Rabu, 13 Mei 2015

AHMAD SAID






Ahmad Said dedah punca ‘diturun’ jawatan MB Terengganu

 | May 13, 2015
Ahmad berkata 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau ‘diturunkan’ jawatannya.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau ‘diturunkan’ jawatan.
Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa.
Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.
“Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
“Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
“Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
“Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” katanya.
Ahmad membuat penjelasan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan kerajaan Terengganu.
Pendedahan Ahmad itu mendapat tepukan gemuruh daripada wakil rakyat pembangkang.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.



KAH KAH KAH

sedih sedih
inilah wira melayu
inilah wira islam
inilah pejuang melayu
sedih sedih
rupa rupanya wira ini
menjadi mangas rakus
china tembam
mangsa 1MDB

MANGSA MANGSA



---------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau buat kerja tak betul dan menzalimi rakyat satu persatu akan terbongkar Najib ooooi!!!!!!! hang tunggu dan lihat banyak lagi akan tersembul keluar macam nanh bisul yang pecah,kita tunggu dan dengar bukan lihat dan lepas itu kita pakat saman macm tabung haji tu nyaris -nyari penyimpan tidak saman pengerusi kerana pecah amanah.

Tanpa Nama berkata...

Kesian mat said.walaupun dia poyo tapi dia adalah seorang hero.Jika tidak habis semua telaga minyak dirembat mat mongol yang haramjadah tu.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Said walaupun nampak macam tak cerdik, tapi masih boleh dipuji sifat amanahnya menjaga harta negeri. Kalau Adi Layang yg jaga negeri itu, belum tentu juga lagi weh! Jib natang sokmo.

Tanpa Nama berkata...

semua benda nak cagar.
tanah tiga segi bini tak nak cagar?
dah x laku kot

air gunung berkata...

Kah kah kah.
seronoknyer tgok perompak bertekak gaduh dgn penyamun bersilat dgn lanun bersilambam dgn pencuri bergulat dgn maling kawaq berbom nuke dgn lanun darat dan sewaktu dgnnye.itu jer laaaa hiburan tahap intelek yg melayu boley buat.nak ubah kepala hotak adussssssssss......tunggu laa sampai kena rampok rogol baru tersedar...melayuuuu oooo melayuuuu....kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Tak masyukkkk! Kalo masyukkk mat said pun diam jaaaa.. "Tipu terus menipu.. Kita tipu melayuu.." Kah kah kah.

Mat said pun KKS jugak keee.
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ehh pungkoqbuluh, apa hang buat di sini?