbangkan angin naik ke awan. Jatuh diawan disambar helang dan gagak untuk disebar ke Kampong Hulu dan Kampong Hilir. Hendaknya.

Titir canang pemanggil
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung

Aku amat amat yakin pada Selasa 28 haribulan Oktober 2014 ini nanti Anwar Ibrahim akan dipenjara. Rayuan Anwar akan meleset dan gagal. Lima orang Tuan Hakim termasuk Ketua Hakim Negara yang akan menjadi Pengerusi Sidang Mahkamah Rayuan ini akan mendapati Anwar bersalah.

Inilah surah songsang yang aku bawa. Sabar dahulu, biar aku huraikan kenapa Si Anwar ini akan dipenjara. Kau baca dahulu apa yang aku tulis ini. Satelah selesai bacaan maka kau berbunyilah sahendaknya.

Aku berani menulis sademikian kerana dari apa yang aku amat-amati telah jelas. Bagaikan terang lagi bersuluh. Bagaikan talipon telah berdering. Bagaikan durian sudah dapat aku ciumi. Semua babak-babak politik yang berlaku kebelakangan ini menyatakan bahawa Si Anwar ini akan masuk penjara.

Awal-awal duhulu aku memiliki pandangan bahawa 'tidak mungkin' Si Anwar ini dihantar ke Sungai Buluh atau Kajang. Kenapa aku beralih pandangan. Apakah aku telah ditumbuk rusuk hingga terbatuk-batuk? Jawabnya tidak. Realpolitik – uberpolitik kata orang German – menyakinkan aku bahawa Anwar akan dipenjara.

Awal wahid: Pada hemat aku memasukkan Anwar ke penjara ini adalah satu pelaburan Najib dan Rosmah yang paling lumayan. Umum telah mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah bersama Saiful telah bersama merancang untuk memerangkap Anwar.

Mustahil para pembaca lupa bagaimana Saiful menutup lubang juburnya selama tiga hari. Mengikut surah media lubung juburnya tertutup dan padat dengan air mani. Walau pun juburnya sendat dengan air mani Si Saiful ini telah datang bertemu Najib dan Rosmah untuk membincagkan stratiji memerangkap Anwar. Malah Najib sendiri telah memegang tangan Saiful yang dilaporkan oleh media – Najib memegang TANGAN SAIFUL YANG SEJUK.


Inilah buktinya - satu pelaburan murah tetapi pulangan yang amat lumayan. Najib dan Rosmah meraih pulangan yang tidak terhingga.

Apakah para pembaca telah lupa bagaimana juru lecok dan juru heboh Mahathir telah berleter tentang Najib seorang Perdana Menteri yang manai. Najib lebih lembik dari Dolah Badawi. Apakah perlu aku ingatkan tentang Kadir Jasin dan Zainuddin Mydin telah secara terbuka memukul canang memberi tanda bahawa Najib Razak wajib ditendang jika United Malays National Organisation mahu selamat. Dalam firasat dua ekor budak suruhan Anak Lelaki Iskandar Kutty ini Najib adalah 'jantan lembik' yang tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk mengkemudikan ajenda – ketuanan Melayu. Najib wajib diganti.

Justeru apabila Anwar dipenjara ini ialah sebotol Viagra yang ditelan Najib. Dengan pantas Najib akan naik 'ngang' dan memiliki syawat keberanian untuk melakukan sesuatu. Selama ini dilaman media sosial – di Face Book, blog dan di Tweeter - Najib digambarkan sebagai Jantan Mandul yang takut kepada bini. Imej Najib kena ' rojak kang kang' ini telah tersebar meluas. Kesah-kesah Rosmah menengking Najib secara terbuka telah menjadi rahsia umum.

Aku wajib mengingatkan pembaca bahawa yang membebaskan Anwar Ibrahim ialah Abdullah Badawi. Tun Dolah sosok yang warak ini juga adalah musuh ketat Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru, dengan memasukkan Anwar sekali lagi ke penjara pasti akan mengumbirakan Anak Lelaki Iskandar Kutty gumbira. Satu KPI untuk Najib.
Pada hemat aku masa dan saat untuk Anwar ke penjara ialah 29 haribulan ini. Ini tarikh yang tepat. Aku TIDAK perlu mencari Raja Bomoh atau berjumpa Harun Din untuk menilek air dipinggan. Aku sendiri boleh meramalkan apa yang akan berlaku minggu depan. Pergolakan politik terkini meyakinkan aku bahawa Anwar akan kena.

Pada ketika ini Pakatan Rakyat tidak sekuat ketika mula menang PRU13 dahulu. Apabila Sultan Selangor memungut Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi kompak dan padu. Malah Sultan Selangor telah menerangkan kenapa Baginda memungut Azmin Ali. Menurut Sultan ini kerana wujudnya perbalahan dalam Pakatan. Ini kata-kata Sultan Selangor. Kata-kata ini tepat sekali.

Apakah perlu aku melakarkan bukti tentang apa yang terjadi dalam Pakatan. Apakah para pembaca telah mula lupa tentang perangai dan kelakuan Hadi Awang yang berdulak dalik? Haji Hadi yang kini dianggap Jaguh You Turn adalah salah satu punca yang menjadikan Pakatan Rakyat tidak keras padu.

Kelakuan Hadi Awang yang berdolak dalik ini telah memberahikan nafsu syawat Najib untuk bongkar dan mengembang. Najib merasa dan melihat Pakatan tidak 'solid' lagi. Dalam masa yang sama umum juga telah diberitahu bahawa wujudnya satu gerombolan yang menamakan diri mereka Youji. Gerombolan ini dikatakan telah 'bersulit-sulit dan bercanda-canda' dengan Najib. Bila aku mencongak pada 29 haribulan ini gerombolan Youji ini pasti akan 'bersyukur' Anwar Ibrahim dipenjara.

Disini biar aku buka labon sejarah - pada 20 September 1998 apabila Anwar Ibrahim ditangkap – dia adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden Parti Gerombolan Ketuanan Melayu. Penangkapan Anwar ini memeranjatkan Minah dan Mamat dari hujung kampong hingga ke cerok Felda. Penangkapan ini telah menjemput ribuan warga dan anak muda untuk berpolitik di jalan raya. Benterokan dan pertempurran hebat berlaku di jalan raya. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.

Pada 29 haribulan nanti aku yakin TIDAK ramai yang akan datang ke Mahkamah di Putrajaya. Ini bukan kerana TIDAK ada sokongan kepada Anwar. Sokongan masih teguh. Apa yang kurang ialah jenerasi anak-anak muda yang membesar 15 tahun lalu kurang arif tentang sejarah Bontot Azizan yang berbulu dan juga lubang jubur Saiful yang sendat dengan air mani.

Aku juga yakin bahawa pemenjaraan Anwar ini amat-amat disukai oleh Cucu Iskandar Kutty dan Menantu Dolah Badawi. Khairy Jamluddin dan Mukhriz pasti menyimpan niat untuk menjadi ketua Gerombolan Ketuanan Melayu. Budak dua ekor ini pasti melihat Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang projek mereka untuk menjarah harta kekayaan negara ini.

Malah aku rasa bukan sahaja Khairy dan Mukhriz merasa selesa apabila Anwar dipenjara – ramai juga pemimpin dan ahli United Malaya National Organisation akan merasa 'happi' kerana Anwar telah menerima hukuman. Tocang Najib yang terbarai akan mencanak naik dalam Parti Ketuanan Melayu. Nyawa Najib dan Rosmah bersambung apabila Anwar dalam penjara

Akhirnya dalam surah songsang ini aku wajib menjelaskan bahawa kes jubur Saiful ini bukan hal undang-undang atau hukum hakam atau Perlembangan Persekutuan. Ianya juga pada hemat aku tidak ada sangkut paut dengan agama agama, dengan Islam, dengan Tok Arab, dengan ilmu fikah atau ilmu tajweed.

Ianya juga bukan tentang bahan bukti, atau tentang keterangan saksi atau juga alabai atau tentang bagaimana undang-undang dan hukum wajib di fahami. Ianya juga TIDAK ada sangkut paut dengan semangat perundangan atau pun bersangkutan dengan Piagam Hak Asasi Manusia yang digunapakai oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Anwar Ibrahim dipenjara untuk menyelamatkan United Malays National Organisation dari runtuh terbarai. Anwar Ibrahim dipenjara untuk tujuan politik. Anwar Ibrahim dipenjara untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kucar kacir dan koyak rabak.
Selagi sosok yang bernama Anwar Ibrahim dapat bergerak bebas. Selagi Anwar Ibrahim dapat berhadapan dengan Mak Cik dan Pak Cik di kampong. Selagi Anwar Ibrahim dapat berkata kepada media. Selagi Anwar Ibrahim dapat berucap diluar negara – nyawa dan nafas United Malays National Organisation akan menjadi sesak dan pendek.

Sama ada Haji Hadi menerima hakikat ini, sama ada Nik Abduh menerima hakikat ini, sama ada Harun Din menerima hakikat bahawa sosok Anwar Ibrahim inilah yang melahirkan ikatan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR. Benci bagaimana pun sesorang terhadap Anwar Ibrahim – mereka TIDAK akan dapat menafikan apa yang aku tulis ini.


Tanda dan makna telah aku lakar. Aku ingin ingatkan bagaimana datuk nenek moyang kita mengira hari;

Tengah malam sudah terlampu
Dinihari belum lagi tampak
Budak budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik rintik
Bunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mandung merak mengigal
Fajar sedang menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tak tibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal panjang sejari
Itulah alamat hari nak siang
Inilah tanda Anwar akan dipenjara (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangan
akahbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
























---------

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa ada saekor monkey lagi gumbira bila Anwar dipenjara. Setakat Haji Hadi dgn UG gembira, mmg aku tak heran.

Perhatikan si monkey ini akan berbuat muka sedih dan mula membebel seperti malaikat. Dia ialah calon pemenang Anugerah Ahmad Maslan, Anugerah Haji Hadi dan Anugerah Hasan Malek juga.

Kita beri tepukan untuk Datuk Dr Mufti Asri . Ya..beliaulah pelopor untuk membunuh karakter politik Anwar selepas balik meeting dari PAU UMNO. Jgn lupa sblm tu, dia gi berdating di Muktamar PAS terlebih dulu. Time ni heboh si UG gigi senget sedang intim mengawani gerombolan utk UG. Tapi Nik Aziz masih belum tolol waktu itu. Skrg slps xder jawatan politik, sekadar jadi mursyidul am, Nik Aziz sudah menjadi orang tua tolol dalam PAS. Melancap pun dah tak keluar lendir. Kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

telah diketahui 3 bulan yg lalu.....
dipenjara.........
semuga AI & WAWI tabah............

Tanpa Nama berkata...

1.silap anuar sendiri!!!tahun 80an dan 90an dialah idola !!bakal pemimpin yang berimej islam!!harapan semua orang islam dimalaysia!!
2.sayang seribu kali sayang!!tembelang anuar terdedah disebalik perwatakan pejuang islam tersebut!!bila di beri peluang!!diberi pangkat!!di beri kuasa!!kelakuan buruk dan keji tidak berupaya dibuang samasekali!!bukan sekali!bukan dua kali!!itu adalah sifat sebenar anuar!!itulah janji Allah pada umat yang tidak tahu bersyukur!!tidak tahu bertaubat nasuha!!perjalanan hidup yang penuh kehinaan di penghujung hayat!!
3.itu baru hukuman donia!!mungkin boleh dicaturkan lagi!!hukuman Allah!!jawablah diakhirat nanti!!antara syurga dan neraka!!pilihlah sendiri!!
4.ko bagaimana pulak bhaii!!antara wain merah!!antara ayaq lioq anjing!!antara penghinaan ko pada ulama majoriti umat islam di malaysia!!ko sudah pilih bhaiii!!neraka atau syurga!!mungkin kalpai sngh berjaya wujudkan suasana syurga untuk dia di dunia ini dengan duit kupang membela ahli-ahli neraka!!atau kau telah menempah tempat bersama-sama kalpai dan berjanji bersama-sama deneraka jahanam bhaii!!!
4.ko pikirlah sendiri bhaiii!!ko tu dah sebelah kaki kealam kubur!!!syurga atau neraka!!!takut didonia pun hidup macam neraka apatah lagi diakhirat terus keneraka!!!!
5.kih!kihkih!

Tanpa Nama berkata...

merangka strategi yang merosakkan...mengapa???kenapa?? tujuan apa?? buat apa?????

Tanpa Nama berkata...

Daulah semua dh diketuai oleh eeeeee...contoh Polis! SPRM! KHAZANAH! PERBENDAHARAAN NEGARA! ATM pula ketuanya cam eeee ..lombik! SPR perangai cam eeee syok sendiri...maksudnya eeeee semakin tegas nk lawan rakyat.....jadi apa perlu rakyat buat? Lawan tetap Lawan! Bagi eeee ingat jgn jadi polong hisap darah....

Nazrio berkata...

aku ingin membuat fuLasah yg mudah, memendek_kan "Run" TT yg mengada~ngada...sebenar_nya eLok benar anwar di penjara...beLum habis beLajar iLmu keLing dari cucu iskandar kutty dah nak Lawan cucu iskandar kutty,...apa punya orang anwar ni Lawan boss, bukan sahaja iLmu KeLing beLum penOh di dada,...cakap keLing pun anwar beLum pandai...tak maLu ker united umnQ dengan jokowi dan obama bIla sumbat anwar nanti...TT.?

Tanpa Nama berkata...

Aku lain pulak
Biarlah yang tua berehat seketika. Bukan lama sangat, 5 purnama sahaja. Ibaratnya 5 kali Hang Tuah ke Gunung Ledang meminang Tuan Puteri.

Dalam 5 purnama itu, biarlah dia berfikir menilai diri. Yang mana baik yang mana buruk. menilai tindakan betul silapnya. Menilai cara benar palsunya.

5 purnama itu biarlah dia mengira-ngira. Kenapa cita2 tak pergi mana. Apa janji belum dikota. Tiba2 Azizah masuk ke kajang. Apa keperluan melantik bini. Apa tujuan memecat rakan. Apa baiknya mufakat rapat dengan Dap hingga menyisihkan hati kawan Pas. Tanyalah diri apa jadinya azizah. Jadikah MB? Untungnya di mana? Pecah PR mana faedahnya. Hanya kerana nak jadi MB.

Sementara itu, bila 5 purnama berlalu, bebaslah dia. Dah bebas nanti sambunglah kembali agenda lama. Jadi MB isteri tercinta. Jadi PM awaklah saja.

Untuk 5 purnama ini, berehatlah dulu di bamboo river.

SELAMAT BEREHAT PANJANG DUHAI PAHLAWANKU.....



Tanpa Nama berkata...

ibaratnya....

rumah kata pergi
kubur kata mari
penjara kata mai sini

Tanpa Nama berkata...

surah surah panjang ini macam menghina ulamak saja yea.

ulamak ulamak pun tak keluar surah surah baru.

ini dari Kitab mana pulak ini ???

ini konspirasi asing ke ?

Tanpa Nama berkata...

Sejarah akan berulang kembali! Isteri Rosmah akan tersungkur sedikit masa lagi! Kah! Kah! Kah! UMNO sendiri dah tak bersetuju dengan rancangan lapuk ini! Kah! Kah! Kah! Gua nak sangat tengok 2 ekor bodoh tu digulingkan bersama isteri Rosmah!

Tanpa Nama berkata...

surah TT mmg power, mcm hikayat tun lanai, boley masuk history book. well done TT!

najib razak berkata...

salut isham...aku malaih nak fokus pasal anwar,aku fokus pada penulisan hang...tabiklah beb kat hang...satu dalam 28 juta rakyat malaysia....yang boleh terbitkan penulisan mcm ni...tabik sekali lagi...

Tanpa Nama berkata...

tuan tt
satu surah dan garapan yang mantap.betulah pepatah : pena itu lebih tajam dari mata pedang.pertarungan anwar dgn k'jaan adalah pertembungan klasik yang panjang dan akan mengubah drama politik yang maha hebat.tungguuulah.....

zmy

DD KAYBEE berkata...

Lagu untuk najib sekeluarga....dari lagu siti nurhaliza.....jaga dia untuk ku.....aku amik bab corrus je key....TUHAN....AMBIL DIA UNTUK KU.......kakkkkkkkkk...dalam bangat maknanya turrrrrrrrrr.....kakakkkkkk

Tanpa Nama berkata...

Apa yg berlaku keatas kita adalah kifarah dosa2 kita....jadi anwar dipenjara mungkin krn dosanya....suruh saiful melawat anwar dan bincang dan kita rakam perbualan mereka....kita akan dpt jawapan sebenarnya.