Selasa, 14 April 2015

MALAM INI PERMATANG PAUH








MALAM INI
permatang pauh
semua dijemput



JENTERA KEADILAN UNTUK PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Parti KEADILAN Rakyat maklum tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula dengan penamaan calon pada 25 April 2015, pengundian awal pada 3 Mei 2015 dan hari mengundi pada 7 Mei 2015.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan kami selama ini. Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim - Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN. 

Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional ditentang. Kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil ini menjadi bukti bahawa rakyat menolak dan mengecam pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebelum ini secara sah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini. Demi menzahirkan kesediaan kami; KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Pilihan Raya seperti berikut;

Pelancaran Jentera KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh

Tarikh                    : Selasa, 14 April 2015
Masa                     : 8:30 malam
Tempat                 :Dataran Rakyat Guar Perahu (bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Jalan Taman Guar Perahu)





-------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bravo PKR...........
tapi berhati hati dengan pil kuda......
kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

madey calon pkr atau madey datang kmpen untuk pkr?

Tanpa Nama berkata...

PKR tanpa PAS boleh menang

PAS tu Dajjal pakai Jubah Serban Kopiah kena tengok tengok gak