Isnin, 11 Mei 2015

KHAIRY DICABAR





11 MEI 2015

BATALKAN SEMUA URUSNIAGA HARTANAH MELIBATKAN IMDB DAN DANA RAKYAT

Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara yang dilaporkan turut membeli tanah di Tun Razak Exchange dari 1MDB. Pembelian tanah tersebut, walaupun dilaporkan pada harga yang lebih murah dari yang dibayar Tabung Haji (TH) adalah satu lagi bentuk suntikan dana untuk menyelamatkan (“bail out”) 1MDB.

Tanah-tanah yang dibeli oleh TH dan kini KWAP adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan. Malah, tanah yang dibeli oleh TH pada mulanya dikhususkan untuk Tabung Hartanah Bumiputra tetapi akhirnya diberikan kepada 1MDB pada harga yang cukup murah.

Melalui penjualan tanah-tanah ini, akhirnya Kerajaan Persekutuan bukan sahaja hilang tanah-tanah ini tetapi rugi besar apabila 1MDB mengaut keuntungan atas angin. Keuntungan atas angin yang dikaut oleh 1MDB ini akhirnya digunakan untuk membayar faedah-faedah bernilai ratusan juta ringgit yang terpaksa dibayar beberapa kali setahun sedangkan dana asal yang dipinjam sebanyak RM42 bilion itu tidak diketahui ke mana perginya.

KWAP sudah pun meminjamkan RM4 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB dalam tahun 2011 dan laporan kewangan terkini yang diaudit menyatakan bahawa sejumlah RM3.1 bilion adalah pelaburan yang juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat.

Saya percaya 1MDB juga telah dan sedang berbincang dengan agensi/badan pelaburan negara yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk turut sama menyertai pembangunan hartanah di Tun Razak Exchange seperti mana yang telah berlaku dengan TH dan KWAP.

Sebarang urusniaga melibatkan KWSP, LTAT dan PNB membeli tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang diberikan pada harga yang rendah kepada 1MDB adalah satu tindakan menyelamatkan (“bail out”) 1MDB yang perlu dihentikan segera.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya pihak yang berwajib mengambil tindakan seperti berikut:

1.    Pengurusan TH, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlu membuat kenyataan terbuka menyenaraikan sebarang urusniaga mereka dengan 1MDB termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan apa-apa urusniaga yang pernah dirundingkan dengan 1MDB supaya rakyat tahu sejauh mana keterlibatan dana awam dengan 1MDB;

2.    Najib  Razak mengarahkan supaya tanah-tanah yang diberikan kepada 1MDB dijual kembali kepada Kerajaan Persekutuan pada harga yang sama yang dibayar oleh 1MDB dahulu; sebarang penjualan kepada TH, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlulah dibuat terus dari Kerajaan Persekutuan kepada agensi-agensi tersebut;

3.    Najib Razak mengarahkan agar semua perjanjian dan kontrak melibatkan penjualan hartanah oleh 1MDB kepada agensi-agensi dana rakyat ini dibatalkan segera secara suka sama suka (“mutual termination of contract”).
 
Saya mencabar supaya Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin menjadi suara di dalam Umno yang menuntut ketelusan ini. Sekiranya beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan seperti yang dikehendaki di dalam (1), wajarlah beliau mengambil langkah berprinsip meletakkan jawatan dari Kabinet.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





------------------

2 ulasan:

JINGGOJANG berkata...

Perlu diketahui...di indonesia..ada gereja setan...cara amalannya masa mengamalkan ritual sama mcm gereja katolik...roti dan wine...cuma gereja setan ini roti dan wine nya adalah dari darah dan daging janin yang telah mati semasa lahir...saudara sekelian tahu..dimana diindonesia pembekal mayat janin bayi yang terbesar....SULAWESI...nasib baik sorang ni terlepas dari kena makan...dan sekarang dia makan kita semua....PM bodoh zalim yang paling baik adalah PM yang dah mati....sekian..tank u.

Tanpa Nama berkata...

BUDAK BAHALOL ini nak jaga perut saja

Mana dia nak cabar MAT MONGOL , kecuali bila MAT MONGOL dah kena buang ke Kazakstan.

Itu kan BUDAK NO54

BAHALOL SAJA