Jumaat, 13 Mac 2015

LINGKUP NEGARA INI





KOMENTAR
habis lingkup
habis duit negara
habis duit simpanan pencen
habis duit kerajaan buat kenduri kahwin

hutang negara makin bertambah


KEMUDAHAN DANA RM950 JUTA KEPADA 1MDB SATU “BAIL-OUT” 

Sejurus selepas Menteri Kewangan Kedua,  Husni Hanadzlah mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan RM950 juta dana baru untuk digunakan oleh 1MDB, Ketua Pegawai Eksekutifnya Arulkanda Kandasamy mengeluarkan kenyataan bahawa dana itu adalah dalam bentuk pinjaman kepada 1MDB berdasarkan terma-terma komersil.

Kenyataannya itu bercanggah dengan penjelasan Husni Hanadzlah yang turut dilaporkan secara meluas termasuknya media perdana bahawa dana RM950 juta itu bukanlah pinjaman; tetapi satu “standby credit”. Laporan New Straits Times (12 Mac 2015) bertajuk“RM950mil for 1MDB as standby credit, not loan: Husni Hanadzlah” misalnya secara jelas menafikan bahawa dana itu adalah pinjaman seperti yang didakwa Arulkanda.

Percanggahan ini memberi gambaran seolah-olah dana ini diluluskan tanpa melalui proses keputusan yang teliti. Saya khuatir sekiranya Jemaah Menteri meluluskan dengan tergesa-gesa agar dana sebanyak RM950 juta disuntik ke dalam 1MDB tetapi perjanjian dan terma suntikan dana itu masih lagi belum dimuktamadkan. Sebab itulah penjelasan Menteri Kewangan II bertentangan dengan kenyataan CEO 1MDB kerana terma suntikan dana itu besar kemungkinannya belum lagi dimuktamadkan.

Makanya, jelaslah bahawa dana RM950 juta itu merupakan satu “bail out” yang bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dibayar segera.

Sekiranya 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan yang kukuh, ia tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan. IMDB hanya perlu menyenaraikan beberapa anak syarikatnya untuk mendapatkan suntikan ekuiti dari pelabur awam atau menerbitkan bon untuk mendapatkan hutang baru.

Walau bagaimana pun, rekod kredit dan status kewangan 1MDB adalah sangat lemah sehingga menyukarkan ia mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa dari institusi kewangan atau pasaran bon. 1MDB juga menghadapi masalah untuk menyenaraikan asetnya kerana besar kemungkinan penerbitan sahamnya tidak mendapat sambutan menggalakkan.

Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan “bail out”. Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperolehi dari institusi kewangan.

Saya menasihati pengurusan 1MDB yang diketuai Arulkanda Kandasamy supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan risiko kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat 1MDB. Beliau tidak perlulah cuba menegakkan benang basah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan dana RM950 juta itu bukan satu ‘bail out” kerana ia dalam bentuk pinjaman komersil.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budaya poyo...being proud of your own.... menular sudah

Tanpa Nama berkata...

Mat fit curi satu handpone kat pasaraya dibelasah sampai separuh nyawa, Mat pon yg kat atas tu curi duit billion bilion, rakyat tak rasa apa2 pun.. buat dek jea...itulah realiti majoriti rakyat m'sia ari ni...hihihii...

Lang berkata...

950 juta tu kan duit mak bapak dia... biar lah pape asal ada gaye...