Isnin, 23 Mac 2015

BERITA BAIK - TEKSI MOGOK








SABTU SOGO


Pemandu teksi mogok jika tambang baharu batal
KUALA LUMPUR - Kira-kira 37,000 pemandu teksi di seluruh Lembah Klang akan melancarkan mogok sekiranya kadar tambang baharu yang yang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) ditangguh dan dibatal Kabinet.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi berdaftar menyokong apa yang diumum sebagai sesuatu relevan dan membantu peningkatan taraf hidup golongan itu keseluruhannya.
Katanya, seluruh pemandu teksi akan meneruskan kadar tambang baharu itu selagi tidak diumum ditangguh atau batal.
Namun, jika SPAD akur dengan arahan Kabinet, pihaknya akan menganjur himpunan pemandu teksi untuk nyatakan pendirian terhadap isu itu.
Katanya, jika Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar ada menerima tekanan dengan tindakan diambil, pemandu teksi akan berdiri teguh di belakang beliau.
“Itu hak kami (kenaikan tambang teksi), dah beri jangan tarik balik. Kami tidak akan layan bantahan mana-mana pihak,” katanya ketika berhimpun bersama kira-kira 100 pemandu teksi sekitar Lembah Klang di Jalan Cochrane, semalam.


KAH KAH KAH
woit
ini berita amat sedih
ini berita amat gumbira
gwa sedih kerana 
gwa selalu guna teksi
gwa gumbira kerana
ada mogok

mogok perkataan keramat
macam perkataan demo
macam perkataan lawan

MARI  BERDEMO


----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah

Kurang sesak kat jalan raya tu

Paling mantap , kurang asap keta boleh hidup lama sikit

Lee Kuan Yew dah KIOK , bila pulak bebudak bahalol nak jalan......

Lenggang Kangkung berkata...

Alasan sebenar mogok adalah semua teksi kena tukar meter system yang baru.. bukan pasal tangguh naik tambang..

DD KAYBEE berkata...

Sekali reprogram meter siap puspakom...rm 155 hinggit...syarikat meter ada share kah dengan hamid..acu tanya hamid drebar....jangan main main dengan teksi drebar...satu hari 50 orang naik teksi dia..dia hasut mesti jalan punya...mudin mudin..ngko carik pasal ya dengan teksi...ko tanya nuh omar penangan teksi drebar ni...ko tanya dia kalau ngko nak tahu gaya dan cara dio menghasut...tanyalllllahhhhh....kakkakakakak...