KENAPA
DR WAN AZIZAH
JADI CALON
Saya
menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar
akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim
digantikan dengan Wan Azizah.
Justeru,
sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran
saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan
Aziziah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon N25
Kajang hingga ke kerusi Menteri besar.
Kali
ini secara terbuka saya nyatakan – saya mahu dan menyokong Dr Wan
Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan
Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya
memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi
pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan
Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.
Saya
bukan Orang Parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan
Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P.044 di Permatang Pauh
dalam Pilihan Raya Kecil yang akan datang ini. Untuk saya jika Dr Wan
Azizah TIDAK dicalonkan pada Sabtu 25 haribulan ini maka ini adalah
satu kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi – satu
kesilapan politik.
Kenapa
dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya TIDAK sedar
akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?
Saya
amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk
memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruh para
pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham
kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.
Pandangan
saya : Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar
Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar
Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang
beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini
satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik
saya.
Ketika
saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim
dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang
ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau TIDAK percaya siapa ketawa
- sila tanya Hisammuddin Hussein – Menteri Pertahanan kita. Atau
sila pergi tanya Menteri Besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa
atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih
belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.
Dalam
bacaan politik yang betul - Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana
Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci disini ialah
BELOT dan bukan LIWAT.
Anwar
Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan
Presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun
Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak.
Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada
tahun 1998. Anwar TIDAK mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan
perompak.
Pembelotan
Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang
Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang
kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen.
Paling
menyedihkan para penyamun ini ialah kehilangan Selangor – wilayah
terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggra. Selangor - semenjak
zaman berzaman telah menjadi lubuk emas gerombolan parti Ketuanan
Melayu. Tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan
ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim.
Semua ini berlaku kerana Anwar belot.
Justeru
Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik
Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik
Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia
Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik Negara-Negara
Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik
antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan
terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.
Memenjarakan
Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar
Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Jenerasi yang teringat
akan Anwar bertugas sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri
Keewangan atau sebagai Timblan Perdana Menteri – masih ada tetapi
ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.
Justeru
konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan – once and for
all - untuk sekali rembat – nama Anwar Ibrahim wajib
dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia. Memenjarakan Anwar
Ibrahim adalah strateji politik gerombolan lanun dan penyamun dalam
parti Ketuanan Melayu.
Cita-cita
United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim
dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan agar pengaruh
politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays
National Organisation ditamatkan.
Ingatan
kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Jenerasi muda –
anak pelajar – anak mahasiswa – akan TIDAK tahu sama sekali akan
sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.
Kepada
sesiapa yang ada membaca Salalatul Salatin – Sejarah Melayu akan
teringat akan Sultan Melaka. Jika Sultan murka maka Si Polan yang
menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini
Sultan akan memerintahkan agar rumah Si Polan ini akan dibuangkan ke
laut. Tidak cukup dengan ini TAPAK rumah juga akan dibuang ke laut.
Kezaliman
ini terjadi dizaman Kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh
Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan
dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah
sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara
terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik
Malaysia.
Kerana
ini niat United Malays National Organisation – maka apa sahaja niat
gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan
ini mahu hitam kita wajib mahu puteh. Jika gerombolan ini mahu babi
maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap
dengan niat dan cita cita mereka.
Dr
Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh
bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika
tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan
Nurul jika calonkan Nuha. Apakah ini keterlaluan?
Tidak
– ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim
dalam pesada polituk Malaysia dan politik antarbangasa.
Apakah
para pembaca terlupa – apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang - 35
media besar dunia telah menulis dan melapor '... daughter of Anwar
Ibrahim detained... - anak Anwar Ibrahim ditangkap..” Dalam perang
propaganda politik ini yang kita mahukan.
Saya
sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah
amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga.
Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita TIDAK
mencalonkan Siti Saodah pejual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita
calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul
Izzah atau Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.
Kita
lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan
kesedaran politik dan strateji untuk menumpaskan cita cita jahat
United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan
nama Anwar Ibrahim.
Gerombolan
Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR.
Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah
dari Kampong Mengkuang Mati sebagai calon.
Kepada
yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni – sebenarnya
mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosio ekonomi Tanah Melayu.
Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National
Organisatuon.
Harus
diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi ditahap
ekonomi separuh feudal danb separuh kolonial – semi feudal
and semi colonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah
watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Langka, India, Bangladesh
atau Pakistan.Tahap ekonomi sabagini melahirkan budaya yang
berwatakan separuh feudal dan separuh kolonial.
Dalam
budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah
amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India
kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita
ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah
Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaludin, Lim Guan Eng,
Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman,
Katingan – nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita.
Mereka ini muncul dari budaya feudal.
Bukan
satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu Perdana
Menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik.
Inilah hakikat tahap sosio budaya dalam negara kita pada ketika ini.
Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.
Apakah
ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama
ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita
bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk
menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.
Tujuan
kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk
melahirkan budaya keungulan sosok yang berfikrah. Sosok yang
dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama
keluarga atau kerana menantu PM atau anak PM atau anak menteri.
Mecalonkan
Dr Wan Azizah Wan Ismail di P.044 Permatang Pauh adalah sebahagian
dari perancangan jangka panjang untuk mengagalkan rancangan jangka
pendek United Malaya National Organisation. Racangan jangka pendek
gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar
Ibrahim. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------
17 ulasan:
DR WAN AZIZAH patut jadi PM pun
Itu kan DOKTOR bukan Bahalol macam Badan Besar
DR MAHATHIR bawa kemajuan , DR WAN AZIZAH pon boleh juga lagi professional dari Badan Besar aka Mat Mongol
DOKTOR memang jauh ber ribu ribu lebih bijak pandai dari Mat Nelayan aka Hadi Pil Kuda
Budak Nelayan Pil Kuda elok duduk ZOO saja pon
Sokong pendapat TT. Madey pun pakai anak beranak juga, Paklah tido pun guna anak menantu, tapi kita gunan anak beranak untuk gagalkan penipuan gerombolan united penyamun melayu organisation.kah...kah...kah...Yang lawak hanya satu saja, Mak Jah dari mengkuang Mati.Aku rasa TT tersilap tulis.yang betul Mengkuang Titi.kah...kah...kah...
sukahati kau lah TT.
Ooo...ok ok.
Masih relevan dan lojik jika calonkan Wan Azizah di PRK Permatang Puah.
Tetapi memang tak lojik bila Wan Azizah tiba-tiba jadi ADUN Kajang.
Bila Wan Azizah pergi jadi ADUN Kajang..ini memang sangat menyampah.
Betul sekali, Sham. Wibawa Anwar perlu dipertahan. Beliau tak mungkin seorang penjenayah seperti yang dituduh. Kalau seorang penjenayah, beliau tentunya telah menyelamat dan melarikan diri dari kemunkinan dipenjara ketika difitnah sekali lagi dihujung hayatnya. Walau pun usaha beliau belum menyebelahinya, peristiwa telah termaktub sebagai lambang KEZALIMAN YANG NYATA.
dah jadi MP Permatang Pauh - letak jawatan- bagi kat suami dan kata nak berehat tak nak campur politik lagi dan nak bagi tumpuan pd keluarga.
Kajang Move - elok-elok adun dah ada disana, suruh letak jawatan nak jadi MB konon, bila tak berjaya bagi kat isteri pulak.
Itu adakah sebahagian drp PUTAR_BELIT PKR
Selamat menanggong MALU PKR diPermatang Pauh.
Ko memang standard macai pkr la tt...kah3.
Dasat lu punye explain Isham. Spot on bro...
Meleis mmg susah nak paham ayat2 direct lu. Ayat songsang trus biol. Lihat mamat tanpanama 4.13 ptg. Ini manusia ka taik?
Skrg ulamak2 PAS dah join ulamak2 UMNO bersedia mempukimak rakyat atas pelbagai alasan. Ulamak PAS jadi buta tak reti nak guna pengruh Anwar Ibrahim. Yg derang tau Quran Hadis je boleh tumbangkan gerombolan.. Kiyai2 ni mmg biol tahap taik. Time suruh org bersedekah, derang la no 1. Kerana Allah katanya. Bila dah sedekah, tak pernah2 cukup nak sueuh kita bersedekah sekali dgn telor kote dan lubang jubur sekaligus. Sikik2 sudah la.
SETUJU 100 % DENGAN ULASAN TUKAR TIUB !
WAJIB calonkan Wan Azizah untuk PERMATANG PAUH !
PKR patut putuskan hubungan dgn Hadi, tapi teruskan hubungan dgn AJK Pas Pusat. Isyarat jelas harus diberi kpd perwakilan Pas Jun nanti.
ada jugak beruk2 yang x faham politik dlm ni..rasanya beruk2 alim pas kot...wan azizah ialah pilihan yg maha tepat...jgn letak hadi awe sudah..kahkahkahkahkahkahkah
Bro TT asal jelebu ns. Tak brapa tau pasal mengkuang mati. Ulasan dia respek. Itu hasil dia belajar di UK n France. Ini yg beruk 4.13pm tak reti nk paham. Sbb suka sgt makan kek taik. Haha
kupasan TT memang power. kalau dah start membaca, mesti ghairah nak baca sampai klimaks. hehe
Takda calon lain dah ke di permatang pauh? Apa ahli PKR di permatang pauh tiada yang berkebolehan untuk diketengahkan? Jika pengaruh anwar di permatang pauh begitu kuat apa yang hendak digusarkan? Persepsi masyarakat mengenai parti keluarga mestilah ditukar serta merta. Ini bukan hal anwar sahaja dan Wan Azizah tetapi inilah masa untuk membuktikan keupayaan PKR untuk menang meskipun tanpa anwar. Jika terus begini hanya akan mengundang persepsi negatif kepada parti.
"sentiasa menghidupkan nama Anwar di arena politik tanah air..."
ini nama nya sokong pada sosok bukan pada tajuk..kalau nak ikut kan kak Jah yg berkipas tu..apa layakanya ..tiada tajuk menarik dri beliau melainkan bini DSAI SAHAJA..
Kajian perlu dgn statistik. Boleh terima pandangan TT.
Catat Ulasan